You are on page 1of 2

SEKOLAHKEBANGSAANLUBUKKAWAH

22000JERTEH,TERENGGANU
TEL:096976397
________________________________________________________________________
Ruj Kami : SKLK . 010-01/08 ( )
Tarikh : 2 Julai 2013
Ibu bapa / Penjaga,
Murid tahun 6,
SK Lubuk Kawah.
Tuan/Puan,
MAKLUMAN PROGRAM MOTIVASI KECEMERLANGAN UPSR 2013.
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa SK Padang Landak dan SK Lubuk Kawah dengan kerjasama guru pelatih
daripada IPG Kampus Sultan Mizan akan mengadakan program motivasi kecemerlangan UPSR untuk murid-murid
Tahun 6 seperti butiran berikut :
Tarikh : 6 Julai 2013 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi 2.00 petang.
Tempat : Sekolah Kebangsaan Lubuk Kawah.
3. Untuk makluman tuan/puan, semua murid tahun 6 SK Padang Landak iaitu seramai 25 orang DIWAJIBKAN
mengikuti program tersebut. Bersama ini disertakan tentatif program. Diharapkan semoga tuan/puan dapat
menguruskan urusan pergi dan balik murid sebagaimana jadual yang telah ditetapkan bagi melicinkan lagi
perjalanan program.
4. Segala kerjasama yang diberikan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian, terima kasih.

Guru Penyayang Murid Berkualiti
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah ,

..
( CHE ZAHARAH BT CHE THE )
GURU BESAR


s.k - fail sekolah
TENTATIF PROGRAM MOTIVASI KECEMERLANGAN UPSR 2013.

MASA AKTIVITI
0800 am Pendaftaran murid.
0830 am Slot 1
( Ice breaking)
0900am Slot 2
Ceramah Motivasi oleh Excellence Sifoo Club.
1100 am Minum pagi
1130 am Slot 3.
( Warkah buatmu)
0200 pm Majlis penutup
-Penyampaian cenderamata kepada penceramah.
-Majlis bersurai.

You might also like