You are on page 1of 16

ALAT-ALAT MUZIK

TRADISIONAL MELAYU
ARAHAN
Sila baca petikan tentang alat-alat muzik tradisional berikut bersama
guru anda.

Jawab semua soalan yang diberikan.

Gunting dan tampal lembaran kerja ini ke dalam buku muzik anda.


GONG





Gong ialah salah satu alat muzik yang digunakan muzik tradisional
melayu. Gong diperbuat daripada logam . Antara logam yang selalu
digunakan ialah tembaga dan besi.

Ia dimainkan dengan cara mengetuk secara berselang seli dan
lazimnya dimainkan bersama bonang,gendang dan serunai. Ia
dimainkan dalam muzik gendang silat,gendang keling dan gamelan.



BONANG





Bonang juga menghasilkan bunyi seperti gong tetapi
mempunyai bunyi yang lebih halus dan mempunyai
pelbagai bunyi.Ia mempunyai 10 buah canang yang
dibuat dari perenggu.
Canang cang ini berwarna keemasan dan disusun
kemas dalam dua baris dan diapungkan di atas dua
ingkar.Bonang lazimnya dimainkan dalam muzik
Gamelan.




GENDANG











Gendang pula terbahagi kepada dua iaitu gendang ibu dan gendang penganak.Gendang
dihasilkan dengan sebatang kayu yang ditebuk.Kayu yang lazimnya digunakan untuk
membuat gendang ialah kayu nangka.

Setiap gendang mempunyai dua muka yang diperbuat daripada kulit kambing dan kulit
lembu yang diikat pada gendang tersebut menggunakan rotan atau tali.

Gendang boleh dimainkan bersama serunai,gong dan alat-alat muzik yang lain kerana
bunyi gendang boleh dimanipulasi mengikut keaadaan. Gendang penting untuk
memainkan muzik wayang kulit,muzik silat dan muzik muzik tradisional yang lain






SERUNAI





Serunai merupakan salah satu alat muzik yang dimainkan secara
tiupan. Terdapat pelbagai jenis serunai dan bentuk serunai. Serunai
yang paling terkenal dalam seni muzik di Malaysia ialah serunai
Kedah dan serunai Kelantan.
Serunai dihasilkan dengan menggunakan pelbagai jenis kayu yang
mudah ditebuk. Kayu daripada pokok cili merupakan antara kayu
yang popular bagi menghasilkan alat muzik ini.
Serunai mempunyai lapan lubang di bahagian atas dan satu lubang
di bahagian bawah. Serunai dimainkan dalam muzik gendang
keling,gendang silat.wayang kulit dan sebagainya.



KOMPANG






Kompang ialah alat muzik yang bebentuk seperti sebiji tamborin tanpa kepingan
besi di sekeliling. Namun terdapat juga kompang yang mempunyai kepingan besi di
sekeliling yang mempunyai bunyi yang lebih sedap didengar. Kompang merupakan
antara alat muzik yang paling popular di Malaysia. Kompang dimainkan dengan
mengunakan paluan menggunakan tangan dan jari.
Kompang juga digunakan dalam pelbagai majlis seperti majlis kenduri dan
perarakan hari kemerdekaan. Kini kompang digunakan bagi menyambut tetamu
kehormat dalam sesuatu majlis. Kompang dimainkan secara berkumpulan.
Lazimnya kompang dimainkan oleh sepuluh orang dan mempunyai seorang ketua
yang bertindak menjadi ketua. Kompang dipalu dengan pelbagai corak dengan
melapiskan pelbagai rentak paluan yang berbeza menjadi satu gabungan ritma
yang menarik.



REBANA






Rebana ialah alat muzik yang dipukul dan dipalu untuk menyampaikan
pelbagai jenis pesanan pada zaman dahulu. Bunyi-bunyi yang dihasilkan
mempunyai makna tertentu seperti serangan musuh, penguguman
diraja,penguguman majlis dan kematian.
Kini rebana digunakan untuk pelbagai kegunaan terutama dalam bidang
muzik. Ia telah menjadi alat muzik yang digunakan untuk persembahan
dalam acara kemasyarakatan dan persembahan.
Rebana lazimnya dipalu pada hari kebangsaan dan dimainkan dengan alat
muzik yang lain. Pemukul atau pemalu rebana perlu mempunyai kekuatan
dan stamina yang kuat bagi menghasilkan bunyi dari rebana.


GAMBUS




Gambus merupakan salah satu alat muzik timur tengah yang dimainkan
dalam dalam pelbagai gaya dalam muzik tradisional melayu. Dalam
sejarah, alat muzik ini dikatakan dibawa ke Malaysia oleh pedagang dari
Parsi serta negara timur tengah yang lain.
Alat muzik ini direka dengan seni yang amat halus dan diukir dengan teliti.
Uniknya gambus dihasilkan dengan campuran pelbagai jenis kayu. Gambus
menghasilkan bunyi seakan-akan bunyi kecapi.
Cara menghasilkan bunyi gambus ialah petikan talinya. Gambus
merupakan alat muzik utama dalam muzik Ghazal. Jika dilihat dari corak
yang diukir di atas gambus, terdapat banyak unsuk kesenian timur tengah
yang ditonjolkan.


SAPE




Sape adalah sejenis alat muzik tradisional masayarakat orang ulu atau
penduduk ulu di sungai di Sarawak. Sape berasal dari kaum kayan. Sape
juga merupakan salah satu alat muzik petik yang mempunyai bunyi yang
unik. Ia berbentuk lebar,mempunyai tali,bertangkai kecil dan lebar lebih
kurang 1 meter.
Sape diperbuat daripada sebatang kayu yang ditebuk dan mempunyai
ukiran corak berwarna yang unik. Alat muzik ini dahulunya dimainkan
seorang diri sebagai hiburan. Selaras dengan peredaran zaman,sape
dimainkan secara sosial dan dimainkan mengikut tema yang berbeza bagi
mengiringi tarian seperti Ngajat dan Datun Julud.


Teka nama alat muzik.
Tandakan pada jawapan yang betul.
Bongo Tabla


Teka nama alat muzik.
Tandakan pada jawapan yang betul.
violin gitar


Teka nama alat muzik.
Tandakan pada jawapan yang betul.
Buluh Angklung


Teka nama alat muzik.
Tandakan pada jawapan yang betul.
Tamborin Loceng


Teka nama alat muzik.
Tandakan pada jawapan yang betul
Woodblok Kerincing


Teka nama alat muzik.
Tandakan pada jawapan yang betul
Shaker Kerincing


Teka nama alat muzik.
Tandakan pada jawapan yang betul
Djembe Conga

You might also like