You are on page 1of 4

SEJARAHHITAMISLAM-PERANGSIFFIN.

(Part2)
Posted by Ibnu Zukefeli Friday, September 4, 2009
Sebelum Saidina Uthman Bin Affan dibunuh, dia sempat membaca surah-surah dari al-Quran. Dan
riwayat menyatakan Saidina Uthman mati dibunuh dalam keadaan sedang membaca al-Quran. Baju
yang dipakai oleh Saidina Uthman semasa dia dibunuh dan jari-jari isteri Saidina Uthman yang putus
akibat ditetak oleh pemberontak semasa mempertahankannya dibawa oleh seorang sahabat Nabi SAW
yang bernama Numan bin Basyir ke Syam dan dipersembahkan kepada Gabenor Syam. Ketika itu,
posisi Gabenor Syam dipegang oleh Muawiyyah bin Abi Sufian, yang juga merupakan sepupu kepada
Saidina Uthman bin Affan.

Kemudian, Muawiyyah meletakkan baju yang berdarah dan jari-jari isteri Saidina Uthman tadi di atas
mimbar masjid supaya dapat dilihat oleh penduduk Syam. Melihat keadaan ini, semua penduduk Syam
menangis mengenangkan peristiwa pembunuhan Saidina Uthman. Lalu, penduduk Syam yang tidak
berpuas hati menggesa Khalifah mengambil tindakan Qisas terhadap pembunuh Saidina Uthman.

Ketika itu, posisi khalifah yang kosong diganti oleh Saidina Ali bin Abi Thalib Kamarallahu Wajhah.
Apabila Saidina Ali diangkat menjadi khalifah, dia dituduh lambat mengambil tindakan terhadap
pemberontak yang membunuh Saidina Uthman, sehingga riwayat mengatakan bahawa setelah lapan
bulan berlalu, Khalifah masih belum mengambil tindakan.

Namun, hakikatnya bukan begitu. Saidina Ali bukanlah tidak mahu bertindak, tetapi dia berijtihad
bahawa tindakan yang akan diambil tidak boleh dilakukan dengan tergesa-gesa dan ijtihadnya ini
bersandarkan kepada sabda Rasulullah SAW yang berbunyi :
Gopoh-gapah (tergesa-gesa) itu dari syaitan, dan tenang itu dari Allah.

Saidina Ali tidak mahu terjadi kesilapan dalam menjatuhkan hukuman. Maka siasatan yang teliti perlu
dijalankan. Selain itu, Saidina Ali juga memerlukan masa untuk memahami urusan pentadbiran yang
baru dipegangnya.

Tetapi, situasi ini telah dimanipulasi oleh Abdullah bin Tsaba. Dia menyebarkan fitnah di kalangan
penduduk Syam mengatakan bahawa Saidina Ali Bin Abi Thalib bersubahat di dalam peristiwa
pembunuhan Saidina Uthman. Oleh kerana itu, dia berlengah-lengah dalam mengambil tindakan
terhadap pembunuh Saidina Uthman.

Di Madinah pula, timbul cerita mengatakan bahawa Muawiyah dan penduduk Syam tidak mahu
membaiah dan mengakui Saidina Ali Karamalluwajhah sebagai Khalifah. Apabila keadaan semakin
tegang, tampil dua sahabat Nabi SAW untuk meredakan keadaan. Sahabat tersebut ialah Abu Umamah
al-Bahili dan Abu Dharda RA. Mereka berdua pergi ke Syam untuk bertemu dengan Muawiyah.

Setibanya mereka di hadapan Muawiyah, mereka pun berkata, Wahai Muawiyah.. Mengapakah kamu
tidak mahu baiah dan mengakui Saidina Ali sebagai Khalifah yang ke-empat? Lupakah kamu tentang
siapakah Saidina Ali itu? Bukankah kamu tahu bahawa Ali Bin Abi Thalib merupakan orang yang terawal
memeluk Islam, lebih awal dari kamu dan dan lebih awal dari bapak kamu memeluk Islam. Adakah
kamu lupa bahawa Saidina Ali itu merupakan sepupu dan juga menantu kepada Nabi SAW?

Wahai Muawiyah.. jangan kamu lupa siapa sebenarnya Saidina Ali, dan dengan segala keistimewaan
yang ada pada dia, sesungguhnya dia layak untuk menjadi Khalifah. Maka kenapa kamu tidak mahu
baiah kepadanya?

Mendengarkan pertanyaan dari sahabatnya itu, lalu Muawiyah menjawab: Janganlah kamu salah
faham. Sesungguhnya, aku bukan tidak mengakui Saidina Ali sebagai Khalifah. Sememangnya dia layak
menjadi khalifah dan sememangnya aku tidak layak. Tetapi, aku tidak puas hati kerana dia tidak
mengambil tindakan terhadap pembunuh Saidina Uthman. Aku tidak berpuas hati pembunuh Uthman
dibiarkan bebas. Aku berijtihad bahawa hukuman Qisas mesti dijatuhkan kerana orang ini telah
membunuh Uthman. Aku mahukan ini bukan kerana Uthman sepupu aku, tetapi Uthman itu seorang
yang baik dan dia tidak patut dibunuh.

Namun jawapan yang diberikan tidak mampu menenangkan keadaan. Fitnah dan khabar angin terus
menular. Akhirnya, apabila mendengar bahawa Muawiyah tidak mahu membaiah kepadanya, lalu
Saidina Ali bersama dengan angkatan perang yang terdiri daripada 150,000 orang tentera menuju ke
Syam.

Setelah menerima berita mengatakan terdapat angkatan perang dari Madinah sedang menuju ke Syam,
lalu Muawiyah mengutuskan angkatan perangnya dengan kekuatan 130,000 orang tentera.

Akhirnya kedua-dua angkatan perang ini bertemu di satu lembah yang bernama Lembah Siffin. Dan di
sinilah terjadinya pertumpahan darah besar yang tercetus sesama umat Islam. Ramai dari kalangan
sahabat Ridhuanullah Alaihim Ajmain di mana di dalam dada mereka tersemat 30 Juz Kalam Ilahi
gugur di dalam peperangan ini. Antara sahabat yang gugur di dalam perang ini yang diriwayatkan di
dalam sejarah ialah az-Zubair, Talhah dan Ammar Bin Yasir RA...

Sahabat-sahabat yang ana kasihi sekalian. Di dalam sebuah hadith, Rasulullah SAW pernah bersabda:
Apabila pintu yang kukuh itu dirobohkan, akan bermulalah fitnah yang besar di alam Islam ini.

Lalu Saidina Umar al-Khattab bertanya kepada Nabi SAW,
Ya Rasulullah, siapakah pintu yang kukuh itu?

Baginda SAW bersabda,
Engkau.

Sesungguhnya, terbukti kebenaran sabda Nabi SAW. Bermula dari pembunuhan Saidina Umar al-
Khattab, pelbagai fitnah yang timbul, dan dalang yang berada di belakang fitnah ini adalah munafik,
yang mengaku Islam tetapi sebenarnya berpura-pura masuk Islam dengan tujuan untuk merosakkan
Islam.

Sahabat-sahabat sekalian, ana berpesan kepada diri ana dan dan kalian semua. Jangan sesekali timbul
di hati kita prasangka yang tidak baik terhadap para Sahabat Ridhuanullah Alaihim Ajmain. Mereka
merupakan golongan yang sangat hebat dalam memperjuangkan Islam. Jika tidak diatas usaha dan
pengorbanan mereka, tidak mungkin kita dapat menikmati nikmat Islam dan Iman pada hari ini. Nabi
SAW bersabda,
"Janganlah kalian sekali-kali mencerca sahabatku, jika seandainya ada diantara kalian menginfakkan
emas sebesar gunung uhud, tidak akan mampu mencapai satu secupak yang mereka infakkan, bahkan
tidak pula setengahnya.
(Hadith Sahih Riwayat al-Bukharie)

Imam Al-Lalika`i Rahimahullah meriwayatkan di dalam as-Sunnah (no. 2359) bahwa Imam Abu Abdillah
Ahmad bin Muhammad al-Hanbal Rahimahullah berkata,
Jika kau melihat seorang berbicara buruk tentang Sahabat, maka ragukanlah keislamannya.


Apabila kita menulusuri Peristiwa Perang Siffin, jangan sesekali timbul di benak kita mengatakan
Muawiyah seorang sahabat yang jahat. Di sini ana kongsikan dua buah hadith untuk renungan kita
bersama.

Daripada Ummu Haram binti Milhan, dia berkata:
Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda,
Tentera yang mengangotai Angkatan Laut Islam yang pertama, mereka semuanya WAJIB MASUK
SYURGA.

Lalu aku bertanya kepada Rasulullah,
Ya Rasulullah, adakah saya berada di bersama dalam Angkatan Laut Islam yang pertama ini?

Rasulullah SAW menjawab,
Ya, kamu bersama di dalamnya

Kemudian, Baginda SAW bersabda,
Tentera yang mula-mula terlibat di dalam perang di Bandar Qaisar, mereka itu diampunkan dosanya
oleh Allah SWT

Kemudian aku bertanya kepada Rasullulah,
Adakah saya terlibat di dalam pasukan perang ini ya Rasulullah?

Rasulullah SAW menjawab,
Tidak
(Hadith Sahih Riwayat al-Bukharie)

Keterangan:
- Ummu Haram merupakan ibu saudara kepada Anas Bin Malik, khadam kepada Nabi SAW. Namanya
tercatat di dalam sejarah sebagai wanita yang banyak berkorban di dalam perjuangan Islam.
- Semasa hadith ini dikeluarkan, tentera Islam hanya terdiri daripada tentera darat. Armada Laut Islam
yang pertama dibentuk semasa pemerintahan Saidina Umar al-Khattab sebagai Khalifah, dimana
angkatan ini belayar ke Cyprus untuk melebarkan empayar Islam ke sana. Ummu Haram ada bersama di
dalam peperangan ini, dan panglima perang yang mengepalai Armada Laut Islam yang pertama ini
adalah Muawiyah bin Abu Sufian RA. Selain itu, isterinya juga turut terlibat di dalam perang ini.

Di dalam sebuah hadith yang lain, Rasulullah SAW pernah mendoakan Muawiyah bin Abi Sufian,
Ya Allah, ajarkan Muawiyah al-Kitab dan selamatkan dirinya dari siksa api neraka.
( Hadith Riwayat Ahmad (IV/127) dan Ibnu Hibban (566))
Daripada hadith ini, menunjukkan bahawa Muawiyah merupakan sahabat yang telah dijanjikan syurga
oleh Nabi SAW. Selain itu, Rasulullah juga telah memilih Muawiyah sebagai katibun wahyu. Hal ini
membuktikan bahawa ternyata Muawiyah mempunyai kemuliaan dan keistimewaan. Jika tidak, mana
mungkin Rasullullah SAW memilih beliau untuk menulis wahyu yang Allah turunkan kepada Baginda.

Sebagai kesimpulan, suka bagi ana untuk mengajak kita semua merujuk kepada apa yang dinyatakan
oleh al-Hafizh Ibnu Katsiir Rahimahullah di dalam menilai kisah di sebalik Perang Siffin. Beliau berkata di
dalam al-Baits al-Hatsits (hal. 182),
Adapun perselisihan mereka selepas wafatnya Nabi SAW, yang di antara perselisihan tersebut, ada
yang terjadi tanpa didasari oleh kesengajaan seperti peristiwa Jamal, ada diantaranya yang terjadi
karena faktor IJTIHAD seperti peristiwa SIFFIN. Ijtihad itu BOLEH SALAH dan BOLEH BENAR. Namun,
pelakunya dimaafkan jika ia salah, bahkan ia mendapat satu pahala. Adapun ijtihad yang benar, maka ia
mendapat dua pahala.

Allah SWT berfirman di dalam al-Quran,
Dan orang-orang yang terdahulu yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang
"Muhajirin" dan "Ansar" dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan
(iman dan taat), Allah redha akan mereka dan mereka pula redha akan Dia, serta Dia menyediakan
untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya
selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar.
(Surah at-Taubah;100)

Perjanjian Tahkim
Perjanjian ini adalah diantara Saidina Ali Bin Abi Talib RA dengan Muawiyah (Munafik Di Zaman
Khulafah Al-Rasyidin) untuk kedua-duanya meletakkan jawatan sebagai Amirul Mukminin. Saidina Ali
RA diwakili oleh Abu Musa Al-Asy'ari. Saidina Ali RA asalnya mengusulkan Abdullah Bin Abbas, tetapi
kelompok pengikutnya secara majoriti memilih Abu Musa Al-Asy'ari, maka demi mengelakkan fitnah,
Saidina Ali RA bersetuju. Muawiyah pula diwakili oleh AMRU BIN AASH.

Sebelum Perjanjian diumumkan, Abu Musa Al-Asy'ari dan AMRU BIN AASH telah berbincang dengan
panjang lebar dan persetujuan perjanjian dicapai dimana Saidina Ali RA dan Muawiyah tidak akan
menjadi Amirul Mukminin. Persetujuan perjanjian juga bersetuju bahawa Abu Musa Al-Asy'ari akan
mengumumkan dulu tentang perletakkan jawatan Saidina Ali RA sebagai Amirul Mukminin.
Abu Musa Al-Asy'ari kemudiannya mengumumkan perletakkan jawatan Saidina Ali RA sebagai Amirul
Mukminin. Kemudian disusuli AMRU BIN AASH yang mengumumkan:- "Sesungguhnya Abu Musa
memecat temannya sebagaimana kamu lihat dan aku menetapkan Muawiyah sebagai Amirul Mukminin
dan penuntut atas kematian Uthman, maka bai'atlah dia".

Daripada sejarah ringkas Perjanjian Tahkim ini, dengan jelas dapat kita lihat peranan AMRU BIN
AASH seorang Islam yang MUNAFIK. Peranan AMRU BIN AASH ini ibarat seseorang yang menulis dan
berkata, Guru Silat Cekak memerlukan MANDAT dan kemudiannya menafikan tentang perihal mandat
tersebut. Nama pun hampir sama. Bin pun dekat-dekat nak sama. Sebutan AASH dalam Bahasa
Inggeris, bila ditafsir didalam Bahasa Malaysia maknanya punggung. Punggungkan tempat BUANG.
Berdosa jika punggung digunakan sebagai tempat masuk. Rasulullah SAW tak mengaku umat. Edok ler
teman......

Pertempuran Nahrawan
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pertempuran Nahrawan ialah satu pertempuran antara Ali bin Abi Talib dengan kelompok Khawarij.
Ekoran penyelesaian Perang Siffin yang tidak memuaskan hati, Ali pulang ke Kufah bersama tentera
beliau pada 13 Safar 37H. Semasa dalam perjalanan pulang, sekumpulan dengan jumlah 12,000 orang
tentera memisahkan diri daripada barisan utama tentera.
Kumpulan itu berang dengan kesimpulan di Siffin. Mereka inilah kelompok Khawarij. Mereka adalah
orang-orang sama yang meletakkan senjata mereka di medan pertempuran. Sekarang mereka pula
mengatakan bahawa Ali telah mengkhianati Islam dengan persetujuan kepada perjanjian damai itu dan
patut merujuk penghakiman itu pada al-Quran sahaja atau terus berperang. Mereka menuntut Ali agar
beliau bertaubat daripada dosa besar ini.
Apabila pasukan tentera itu tiba berhampiran Kufah, kelompok Khawarij berkhemah di sebuah
kampung bernama Harura. Mereka mula mengatakan bahawa semua orang Islam adalah setaraf dan
tiada seorang pun yang dapat memerintah terhadap yang lain. Dengan ini, mereka mengecam Ali
danMuawiyah ibn Abu Sufyan dan mengatakan bahawa iman mereka adalah "La hukma illa lillah" yang
bererti tiada kekuasaan melainkan Allah".
Ali mengutuskan Sa'sa'a ibn Sauhan dan Ziyad ibn Nazr al-Harisi dengan ditemani oleh Abd Allah ibn al-
Abbas kepada mereka dan kemudiannya beliau sendiri berangkat ke tempat mereka dan cuba
menjelaskan kepada mereka bahawa mereka tersalah faham kalimah "La hukma illa lillah", dan bahawa
dalam penerimaan majlis tahkim di Siffin, beliau tidak melanggar ajaran al-Quran.
Beliau menjelaskan bahawa mereka berada dalam kesilapan, kerana mereka sepatutnya tidak
meletakkan senjata dan memaksa beliau memanggil balik Malik al-Ashtar yang sudah berada di puncak
kemenangan. Beliau mengingatkan mereka bahawa merekalah yang mendesak supaya majlis tahkim
diadakan dan memaksa beliau untuk melantik Abu Musa al-Ash'ari sebagai wakil mereka. Beliau
memberitahu mereka bahawa beliau mendapati perangai mereka sekarang adalah sangat ganjil,
memikirkan penglibatan mereka di Siffin. Kepada ini mereka mengakui bahawa mereka telah berdosa
tetapi sekarang mereka telah bertaubat dan beliau juga patut berbuat demikian.
Peristiwa Tahkim
Oleh Muhammad Malullah
Prakata: Peristiwa Tahkim mengikut sejarah yang kita pelajari ialah berlaku perebutan kuasa antara Ali
dan Mu`awiyah yang membawa mereka ke meja perundingan. Perundingan antara mereka berdua
telah diwakili oleh Abu Musa al-`Asyari bagi pihak Ali dan `Amr bin al-`Ash bagi pihak Mua`wiyah.
Kedua-dua perunding telah bersetuju untuk memecat Ali dan Mua`wiyah. Menurut sejarah lagi, `Amr
bin al-`Ash dengan kelicikannya berjaya memperdayakan Abu Musa yang digambarkan sebagai seorang
yang lalai dan mudah tertipu.. Akibatnya, Ali terlepas dari jawatan khalifah. Tulisan Shaikh Muhammad
Malullah ini akan mendedahkan kebatilan riwayat Tahkim.
Oleh kerana peristiwa Tahkim sangat penting dalam sejarah politik negara Islam, adalah perlu untuk
kita menyingkap hakikat sebenar babak-babaknya di mana peristiwa ini telah disalahtanggapi dan telah
disalahtafsirkan. Akibatnya timbul kesan buruk iaitu menjatuhkan kedudukan dan martabat para
sahabat. Peristiwa Tahkim yang tersebar itu telah menjadikan sebahagian sahabat sebagai penipu dan
orang yang mudah terpedaya dan sebahagian yang lain dituduh sebagai perakus kuasa.
Dengan meletakkan riwayat Tahkim di atas neraca kajian dan penilaian, dua perkara dapat diamati,
pertama kelemahan pada sanad dan kedua, kegoncangan pada matan atau teks. Dari sudut sanad
terdapat dua perawi yang ditohmah keadilannya iaitu Abu Mikhnaf Lut bin Yahya dan Abu Janab al-
Kalbi. Abu Mikhnaf seorang yang dhai`if dan tidak thiqah sementara al-Kalbi, menurut Ibn Sa`ad, dia
seorang yang dha`if. Al-Bukhari dan Abu Hatim berkta: Yahya bin al-Qattan mendha`ifkannya. Uthman
al-Darimi dan al-Nasai mengatakan dia dha`if.
Ada tiga perkara yang dikesani pada matannya. Pertama, berkaitan dengan perselisihan antara Ali dan
Mu`awiyah yang menjadi punca kepada peperangan antara mereka berdua. Kedua, persoalan jawatan
Ali dan Mu`awiyah. Ketiga, keperibadian Abu Musa al-`Asy`ari dan `Amr bin al-`Ash.
Perselisihan antara Ali dan Mu`awiyah
Adalah diakui dan disepakati oleh semua ahli sejarah bahawa sebab pertelingkahan antara Ali dan
Mu`awiyah ialah tentang tindakan qisas terhadap pembunuh-pembunuh Uthman. Pada anggapan
Mu`awiyah, Ali telah mencuaikan tanggungjawabnya melaksanakan hukuman qisas ke atas pembunuh-
pembunuh Uthman. Dengan itu, beliau enggan untuk membai`ah Ali dan taat kepadanya kerana beliau
berpendapat hukum qisas perlu ditegakkan sebelum khalifah dibai`ahkan. Pada masa yang sama beliau
merupakan wali darah kerana kekeluargaannya dengan Uthman.
Sikap keengganan Mu`awiyah untuk membai`ah Ali kerana menunggu qisas dijalankan dan kegagalan
beliau melaksanakan urusannya di Syam telah menjadikan Mu`awiyah dan para pengikutnya dari
kalangan penduduk Syam pada pandangan Ali seperti sikap orang-orang yang menentang khalifah. Ali
berpendapat bahawa bai`ahnya telahpun sah dengan persetujuan para sahabat Muhajirin dan Ansar
yang telah menghadiri upacara bai`ah. Dengan itu, bai`ah tersebut mengikat orang-orang Islam yang
berada di tempat yang lain. Oleh hal yang demikian, Ali menganggap Mu`awiyah dan penduduk Syam
bersama beliau sebagai penderhaka yang mahu memberontak sedangkan Ali adalah imam sejak
dibai`ahkan sebagai khalifah dan beliau memutuskan untuk menundukkan dan mengembalikan mereka
ke dalam jamaah walaupun dengan cara kekerasan.
Memahami pertelingkahan mengikut gambaran ini, iaitu gambarannya yang sebenar akan menjelaskan
sejauh mana kesilapan riwayat yang tersebar tentang peristiwa Tahkim yang menggambarkan
pendapat dua orang perunding. Kedua-dua perunding itu dilantik untuk menyelesaikan perselisihan
antara Ali dan Mu`awiyah bukan untuk menentukan siapakah yang lebih layak untuk jawatan khalifah.
Sebenarnya perbicaraan itu berkenaan dengan menjatuhkan hukuman ke atas pembunuh-pembunuh
Uthman, sedikitpun tidak berkait dengan urusan khilafah. Apabila dua orang perunding itu
mengabaikan dan meninggalkan persoalan asas ini iaitu maksud diadakan Tahkim dan mereka
memutuskan persoalan khalifah sebagaimana yang didakwa oleh riwayat tersebut, bererti mereka
berdua tidak memahami tajuk pertelingkahan dan tidak mengetahui persoalan dakwaan dan ini satu
perkara yang hampir mustahil.
Jawatan Ali dan Mu`awiyah
Mu`awiyah telah ditugaskan untuk mentadbir Syam sebagai wakil bagi pihak Umar bin al-Khattab dan
Syam terus berada di bawah pentadbirannya sehingga Umar meninggal dunia. Kemudian Uthman
menjadi khalifah dan beliau mengekalkan jawatan Mu`awiyah. Apabila Uthman dibunuh dan Ali
menjadi khalifah, beliau tidak mengekalkan jawatan Mu`awiyah di mana jawatan tersebut terlucut
dengan sebab berakhirnya pemerintahan khalifah yang telah melantiknya.
Dengan itu, Mu`awiyah telah kehilangan pusat kekuasannya dan jawatannya sebagai gabenor Syam
walaupun sebenarnya beliau masih lagi mempunyai kuasa dengan sebab penduduk Syam menyokong
beliau dan mereka berpuas hati dan bersetuju dengan alasan Mu`awiyah yang tidak mahu member
bai`ah kepada Ali. Sebabnya ialah tuntutan perlaksaan hukum qisas terhadap pembunuh-pembunuh
Uthman berdasarkan haknya sebagai penuntut bela kematian Uthman.
Apabila keadaan sebenarnya begitu, keputusan perunding itu menurut riwayat tersebut memberi
maksud memecat Ali dan Mu`awiyah. Pemecatan Mu`awiyah itu berlaku bukan pada tempatnya kerana
jika kita mengandaikan dua orang perunding itu mengendalikan pertelingkahan Ali dan Mu`awiyah
kemudian memecat Ali dari jawatan khalifah. Persoalannya dari jawatan apa, mereka berdua memecat
Mu`awiyah? Adakah mereka berdua boleh memecat Mu`awiyah dari hubungan kekeluargaan dengan
Uthman atau menghalangnya dari menuntut bela kematian Uthman? Adakah pernah terjadi di dalam
sejarah seorang pemberontak dilucutkan dari kepimpinannya dengan sebab resolusi yang diputuskan
oleh dua orang hakim? Tidak diragukan lagi ini merupakan satu faktor lain yang menyokong tentang
karutnya riwayat Tahkim yang tersebar umum itu.
Keperibadian Abu Musa dan `Amar bin al-`Ash
Tanggapan tentang Abu Musa menjadi mangsa tipu daya `Amr bin al-`Ash dalam peristiwa Tahkim
menafikan fakta-fakta sejarah mengenai keutamaan, kepintaran, kefaqihan dan kepercayaannya, lebih-
lebih lagi menafikan perlantikannya sebagai hakim dan qadhi di dalam Negara Islam sejak zaman
Rasulullah s.a.w. Baginda telah melantik beliau sebagai gabenor Zabid dan `Adn. Umar pula
melantiknya sebagai gabenor Basrah sehinggalah beliau mati syahid. Seterusnya Uthman
mengekalkannya sebagai gabenor Basrah, kemudian menjadi gabenor Kufah sehinggalah beliau mati
syahid dan Ali mengekalkan jawatannya itu. Adakah dapat dibayangkan Rasulullah s.a.w. dan para
khalifah sesudah baginda mempercayai seorang sahabat yang mudah diperdayakan dengan tipu helah
seperti yang diriwayatkan oleh cerita Tahkim itu?
Sedangkan para sahabat dan ramai dari kalangan ulama Tabi`in mengakui kemantapan beliau di dalam
ilmu, kemampuan dalam kehakiman, kepintaran dan kecerdasan dalam pengadilan. Bagaimana
mungkin digambarkan kecuaian dan kelalaiannya sampai ke tahap ini? Seolah-olah beliau tidak
memahami hakikat sebenar pertelingkah yang beliau menjadi perundingnya lalu mengeluarkan
keputusan yang tidak munasabah dengan keperibadiannya. Iaitu keputusan melucutkan jawatan
khalifah tanpa alasan yang mengikut syara`dan keputusan pemecatan Mu`awiyah yang didakwa sebagai
khalifah itu serta peristiwa maki hamun dan caci mencaci yang berlakukan antara Abu Musa dan `Amr
bin al-`Ash. Ini adalah suatu perkara yang sama sekali bertentangan akhlak mulia dan adab bertutur
para sahabat yang diketahui secara mutawatir.
Apabila ilmu dan pengalaman Abu Musa dalam kehakiman dapat menghalangnya dari tersilap
membuat keputusan dalam kes yang diserahkan kepadanya begitu juga keadaan `Amar bin al-`Ash yang
diakui sebagai salah seorang cerdik pandai Arab. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah memerintahkan
beliau supaya menghakimi perbalahan dua orang lelaki di hadapan baginda. Rasulullah s.a.w. memberi
berita gembira kepada beliau ketika beliau bertanya: Wahai Rasulullah adakah saya mengadili
sedangkan engkau ada. Baginda bersabda: Apabila seseorang hakim itu mengadili kes dengan berijtihad
maka dia akan mendapat dua pahala jika benar dan apabila dia menghukum dengan berijtihad lalu
tersilap maka dia akan mendapat satu pahala.
Menerima riwayat Tahkim bererti menghukumkan `Amar bin al-`Ash sebagai seorang yang tunduk pada
hawa nafsu dalam menjalankan tugas-tugasnya dan ini adalah satu serangan bukan sahaja terhadap
kepintaran dan kemahirannya tetapi terhadapan kewarakan dan ketakwaannya. Sedangkan beliau
merupakan sahabat yang termulia dan paling utama serta kelebihannya sangat banyak. Di dalam
fatwanya, Ibn Taymiyyah menyebutkan tidak ada seorangpun dari kalangan salaf yang mengkritik `Amr
bin al-`Ash dengan nifaq atau tipu helah. Dengan ini, berdasarkan kepada necara kritikan objektif
terhadap teks-teks sejarah, jelaslah apa yang dikemukakan dalam tulisan ini tentang pembohongan
dalam riwayat peristiwa Tahkim yang tersebar umum itu.

You might also like