You are on page 1of 18

Isi Kandungan

1.0 Pengenalan 1
1.1 Latar Belakang Ujian
1.2 Pengenalan Ujian
1.2.1 Pelaksanaan Ujian
1.3 Objektif Ujian
1.4 Peranan Ujian
1.5 Peralatan Yang Digunakan
2.0 Prosedur Ujian 7
3.0 Gambar Pelaksanaan Ujian 7
4.0 Analisis Data 8
5.0 Jadual Norma Perbandingan 10
6.0 Dapatan Ujian 11
7.0 Rumusan 13
Bibliografi 14









1

1.0 Pengenalan

Sukan merupakan antara bidang yang penting kepada negara. Justeru itu, pelbagai
pihak perlu memainkan peranan untuk membangunkan sukan. Antaranya, Kementerian
Pendidikan memainkan peranan yang amat tinggi dalam bidang ini disebabkan ahli-ahli
sukan harus dilatih dan dibangunkan sejak bangku sekolah lagi. Untuk menyediakan atlet
yang cemerlang kita tidak dapat lari daripada menempuhi proses dan cabaran yang
pelbagai. Antara elemem yang penting dalam pembangunan sukan prestasi kecergasan
fizikal atlet merupakan faktor yang utama dalam proses pembangunan dan latihan.

Konsep kecergasan merangkumi pelbagai aspek termasuk aspek fizikal, mental,
emosi, sosial dan kerohanian. Konsep kecergasan itu adalah menyeluruh bagi kesihatan
seseorang yang membolehkan seseorang itu hidup dengan sempurna dan bertenaga.

Menurut Falls (1980) dalam Buku Panduan Standard Kecergasan Fizikal
Kebangsaan untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK), kecergasan untuk kesihatan
merangkumi aspek-aspek yang berkaitan dengan fungsi fisiologi dan psikologi yang
dipercayai memberi seseorang individu perlindungan dari ancaman penyakit-penyakit
hipokinetik (kekurangan pergerakan) seperti penyakit jantung, kegemukan dan
berbagaibagai penyakit otot dan tulang. Kecergasan untuk prestasi pula merujuk kepada
fungsifungsi dan keupayaan seseorang itu yang membolehkan beliau bertanding dalam
aktiviti sukan dengan lebih tenaga daya kuasa, kekuatan, daya tahan, kemahiran dan
sebagainya (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2007).

Di Malaysia perhatian terhadap kecergasan bermula dalam tahun 70-an dengan
ujian kecergasan. Dengan kesedaran peranan kecergasan kepada pembangunan negara,
Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan melancarkan program Malaysia Cergas pada
tahun 1985.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga turut menyumbang ke arah
kecergasan dengan kempen bertema mereka. Antara kempen yang berasaskan tingkah
2

laku ialah 1998-Senaman dan Kecergasan, 2000-Kehidupan Keluarga yang Sihat, 2001-
Kesihatan Mental dan 2002-Promosi Persekitaran Sihat.

Semakan kurikulum Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan tahun 2002
2004 membawa sedikit perubahan dalam kandungan pengajaran dan pembelajaran kedua-
dua mata pelajaran tersebut. Serentak dengan itu juga Pusat Perkembangan Kurikulum
(PPK) telah menyediakan Garis Panduan Ujian Kecergasan Fizikal sebagai rujukan dan
panduan guru-guru Pendidikan Jasmani untuk melaksanakan ujian tersebut di sekolah-
sekolah (Laporan Tahunan PPK, KPM 2005).

SEGAK pula diilhamkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2005.
Ujian ini dirancang untuk dilaksanakan sepenuhnya kepada murid Tahun 4 hingga
Tingkatan 5 mulai sesi persekolahan tahun 2008. Pelaporan hasil SEGAK akan menjadi
komponen kecergasan kepada penilaian berasaskan sekolah.

Rekod penilaian kecergasan memberi maklumat tentang tahap kecergasan murid.
Ujian yang dijalankan secara sistematik diharap dapat memotivasikan murid mengamal
gaya hidup sihat. Murid akan lebih bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kesejahteraan
negara selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah merealisasikan
Wawasan 2020.


1.1 Latar Belakang Ujian

Satu cara untuk mengenalpasti tahap kecergasan fizikal ahli ialah dengan
menjalani ujian kecergasan tertentu yang menggunakan bateri-bateri ujian mengikut
komponen yang hendak diuji oleh penguji. Bateri-bateri ujian ini dapat menggukur
bahagian-bahagian badan secara khusus dan sistematik yang dapat menunjukkan
kemampuan seseorang ahli sukan mengikut komponen kecergasan fizikal.

3

Menurut Borhan Yusof (2008), ujian ialah satu instrumen atau alat yang
digunakan untuk mendapatkan maklumat murid sebelum, semasa, dan selepas pengajaran.
Pengukuran ialah suatu proses mengutip maklumat berangka tentang ciri-ciri tertentu
yang dipunyai oleh seseorang . pengukuran juga boleh ditakrifkan sebagai membina,
mentadbir dan memberi nilai kepada ujian. Manakala penilaian merupakan suatu proses
untuk mengumpul, menganalisis dan mentafsir data yang dikutip. Ia juga meliputi ujian
dan pengukuran. Selepas menjalani beberapa ujian yang dicadangkan kita akan dapat
tahu pada tahap manakah kita perlu mula bersenam.

Terdapat dua komponen utama kecergasan iaitu :

i. Komponen Kecergasan Kesihatan.
Komponen kecergasan kesihatan melibatkan kecergasan kardiovaskular atau daya
tahan aerobik, kekuatan dan daya tahan otot kelenturan serta komposisi badan

ii. Komponen Kercergasan Perlakuan Motor.
Komponen kecergasan perlakuan motor melibatkan kelajuan, keseimbangan,
koordinasi, kuasa dan ketangkasan yang diklasfikasikan sebagai kecergasan
motor.

Secara ringkas, Kecergasan berlandaskan kesihatan merangkumi 5 komponen
iaitu daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan otot, kelembutan dan
komposisi badan. Kecergasan berlandaskan perlakuan motor merangkumi 6 komponen
bagi tujuan khusus dalam kehidupan iaitu koordinasi, imbangan, ketangkasan, kuasa,
masa tindakbalas dan kepantasan.

Dengan itu, ujian kecergasan fizikal juga boleh dibahagikan kepada:
Ujian kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan
Ujian kecergasan fizikal berlandaskan kemahiran motor


4

Contoh contoh bateri ujian untuk komponen masing-masing seperti berikut:

a) Contoh Bateri Ujian Kecergasan Berasaskan Kesihatan

Komponen Kecergasan Bateri Ujian
Daya tahan kardiovaskular Cooper (larian/berjalan 12 minit)
Kekuatan Otot Bangkit tubi berperingkat
Daya tahan otot Tekan tubi
Kelenturan Duduk jangkauan melunjur
Komposisi badan Ukuran lilitan badan

b) Contoh Bateri Ujian Kecergasan Berasaskan Perlakuan Motor

Komponen Kecergasan Bateri Ujian
Kelajuan Lari pecut 30m
Imbangan Dirian bangau
Ketangkasan i. Lompat kuadron
ii. Illinois
Kuasa i. Lompat jauh berdiri
ii. Lontar bola keranjang
Masa tindak balas Nelson Choice-Response-Movement
Kordinasi i. Menggelecek bola dengan tangan
ii. Menggelecek bola dengan kaki



5

1.2 Pengenalan Ujian

Sebagai Guru Pendidikan Jasmani, satu bentuk ujian untuk mengukur komponen kecergasan
berasaskan kesihatan telah dirancang dan ditadbirkan untuk pelajar kelas tahun 5 yang seramai
16 orang.

Ujian yang dipilih adalah ujian berasaskan kesihatan iaitu ujian untuk menguji
kelenturan. Ujian tersebut dikenali sebagai ujian kelenturan di mana dilakukan untuk
mengenalpasti individu yang mempunyai sedikit pergerakan sendi. Kelenturan juga selalunya
digunakan untuk mengukur tujuan diagnostik. Ramai guru Pendidikan Jasmani percaya bahawa
persembahan kelenturan boleh diukur dengan menggunakan gred.

Ujian ini turut dikenali sebagai ujian kelembutan yang dikenali sebagai kebolehan
mengerakkan badan dan bahagian-bahagiannya melalui satu julat pengerakkan tanpa rintangan
(strain) kepada artikulasi dan lekatan otot (Johnson & Nelson, 1986).

Untuk tujuan klinikal penilaian kelenturan, alat seperti Leighton Flexometer,
elektrogoniometer dan goniometer digunakan. Ujian ini menyediakan ukuran lurus dan
menggunakan pita pengukur, pembaris dan kayu pengukur. Terdapat dua jenis ujian kelenturan
lurus:
a) Ujian kelenturan relative
Berhubung dengan kepanjangan dan keluasan di sesetengah bahagian badan
b) Ujian kelenturan mutlak
Mengukur pergerakan dan bertujuan untuk persembahan mutlak

Tiga jenis pengukuran kelenturan atau bateri ujian adalah seperti berikut:

a. Ujian Jangkauan Melunjur

Ujian ini mengukur kelenturan di bahagian bawah belakang dan atas paha. Subjek kena
duduk di alat ujian dengan lutut lurus, data dan badan tegak. Subjek perlu memanjangkan tapak
6

tangan seberapa yang mungkin dengan cubaan 3 kali. Catatan terhadap berapa jarak yang boleh
dicapai dibuat dalam cm.

b. Ujian Trunk dan Tengkuk ( Johnson dan Nelson 1986 )

Ujian ini mengukur kebolehan untuk memanjangkan trunk. Subjek perlu duduk di kerusi
keras, ukur jarak pada hujung hidung ke tempat duduk. Tiga angkatan terbaik dicatat.

c. Ujian Angkatan Bahu ( Miller dan Alien 1990 )
Ujian ini mengukur kelenturan bahu.

Antara pelbagai jenis ujian kelenturan ini, Ujian Jangkauan Melunjur dipilih sebagai ujian
yang dilaksanakan terhadap murid-murid Tahun 5 tersebut.

1.2.1 Pelaksanaan Ujian

Ujian : Jangkauan Melunjur

Tempat : Sek. Keb. Permatang Merah
Sampel : Murid Tahun 5 iaitu Tahap Dua
Bilangan responden : 16 orang (7 lelaki dan 9 perempuan)
Tarikh : 28 Februari 2013
Masa : 8.00 pagi - 9.00 pagi
Limitasi: Murid yang kurang sihat dikecualikan daripada melakukan ujian ini.

1.3 Objektif Ujian

Objektif-objektif pelaksanaan ujian adalah:

Murid-murid dapat,
1. mengetahui kepentingan kecergasan fizikal;
7

2. melakukan ujian kecergasan yang dirancang oleh pentadbir sekolah;
3. menganalisis, mengintepretasi dan menyimpan rekod kecergasan fizikal individu;
4. melakukan tindakan susulan untuk meningkatkan kecergasan fizikal individu melalui
perancangan aktiviti kecergasan secara sistematik; dan
5. pengiktirafan tahap kecergasan individu berdasarkan prestasi semasa.

1.4 Peranan Ujian

Tujuan utama ujian Jangkauan Melunjur ini adalah untuk mengukur fleksibiliti bahagian
belakang badan, paha dan sendi pinggul( lower back and poster thighs). Ujian ini memerlukan
pelajar menjangkau kehadapan semaksimum yang mungkin dengan menggunakan kotak
jangkauan melunjur untuk mengukur fleksibiliti pada otot hamstring.

Menurut Holt et al (1996) di dalam jurnal Presedents Council on Physical Fitness and
Sports,Richest Digest, fleksibiliti bermaksud nilai intrinsik tisu tubuh yang mana ia menentukan
jarak pergerakan yang boleh dicapai tanpa mengalami kecederaan pada sendi dan kumpulan
sendi.

Kebanyakan senaman berkait rapat dengan program sukan bagi memperkembangkan
komponan fleksibiliti kerana fleksibiliti dianggap penting bagi menjalankan pergerakan atau aksi
yang selamat dan efektif. (Knudson, 2000). Di samping itu, tahap kelenturan yang baik dapat
memberikan kebaikan kepada seseorang individu jika latihan dilakukan mengikut kaedah yang
betul dan berkesan.

Antara faedah memiliki kelenturan yang baik:
1. Meningkatkan prestasi dalam sukan
2. Mengurangkan risiko kecederaan
3. Menambahkan keupayaan untuk bergerak secara bebas dan mudah
4. Meningkatkan kualiti daya tahan, kekuatan dan ketangkasan
5. Mengurangkan rasa sakit dan tidak selesa semasa melakukan kerja
6. Mewujudkan rasa selamat dan selesa semasa melakukan aktiviti.
8

1.5 Peralatan Yang Digunakan

Alat-alatan :

i. Alat Pengukur Jangkauan
ii. Borang Skor
iii. Pensel

2.0 PROSEDUR UJIAN

i. Murid dikehendaki melakukan regangan dan memanaskan badan sebelum memulakan
aktiviti.
ii. Murid duduk melunjur tanpa kasut. Tapak kaki diletakkan di belakang penanda 23cm.
iii. Kedua-dua kaki mesti lurus sepanjang ujian. Rakan boleh memegang lutut.
iv. Tapak tangan kanan ditindih atas sebelah tapak tangan kiri atau sebaliknya, ikut
keselesaan. Pastikan hujung jari tengah sama.
v. Dagu rapat ke dada. Jangkaukan tangan perlahan-lahan sejauh yang mungkin atas pita
pengukur.
vi. Jangkauan hendaklah dikekalkan selama 3 saat, baru jarak boleh dikira, ukuran tidak
boleh diambil kalau tersentap-sentap.
vii. Murid diberi tiga percubaan. Percubaan terbaik diambil kira sebagai skor. Bacaan dikira
pada sentimeter terhampir (bundarkan ke nombor bulat)
viii. Murid yang memegang lutut mestilah tidak mengganggu.
ix. Selepas ujian siap dilaksanakan, aktiviti menyejukkan badan dilakukan.

3.0 Gambar Pelaksanaan Ujian
9





10

4.0 Analisis Data

Murid kelas Tahun 5 ini berumur 11 tahun maka skor Jangkauan Melunjur adalah
berdasarkan skor pada 11 tahun untuk lelaki dan perempuan masing-masing.

Skor Jangkauan Melunjur adalah seperti berikut:

Borang Skor Jangkauan Melunjur
Kelas : Tahun 5 Tarikh : 28 Februari 2013

Bil Nama Jantina Bacaan Skor Gred
1 AHMAD SYARAF B. AHMAT DAUD L 32 4 B
2 ANISSA CARREY P 26 3 C
3 BONG SIN JOO P 13 1 E
4 CHEALSEE BEATRIC P 18 1 E
5 CHOK HSUEH CHIN P 14 1 E
6 CHONG CHEE ONN L 28 3 C
7 DESYLEO THAY P 25 3 C
8 ELICSION MUMEN L 21 2 D
9 ERIC CHONG YU CHEN L 24 2 D
10 JOHN TSAI SZE JIN L 29 3 C
11 KELLY SOO JIA YING P 29 3 C
12 RISMAS AK GERETA P 29 3 C
13 SWAYLIN SAIT P 28 3 C
14 SYLVESTER MARTIN L 19 2 D
15 SYLVIA TIMPA P 25 3 C
16 THOMAS DE GABRIEL L 27 3 C

Suatu analisis data telah dijalankan ke atas skor-skor yang diperolehi di atas dengan MS
Excel. Rujuk lampiran 1 untuk cara kerja pengiraan. Hasil pengiraan adalah seperti berikut:

11

a) Analisis Data Keseluruhan
Mod Min Sisihan Piawai Maksimum
29 24.19 5.635823 32

b) Analisis data untuk skor lelaki
Mod Min Sisihan Piawai Maksimum
- 25.71 4.608481 32

c) Analisi data untuk skor perempuan
Mod Min Sisihan Piawai Maksimum
25 23 6.324555 29

Analisis data di atas menunjukkan, ujian jangkauan melunjur ini memberi bacaan
min keseluruhan sebanyak 24.19 iaitu pada skor 2. Bacaan mksimum adalah 32 di
kalangn 16 pelajar dalam kelas ini.

Analisis turut dibuat ke atas jantina masing-masing, di mana pelajar lelaki
mencatatkan bacaan min sebanyak 25.17 berbanding dengan bacaan min pelajar
perempuan yang 23 sahaja. Keadaan ini menunjukkan secara purata, pelajar lelaki
mempuyai kelenturan yang lebih tinggi berbanding dengan perempuan. Pelajar lelaki
mencatatkan bacaaan maksimum sebanyak 32 di mana perempuan pula mencatatkan
bacaan maksimum 29 sahaja. Tambahan pula, sisihan piawai pelajar lelaki yang sebanyak
4.6 adalah lebih rendah daripada sisihan piawai perempuan yang 6.3. Ini bermakna,
jurang perbezaan kelenturan di kalangan pelajar perempuan adalah lebih besar daripada
pelajar lelaki.






12

5.0 Jadual Norma Perbandingan

Skor
Umur/Jantina
5 4 3 2 1
10 Tahun
Lelaki 37 ke atas 32-36 25-31 19-24 18 ke bawah
Perempuan 35 ke atas 30-34 24-29 18-23 17 ke bawah
11 Tahun
Lelaki 39 ke atas 32-38 25-31 18-24 17 ke bawah
Perempuan 36 ke atas 31-35 25-30 19-24 18 ke bawah
12 Tahun
Lelaki 39 ke atas 32-38 25-31 19-24 18 ke bawah
Perempuan 38 ke atas 32-37 25-31 20-24 19 ke bawah


SKOR ULASAN CADANGAN AKTIVITI

5 Tahniah. Teruskan dengan
melakukan aktiviti mematuhi
prinsip latihan.

Lakukan aktiviti kelenturan
4 Tahap kelenturan anda baik
dan boleh dipertingkatkan
lagi.

Tingkatkan usaha untuk
mencapai tahap cemerlang
seperti aktiviti kilas pinggan
dan tengkuk

3 Tahap kelenturan anda pada
tahap sederhana dan perlu
berusaha lagi.

Tahap kecergasan yang lebih
baik boleh dicapai dengan
melakukan aktiviti seperti
berenang dan senamrobik.

13

2 Gandakan usaha anda Tingkatkan tahap pencapaian
yang dikehendaki dengan
melakukan aktiviti duduk dan
kilas pinggan lebih kerap

1 Tahap kelenturan anda mesti
diperbaiki.

Perlu melakukan aktiviti yang
melibatkan kelenturan lebih
kerap seperti lentik belakang
dan bangkit tubi.

Skor 5 4 3 2 1
Gred A B C D E

Jadual Norma Perbandingan di atas memaparkan jadual unntuk murid-murid berumur 10,
11 dan 12 tahun yang digunakan dalam ujian SEGAK dan dipetik daripada panduan
perlaksnaan aktiviti tersebut. Pelajar-pelajar tahun 5 ialah pelajar yang berumur 11 tahun
maka skor 11 tahun yang akan dirujuk. Tahap skor dan gred dipakai bersama dengan bacaan
jangkauan melunjur.
Skor-skor turut dipadankan dengan gred-gred. Untuk mendapat skor 1 pelajar lelaki
memerlukan bacaan sekurang-kurangnya 17 untuk lelaki dan 18 untuk perempuan. Skor 2
pula, untuk lelaki ialah bacaan 18-24 perempuan ialah 19-24. Skor 3 memerlukan 25-31
untuk lelaki dan 25-30 untuk perempuan. Bacaan 32-38 melayakkan lelaki untuk mendapat
skor 4 manakala perempuan hanya memerlukan bacaan 31-35 untuk skor 4. Untuk
mendapatkan skor 5 iaitu cemerlang lelaki perlu mencapai bacaan 39 dan ke atas manakala
perempuan perlu bacaan 36 dan ke atas.
Di samping itu, skor tersebut turut dipadankan dengan gred A sampai gred E. Di mana
Gred A ialah cemerlang yang sama pencapianannya dengan skor 5 dan gred E adalah
pencapaian paling rendah yang sama dengan skor 1.

14

Penafsiran data mengenai murid-murid tahun 5 yang menjalankan ujian ini akan
dibincangkan di bahagian dapatan yang melibatkan perolehan skor dang red mereka masing-
masing.
6.0 Dapatan Ujian

Di dalam bahagian ini merupakan penerangan beberapa aspek berdasarkan hasil dapatan
ujian. Pelajar lelaki mencatatkan bacaan min yang lebih tinggi daripada perempuan iaitu 25.17
berbanding dengan 23. Kesimpulan boleh dibuat dengan mengatakan kelenturan murid lelaki
adalah lebih baik daripada murid perempuan ini disebabkan murid lelaki lebih aktif dan sering
melakukan aktiviti lasak.

Jantina
Skor
Lelaki Perempuan
4 1 0
3 3 6
2 3 0
1 0 3



0
1
2
3
4
5
6
1 2 3 4
J
u
m
l
a
h

P
e
l
a
j
a
r

Skor
Skor Jangkauan Melunjur Pelajar Tahun 5
Lelaki
Perempuan
15

Merujuk graf di atas, kedua-dua pelajar-pelajar lelaki dan perempuan mencatatkan min
purata yang rendah. Terdapat 3 orang pelajar perempuan yang mencatatkan bacaan 18 dan ke
bawah iaitu skor 1. Berdasarkan jadual norma perbandingan, skor 1 menunjukkan tahap
kelenturan yang mesti diperbaiki. Pelajar dalam kategori ini perlu melakukan aktiviti yang
melibatkan kelenturan lebih kerap seperti lentik belakang dan bangkit tubi. Terdapat 3 orang
lelaki yang tergolong dalam kumpulan skor 2 iaitu memerlukan pelajar tersebut meningkatkan
tahap pencapaian yang dikehendaki dengan melakukan aktiviti duduk atau kilas pinggan lebih
kerap. Kebanyakkan pelajar iaitu seramai 9 orang mencatatkan skor 3 iaitu tahap sederhana dan
perlu berusaha lagi dengan melakukan aktiviti seperti berenang dan senamrobik. Seorang pelajar
yang mencatatkan skor tertinggi iaitu skor 4. Dia boleh tingkatkan usaha untuk mencapai tahap
cemerlang iaitu skor 5 seperti aktiviti kilas pinggan dan tengkuk.

7.0 Rumusan

Pendek kata, ujian jangkauan melunjur ini dilakukan dan dapat dilakukan dalam masa
yang singkat. Namun begitu keeshan ujian ini mungkin diduga kerana membawa kepada analisis
yang kurang bertepatan antara individu atas sebab ukuran panjang tangan, kaki dan tulang
belakang yang berbeza.
Walaubagaimanapun, hasil ujian ini tetap boleh menjadikan suatu penilaian dan rujukan
kepada guru-guru pendidikan jasmani yang membimbing murid-murid tersebut dalam apa bentuk
senaman mahupun aktiviti yang amat memerlukan kelenturan badan.
Pergerakan manusia mustahil tanpa komponen kecergasan yang dinamakan fleksibiliti.
Maka, ujian ini penting untuk mengingatkan para athlete untuk meningkatkan tahap kelenturan
yang sepatutnya supaya meningkatkan prestasi dalam sukan dan pada masa yang sama
mengurangkan mengalami kecederaan atau kesakitan.



16

Bibliografi

Falls. (1980). Teori and Methodology of Traning. New York. Humans Kinetick Publisher.
Buku Panduan Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia
(SEGAK) Sekolah Rendah Dan Menengah Malaysia (2007). Pusat Perkembangan
Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Modul Garis Panduan Ujian Kecergasan Fizikal di Sekolah. (2002). Pusat Perkembangan
Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum. (2005). Laporan Tahunan. Pusat Perkembangan Kurikulum,
Kementerian Pelajaran Malaysia.

Borhan Yusof (2008). Sukan mempertahankan diri. Penerbitan PCT. Selangor Darul Ehsan.

Johnson BL, Nelson JK (1986). Practical measurements for evaluation in physical education
(4
th
ed). Burgess Publishing Company, Minneapolis, MN

Holt et al (1996). Presedents Council on Physical Fitness and Sports,Richest Digest.
Indiana University

Knudson, D., Magnusson (2000). Current issues in flexibility fitness. Presidents Council on
Physical Fitness and Sports Research Digest, 3(9): 1-8.














17

LAMPIRAN

You might also like