You are on page 1of 2

Aktiviti PDP Berurutan.

Bahasa Melayu Tahun 4 ( Penulisan Bahagian C )



Tugasan A : Baca dengan kuat dan fahamkan petikan di bawah.


Aminah sedang membaca buku sambil menunggu bas sekolahnya. Tiba- tiba, dia dihampiri oleh
seorang pengemis untuk meminta wang. Aminah merasa terharu simpati melihat keadaan pengemis
itu. Aminah memberikan wang syiling baki wang sakunya kepada pengemis itu. Pengemis itu
mengucapkan terima kasih sebelum pergi. Apabila bas sekolahnya tiba, Aminah beratur sebelum
menaiki bas. Dia memberikan peluang kepada murid murid yang lebih kecil untuk menaiki bas
dahulu.


Tugasan B : Pilih dan bulatkan nilai yang bersesuaian dengan maksud ayat diberi.

1. Aminah membaca buku sambil menunggu bas sekolahnya.
A Menepati masa B. Menjimatkan masa C. Menghargai masa

2. Aminah merasa terharu simpati melihat keadaan pengemis itu.
A Rasa Sedih B. Rasa kasihan C. Rasa Kesal

3. Aminah memberikan wang syiling baki wang sakunya kepada pengemis itu.
A Pemurah B. Peramah C. Pemarah

4. Apabila bas sekolahnya tiba, Aminah beratur sebelum menaiki bas.
A Mengikut peraturan B. Bertimbang rasa C. Tidak Membazir masa

5. Aminah memberikan peluang kepada murid murid yang lebih kecil untuk menaiki bas dahulu.
A Merendah diri B. Merasa bangga C. Bertimbang rasa


Tugasan C : Isikan tempat kosong pada hujung ayat dengan nilai yang bersesuaian.

Aminah sedang membaca buku sambil menunggu bas sekolahnya. ( ).
Aminah merasa terharu simpati melihat keadaan pengemis itu. ( )
Aminah memberikan wang syiling baki wang sakunya kepada pengemis itu. ( )
Apabila bas sekolahnya tiba, Aminah beratur sebelum menaiki bas. ( )
Dia memberikan peluang kepada murid murid yang lebih kecil untuk menaiki bas dahulu.
( )

Tugasan C: Memberi ulasan tersendiri. Tukarkan ayat dalam petikan menggunakan ayat sendiri .

1. Aminah sedang membaca buku sambil menunggu bas sekolahnya.
Mengikut cerita ini, kita mestilah mengisi masa terluang dengan aktiviti yang
berfaedah seperti membaca buku.


2. Aminah merasa terharu simpati melihat keadaan pengemis itu.
Selain itu, kita perlu ada rasa balas kesihan kepada golongan yang tidak
bernasib baik seperti pengemis.


3. Aminah memberikan wang syiling baki wang sakunya kepada pengemis itu.
Kita berilah sesuatu kepada orang malang ini dengan ikhlas dan murah hati.


4. Apabila bas sekolahnya tiba, Aminah beratur sebelum menaiki bas.
Kita juga mesti mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan di
tempat-tempat tertentu.


5. Dia memberikan peluang kepada murid murid yang lebih kecil untuk menaiki bas dahulu.
Di samping itu, kita harus bertimbang rasa kepada rakan kita yang lebih lemah.



Tugasan D: Susun ayat-ayat ulasan sendiri ke bentuk perenggan.


Mengikut cerita ini, kita mestilah mengisi masa terluang dengan
aktiviti yang berfaedah seperti membaca buku. Selain itu, kita perlu ada
rasa balas kesihan kepada golongan yang tidak bernasib baik seperti
pengemis. Kita berilah sesuatu kepada orang malang ini dengan ikhlas dan
murah hati. Kita juga mesti mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan
di tempat-tempat tertentu. Di samping itu, kita harus bertimbang rasa
kepada rakan kita yang lebih lemah.


*Nota: Aktiviti ini dijalankan dalam kelasdengan bimbingan guru.

You might also like