Professional Documents
Culture Documents
TUGASAN INDIVIDU
Soalan 2A
Penyelidikan tindakan merupakan satu bidang soal selidik dan kajian berbentuk
refleksi kendiri yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik atau individu. Ianya
dilakukan bertujuan untuk mengesan keadaan dan masalah dalam amalan-amalan
pendidikan atau sosial. Melalui cara ini ianya dapat menggalakan guru dan pendidik
membuat refleksi terhadap masalah-masalah pendidikan yang dijumpai semasa
menjalankan aktiviti pengajaran, mengesan dan memperbaiki kelemahan dan
kekurangannya. Oleh sebab penyelidikan tindakan mengutamakan amalan pendidikan
di dalam bilik darjah , maka ia dapat merapatkan jurang di antara teori dengan praktis
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, dan dengan ini, guru dapat membina
kemahiran mengajar dengan lebih berguna serta berkesan. Hasil kajian yang didapati
melalui penyelidikan tindakan bukan sahaja akan membolehkan guru meningkatkan
kemahirannya dalam aktiviti pengajaran, tetapi juga membolehkan guru berpeluang
mengubah kaedah dan teknik mengajarnya, supaya mencuba sesuatu kaedah
mengajar baru yang lebih sesuai. Melalui penyelidikan tindakan juga, guru dapat
meneliti aktiviti pengajarannya secara terperinci dengan aktiviti pengajaran pada masa
depan. Dengan menjalankan penyelidikan tindakan,guru dapat dilatih untuk
meningkatan kemahiran-kemahiran perancangan, pemerhatian, mengumpul data,
menganalisis, menilai, menginterprestasi, membuat refleksi serta merumus, demi
meningkatkan tahap ilmu pengatahuan dan imejnya dalam profesion keguruan. hasil
dapatan diperolehi melalui penyelidikan tindakan dan didokumentasikan dalam bentuk
tulisan merupakan bahan rujukan yang penting bukan sahaja bagi guru sendiri, tetapi
juga sebagai sumbangan idea baru untuk dirujuk oleh rakan sejawat dan guru-guru di
sekolah lain.
Selain daripada penyelidikan tindakan, salah satu lagi cara yang dapat
meningkatkan profesionalisme keguruan selaras dengan Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan 2006-2010 adalah pengamalan reflektif. Amalan refleksi amat penting untuk
peningkatan profesionalisme keguruan kerana guru dapat menggunakan teori
pengajaran dan pembelajaran untuk menilai kebaikan dan kelemahan pengajaran serta
pembelajaran muridnya, lalu membaiki dan mengubahsuai rancangan, kaedah dan
teknik mengajar kearah meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
dalam bilik darjah. Dibawah konteks pendidikan, refleksi ialah sesuatu proses
seseorang yang berusaha untuk mengingat dan merenung kembali aktiviti pendidikan
yang telah difikirkan atau dialaminya, menganalisis dan menilai kesannya, termasuk
memikirkan cara membaiki dan merancang dengan mengubahsuainya untuk digunakan
dengan lebih berkesan pada masa hadapan.
Bagi membolehkan guru-guru sentiasa berdaya saing dalam kepesatan sains dan
teknologi, amalan membudayakan ilmu harus disematkan dalam diri setiap insan
bergelar guru kerana ilmu yang diperoleh boleh dimanfaatkan ketika pengajaran dan
pembelajaran dan tidak hanya tertumpu kepada buku-buku yang diedarkan oleh pihak
kerajaan di sekolah-sekolah sebagai rujukan. Membudayakan ilmu boleh dipecahkan
kepada enam cabang yang tertentu iaitu;
Budaya membaca: iaitu sentiasa memperolehi minat dan rajin membaca dengan
tujuan menambah ilmu pengetahuan serta mengembangkan daya fikir sendiri.