You are on page 1of 5

Menukar sistem koordinat : RSO - WGS84,

WGS84 - RSO, RSO - Cassini dll ....



Ni antara soalan paling feveret yang selalu orang tanya saya bila saya conduct kursus gis.. "cikgu,...
macamana nak tukar atau project data ke sistem koordinat yang lain?" Katakan anda memperolehi
data dari pelbagai agensi yang menggunakan sistem koordinat yang pelbagai, kemudian anda ingin
seragamkan kesemua data tadi kepada satu sistem koordinat sahaja. Mudah saja.

Sebelum tu, ingin saya highlight di sini, ArcGIS menggunakan kaedah 'on the fly projection',
bermaksud, walaupun data-data anda menggunakan sistem koordinat yang berbeza-beza, data anda
masih boleh di overlay pada satu paparan.. bermaksud, anda tak perlu buat proses conversion pun.
Tapi sekiranya anda ingin menukar ke sistem koordinat tertentu, anda boleh lakukan melalui
ArcMap ataupun melalui ArcToolbox.

Di sini saya akan tunjukkan cara-cara menukar sistem koordinat tu menggunakan ArcMap. Contoh
yang akan saya berikan ialah menukar data dari RSO ke WGS84.

1. Pastikan sistem koordinat sumber data
Mula-mula anda perlu pastikan apakah sistem koordinat yang digunakan oleh data yang ingin anda
tukarkan sistem koordinat tu. Contohnya katalah saya ingin menukar data mukim saya ke WGS84.
Saya perlu pastikan apakah sistem koordinat yg digunakan oleh mukim tu. Katakan saya tahu data
mukim tu adalah data RSO,.. saya perlu pastikan pada ruangan XY Coordinate data tu
tertera Kertau_RSO_Malaya_Meters dan bukannyaUnknown.





Sekiranya nilai yang dipapar adalah Unknown, anda perlu define dahulu sistem koordinat pada data
tu sebelum proceed langkah seterusnya. Contoh, kalau data mukim saya tu adalah data RSO, saya
perlu define dahulu data tu sebagai RSO. Proses ni anda perlu buat dalam ArcCatalog ataupun
Catalog Window.


Klik butang Select.. untuk define sistem koordinat sumber data


2. Set sistem koordinat untuk Data Frame.
Kemudian setkan sistem koordinat Data Frame mengikut sistem koordinat apa yang anda hendak
convert. Macam contoh saya ni, saya nak convert mukim tu dari RSO ke WGS84, jadi sistem
koordinat Data Frame tu saya perlu set dahulu sebagai WGS84.





3. Pastikan adakah terdapat perbezaan datum antara sistem
koordinat.
Step ni agak penting juga untuk pastikan ketepatan data yang akan anda hasilkan nanti. Anda perlu
tahu apakah datum yang digunakan antara sistem koordinat yang terlibat. Contohnya data mukim
saya adalah RSO. RSO untuk Semenanjung menggunakan datum Kertau. WGS84 pula
menggunakan datum WGS84.... bermaksud kedua-dua sistem koordinat menggunakan datum yang
berbeza.


Perbezaan datum yang digunakan antara RSO dan WGS84


Sekiranya terdapat perbezaan datum, proses Datum Transformation perlu dilakukan. Mudah saja,
klik saja butang Transformation pada dialog Data Frame Properties dan setkan transformation
seperti gambar kat bawah ni.





4. Export data menjadi layer baru.
Kemudian export saja sumber data tu menjadi layer baru. Tapi jangan lupa, pastikan anda pilih
option Use the same coordinate system as : the data frame. Kalau tak pilih option tu, nanti data
yang dihasilkan tetap tak berubah, masih lagi sistem koordinat yang asal. Dalam contoh di bawah ni,
data mukim tu saya convert menjadi shapefile dan saya namakan sebagai MukimWGS.shp.





OK ...selesai sudah proses. Data mukim saya telahpun diconvert daripada RSO menjadi WGS. Secara
ringkasnya, anda bolehlah rujuk gambarajah bawah ni untuk step-step yang telah saya huraikan tadi.

You might also like