You are on page 1of 4

LAPORAN PEMBERSIHAN BILIK PENDIDIKAN SENI

Aktiviti dimulakan pada 29 April 2014 iaitu pada hari Isnin selepas pulang berkursus.
Saya telah meminta kebenaran guru besar SJK (T) Kangar untuk hadir bagi melihat
keadaan bilik tersebut sebelum memulakan aktiviti seterusnya. Selepas mendapatkan
kelulusan dari beliau. Telah saya mengeluarkan segala buku-buku yang telah berhabuk
didalamnya bagi kegunaan yang efektif dengan mengedarkannya kepada guru-guru lain
serta hapus kira sekiranya tidka dapat digunakan.
Terdapat pelbagai buku yang berguna dan boleh digunakan dalam pelbagai aspek.
Saya telah diminta oleh Pn Parimala (Guru Besar) bagi meletakkan buku-buku tersebut
di meja kantin agar ianya dapat ditapis dan diproses oleh guru-guru mata pelajaran
masing- masing serta guru perpustakaan.
Saya telah mendapatkan bantuan murid-murid tahun 6 yang agak terluang masa
menunggu kelas tambahan bagi mengalihkan buku-buku tersebut supaya ianya
dilakukan dengan lebih cepat. Setelah itu, kesemua buku telah saya susun mengikut
mata pelajaran BM, BI dan Tamil agar ianya lebih mudah untuk diproses. Setelah itu,
kami telah mengalihkan segala perabot yang tidak digunakan dalam bilik tersebut. Saya
telah mendapatkan bantuan Abang Roy untuk membetulkan lampu dan memasang
kunci agar ianya lebih terurus dan selamat dalam jagaan saya.
Seterusnya, saya bersama Kak Suria (Pengawal Keselamatan) dan Encik
Arivananthan telah bekerjasama bagi mengecat lantai bilik tersebut dan mendapatkan
segala peralatan bagi menghias bilik tersebut pada 2 Mei 2014 pada pukul 9.00 malam
hingga 12 malam. Kami cuba menggunakan sumber cat yang masih ada dalam
simpanan tanpa perlu membazirkan wang dalam pembelian cat yang baru. Ianya telah
diselesaikan dengan sebaiknya. Bahagian yang tertinggal akan ditutp menggunakan
Carpet Merah agar menjadi tempat santai yang berguna kepada murid-murid yang
akan menggunakannya sebagai tempat menghasilkan karya seni dan memberikan
inspirasi kepada mereka.
Keesokkan harinya pula, saya telah menambah label-label peralatan dan susun
atur agar ianya lebih teratur dan kemas mengikut ciri-ciri peralatan tersebut. Sebagai
contoh, peralatan dan bahan kegunaan mewarna disusun sekali dan kertas telah
disusun dalam rak yang sama agar memudahkan proses mendapatkan bahan tersebut
lebih efektif dan terurus.
Bilik Seni juga akan digunakan sebagai tempat untuk melatih murid-murid
mengenai keagamaan dan moral dimana sebuah tempat sembahyang telah diubahsuai
bersama-sama dengan proses pengewujudan bilik seni tersebut. Ianya merupakan
perkongsian bilik bagi aktiviti yang berbeza agar penggunaan kemudahan bilik akan
menjadi maksimum dan memberi faedah kepada murid-murid dan pihak sekolah.
Diharapkan dengan pengewujudan bilik seni dan bilik keagamaan akan
memudahkan murid-murid menguasai kemahiran berseni dan juga dapat dididik dengan
nilai keagamaan sejajar dengan prinsip rukun Negara kita iaitu Kepercayaan Kepada
Tuhan.













Selepas diubahsuai secara keseluruhannya

You might also like