You are on page 1of 34

http://senivisual1.blogspot.com/2009/11/ukiran-kayu.

html


Ukiran Kayu

PENGENALAN

Ukiran kayu atau di seni ukir merupakan seni pertukangan tangan yang menjadi satu tradisi
dalam masyarakat Melayu sejak turun temurun lagi. Seni ukir akan memperkenalkan teknik dan
motif bunga ukir yang menjadi identiti ukiran Melayu tradisi. Menghasikan sebuah karya seni
ukir memerlukan kemahiran daripada memilih kayu, memproses kayu, memilih dan melukis
motif ukiran hinggalah mengukir silat dengan menggunakan pemahat dan pisau wali.



Sejarah perkembangan Ukiran kayu

Sukar untuk melihat catatan untuk mengetahui sejarah awal ukiran kayu. Namun demikian
catatan sejarah dari perjumpaan di zaman batu Neolitik di Asia Tenggara menunjukkan
terdapatnya pengukir-pengukir handal telah wujud di zaman dahulu. Ini terbukti ukiran yang
terdapat pada belanga, gelang, kendi dan pinggan mangkuk. Sejarah awal mengenai ukiran kayu
di negara ini boleh diketahui setelah kita membaca buku Sejarah Melayu atau Sulalatus Salatin.
Buku yang dikarang oleh Tun Sri Lanang itu ditulis pada abad ke-17. Dalam tulisan Tun Sri
Lanang, tercatat keindahan seni bina istana Sultan Mansur Syah yang memerintah Melaka pada
tahun 1459 hingga tahun 1477. Istana berukir indah itu digelar oleh rakyat Melaka sebagai
Istana Hawa Nafsu. Seni ukir di negara ini telah pun berkembang lebih awal lagi daripada
catatan Tun Sri Lanang, namun tidak ada catatan mengenainya. Satu lagi catatan silam mengenai
seni bina ialah Hikayat Misa Melayu. Dalam hikayat itu digambarkan mengenai seni ukir di
istana yang terletak di Pulau Indera Sakti, sebuah tempat di Kuala Sungai Kinta, Perak Darul
Ridzuan semasa pemerintahan Sultan Iskandar Zulkarnain (1756 - 1780).

Di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang dan Kedah adalah negeri yang mempunyai pengukir
dari turun temurun. Dikata bahawa kebanyakan ukiran kayu adalah terpengaruh dengan motif
ukiran negara Siam, kerana pada suatu masa dahulu negeri ni di bawah pengaruh Siam. Ini
adalah berdasarkan corak ukiran masjid, wakaf, istana dan rumah-rumah lama banyak persamaan
dengan seni ukir negeri Siam. Tidak menghairankan kalau dikatakan bahawa seni ukir di negara
ini telah didatangi dari selatan negeri Thailand iaitu Patani.

BENTUK-BENTUK UKIRAN

a. Ukiran Tebuk Tembus
Ukiran tebuk berasal dari sekeping papan atau beberapa keping papan yang ditebuk dengan
menggunakan gerudi gergaji (gergaji menggerudi) supaya tembus bentuk-bentuk bunga atau
corak. Terdapat dua jenis ukiran jenis ini, iaitu ukiran tebuk tidak silat dan ukiran tebuk silat.

Ukiran tebuk tidak silat banyak terdapat pada rumah-rumah lama iaitu bahagian selasar, lambur,
dinding, pintu, perabot dan mimbar masjid. Bentuk bunga ukir ialah awan larat, siling, kaligrafi
dan simetri. Bagi ukiran tebuk silat, bahagian yang menindih serta melengkung keluar
ditimbulkan dan bahagian yang melengkung ke dalam serta yang tertindih ditenggelamkan.
Sesungguhnya silat ialah istilah yang menunjukkan bahagian yang timbul dan tenggelam serta
papan tebuk disobek. Bunga ukir yang terdapat pada bentuk ini ialah awan larat, silang dan
simetri.






b. Ukiran Bunga Timbul

Ukiran ini tidak tembus. Ia mengandungi bunga ukir yang disilatkan dan tidak silat. Terdapat
pada perabot, mimbar masjid, barang hiasan yang diperbuat daripada kayu, ulu serta sampir
senjata. Bunga ukirnya sama seperti ukiran tebuk.




c. Ukiran Arca

Ukiran ini banyak terdapat pada ulu senjata seperti ulu keris, kepala tongkat, kukur kelapa, kotak
nelayan dan sebagainya. Bunga ukirannya sama seperti ukiran timbul tetapi lebih halus dan kecil.





d. Larik

Melarik merupakan satu cara orang-orang Melayu mengukir kayu. Ukiran larik berbentuk bulat
dengan susunan gerlang-gerlang dan genting-gentat yang menarik. Ukiran ini sering terdapat
pada ulu senjata, perabot, tongkat, gasing, tiang-tiang rumah dan sebagainya.

d. Ukiran Kayu Hanyut

Ukiran ini di anggap masih baru. Ukiran idi diperkenalkan oleh Perbadanan Kraf tangan
Malaysia. Ukiran ini hanya sebagai hiasan semata-mata. Ukiran kayu hanyut diukir pada
bahagian-bahagian tertentu dan dibentuk menyelupai ikan, burung dan sebagainya. Kayu
induknya di ambil dari kayu atau akar yang terdapat dalam sungai.



http://e-
journal.um.edu.my/filebank/published_article/4354/Pengaplikasian%20Seni%20Ukiran%20Mel
ayu%20dalam%20Seni%20Bina%20Malaysia%20FINAL%202.pdf
Sejak kedatangan Islam ke Nusantara yang dipercayai datang dari negeri Arab, Parsi dan India
dalam kurun ke 14 Masihi, masyarakat Melayu
telah
mula
memeluk
a
gama Islam.
Menurut
Othman
Yatim (2000)
fahaman fundamental
Islam telah
mendorong penerap
an seni ukiran kayu Melayu
dalam bangunan
,
dengan melahirkan motif baru
yang berasaskan
unsur
-
unsur seperti bentuk
geometri, bunga

bungaan, pucuk tumbuhan dan
de
daun
an.
M
otif
haiwan
ketika itu
ditukar
secara beransur

ansur;
seperti gambar di
rajah 1
yang ber
motif itik
bertukar menjadi itik pulang petang
dan
, motif badar
bertukar menjadi bada
r
mudik (
R
ajah 2), motif
beruk bergayut, motif k
uda menyepak, motif ayam
berlaga di jerejak tangga, jere
jak anjung dan jerejak
tingkap (Othman Yatim ,2000)
http://senjatasaribas.blogspot.com/2010/04/unsur-unsur-dalam-seni-ukiran.html

Unsur-unsur yang digunakan dalam ukiran ini sangat dipengaruhi beberapa faktor berkaitan
dengan cara hidup seperti adat resam, kepercayaan agama, alam persekitaran semula jadi, iklim
dan juga topografi.

Unsur makhluk hidup
Tidak banyak digunakan dalam ukiran melayu kerana agama Islam tidak menggalakkan
penciptaan ragam hias berdasarkan makhluk yng bernyawa. Biasanya yang menjadi contoh ialah
burung, kucing, ayam, itik dan sebagainya. Ukiran berunsurkan makhluk hidup peninggalan
orang melayu sebelum kedatangan Islam.

Unsur Kosmos
Unsur ruang angkasa dipersembahkan melalui gambaran matahari, bulan, bintang, awan berarak,
gunung-ganang, bukit-bukau dan lain-lain. Unsur-unsur ini juga selalu dipasangkan bersama
unsur tumbuhan dan kaligrafi.

Unsur Geometri
Mula dikesan dalam ukiran melayu yang menggunakan pola seperti bersegi atau yang dikenali
dengan pola tupal. Selain itu digunakan unsur piling berganda, iaitu bentukbentuk huruf s yang
disusun berderet-deret, atau ukiran piling berganda dan berpiuhpiuh. Ukiran jenis ini mudah
didapati pada alat-alat tembikar, sarung keris, tepak sirih, barang-barang tembaga dan alat-alat
ragam hias yang dipakai dalam rumah.

Unsur Kaligrafi
Unsur ini mengambil contoh huruf arab, ayat Al-Quran dan tulisan jawi. Juga terdapat tulisan
jawi yang digabungkan dengan unsur-unsur kosmos, dan tumbuh-tumbuhan yang bersesuaian.
Sering terdapat pada bangunan masjid, surau juga rumah-rumah kediaman.

Unsur Tumbuh-tumbuhan
Biasanya tumbuhan yang menjalar atau pohon-pohon bunga yang menjadi pilihan para pengukir.
Antara yang menjadi sumber ilham ialah jenis kacang, labu, ketumbit, peria, daun salad, balung
ayam dan sebagainya(Abdul Halim Nasir: 1986).

KESIMPULAN
Allah Subhanahu Wata'ala mencipta alam ini dalam keadaan yang sangat indah, sehinggakan
tidak ada walau sedikit pun sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah.
Perjalanan cakerawala, peredaran siang dan malam, pagi dan petang, bulan dan bintang dan
sebagainya teratur menurut aturan yang telah ditetapkan oleh Allah Subhanahu Wata'ala. Begitu
juga hiasan-hiasan alam semulajadi, bunga-bungaan, pokokpokok, tasik, pergunungan dan
seumpamanya terlalu sangat menarik sehinggakan ciptaanciptaan Allah Subhanahu Wata'ala
dijadikan sebagai salah satu industri tarikan pelancong tempatan dan luar negeri melihat
pemandangan alam dan menikmati keindahannya. Keindahan dan nilai-nilai estetik semulajadi
yang diciptakan oleh Allah Subhanahu Wata'ala untuk manusia ini sudah setentunya patut
disyukuri, dihargai dan dipergunakan untuk apa jua keperluan manusia dengan sebaik-baiknya.
irman llah aala dalam surah al-Kahfi ayat :
Tafsirnya: Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan
baginya, kerana Kami hendak menguji mereka, siapa di antaranya yang lebih baik amalnya
Berdasarkan ayat ini, jelas kepada kita bahawa segala apa yang Allah ciptakan di dunia ini
merupakan satu perhiasan yang sangat indah untuk kita mempermanfaatkannya. Melalui daya
usaha seni kreatif, apa yang ada di dunia ini boleh diubah dan direka bentuk menjadi suatu yang
lebih bermanfaat, berharga dan berguna untuk keperluan manusia. Setiap manusia ada daya
imaginasi dan kreativiti menurut akal pemikiran, yang dengannya manusia mampu mencipta
sesuatu yang bernilai estetik bagi keperluan diri, keluarga, masyarakat, bangsa dan negara.
Kekuatan imaginasi dan kreativiti pada diri seseorang merupakan anugerah dan amanah daripada
Allah Subhanahu Wata'ala yang perlu dijaga, disubur dan disemaikan dalam ruang dan batasan
yang hanya dibenarkan oleh syariat Islam.

http://senivisual1.blogspot.com/2009/10/seni-anyaman.html

Seni Anyaman
Pengenalan

Seni anyaman ialah milik masyarakat Melayu yang masih dikagumi dan digemari sehingga hari
ini. Kegiatan seni anyaman ini telah bermula sejak zaman dahulu lagi. Ini boleh dilihat pada
rumah-rumah masyarakat zaman dahulu di mana dinding rumah mereka dianyam dengan buluh
dan kehalusan seni anyaman itu masih bertahan sehingga ke hari ini. Rumah yang berdinding
dan beratapkan nipah tidak panas kerana lapisan daun nipah yang tebal menebat pengaliran haba.

Seni anyaman dipercayai bermula dan berkembang tanpa menerima pengaruh luar. Penggunaan
tali, akar dan rotan merupakan asas pertama dalam penciptaan kraftangan anyaman yang telah
menjadi usaha tradisi sejak berabad-abad lalu. Bahan-bahan asas tumbuhan ini tumbuh meliar di
hutan-hutan, paya-paya, kampung-kampung dan kawasan di sekitar pasir pantai.

Pelbagai rupabentuk kraftangan dapat dihasilkan melalui proses dan teknik anyaman dari jenis
tumbuhan pandanus (pandan dan mengkuang). Bentuk-bentuk anyaman dibuat didasarkan
kepada fungsinya. Misalnya bagi masyarakat petani atau nelayan, kerja-kerja anyaman dibentuk
menjadi bakul, topi, tudung saji, tikar dan aneka rupa bentuk yang digunakan sehari-harian.

Selain daripada tumbuhan jenis pandanus, bahan asas lain yang sering digunakan ialah daripada
tumbuhan bertam, jenis palma engeissona tritis dan nipah. Berdasarkan bahan dan rupa bentuk
anyaman yang dihasilkan, seni anyaman ini merupakan daya cipta dari kelompok masyarakat
luar istana yang lebih mengutamakan nilai gunaannya. Walau bagaimanapun pada sekitar tahun
1756 hingga1794 telah terdapat penggunaan tikar Raja yang diperbuat daripada rotan tawar dan
anyaman daripada bemban.

Proses menganyam disebut juga sebagai "menaja". Untuk memulakan satu-satu anyaman waktu
yang baik ialah pada sebelah pagi atau malam. Dalam keadaan cuaca yang redup atau dingin,
daun-daun lebih lembut dan mudah dibentuk tanpa meninggalkan kesan-kesan pecah. Biasanya
beberapa orang melakukan anyaman ini berkelompok di halaman rumah atau beranda rumah
pada waktu malam, petang atau waktu-waktu senggang pada sebelah pagi (jika kelapangan,
kerana waktu pagi biasanya dipenuhi dengan kerja-kerja tertentu).

Rupa bentuk anyaman tradisi yang masih kekal penciptaan dan fungsinya hingga kini ialah tikar.
Selain tikar yang datar dengan sifat dua dimensi, terdapat rupa bentuk anyaman tiga dimensi.
Bentuk-bentuk anyaman begini biasanya digunakan oleh masyarakat pada masa dahulu untuk
mengisi atau menyimpan bahan-bahan keperluan hidup dan kegunaan seharian. Beberapa
daripada rupa bentuk ini ialah bakul, kampit (bekas belacan), tudung saji, kembal (rombong) dan
sebagainya.

Terdapat dua ciri-ciri penting dalam ragam hias anyaman, iaitu penciptaan kelarai (motif) dan
corak. Istilah kelarai dikhususkan kepada motif yang "berbentuk" (selalunya unsur alam)
sementara corak dimaksudkan kepada susunan warna tanpa memperlihatkan kepada susunan
warna dan bentuk motif. Anyaman tanpa kelarai disebut sebagai "gadas". Terdapat kira-kira 51
jenis kelarai yang berdasarkan unsur-unsur alam semulajadi seperti unsur-unsur tumbuhan dan
binatang.

Di sesetengah tempat kelarai dimaksudkan kepada anyaman yang diperbuat daripada buluh dan
digunakan sebagai dinding atau penyekat ruang rumah. Sementara di sesetengah tempat lain
anyaman seperti ini diperbuat daripada bahan bertam yang disebut sebagai tupas. Ciptaan kelarai
atau tupas lebih kukuh, tegas dan kasar bersesuaian dengan fungsinya sebagai penyekat ruang.
Tiada bukti yang jelas untuk menetapkan tarikh bermulanya penciptaan kelarai. Melalui kajian
yang dibuat dapat dikatakan bahawa penciptaan kelarai dalam anyaman merupakan satu
perlakuan yang telah lama berlaku.

Bunga sulam merupakan satu teknik yang terdapat dalam ragam hias anyaman di mana ia akan
mencantikkan lagi hasil yang telah dibentuk. Teknik sulam adalah teknik susun susup. Kesan
bentuk bunga yang dibuat lebih merupakan kesan geometri asas seperti susunan bentuk tiga, segi
empat, potong wajik dan sebagainya lagi.

Seni kerja tangan anyaman adalah sesuatu yang unik lagi rumit buatannya. Namun begitu, usaha
untuk mempertahankan keunikan seni ini haruslah diteruskan agar tidak ditelan peredaran
zaman. Budaya negara bukan sahaja dicerminkan melalui bahasa pertuturan dan adat resam
bangsanya tetapi juga dicerminkan melalui kehalusan kerja tangan bermutu tinggi. Seni warisan
yang unik ini wajar diberi perhatian, sokongan dan bantuan supaya dapat terus dipelihara dan
dimanfaatkan bersama.

Zaman dahulu menganyam tikar, Sunyi menyepi desa terpinggir, Seni anyaman haruslah diajar,
Jangan tinggal sebutan dibibir. Buluh muda mudah dilentur, Buat ampaian penyidai jala,
Semangat juang belum luntur, Seni anyaman jangan dilupa.
BAHAN ANYAMAN
Rotan

Antara teknik pengeringan rotan adalah dengan menyandarkan batang rotan pada palang jemur.
Rotan merupakan bahan yang paling digemari kerana rotan tahan lama dan mudah dibentuk.
Rotan, buluh dan lidi sering dijadikan sebagai bakul, lekar dan berbagai-bagai bentuk bakul atau
alat-alat menangkap ikan.


Pohon Mengkuang

Mengkuang tumbuh subur di kawasan berair tawar. Biasanya ia subur di lopak-lopak belukar
atau kawasan bakau dan kawasan sawah padi yang lembab. Pohon mengkuang lebih tinggi
daripada pohon pandan, tetapi mengkuang mempunyai dahan bercabang yang sedikit jika
dibandingkan dengan pohon pandan. Daun mengkuang lebih kasar dan hasil anyamannya
kelihatan lebih kasar dan keras.
Buluh

Antara buluh yang sering digunakan ialah buluh akan, buluh bentung, buluh minyak dan buluh
gading. Buluh yang cukup tua dipotong mengikut ukuran yang dikehendaki. Mengikut cara
tradisional buluh akan direndam di dalam air selut (air tanah) bercampur asam selama satu
minggu. Tetapi kini cara yang paling mudah, buluh direbus bersama soda bagi mengeluarkan
kandungan gulanya. Namun begitu buluh yang direndam tetap dianggap lebih cantik dan
menarik
SENI TEKAT

Seni Tekat
Pengenalan


Seni tekat dikenali juga dengan nama bersuji. Menekat merupakan kerja menyulam benang emas
ke atas kain dasar (jenis baldu). Kerja-kerja menekat memerlukan pemidang untuk meregangkan
kain baldu, mempulur sebagai acuan motif dan benang emas untuk membentuk bunga tekat.

Sejarah dan Perkembangan

Asal-usul dan perkembangan tekat secara langsung dikaitkan dengan kegunaan pakaian dan
kelengkapan keluarga raja-raja atau istana. Perkembangan awal seni tekat dapat dikesan pada
awal kurun ke-15, iaitu semasa zaman keagungan Sultan Melayu Melaka. Kesan penggunaan
sulaman dapat dilihat di kalangan masyarakat Cina yang keturunan Baba Melaka. Mereka
menggunakan sulaman tekat untuk pakaian-pakaian mereka.

Hingga ke hari ini seni tekat masih dihasilkan oleh rakyat negeri Perak Darul Ridzuan dan
Negeri Sembilan Darul Khusus. Negeri Perak Darul Ridzuan merupakan negeri yang banyak
sekali mengusahakan kraf seni tekat timbul benang emas. Terdapat beberapa jenis tekat yang
dikerjakan oleh pandai tukang menekat. Antaranya ialah tekat timbul benang emas, tekat gubah
dan tekat perada.

tekat digunakan semasa upacara perkahwinan
Fungsi tekat


Ia hanya digunakan untuk istiadat dan upacara tertentu. Ia digunakan sebagai kelengkapan
perkahwinan, upacara peminangan, kelahiran, berkhatan, berkhatam Quran dan seumpamanya.
Di kalangan kerabat diraja, tekat merupakan pakaian kebesaran dan hiasan seharian.
Penggunaannya di kalangan masyarakat biasa agak terbatas kerana bahan asasnya merupakan
bahan mewah.

Penciptaannya juga memerlukan waktu yang lama dan hasilnya yang indah memerlukan
penjagaan yang rapi apabila digunakan.

Peranan Institusi dan Istana

Pada masa dahulu, istana merupakan penggerak utama pertumbuhan kraf seni tekat. Ramai
pandai-pandai tukang tekat dijaga oleh pihak istana. Ini adalah kerana kelengkapan istana
memerlukan tekat benang emas. Tekat benang emas menampakkan kemewahan dan keagungan.
Ramai pandai tukang pada masa itu membuat tekat untuk kegunaan istana. Secara langsung
istana telah menggalakkan kraf tangan seni tekat. Setelah wujudnya Perbadanan Kemajuan
Kraftangan Malaysia, perusahaan menekat dimajukan lagi dengan program-program latihan,
promosi, ciptaan yang baru, galakan pengeluaran dan menjual hasil ke luar negara. Tekat terus
berkembang dengan hasil mutunya yang terjamin. Promosi yang dijalankan pada masa sekarang
oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Perbadanan Kemajuan Negeri Perak dan
industri pelancongan telah mendorong tukang sebu untuk menghasilkan ciptaan-ciptaan yang
lebih bermutu dan berterusan. Secara langsung, kehalusan dan keunikan seni tekat dapat
membantu memperkenalkan mutu seni tersebut kepada masyarakat tempatan dan pelancong luar.


Jenis-jenis Tekat.

1. Tekat Timbul Bunga Emas

Tekat ini menggunakan mempulur sebagai awan untuk membentuk corak motif. Mempulur ialah
kertas keras yang dipotong dan ditebuk mengikut corak motif. Sulaman benang emas akan
menutupi mempulur di atas kain baldu.

2. Tekat Gubah

Tekat gubah tidak menggunakan mempulur sebagai corak gubahan. Pandai tukang hanya
menyulam dan membentuk corak motif melalui benang merah yang dipanggil benang untina.
Hiasan corak tekat gubah diiringi dengan labuci dan manik-manik. Kain dasar tekat gubah adalah
dari kain biasa. Kegunaan gubahan tekat ialah menghiasi tudung saji, tepak sirih, kasut
pengantin, sejadah, penutup pahar, peralatan upacara perkahwinan, lemudi pintu, pakaian diraja
dan sebagainya.

Proses Menekat

* Bahan asas penting untuk mencipta tekat ialah benang emas, benang putih dan kain dasar dari
jenis kain baldu. Di samping itu terdapat juga bahan dari rotan sega, kertas tebal dan kanji (gam)
yang digunakan untuk mempulur. Penggunaan mempulur akan menjadikan bentuk sulaman
timbul.


* Proses pertama ialah membentuk empulur. Bentuk motif dilukis di atas beberapa helai kertas
yang dilekat tindih antara enam hingga lapan helai. Kemudiannya bentuk motif ini dipotong dan
diasingkan. Lebar tiap-tiap batang mempulur kertas dibuat antara 0.5 sentimeter dan 0.25
sentimeter. Mempulur daripada kertas digunakan untuk membentuk motif tumbuhan dengan
gaya organik. Corak yang terhasil daripada mempulur rotan sega bercorak banji atau corak kisi-
kisi dan corak dangai atau catur.


* Seterusnya, kain dasar yang tebal tetapi lembut daripada jenis baldu yang berbulu halus dan
berkilat ditegangkan pada pemidang kayu. Kain baldu yang selalu digunakan daripada warna
gelap seperti merah pulasan, merah tua, ungu, hijau tua dan hitam. Pemidang kayu pula ada dua
jenis iaitu pemidang berkaki dan tanpa kaki. Ukuran pemidang bergantung kepada reka bentuk
yang diingini. Baldu yang ditegangkan pada pemidang disambungkan dengan kain putih yang
diikatkan ke bingkai pemidang. Oleh itu, baldu akan menjadi tegang.
* Selepas itu, benang emas akan ditindih dan diikat jahit
oleh benang putih melalui jarum yang sedang matanya. Ukuran jarum menentukan ikatan supaya
tidak meninggalkan kesan lubang pada kain dasar. Jarum akan dicucuk agak ke dalam dari
bawah batang mempulur. Ikatan benang putih mestilah ketat dan kukuh. Setiap kali merentas,
benang-benang emas haruslah disusun rapat-rapat supaya batang mempulur tidak kelihatan dari
atas. Dengan ini sulaman akan kelihatan lebih teratur dan kemas.

* Tekatan dibuat sehingga seluruh bentuk mempulur tertutup oleh sulaman. Pada bahagian
cantuman benang ataupun pada ruang yang tertinggal kosong ditutup dengan kertas emas atau
labuci.
Pendahuluan
Secara turun-temurun apa-apa peninggalan daripada nenek moyang adalah diwarisi. Begitu juga
dengan hasil seni yang ada kini adalah warisan sejak berzaman lamanya. Masyarakat Melayu
begitu kaya dengan warisan seni yang diwarisi sejak zaman-berzaman. Seni batik, songket,
tenunan, sulaman, tekat dan ukiran umpamanya adalah antara seni halus yang begitu sinonim
dengan masyarakat Melayu. Kreativiti dan kehalusan seni begitu jelas terpancar dalam setiap
hasil kerja tangan tradisional ini. Hasil seni atau kraftangan yang dihasilkan seakan tidak
terlawan oleh hasil seni yang dihasilkan pada zaman ini.
Kraftangan ertinya apa-apa keluaran artistik yang mempunyai daya tarikan kebudayaan atau
tradisional. Hasilnya ialah suatu proses yang bergantung semata-mata atau sebahagiannya
kepada kemahiran tangan yang termasuklah apa-apa barang, bagaimanapun dihasilkan, yang
mempunyai rekabentuk tradisi pada mana-mana bahagiannya.
Kraf adalah barangan yang dihasil dengan menggunakan kemahiran tangan, dikeluarkan dengan
atau tanpa menggunakan alat atau peralatan mudah yang dijalankan secara sendiri atau tidak
langsung oleh pengusaha-pengusaha kraf.
2.2 Definisi Batik
Umumnya, perkataan batik ialah gabungan dua perkataan Melayu dan Jawa yang bermaksud
menulis secara menitik sepertimana definisi-definisi beberapa pengkaji berikut. Merujuk Pauziah
Hj. bdullah (1983:42) menjelaskan perkataan batek mempunyai dua pengertian. Perkataan
batik yang berasal dari Indonesia bererti rintik-rintik yang putih yang ada pada kain-kain yang
diwarna dan dicorakkan.
Pengertian kedua ialah kain-kain putih diterapkan di atasnya dengan menggunakan blok-blok
atau acuan-acuan tertentu yang diperbuat daripada kayu, tembaga atau besi dengan penggunaan
lilin, damar atau rosin; kemudian kain putih itu diwarnakan melalui proses mencelup dalam
perwarna. Warna-warna juga disapu dengan menggunakan berus lukisan. Pada umumnya warna-
warna yang digunakan ialah hitam, biru, coklat dan kuning.
Manakala bdullah Mohamed (1990:13) menyatakan definisi yang sama iaitu perkataan batik
berasal dari Indonesia dari perkataan Melayu untuk titik dan perkataan Jawa mba ertinya
menulis. Oleh ini, batik bererti menulis titik-titik yang dimaksudkan di sini sama ada berupa
titik-titik dalam ertikata yang sebenarnya atau berupa bunga-bunga dan lain-lain motif kecil-kecil
di atas permukaan kain putih. Kemudian, teknik untuk mewujudkan motif-motif itu tergantung
pada zaman dan ruang.
Dalam perenggan ini dinyatakan secara ringkas struktur rekaan kain batik sarung tradisional. Di
Malaysia dan juga Indonesia ragam hias mengekalkan teknik dan ragam hias tradisi. Manakala
dari segi warna untuk reka corak pada bahagian badan kain, warna yang digunakan masih
terbatas. Warna-warna yang sering digunakan ialah hitam, merah kuning dan biru. Warna-warna
campuran tidak dapat sebati bagi menghasilkan warna baru (seperti biru + kuning = hijau), yang
bersih. Warna ini sering dijadikan tanah kain. Ini menunjukkan bahawa reka corak tradisi pada
bahagian badan kain batik ini hanya menggunakan celupan warna-warna asas seperti yang telah
dijelaskan oleh Siti Zainon Ismail (1980:273) tadi. Boleh difahami bahawa elemen tradisional
kain batik sama ada di Malaysia dan Indonesia ini lebih menjurus kepada teknik dan ragam hias
yang dihasilkan menerusi proses penerapan lilin seperti canting dan blok.
Alatan yang biasanya digunakan untuk proses membuat batik ialah blok penerap, campuran lilin,
kain, pencelup dan sebuah meja. Kain benang kapas berwarna putih merupakan yang sesuai
untuk membuat batik. Selepas diterap dengan lilin pertama, ia akan dicelup dengan warna yang
gelap sedikit. Setelah itu, ia akan diterap untuk kali kedua dan kemudian dicelup dengan warna
yang lebih gelap. Proses ini akan diteruskan hingga habis. Kain ini akan direbus dalam air yang
mengandungi soda. Apabila direbus, warna-warna yang berlainan akan kelihatan. Kain batik ini
kemudiannya akan dijemur hingga kering. Kain-kain batik yang sudah kering, akan digosok,
dilipat dan dibungkus untuk dipasarkan.
Batik terbahagi kepada tiga jenis iaitu batik blok, batik conteng dan batik skrin. Batik blok
menggunakan blok corak yang diperbuat daripada kayu atau logam diterap berulang-ulang
dengan mengikut susunan yang tertentu sehinggalah selesai. Batik conteng juga dikenali sebagai
batik canting atau batik lukis. Manakala batik skrin pula merupakan kaedah melakar corak pada
diperbuat daripada kain polyster yang berpengidang, kemudian warna disapu menggunakan
sekuji. MOTIF BATIK MALAYSIA
Motif batik di Malaysia banyak dipengaruhi oleh alam sekitar. Motif-motif ini terhasil
disebabkan kepekaan masyarakat tradisional terhadap persekitaran. Bagi mereka apa sahaja
yang menarik dan mengandungi falsafah sendiri boleh dijadikan corak. Oleh itu kita boleh
membuat kesimpulan bahawa motif-motif ini menunjukkan penyatuan masyarakat tradisional
dengan alam. Terdapat enam jenis motif alam sekeliling yang digubah menjadi corak atau ragam
hias yang menarik:
a. Unsur flora
Fungsi unsur flora adalah seperti berikut:
i. Untuk menghiaskan kain batik ela. Motif flora seperti bunga, kudup, putik, daun, ranting
dan pucuk digunakan secara tunggal atau bertabur.
ii. Untuk menghiasi badan batik sarung.
bunga, kuntum, putik, ranting dan pucuk disusun menjalar datar dengan bentuk
lembut
helaian daun, kelopak serta ranting dan bunga
bunga disusun berdahan tegak
iii. Untuk menghiasi bahagian kepala kain (gunung) biasanya motif pucuk rebung digunakan
kebiasaannya, reka corak digubah bukan secara realistik tetapi campuran gaya organik
dan geometri.


Kraf tradisional adalah merupakan warisan bangsa, pusaka peninggalan nenek moyang kita satu
masa dahulu. Hasil ciptaan kraf tradisional, kaya dengan unsur-unsur budaya dan ini jelas
tercermin melalui bentuk, gaya, sifat, garis, gerak, dan warnanya. Barang-barang kraf ini
dihasilkan mengikut kaedah reka bentuk dan hiasan tertentu. Bahan yang digunakan tidak terhad.
Kebanyakan barang-barang kraf ini pada asalnya dihasilkan adalah untuk kegunaan harian atau
untuk sesuatu kerohanian. Tukang pandai Melayu terus berusaha mencipta bukan sahaja untuk
menghasilkan barang untuk tujuan kegunaan tetapi juga penghasilan bahan yang indah untuk
berbagai-bagai tujuan.
Terdapat juga ciptaan mereka ini untuk memenuhi ciri-ciri estetika iaitu untuk diamati dan
dinikmati. Seni Melayu ini adalah penjelmaan unsur-unsur dari alam semula jadi kepada satu
bentuk seni rupa. Karya ini terhasil daripada pengamatan dan pemikiran penciptaannya yang
dijelmakan melalui impian, seterusnya mencerminkan suasana harmoni di antara manusia dan
alam. Karya seni dalam kebudayaan Melayu ini mempunyai sifat yang tersendiri, bukan sahaja
berbeza dengan karya seni kebudayaan-kebudayaan besar di dunia tetapi juga berbeza dengan
karya seni daripada kebudayaan kelompok yang berhampiran dengannya.
Seni kraf Melayu ini adalah melambangkan hubungan yang erat antara orang Melayu dengan
kepercayaannya iaitu Islam. Setelah ribuan tahun orang Melayu menghuni alam Melayu dan
menganut kepercayaan tradisi Animisme dan Hindu, akhirnya mereka mula mengenali Islam
dengan kedatangan Islam ke rantau ini. Sebahagian besar orang Melayu telah memeluk agama
Islam, sementara yang lain terus menganut tradisi lama. Sejak itu, kepercayaan orang Melayu
telah berubah. Mereka telah meninggalkan pemujaan terhadap patung-patung dan tuhan-tuhan
yang banyak. Mereka telah mengetahui dan menyedari tentang keesaan tuhan yang sebenar.
Mereka menganggap alam ini sebagai suatu hiasan yang berfungsi untuk menyerikan kehidupan
sementara di dunia dan kehidupan kekal di akhirat. Dari kesedaran ini lahirlah ciptaan yang
bukan sahaja sebagai fungsi tetapi memenuhi keperluan kehidupan dunia yang amat rapat
kaitannya dengan akhirat.
Perbezaan dalam menggarap, mentafsir dan memberikan sesuatu kepuasan dalam pembuatan
kesenian telah menambahkan keanekaragaman dalam hasil seni. Ciptaan-ciptaan baru telah lahir
dari hari ke sehari dari seorang pencipta kepada seorang pencipta yang lain. Ciptaan-ciptaan seni
ini merupakan sebahagian daripada kehidupan mereka dan ia juga digunakan sebagai kehidupan
harian. Hasil ciptaan seni kraf Melayu ini jelas menunjukkan pengaruh Islam di dalam
penghasilannya. Ini terbukti dengan penggunaan ragam hias atau motif dalam sesuatu
penghasilan kraf. Penggunaan ragam hias dan motif-motif dalam hasil karya ini jelas
menunjukkan ciri-ciri keislaman. Tiada rupa figura manusia atau binatang yang sebenarnya
digambarkan dalam ragam hias kraf tradisional Melayu. Ketiadaan motif ini dalam ragam hias
kraf adalah disebabkan berdasarkan ajaran agama Islam menggambarkan bentuk figura manusia
atau binatang yang sebenar adalah tidak dibenarkan atau diharamkan. Walaupun terdapat juga
tukang Melayu menggunakan motif fauna sebagai subjek untuk mendapatkan sumber ilham
dalam penghasilan karya mereka tetapi dengan menggunakan daya kreativiti, mereka telah
membuat beberapa perubahan, mengubah bentuk tersebut dengan secara stailisasikan hingga
bentuk asal fauna itu tidak jelas kelihatan lagi. Tiada gambaran tentang rupa manusia atau
binatang sebenar dalam ragam hias, membuktikan bahawa Seni kraf Melayu adalah
melambangkan seni Islam. Ciri-ciri seni Islam yang lain itu jelas diperlihatkan dalam ragam hias
seperti penggunaan arabes, motif yang berulang dan unsur geometri. Subjek daripada flora yang
paling banyak diilhamkan sebagai motif dalam ragam hias kraf Melayu seperti rupa daun, bunga
dan sebagainya, di samping penggunaan ayat-ayat daripada al-Quran dan rupa geometri
Kesenian dan keaslian ragam hias yang terdapat dalam kraf tradisional tidak berubah dan tetap
kekal dari dahulu hingga kini walau pun negara ini telah beberapa dijajah oleh negara luar seperti
Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun. Ini agak berbeza dengan apa yang berlaku di negara lain
yang pernah dijajah. Penjajah berusaha untuk menyebar pengaruh budaya mereka. Mereka
berusaha membudayakan masyarakat tempatan dengan budaya mereka dalam segala serbi.Ini
termasuk juga penggunaan ragam hias penjajah dalam seni kraf tempatan. Ini jelas apa yang
berlaku kepada negara Filipina. Penjajah Sepanyol telah berjaya membudayakan orang Filipina
dengan ciri budaya mereka. Ragam hias yang terdapat dalam seni kraf Filipina jelas
menampakkan pengaruh Sepanyol. Orang Melayu patut bersyukur kerana penjajah tidak
menyebar pengaruh budaya mereka dalam budaya tempatan termasuklah seni kraf.
Dari aspek pembuatan kraf, apa yang dihasilkan oleh masyarakat peribumi merupakan warisan
yang menampakkan susur galur daripada zaman batu lagi. Kraf tangan ini juga mengingatkan
kita tentang jati diri rakyat Malaysia umumnya. Kraf tangan masyarakat peribumi ini adalah
dihasilkan berdasarkan alam persekitaran mereka yang berkait dengan alam Melayu. Sumber
yang digunakan dalam proses pembuatan juga adalah yang mudah didapati di sekeliling mereka.
Namun yang menariknya bagaimana masyarakat ini menggunakan pemikiran kreatif mereka
dalam mengolah dan mengubah barangan dan objek yang memperlihatkan aspek budaya, estetik
dan fungsi. kraf tradisional Melayu mempunyai nilai estetik yang tinggi. Antara objek atau
produk yang amat kaya dengan nilai dari aspek budaya, estetik dan fungsi ialah yang melibatkan
kelengkapan domestik, tempat kediaman, alat muzik, alat permainan, alat perburuan dan
kenderaan.
Sebagai sebuah Negara berdaulat, seni kraf Melayu telah mendapat perhatian pihak yang
berkuasa, diberi pengiktirafan dan merupakan salah satu komponen dalam warisan Seni Budaya
Kebangsaan. Budaya kebangsaan merupakan lambang dan harga diri sesuatu bangsa dan negara.
Mengenal dan menghayati kebudayaan sendiri bererti mengenal dan mencintai diri, bangsa dan
negara sendiri. Setiap warganegara berhak serta berkewajipan untuk menerima, mengamalkan,
menghayati, menjaga, menggali, menyelidik dan mempelajari mana-mana budaya tradisi
daripada masyarakat berbilang kaum, lingkungan, keadaan, serta daerah. Kraf tradisional ini
perlu dihidupkan dan diperkenalkan dan dihargai oleh generasi muda supaya ia tetap kekal dan
tidak mati ditelan zaman. Kraf tradisional seperti batik, ukiran, anyaman, tenunan, tekatan, wau,
gasing, songket, tembikar dan barang perhiasan juga mempunyai nilai estetik yang tinggi dan
keistimewaannya sama taraf dengan seni budaya tamadun luar. Melalui sistem pendidikan,
pengajaran dan pembelajaran Kraf tradisional yang terkandung dalam sukatan mata pelajaran
Pendidikan Seni KBSR dan KMBM, seni budaya bangsa ini dapat diperkenalkan, dikenali dan
dipraktikkan oleh anak-anak muda zaman sekarang khasnya murid sekolah.

ASAL USUL SEJARAH KRAF
Kraf tradisional yang terdapat di negara ini seperti batik, ukiran adalah merupakan warisan
negara yang telah diperturunkan oleh nenek moyang kita dulu kala dari satu generasi ke satu
generasi hingga kini. Setiap hasil kraf ini berfungsi dalam kehidupan harian yang dipengaruhi
oleh iklim, lokasi, kepercayaan, pekerjaan, bahan keperluan, kemudahan serta hubung kait
dengan masyarakat luar seperti:
a. Alat untuk pertahanan diri:
i. Keris


Rajah 1.1: Keris
ii. Lembing


Rajah 1.2 : Lembing
b. Alat untuk pekerjaan seperti bertani, menangkap ikan, dan membuat pertukangan.
i. Bubu


Rajah 1.3: Bubu
ii. Parang, sabit dan cangkul


Rajah 1.4: Parang, sabit dan cangkul
c. Alat untuk kegunaan harian:
i. Tikar


Rajah 1.5: Tikar
ii. Tudung saji


Rajah 1.6: Tudung saji
iii. Pakaian


Rajah 1.7: Pakaian
d. Alat untuk upacara dan istiadat:
i. Bekas Pembakar Kemenyan


Rajah 1.8: Bekas Pembakar Kemenyan
ii. Gong


Rajah 1.9: Gong
e. Alat untuk rekreasi:
i. Wau


Rajah 1.10: Wau
ii. Gasing


Rajah 1.11: Gasing
iii. Congkak


Rajah 1.12: Congkak
f. Alat muzik untuk persembahan nyanyian, tarian dan pertunjukan:
i. Serunai


Rajah 1.13: Serunai
ii. Rebab


Rajah 1.14: Rebab
iii. Nafiri


Rajah 1.15: Nafiri
iv. Kompang


Rajah 1.16: Kompang
g. Rumah dan istana untuk kediaman serta masjid:
i. Ukiran kayu


Rajah 1.17: Ukiran kayu
h. Pengangkutan air:
i. Perahu


Rajah 1.18: Perahu
ii. Kolek


Rajah 1.19: Kolek
i. Alat perhiasan:
i. Pakaian seperti baju kebaya labuh, tengkolok, selendang dan lain-lain.


Rajah 1.20: Baju kebaya
ii. Dokoh
Barang perhiasan seperti dokoh, kalung, cucuk sanggul dan lain-lain.


Rajah 1.21: Kalungan
Walaupun ada antara beberapa kraf tersebut bukanlah merupakan hasilan ciptaan tempatan
seperti songket, batik dan sebagainya yang didatangi daripada negara luar seperti kepulauan
Indonesia, Kemboja, India dan lain-lain lagi. Namun begitu motif-motif ataupun reka corak yang
terdapat pada kraf tersebut adalah merupakan hasil ciptaan tersendiri kerana telah diubahsuai
oleh tukang pandai dengan menggunakan daya kreativiti untuk memenuhi kehendak cita rasa
tempatan. Walau bagaimana pun seni tembikar, anyaman dan ukiran adalah merupakan hasilan
kraf tempatan. Ini terbukti dengan perjumpaan bahan artifak dalam kajian yang dijalankan oleh
pakar-pakar arkeologi di beberapa tempat bersejarah di negara ini. Kraf ini telah terbukti wujud
sejak zaman pra sejarah lagi.

You might also like