You are on page 1of 2

Baca petikan berikut.

Pak Usop seorang petani yang sangat rajin.Setiap hari


sesudah menunaikan solat Subuh dan bersarapan Pak Usop
akan turun ke sawah.Sawah Pak Usop agak jauh dari rumahnya.

Sawah Pak Usop amat luas.Padinya kini sedang
menguning.Pemandangan di sawah Pak Usop indah nian kerana
warna padinya yang kuning keemasan itu begitu mempersona.

Pak Usop mempunyai seorang anak lelaki bernama
Razman.Namun demikian,sikapnya terlalu jauh berbeza dengan
Pak Usop.Jika Pak Usop seorang yang rajin ,namun Razman
sungguh malas.Dia tidak mahu turun ke sawah menolong
ayahnya.Masanya dihabiskan dengan berpeleseran dengan
kawan-kawannya.Jauh sekali di lubuk hatinya untuk membalas
jasa ayahnya yang membesarkannya selepas kematian ibunya.

Pada suatu hari,Razman dan kawan-kawannya
bermotosikal menuju ke pekan.Ketika melalui suatu selekoh
motosikal Razman terbabas lalu melanggar sebatang
pokok.Terkejut benar Pak Usop apabila mendengar berita
itu.Yang paling menyedihkannya apabila dia mengetahui
bahawa kaki anaknya terpaksa dipotong.

Akhirnya ,Razman sedar akan kesalahannya.Dia memohon
maaf daripada ayahnya atas kesilapan yang telah dia
lakukan.Namun bak kata pepatah nasi telah menjadi bubur.Kini
Razman telah menjadi insan cacat dan kecacatan itu akan kekal
buat selama-lamanya.

You might also like