3
Sarawak serta pemerintahan beraja. Ia amat penting dibicarakan kerana menjadi faktor utama untuk memupuk persefahaman ke arah perpaduan. Unsur tradisi merupakan satukontrak sosial yang telah dipersetujui semasa menggubal Perlembagaan. Unsur tradisi berperanan menstabilkan sistem politik negara dan laporan oleh Suruhanjaya Reidmenekankan faktor-faktor sejarah, tradisi, ekonomi dan sosial yang wujud sebelum tahun1957 (Abdul Aziz Bari, 2001). Unsur-unsur tradisi juga merupakan satu prasyarat dan permuafakatan yang diterima oleh orang Melayu dan bukan Melayu. Prasyarat inimenunjukkan bahawa pemimpin terdahulu telah menerima satu formula bagimenyelesaikan masalah yang wujud tanpa melibatkan konflik antara etnik di TanahMelayu pada ketika itu yang lebih dikenali sebagai kontrak sosial.Kontrak Sosial adalah anak kunci kepada hubungan kaum sebagaimana yangtermaktub dalam Perlembagaan. Ianya merupakan agihan yang sama rata. Kontrak sosial biasanya dianggap sebagai suatu persetujuan yang memberikan kewarganegaraan kepadaorang-orang bukan Melayu dan bukan orang asli (kebanyakannya orang Malaysia Cina danMalaysia India) sebagai ganti untuk pemberian hak keistimewaan kepada orang-orangMelayu dan orang-orang asli (dirujuk secara kolektif sebagai Bumiputera). Oleh sebab pemimpin-pemimpin Melayu bersetuju untuk melonggarkan syarat-syaratkewarganegaraan, pemimpin-pemimpin komuniti Cina dan India telah menerimakedudukan istimewa Melayu sebagai penduduk asli Malaya. Dengan penubuhan Malaysia,status kedudukan istimewa itu diperluas untuk merangkumi komuniti-komuniti penduduk asli Sabah dan Sarawak.
Dua isu penting yang dibincangkan di dalam teori Kontrak Sosialini ialah:i.Institusi yang baik dan berkesan untuk menjaga kepentingan rakyat ialah‘Negara’ di mana setiap individu melepaskan dirinya dan kuasanya kepada’kehendak umum’.
ii.
Negara diwujudkan ekoran dari sebuah ‘perjanjianOleh itu pembentukan kontrak sosial dimaktubkan dalam PerlembagaanPersekutuan Tanah Melayu dan seterusnya Malaysia. Untuk mengatakan yang ianya tidak wujud samalah dengan menidakkan kandungan Perlembagaan yang diasaskan kepada penerimaan oleh pemimpin-pemimpin ketiga-tiga kaum terhadap kontrak sosial yang asal.
Leave a Comment