You are on page 1of 3

Hak Cipta Terpelihara Donatus Justin 2014 1

CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (KSSR)



Mata Pelajaran: Sains
Tahun/Kelas: 1 Bijak
Jumlah Murid/Jantina 30 (15 L / 15 P)
Tarikh/Hari: 28 Januari 2011 (Jumaat)
Rujuk kepada Skema Kerja/Rancangan Mengajar Tahunan/Semester yang telah disemak
dan ditandatangani oleh penyelia dan Guru Besar.
Waktu/Masa: 7.00 8.00 am (60 minit)
Tema: Pengenalan kepada Sains,
Contoh tema lain: Sains Hayat, Sains Fizikal, Sains Bahan, Bumi dan Sains Angkasa,
Teknologi dan Kehidupan Lestari
Tajuk: 1. Benda Hidup Dan Benda Bukan Hidup
Rujuk Dokumen Standard KSSR
Standard Kandungan: 1.1 Memahami ciri benda hidup dan benda bukan hidup.
Rujuk Dokumen Standard KSSR
Standard Pembelajaran: 1.1.2 Mengenal pasti ciri-ciri benda hidup iaitu: perlukan air dan
makanan, bernafas, bergerak, membesar dan membiak.
Rujuk Dokumen Standard KSSR
Pengetahuan sedia
ada/prasyarat:
Murid dapat mengenal pasti benda hidup dan benda bukan hidup.
Guru harus mengetahui latar belakang akademik murid supaya pelajaran dapat dirancang
berdasarkan keperluan murid. Kebiasaanya, ia dirujuk kepada pelajaran lepas.
Hasil Pembelajaran: Pada akhir pelajaran, murid dapat
mengenal pasti ciri-ciri benda hidup dengan menyenaraikan
semua ciri benda hidup tanpa kesalahan iaitu: perlukan air dan
makanan, bernafas, bergerak, membesar dan membiak tanpa
merujuk kepada buku teks.
Hasil pembelajaran murid harus mengandungi empat komponen utama iaitu tingkah laku,
isi pembelajaran, kriteria (pencapaian minima) dan syarat.
Strategi: Pembelajaran berfikrah
Pendekatan: Inkuiri-Penemuan
Contoh pendekatan lain: Konstruktivisme, Pembelajaran Kontekstual, Pembelajaran
Masteri, STM (Sains, Teknologi & Masyarakat)
Kaedah: Perbincangan
Contoh kaedah lain: Eksperimen, Simulasi, Projek, Penyelesaian Masalah, Lawatan dan
Penggunaan Sumber Luar bilik Darjah, Kajian Masa Depan
Kemahiran Proses Sains: Memerhatikan
KPS Asas lain: Mengelas, Mengukur menggunakan nombor, Membuat inferens,
Meramalkan, Berkomunikasi.
KPS Bersepadu: Menggunakan perhubungan ruang-masa, Mentafsirkan data,
Mendefinisikan secara operasi, Mengawal pemboleh ubah, Membuat hipotesis,
Mengeksperimenkan.
Kemahiran Manipulatif: Mengendalikan spesimen dengan betul dan selamat.
Kemahiran manipulatif lain: Menggunakan dan mengendalikan peralatan dan bahan sains
dengan betul, Menyimpan peralatan dan bahan sains dengan betul dan selamat,
Membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul, dan Melakar spesimen, peralatan
dan bahan sains dengan tepat.
Model Pengajaran: Format Umum (Pengenalan Perkembangan Penutupan)
Contoh model pengajaran lain:
o Model Konstruktivisme 5 Fasa Needham (Orientasi Pencetusan Idea
Penstrukturan Semula Idea Aplikasi Idea Refleksi)
o Model Pengajaran 5-E (Penglibatan Penerokaan Penerangan Penerangan
lanjut/Pengembangan Penilaian)
o Generatif (Persediaan Fokus Cabaran Aplikasi)
o Interaktif (Persediaan Pandangan Terdahulu/Aktiviti Penerokaan Penyoalan
Kanak-kanak/Penyiasatan Pandangan Kemudian/Refleksi)
o Pembelajaran Koperatif (Penentuan Maklumat Pembelajaran Kumpulan
Penilaian & Refleksi)
o Pemetaan Konsep (Senarai Tajuk & Konsep Penyusunan Konsep Pengajian
Konsep Perbincangan/Pemurnian)
o Sains, Teknologi & Masyarakat (Penjelasan Masalah Maklumat Analisis
Membuat Keputusan Tindakan)
o Kitaran Pembelajaran (Penerokaan Penerangan Pengembangan Penilaian)
o Penyebatian Kemahiran Berfikir Secara Kritis & Kreatif (Pengenalan Pemikiran
Aktif Pemikiran tentang pemikiran/Aplikasi pemikiran)
Pentaksiran: Pemerhatian
Kaedah Pentaksiran lain: Ujian, Persembahan secara lisan, Senarai semak, Portfolio, Esei
Sikap saintifik, nilai murni Minat dan bersifat ingin tahu
Contoh lain:
Hak Cipta Terpelihara Donatus Justin 2014 2
& patriotisme:
o Adil dan saksama
o Baik hati, kasih sayang dan ikram
o Bekerjasama
o Berani mencuba
o Berfikir secara rasional
o Berfikiran kritikal dan analitis
o Berhemah tinggi dan hormat-menghormati
o Bersifat objektif
o Bertanggungjawab ke atas keselamatan diri dan rakan serta terhadap alam sekitar
o Jujur dan tepat dalam merekodkan dan mengesahkan data
o Luwes dan berfikiran terbuka
o Menghargai dan mengamalkan kehidupan yang bersih dan sihat
o Menghargai keseimbangan alam semula jadi
o Menghargai sumbangan sains dan teknologi
o Mensyukuri nikmat yang dikurniakan Tuhan
o Menyedari bahawa sains merupakan salah satu cara untuk memahami alam
o Rajin dan tabah dalam menjalankan sesuatu perkara
o Sistematik
o Yakin dan berdikari

(Nota: Penerapan sikap saintifik dan nilai murni secara umum berlaku
mengikut peringkat berikut:
Menyedari dan memahami kepentingan dan keperluan sikap saintifik dan nilai murni
Memberi perhatian serta respons kepada sikap saintifik dan nilai murni yang
berkaitan
Menghayati dan mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni berkenaan
Membudayakan sikap saintifik dan nilai murni dalam kehidupan.)
Kemahiran Berfikir: Mencirikan
Senarai kemahiran berfikir secara kritis : Membandingkan & membezakan, Mengumpulkan
& mengelaskan, Membuat urutan, Menyusun mengikut keutamaan, Menganalisis,
Mengesan kecondongan, Menilai, Membuat kesimpulan
Senarai kemahiran berfikir secara kreatif: Menjanakan idea, Menghubungkaitkan,
Membuat inferens, Meramal, Mengitlakkan, Membuat gambaran mental Mensintesiskan,
Membuat hipotesis, Menganalogikan, Mereka cipta
Strategi Berfikir: Mengkonsepsikan
Strategi berfikir lain: Membuat Keputusan, Menyelesaikan Masalah
Elemen Merentas
Kurikulum (EMK):
TMK
Contoh EMK lain: Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan, Pendidikan Alam Sekitar
Alat bantu mengajar : Koswer Sains Tahun 1
Senaraikan semua alat bantu mengajar yang digunakan
Penggunaan teknologi : Perisian kursus / koswer
Contoh teknologi lain: Televisyen, Radio, Komputer, Internet perisian komputer, Antara
muka berkomputer dsbnya
Aktiviti Pemulihan :

Aktiviti Pengukuhan :


Hak Cipta Terpelihara Donatus Justin 2014 3
Fasa &
Langkah
(Masa)
Isi Pelajaran/Konsep/
Nota/Diagram
Aktiviti Pembelajaran dan Pengajaran/Prosedur/Langkah
Catatan**
Guru Murid
Pengenalan
(5 minit)

Langkah 1


Langkah 2


Langkah 3


Langkah .


Penutupan
(5 minit)

*Lengkapkan semua bahagian (lajur dan baris)
**Alat bantu mengajar, penggunaan teknologi, kemahiran saintifik (proses sains dan manipulatif), kemahiran berfikir dan strategi berfikir, kaedah
pengajaran/teknik, sikap saintifik dan nilai murni) dan lain-lain yang penting dan berkaitan.

Refleksi:
a) Nyatakan bilangan murid yang mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran
b) Masalah/Isu/Fenomena
c) Kekuatan/Kelemahan
d) Tindakan susulan (pemulihan, pengukuhan dan pengayaan)

Catatan Guru/Pensyarah Pembimbing:

You might also like