You are on page 1of 5

Faktor-faktor utama yang mempengaruhi sejauh mana kanak-kanak mempelajari sains

dan pengalaman-pengalaman sains yang perlu wujud dalam bilik darjah mengikut ciri-
ciri konstruktivisme.

Berdasarkan temubual-temubual yang telah dibuat, dapat disimpulkan bahawa
kanak-kanak yang belajar dan mendapatkan pengalaman sains melalui satu jenis deria
sahaja ia tidak mencukupi untuk mereka mencapai pemahaman. Pengalaman perlu
dirangsangkan oleh pancaindera untuk diolah oleh proses-proses mental supaya
pembelajaran bermakna dapat dicapai. Ini sesuai dengan pepatah Cina yang membawa
maksud saya dengar saya lupa, saya lihat saya ingat, saya lihat saya faham.
Unsur teori konstruktivisme yang paling penting adalah seseorang kanak-kanak
itu belajar dengan cara membina pengetahuan dirinya sendiri secara aktif, dengan cara
membandingkan maklumat baru dengan pemahaman sedia ada mereka. Cara
membuat perbandingan ini digunakan untuk menyelesaikan sebarang perselisihan idea
agar pemahaman baru dapat dicapai. Guru boleh memanipulasi keadaan ini jika guru
memahami bagaimana pembelajaran di dalam diri kanak-kanak berlaku.

Terdapat tiga perkara penting yang perlu diberi perhatian untuk mendorong
kanak-kanak mencapai pemahaman:
Sediakan suasana pembelajaran yang bermakna untuk pelajar.
Galakkan kanak-kanak untuk membuat keputusan.
Beri kesempatan untuk kanak-kanak menghalusi dan mendalami pemahaman
mereka dengan cara saling bertukar pendapat sesama mereka.
Kanak-kanak mempelajari sains melalui proses pembinaan pengetahuan yang
berlaku dalam konteks sosial di mana mereka bertukar-tukar idea dengan rakan-
rakannya, sama ada dalam kumpulan yang kecil atau dalam kelas yang besar. Guru
perlu menyediakan suasana yang dapat merangsang pengalaman ini supaya
pembelajaran menjadi lebih berkesan.
Faktor lain yang mempengaruhi bagaimana kanak-kanak mempelajari sains ialah
pengetahuan sedia ada mereka. Kanak-kanak sebenarnya telah memperoleh
pengalaman tentang alam sekeliling mereka sejak dilahirkan lagi. Mereka telah
mengembangkan idea-idea yang membolehkan mereka memahami apa yang berlaku di
sekeliling Idea-idea tersebut yang dikategorikan sebagai idea informal, akan dibawa ke
dalam bilik darjah. Di sinilah guru berperanan untuk memastikan idea awal kanak-kanak
tersebut diambil kira supaya pengetahuan yang sebenar dapat diterapkan dalam minda
mereka.
Oleh kerana setiap kanak-kanak mempunyai pemahaman yang tersendiri, guru
tidak dapat memaksa pelajar untuk mempercayai sesuatu. Pendekatan pengajaran
guru secara pendedahan (memberitahu dan menunjukkan segalanya) tidak begitu
sesuai. Pelajar perlu digalakkan membina pemahaman mereka sendiri berkaitan
sesuatu perkara. Pendekatan ini, walaupun mengambil masa yang lama tetapi
berkesan kerana ingatan pelajar lebih lama dan pemahaman yang lebih mendalam.
Menurut teori konstruktivisme, pengetahuan yang dibina oleh kanak-kanak
melalui interaksi dengan alam dan individu lain adalah berdasarkan persepsi dan
interpretasi masing-masing. Binaan idea yang berbeza-beza ini dipanggil kerangka
alternatif. Ada kalanya idea kanak-kanak ini tidak selaras dengan apa yang hendak
diajar di sekolah. Oleh itu guru perlu mengkaji dengan mendalam idea pelajar yang
sedia ada sebelum memulakan pengajaran sains.
Aktiviti hands-on dan minds-on merupakan satu langkah yang boleh digunakan
untuk mengakomodasi kerangka saintifik atau konsep sains yang formal ke dalam
kerangka alternatif pelajar. Kanak-kanak juga membina pengetahuan sains berasaskan
bahasa yang mereka biasa gunakan. Oleh kerana itu penggunaan bahasa harian tidak
dapat dielakkan. Ini juga menghasilkan kerangka alternatif yang berkaitan dengan kosa
kata. Tugas guru adalah menyesuaikan pemahaman murid yang sedia ada dengan
menerangkan sesuatu istilah dalam konteks saintifik.







Rajah di bawah menunjukkan secara konsep mengikut teori konstruktivisme
bagaimana kerangka alternatif kanak-kanak yang terbentuk melalui melalui interaksi
harian mereka memberi kesan kepada pembelajaran sains, dan bagaimana guru boleh
menanganinya.







Kerangka Alternatif
Idea saintifik Idea kanak-kanak
tidak selaras
fenomenologi
berdasarkan
kosa kata
merupakan
jenis
Pembelajaran sains
implikasi
cara mengatasi

Kenalpasti kerangka alternatif pelajar
aktiviti
Kegiatan
hands-on dan
minds-on
Penjelasan
makna istilah
langkah akomodasi

langkah akomodasi

Berdasarkan faktor-faktor yang telah dikenalpasti di atas, guru dapat
menyediakan pengalaman-pengalaman yang perlu ada di dalam bilik darjah untuk
membolehkan pelajar mencapai pembelajaran yang berkesan. Rajah di bawah
menunjukkan secara ringkas pengalaman pembelajaran sains yang perlu ada di dalam
bilik darjah mengikut ciri-ciri teori konstruktivisme:

Pengalaman
sains
Penilaian secara
kendiri
Interaksi
dengan rakan
Interaksi dengan
persekitaran
Aktiviti hands-on
dan minds-on
Pelbagai teknik
penilaian
Interaksi
dengan guru
Kajian lapangan
Eksperimen
Bertukar pendapat
Aktiviti projek
Sumber manipulatif

You might also like