You are on page 1of 3

zulmz65@yahoo.

com/seni2009
Topik 1 - MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

BENTUK TIGA DIMENSI DAN RUANG
- Bentuk 3D - objek yang bersifat konkrit, berisipadu, mempunyai
pandangan sisi, kiri, kanan, atas dan bawah - objek semula jadi,
objek buatan manusia atau bentuk ilusi dan ikon.
- Ruang pula merupakan kawasan antara objek dengan objek
yang lain - Ruang nyata ialah ruang yang terdapat pada bentuk-
bentuk konkrit , Ruang tampak ialah ruang ilusi yang wujud dalam
seni tampak seperti lukisan,catan kolaj dll
- Bentuk organik ( haiwan , buah2an) dll tidak mempunyai sifat
yang semukur dan tidak simetri. Bentuk geometri mempunyai
simetri untuk imbangan, kestabilan dan kekukuhan .

TUJUAN MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN
1. Tingkatkan Daya Kreativiti
-Jika anda seorang yang sering membayangkan suatu
penemuan ke arah mewujudkan apa yang setakat ini belum
dihasil atau sesuatu yang memberi makna kepada anda, anda
adalah seorang yang kreatif. (Herbert Read (1958))
- June King Mc Fee - kreativiti itu adalah keupayaan mencipta
perlambangan dan idea baru dengan menyusun dan mengolah
semula perlambangan yang sedia ada.
- Carl Rogers - kreativiti itu wujud melalui tindakan sesuatu yang
berkaitan dengan ciri keunikan seseorang, bahan dan alat yang
digunakan, kejadian dan peristiwa terhadap kemanusiaan sama
ada suka atau duka.
- Bagaimana untuk Meningkatkan Kreativiti Kanak-kanak?
a. Rangsangkan pemikiran kanak-kanak dengan merujuk buku-
buku bergambar, bercerita, menonton filem, menayang slaid dan
gambar foto.
b. Lawatan ke zoo, muzium, perpustakaan dan kraf tangan.
c. Beri perhatian ketika berkarya. Bimbing dan berikan perhatian
cara berkarya yang baik dan berketerampilan.
d. Beri peluang untuk mengeksploitasi lebih banyak media dan
alat untuk memperkaya maklumat dan pengetahuan.
e. Jangan kritik keterlaluan terhadap karya mereka. Nyatakan
bahawa kesilapan bukan kegagalan tetapi sebagai cabaran untuk
peningkatan.
f. Berikan ganjaran atau insentif. Hasil karya yang baik dipamer di
ruang lobi atau tempat-tempat strategik.
g. Adakan pertandingan mereka bentuk tiga dimensi di kalangan
pelajar.

2. Membuat Penerokaan dan Eksperimen Bahan ( bahan
terbuang) - untuk memastikan bahan yang akan dibuat
bersesuaian dengan jenis binaan dan ketahanannya. Tema nya :
(a) Alam Semula Jadi dan Objek Persekitaran
(b) Perasaan Dalaman, Khayalan dan Imaginasi Si Pelukis
(c) Aliran dan Tema Sejagat - konsep dalam agenda kehidupan
manusia. cth wau bulan, wau kucing dll
(d) Keperluan dan Pengalaman Hidup Harian peralatan
kegunaan harian.

Bagaimana Perkembangan dan Penghalusan Idea dalam Bidang
Membentuk dan Membuat Binaan Berlaku?
(a) Pemerhatian dan Kajian Visual penggunaan bahan dalam
menghasilkan karya.
(b) Perubahan Cara Bekerja - Membuat percubaan yang tidak
putusputus akan mencernakan lebih banyak idea dan akhirnya
dapat menjana dapatan yang lebih unik dan berketerampilan.
(c) Penerokaan Simbol dan Makna - mencari dan mengkaji ilham-
ilham baru.

Penerokaan dan ekperimen bahan
1. Bahan terbuang yang diguna pakai semula.
2. Benda-benda daripada alam sekitar seperti buluh, tanah liat,
buah kelapa, pinang, kulit siput dan sebagainya.
3. Benda-benda buatan manusia seperti manik, kayu larik, kotak-
kotak, tisu, gam dan sebagainya
4. Bahan-bahan terbuang daripada buatan manusia seperti kaki
kerusi yang patah, papan yang telah terendam dan banyak lagi
benda-benda lain.

Kesesuaian Bentuk dan Binaan sebagai Hasil Rekaan Tiga
Dimensi
1. Mengenal pasti bahagian-bahagian yang terdapat dalam sesuatu binaan.
2. Mengetahui bagaimana bentuk tertentu dicantumkan bagi menghasilkan
objek.
3. Mendapatkan imbangan kedudukan dan kestabilan dalam sesuatu
ciptaan.
4. Menggunakan alat dan media sebagai pengolahan reka bentuk.
5. Menghasilkan jenis-jenis bentuk bergerak dan bentuk yang mempunyai
ilusi pergerakan.
6. Menghasilkan dan melengkapkan bentuk rekaan mengikut perancangan.
7. Membandingkan hasil bentuk rekaan dengan objek sebenar.
8. Memahami dan menghargai proses menghasil bentuk rekaan dan binaan.
9. Berbincang dan menilai hasil bentuk rekaan dan binaan dari segi proses
membuat, olehan bahan, unsur-unsur seni, fungsi dan kemasan.
10. Menentukan cara dan memperagakan bentuk rekaan yang paling sesuai
dan menyatakan kesannya.
11. Menceritakan pengalaman baru yang diperoleh daripada proses
menghasil bentuk rekaan.
12. Mempamer dan mempersembahkan bentuk rekaan dan bahan mengikut
fungsi.

KEPENTINGAN MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN
1. Mengembangkan Persepsi Pelajar tentang Seni Tiga Dimensi
1. Bahan binaan sesuai dan relevan dengan tujuan hasilan.
2. Jika arca yang dihasilkan, pastikan ia kuat, kukuh dan selamat.
3. Konsep kepelbagaian bahan dapat diadun atau dipasang dengan baik,
membentuk suatu komposisi gubahan yang artistik dan strategik.
4. Mempunyai imbangan yang menarik sama ada simetri tulen atau tidak
tulen.
5. Menguasai prinsip-prinsip rekaan seperti rentak, pergerakan, kontra,
warna, imbangan dan kesatuan yang menarik.
6. Untuk arca yang menggunakan tapak, pastikan ia kuat, selamat dan
kukuh.
7. Asli, unik dan berketerampilan dari segi dapatan.

Kemahiran Mengaplikasikan Alat, Bahan dan Teknik
1. Kesesuaian topik, tema dan teknik
2. Membuat tumbnail-print / lakaran
3. Sesuatu perkembangan (progress) kerja dikawal selia
4. Pilih teknik membuat yang sesuai.
5. Kaedah mengguna alat perlu betul dan tertib.
6. Bagi kerja-kerja menghalus ke atas objek arca, kertas pasir sering kali
diaplikasikan untuk mendapatkan tekstur yang licin dan menarik.
7. Syelek, varnis, minyak kayu, cat alas, cat kilat, emulsi, perada, labuci,
manik-manik dijadikan kemasan akhir produk.
8. Untuk tujuan peragaan yang mantap, tentukan tapak yang kukuh dan
selamat.

Mengenali Pelbagai Bentuk Asas
- Bentuk organik mempunyai sifat yang tidak menentu, bergerigis, berkeluk-
keluk, berjurai, lembik dan berbagai lagi. bentuk geometri mempunyai sisian
yang tetap, lurus, keras dan padu.

Topik 2 Arca
Arca berasal daripada perkataan Yunani tua sculpere yang bermaksud
mengukir,menebuk, memotong, melarik dan sebagainya
- JENIS-JENIS ARCA LAND,INSTALASI, STABIL, MOBAIL BINAAN,
TIMBULAN, LUAKAN, ASEMBLAJ, ARCA TAMBAHAN

- KATEGORI ARCA
a) ARCA ESTETIK
- Bahan peragaan/tatapan - Sebagai hiasan dalam/luar bangunan
- Punyai makna yang mendalam dan pengetahuan yang intelektual
b) ARCA BERFUNGSI
- Boleh diguna pakai sebagai alat permainan, tempat permainan kanak dan
lanskap - Sebagai alat ritual, penyembahan dan keagamaan - Keperluan
domestik

MEDIA PENGHASILAN ARCA
- TANAH LIAT - Ada kaitan dengan tembikar (tanah dibakar) Asal kajian
sebelum batu digunakan untuk arca
- GANGSA - Gabungan tembaga, zink dan timah - Gunakan alatan leburan
yang bersuhu tinggi - Gunakan acuan untuk membentuk arca
- KAYU - Media paling tua , Melalui proses ukiran dan sapu minyak pada
kayu - Banyak dipraktikkan oleh masyarakat pribumi Malaysia
zulmz65@yahoo.com/seni2009
- BATU - Jenis batu lembut spt. pualam atau alabaster, batu
kapur dan batu sabun. - Batu keras spt. granit, marmar dan batu
pasir - Sering kali batu digabung dengan logam.
- LOGAM Mula diguna kurun ke -20. Proses oksiasetilena
digunakan

- Arca timbul - Bentuk tiga dimensi tersembul keluar dari
permukaan dua dimensi yang rata atau dipahat keluar yang
akhirnya menonjolkan objek ke permukaan. Ia bolah di buat
secara:- Acuan- Tampalan- Asemblaj Binaan
- Asemblaj - Bahagian atau komponen yang berlainan yang
dicantum dan menjadi satu kesatuan objek dan menjadi satu
konsep bermakna. Teknik hasilan;- Kimpalan- Binaan- Cantuman
skru/paku- Gam
- Mobail - Bahagian-bahagian dicantum untuk membentuk satu
kesatuan. Digantung untuk menjadikan objek bergerak, berputar
atau berombak. Teknik yang digunakan;- Kimpalan- Gam- Skru
Ikatan
- Stabail - Bahan kutipan dicantumkan untuk membentuk satu
kesatuan objek dan dipasang tapak yang stabil. Teknik yang
digunakan;- Kimpalan- Skru- Ikatan- Acuan- Binaan

Penyediaan Lakaran Idea
Menentukan subjek dan tema
Menentukan alat dan media
Membuat tumb-nail-print (membuat lakaran-lakaran kecil)
Memilih salah satu lakaran yang terbaik
Memperinci lakaran

Proses Membentuk Arca
Membuat model kecil/prototaip
Membuat kerangka atau struktur
Membuat arca yang sebenar
Kemasan dan persembahan

PERSEMBAHAN HASIL KERJA
Ekspresi Diri
1. Bentuk arca menepati tema dan topik.
2. Bahan binaan arca sesuai dengan tujuan hasilan.
3. Pastikan ia kuat, kukuh dan selamat.
4. Kepelbagaian bahan dapat diadun atau dipasang dengan baik,
membentuk suatu komposisi gubahan yang artistik.
5. Mengaplikasi prinsip-prinsip rekaan seperti rentak, pergerakan,
kontra, warna, imbangan dan kesatuan yang menarik.
6. Asli, unik dan berketerampilan.
Apresiasi
1.Tajuk dan tema yang sesuai
2.Alat dan bahan yang sesuai
3.Pilihan reka bentuk berasaskan warna dan padanan imej
4.Kesesuaian secara keseluruhan

Topik 3 ORIGAMI
JENIS-JENIS BENTUK ORIGAMI
TUMBUHTUMBUHAN , haiwan , permainan , barang perhiasan

ALAT DAN MEDIA
- Asas origami ialah kertas putih atau kertas berwarna- size 15
cm
1. KERTAS WASHI
Berkualiti tinggi daripada Jepun
Buatan tangan dengan teknik yang istimewa
Corak elegan seperti fabrik broked
Lebih mengekalkan keindahan model yang telah siap
2. KERTAS KERAJANG
Dihasilkan dengan menggabungkan kertas lain
Kadangkala bercorak timbulan dan licin
Permukaannya berkilau dan berkilat
3. KERTAS SEPASANG
Gabungan dua kertas yang berlainan untuk kesan menarik
Spray adhesive untuk melekat pasangan kertas
Origami dibentuk
4. KERTAS BUNGKUSAN
Berwarna pada permukaannya dan putih di bahagian
belakangnya
Pelbagai corak, rekaan dan tekstur. Sesuai untuk origami yang
berbagai warna.
Sering disebut kertas pembungkus hadiah

- Penggunaan gunting tidak digalakkan ketika membentuk origami. Adalah
perlu untuk mengendalikan gunting dengan baik agar kertas yang digunting
dapat menghasilkan kesan guntingan yang baik dan lurus.
- Penggunaan pisau kraf lebih sesuai untuk memotong kertas mengikut
bentuk yang dikehendaki.

MEMBENTUK KERTAS SEGI EMPAT YANG MUDAH DAN CEPAT
1. Lipat dua kertas sehingga membentuk garisan
2. Potong kertas tersebut dengan berhati-hati pada lipatan kertas tersebut
dengan menggunakan pisau
3. Lipat pada bahagian sudut kertas untuk membentuk segi tiga
4. Lipat bahagian belakang kertas membentuk segi tiga dan tekan sehingga
meninggalkan kesan
5. Potong sepanjang garisan lipatan dan buka segi tiga tersebut
6. Segi empat tepat siap

SIMBOL DAN KAEDAH





zulmz65@yahoo.com/seni2009
Topik 4 ASEMBLAJ
Asemblaj (assemblage) merupakan karya dua dimensi atau tiga
dimensi yang terhasil daripada gabungan pelbagai bahan terpakai.
Ia merupakan cabang daripada abstrak ekspressionisme.

PENGGUNAAN ALATAN UNTUK MENGHASILKAN ARCA
ASEMBLAJ
1. Playar- Playar pemotong- Playar muncung- Playar pengapit
2. Gunting dawai/zing- gergaji besi
3. Ragum- ragum apit- ragum meja
4. Alat pengimpal termasuk bahan pematri, kepingan logam, besi
dan bar besi
5. Pemotong besi gergaji besi elektrik
6. Tujuk besi Tukul kayu Ganden kayu Tukul kepala muncung
7. Gerudi elektrik + Pelbagai jenis mata gerudi

PENGGUNAAN BAHAN/ MEDIA UNTUK MENGHASILKAN
ARCA ASEMBLAJ
Aluminium ,Besi waja, Bongkah Kayu, Timah, Plaster of Paris,
Besi, Tembaga , tanah liat.

Proses asemblaj Menggunakan skru, bol dan nat , Kimpalan ,
Gam plastik , Tanggam , Ikatan , Jahitan .

Penyediaan Lakaran Idea
1. Setelah dapatan kajian diperolehi, pengarca akan memilih alat-
alatan yang diperlukan untuk menghasilkan arca. Begitu juga
dengan pemilihan bahan binaan arca asemblaj tersebut.
2. Sebelum menghasilkan karya, lakaran-lakaran kecil dalam
konteks penjanaan idea dilakukan. Tujuan untuk memperoleh
hasilan asemblaj yang berkualiti dan mempunyai nilai estetika
yang tinggi.
3. Daripada beberapa lakaran/sketsa yang dijana tadi, pilih satu
lakaran yang terbaik dan tinggi nilai estetikanya. Kembangkan
idea dan buat perincian (details) untuk penghasilan karya pada
saiz yang dirancang/sebenar.
4. Mengemaskinikan lakaran. Untuk memperoleh dapatan lakaran
karya yang baik, buat beberapa pertimbangan dari pelbagai
kemungkinan seperti penstrukturan reka bentuk, kesesuaian
bahan dan alatan serta teknik.

Proses Membentuk Asemblaj
Membuat model kecil atau prototaip
Membuat kerangka atau struktur
Membuat asemblaj yang sebenar
Kemasan dan persembahan

Ekspresi Diri
1. Menepati Tema dan Tajuk
2. Bahan Binaan Sesuai dengan Tujuan Hasilan
3. Asemblaj yang Kuat, Kukuh dan Selamat
4. Kepelbagaian Bahan Dapat Diadun atau Dipasang dengan
Baik
5. Mengaplikasi Asas Seni Reka, Estetika dan Etika Pengkaryaan
6. Asli, Unik dan Berketerampilan

Topik 5 STABIL
Stabil berasal dari perkataan stabile yang bermakna statik,
kukuh dan mantap.
- Stabil berdiri teguh berasaskan bahan binaan, menguasai ruang
dan menghidupkan persekitaran. Tapak arca (pedestal) kukuh,
berjisim dan menunjukkan suatu sokongan padu kepada objek
atas yang boleh ditafsir dengan berbagai unsur naratif.

Pengenalan Hal Subjek dalam Arca Stabil
Keseimbangan adalah ciri utama arca stabil - keseimbangan
secara seimbang antara kiri dan kanan terhadap karya dipanggil
simetri tulen. Manakala keseimbangan yang memihak sebelah kiri
atau kanan dipanggil simetri tidak tulen.

Bahan yang Diperlukan untuk Membuat Arca Stabil
1. Bahan terbuang yang boleh digunapakai.
2. benda2 dari alam sekitar
3. benda2 buatan manusia
4. bahan2 terbuang buatan manusia

Kesesuaian Bentuk dan Binaan dalam Menghasilkan Arca Stabil
1. Mengenal pasti bahagian-bahagian yang terdapat dalam sesuatu binaan
arca stabil.
2. Mengetahui bagaimana bentuk tertentu dicantumkan bagi menghasilkan
arca stabil.
3. Mendapatkan imbangan kedudukan dan kestabilan dalam sesuatu
ciptaan dan seterusnya memasang tapak (pedestal).
4. Memilih dan menggunakan alat dan media sebagai pengolahan reka
bentuk arca stabil.
5. Menghasilkan arca stabil mengikut proses pembuatan.
6. Melengkapkan bentuk rekaan mengikut perancangan.
7. Membandingkan hasil arca stabil dengan arca stabil yang lain.
8. Memahami dan menghargai proses menghasil bentuk rekaan dan binaan.
9. Menilai hasil bentuk rekaan dan binaan dari segi proses membuat,
olahan bahan, unsur-unsur seni, fungsi dan kemasan.
10. Menentukan cara untuk memperagakan arca stabil yang paling sesuai
di samping melihat kesannya.
11. Mempamer dan mempersembahkan arca stabil dan membuat apresiasi
mengikut fungsinya.

PROSES MENGHASILKAN ARCA STABIL
1. Penentuan Hal Subjek
2. Proses Mereka Bentuk dan Menstruktur
3. Proses Mencari Rentak atau Era Daun yang Seterusnya Digubah
Menjadi Stabil
4. Menstruktur
5. Menstrukur dan Menghasilkan Rentak
6. Menentukan Kerangka Bentuk dan Isi Padu (Volume)
7. Stabil Telah Siap untuk Diperagakan

1. Stabil berbentuk realis dan abstrak. Kebanyakan stabil realis mengambil
imej daripada bentuk alam semula jadi seperti buah-buahan, alat senjata,
barang-barang domestik rumah, figura manusia dan binatang.
2. Ia diasaskan oleh Alexander Calder pada tahun 1932. Beliau mendapat
pendidikan formal di Philadelphia, Amerika Syarikat.
3. Calder banyak dipengaruhi oleh karya Mondrain dan Miro di Paris pada
tahun 1930. Berasaskan latar beliau sebagai jurutera, tidak hairanlah
mengapa beliau banyak membuat arca daripada besi. Kebanyakan arca
Calder bersaiz besar dan menggunakan warna terang. Inilah yang
menjadikan identiti atau ikutan pengarca stabil.
4. Stabil perlukan simetri yang baik. Justeru itu stabil boleh bersifat simetri
tulen dan tidak tulen.
5. Pedestal diperlukan untuk membentuk konsep stabil yang lebih mantap.
6. Stabil boleh dihasilkan menggunakan pelbagai alat dan bahan yang
hampir sama dengan arca-arca yang lain.
7. Struktur diperlukan sebagai kerangka stabil. Seterusnya dilengkapkan
dengan bahan yang sesuai dengan konsep arca.
8. Kemasan stabil berkaitan dengan kesesuaian peragaan. Contohnya: arca
di luar bangunan menggunakan kemasan cat alas, cat kilat dan krom.
9. Peragaan stabil lebih banyak dibuat di luar. Stabil perlukan ruang dan
persekitaran.

You might also like