Professional Documents
Culture Documents
PEMAHAMAN
SIMPULAN BAHASA
SATU PENDEKATAN KE ARAH
KECEMERLANGAN
Simpulan Bahasa
Penduduk Taman Ria itu telah _____ untuk
menyerahkan pencuri itu kepada pihak polis.
A buka langkah
B sebulat kata
C hati terbuka
D angkat kaki
Jawapannya
B
Simpulan Bahasa
Sikap Leha yang suka _____ menyebabkan dia
tidak mempunyai kawan.
A angkat diri
B buta huruf
C ambil berat
D besar hati
Jawapannya
A
Simpulan Bahasa
Sharmila membawa _____ semasa melawat
Maniam di hospital.
A buah hati
B besar hati
C buah tangan
D bekas tangan
Jawapannya
C
Simpulan Bahasa
Isma selalu _____ apabila ketuanya tiada di
pejabat.
A ambil angin
B kecil hati
C putih mata
D curi tulang
Jawapannya
D
Simpulan Bahasa
Berita tentang lawatan ke Indonesia itu hanya
________ sahaja kerana tiada kesahannya.
A makan angin
B cakap besar
C perut kosong
D omong kosong
Jawapannya
D
Simpulan Bahasa
Linggam berasa _________ untuk berniaga lagi
kerana sering mengalami kerugian.
A iri hati
B ada hati
C tawar hati
D sedap hati
Jawapannya
C
Simpulan Bahasa
Cikgu Tan sentiasa menasihati Ah Keong yang
________ supaya menjadi murid yang baik.
A keras kepala
B naik kepala
C besar hati
D sakit hati
Jawapannya
A
Simpulan Bahasa
Pencuri itu membuka ______ apabila dikejar
oleh sekumpulan penduduk kampung.
A langkah kanan
B langkah seribu
C langkah kiri
Jawapannya
B
Simpulan Bahasa
Perbelanjaan untuk menghantar Haris ke luar
negara adalah hasil ______ bapanya yang
bekerja sebagai kerani.
A titik peluh
B mandi peluh
C ringan tulang
D jejak langkah
Jawapannya
A
Simpulan Bahasa
Wafi merupakan _______ bagi pasukan bola
sepak sekolahnya.
A tulang besi
B berat tulang
C ringan tulang
D tulang belakang
Jawapannya
D
Simpulan Bahasa
Kejayaan pasukan badminton negara tewas
dalam pertandingan itu menjadi ________
orang ramai.
A buah hati
B buah mulut
C buah fikiran
D buah tangan
Jawapannya
B
Simpulan Bahasa
Semua orang bergotong-royong membersihkan
kelas tetapi Nani hanya ______ sahaja.
A angkat kaki
B makan suap
C berpeluk tubuh
D berganding bahu
Jawapannya
C
Simpulan Bahasa
Azli terpaksa menjadi _____ untuk
menggantikan tempat Zaki yang sakit secara
tiba-tiba.
A alim kucing
B bidan terjun
C anak angkat
D ayam tambatan
Jawapannya
B
Simpulan Bahasa
Lelaki yang ______ itu berjalan terhoyong-
hayang kerana mabuk.
A kaki lima
B kaki ayam
C kaki bangku
D kaki botol
Jawapannya
D
Simpulan Bahasa
Kedua-dua orang penjenayah itu _________
kepada pihak polis setelah dikepung.
A membawa diri
B merendah diri
C menyerah diri
D membangga diri
Jawapannya
C
Simpulan Bahasa
Puan Kalsom _______ apabila melihat banyak
beg tangan berjenama yang dijual dengan
harga murah di kedai itu.
A rambang mata
B menjolok mata
C putih mata
D cuci mata
Jawapannya
A
Simpulan Bahasa
Para penonton berpendapat bahawa pakaian
penyanyi itu amat _______.
A cuci mata
B putih mata
C rambang mata
D menjolok mata
Jawapannya
D
Simpulan Bahasa
Mak Munah menyambut para tetamu dengan
____________.
A bulat hati
B bekas tangan
C tangan terbuka
D murah hati
Jawapannya
C
Simpulan Bahasa
Ibu _______ apabila melihat pasu bunga yang
dibeli dari Sarawak telah pecah.
A cangkul angin
B naik angin
C atas angin
D makan angin
Jawapannya
B
Simpulan Bahasa
Elly ______ untuk meneruskan pelajaran
apabila permohonan biasiswanya ditolak.
A tawar hati
B tebal muka
C telinga nipis
D campur tangan
Jawapannya
A
Simpulan Bahasa
Orang kampung tidak mempercayai wanita tua
yang digelar _______ kerana dia tidak tahu
menyimpan rahsia.
A mulut murai
B berat mulut
C banyak mulut
D mulut tempayan
Jawapannya
D
Simpulan Bahasa
Ayah dan ibu terlalu _____ kepada adik
sehinggakan segala kehendak adik dituruti.
A manis muka
B berat mulut
C beri muka
D hati perut
Jawapannya
C
Simpulan Bahasa
Suhana memang _____ kerana asyik membaca
buku di mana-mana sahaja dia berada.
A manis muka
B ulat buku
C ringan tulang
D pasang telinga
Jawapannya
B
Simpulan Bahasa
Wong ______ apabila mendengar orang
mengutuk dan menghina kawan baiknya, Bala.
A panas hati
B berat hati
C ada hati
D iri hati
Jawapannya
A
Simpulan Bahasa
Encik Chan tidak menyangka beliau telah
mendapat ______ setelah memenangi cabutan
bertuah itu.
A titik peluh
B putih mata
C durian runtuh
D batu loncatan
Jawapannya
C
Simpulan Bahasa
Adik Johari memang ______ kerana dia sudah
pandai membaca walaupun belum bersekolah
lagi.
A mata hati
B keras hati
C besar hati
D terang hati
Jawapannya
D
Simpulan Bahasa
Jangan suka ______ sahaja. Siasat dulu
sebelum membuat sesuatu tuduhan, pesan
ayah.
A ambil mudah
B serkap jarang
C membabi buta
D lidah bercabang
Jawapannya
B
Simpulan Bahasa
Siti berasa _______ terhadap kawan-kawannya
yang menuduhnya suka berlagak.
A iri hati
B ada hati
C jauh hati
D besar hati
Jawapannya
C
Simpulan Bahasa
Walaupun perempuan jelita itu disukai ramai
tetapi dia _________.
A mata duitan
B mata hati
C mata kotak
D mata angin
Jawapannya
A
Simpulan Bahasa
Murid-murid sedang ______ untuk menjawab
soalan-soalan Matematik itu.
A otak cair
B perah otak
C otak udang
D kepala otak
Jawapannya
B