You are on page 1of 2

PRINSIP KSSR

Kurikulum Standard Sekolah Rendah mengekalkan kesemua prinsip KBSR. Prinsip ini
dikekalkan kerana masih sesuai dan relevan untuk melahirkan insan yang seimbang dan
holistik. Prinsip-prinsip tersebut adalah seperti berikut:


Pendekatan Bersepadu
Tumpuan utama diberikan kepada pendekatan bersepadu. Unsur-unsur pengetahuan,
kemahiran dan nilai digabungkan supaya u!ud kesepaduan dari segi intelek, rohani,
emosi, !asmani dan sosial.
Perkembangan Individu Secara Menyeluruh
KSSR digubal untuk memastikan semua mata pela!aran berperanan untuk memenuhi
keperluan intelek, rohani, emosi, !asmani dan sosial. Setiap potensi murid dikembangkan
se"ara bersepadu.
Pendidikan Saksama Untuk Semua Murid
KSSR memberi peluang yang luas dan saksama kepada semua murid untuk mendapatkan
ilmu pengetahuan dan kemahiran yang menyeluruh dan seimbang.
Pendidikan Seumur Hidup
KSSR menyediakan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh semua murid
sebagai asas untuk menghadapi "abaran kehidupan seharian dan pendidikan sepan!ang
hayat.

You might also like