You are on page 1of 3

PROGRAM YURAN PENGAJIAN SECARA SEPARUH MASA

KEPADA PENJAWAT AWAM




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Y.Bhg Datuk /Dato /Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan
menawarkan Program Yuran Pengajian Secara Separuh Masa Kepada Penjawat
Awam bagi tahun 2013.
Penawaran ini terbuka kepada semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan
Anggota Kumpulan Pelaksana/Kumpulan Sokongan (AKP/AKS) lantikan
Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) di KPM. Pegawai boleh mengikuti
pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Kedoktoran di 20 universiti
awam dalam negara. Pegawai yang terpilih mengikuti program ini akan ditaja yuran
pengajian sebagaimana yang dituntut oleh pihak universiti dan akan dibayar setelah
pegawai mendaftar dan mengikuti pengajian di universiti berkenaan.
Program ini merupakan usaha Kerajaan menyokong pembelajaran berterusan di
kalangan penjawat awam untuk menghasilkan modal insan yang dapat memberikan
perkhidmatan terbaik setanding tuntutan dan cabaran semasa. Kerajaan tidak
menjanjikan sebarang jaminan kenaikan pangkat atau lantikan ke jawatan yang
lebih tinggi setelah pegawai menamatkan pengajian di bawah penajaan ini.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Terbuka kepada semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan
Anggota Kumpulan Pelaksana/Kumpulan Sokongan (AKP/AKS) gred 40 dan
ke bawah lantikan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) di KPM bagi
semua peringkat pengajian.

Nota : Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) dan
Anggota Kumpulan Pelaksana/Kumpulan Sokongan (AKP/AKS) seperti
Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi), Pembantu Pengurusan Murid
adalah layak memohon program ini bagi mengikuti pengajian peringkat Ijazah
Sarjana Muda, Sarjana atau Kedoktoran.

(c) Pegawai telah menerima tawaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda atau
Ijazah Sarjana atau Ijazah Kedoktoran pada tahun 2012 atau 2013 secara
separuh masa di IPTA. Bagi pegawai yang sedang mengikuti pengajian,
hendaklah mempunyai minimum tiga (3) semester baki pengajian pada
September 2013;

(d) Penajaan adalah bemula dari tahun 2012 atau 2013 sehingga 2016 sahaja;

(e) Telah berkhidmat secara tetap tidak kurang daripada dua(2) tahun;

(f) Telah disahkan dalam skim perkhidmatan pada tarikh tutup permohonan;

(g) Berumur tidak melebihi 50 tahun pada 31 Disember 2013;

(h) Mencapai Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) purata minimum 80
peratus bagi tempoh 2 tahun berturut-turut (2011 dan 2012) genap satu
tahun kalendar. Sekiranya pegawai pernah diluluskan cuti belajar dalam
tempoh tersebut, sila kemukakan LNPT tahun sebelum/selepas tempoh cuti
belajar;

(i) Bebas dari tindakan tatatertib, bersih daripada pertuduhan tatatertib dan
bebas daripada kes mahkamah;

(j) Pegawai telah mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua J abatan/Ketua
Perkhidmatan untuk mengikuti pengajian secara separuh masa;

(k) Mengikuti pengajian di peringkat yang lebih tinggi daripada kelayakan
akademik sedia ada yang dimiliki pegawai;

(l) Mengikuti pengajian dalam bidang yang diiktiraf oleh Kerajaan. Semakan
bidang-bidang yang diiktiraf boleh dibuat di portal e-SISRAF iaitu
http://pengiktirafan.jpa.gov.my/;

(m) Tidak mendapat penajaan (pinjaman atau biasiswa) daripada agensi penaja
yang lain bagi pengajian yang diikuti;

(n) Telah menyelesaikan atau sedang membuat pembayaran balik pinjaman
pelajaran secara ansuran (sekiranya berkaitan) bagi pinjaman yang ditaja
oleh agensi Kerajaan; dan

(o) Tidak tersenarai dalam senarai hitam biasiswa/pinjaman pelajaran Kerajaan.


TAWARAN
Iklan tawaran akan dibuka mulai 1 September sehingga 30 September 2013.
Pegawai yang berminat boleh membuat permohonan melalui laman sesawang
Kementerian Pendidikan www.moe.gov.my.


SENARAI UNIVERSITI AWAM TEMPATAN DI MALAYSIA
BAGI PROGRAM YURAN PENGAJIAN SECARA SEPARUH MASA
KEPADA PENJAWAT AWAM


1. Universiti Malaya (UM)
2. Universiti Sains Malaysia (USM)
3. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
4. Universiti Putra Malysia (UPM)
5. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
6. Universiti Teknologi Mara (UiTM)
7. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
8. Universiti Malaysia Sabah (UMS)
9. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
10. Universiti Utara Malaysia (UUM)
11. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
12. Universiti Tun Husein Onn Malaysia (UTHM)
13. Universiti Malaysia Melaka (UTeM)
14. Universiti Malaysia Perlis (UNiMAP)
15. Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
16. Universiti Malaysia Pahang (UMP)
17. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
18. Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
19. Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
20. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Sekian,terima kasih.
Bahagian Tajaan Pendidikan

You might also like