Read without ads and support Scribd by becoming a Scribd Premium Reader.
 
BAB SATU: PENDAHULUAN
1.0Pengenalan
Jualan langsung pelbagai tingkat (MLM) bukanlah sesuatu yang baru dalam strategi pemasaran perniagaan, malah ianya merupakan salah satu cabang atau bentuk perniagaanyang sedang berkembang pesat di negara kita hari ini.MLM ini telah membuka ruang baru untuk para usahawan atau bakal peniaga menceburi bidang perniagaan. Sistem perniagaan jualan langsung ini agak unik dalam beberapa hal berbanding sistem perniagaan yang lain dan boleh dianggap sebagai alternatif kepada bentuk-bentuk perniagaan yang sedia ada. Ini adalah kerana ramai golongan masyarakatyang terlibat dalam sistem perniagaan jenis ini sama ada sebagai pengguna atau peniagaatau lebih juga dikenali sebagai pengedar. Ia juga dikatakan mempunyai satu kelebihankerana sistem perniagaan ini tidak memerlukan modal yang banyak.Justeru, menyedari tentang keistimewaan perniagaan MLM, adalah sesuai perniagaan inidikembangkan di kalangan masyarakat, terutamanya orang-orang Muslim untuk memberi peluang kepada lebih ramai golongan menceburi bidang perniagaan ini atau sebagailangkah awal memasuki bidang perniagaan yang lebih mencabar.
1
 
1.1Latar belakang kajian
Banyak persoalan yang ditimbulkan berkaitan dengan sistem perniagaan ini sama adaianya mengikut syara’ atau bertentangan dengan syara’ dan adakah sistem perniagaan ini boleh diterima pakai sebagai salah satu sumber pendapatan orang Muslim. Pelbagai pendapat dari para ilmuan dan ulama’ Islam telah dikeluarkan. Ada yang berpendapatMLM adalah haram dan ada yang berpendapat sebaliknya. Masing-masing mengeluarkanhuraian dan hujah tersendiri. Dalam kertas projek ini, penulis akan mengupas sebanyak yang boleh berkenaan strategi pemasaran MLM menurut perspektif Islam dankonvensional dan akhirnya akan membuat kesimpulan berkenaan isu ini. Diharap dengankertas projek ini akan menambahkan lagi dokumentasi dan rujukan dalam menjawab isu-isu berbangkit berkenaan topik ini.
1.2Objektif kajian
Kajian ini dilakukan untuk melengkapkan beberapa objektif seperti berikut:
1.
Menjelaskan prinsip asas dan etika dalam sistem perniagaan Islam.
2.
Membuat huraian strategi pemasaran MLM dari perspektif Islam.
3.
Membuat rumusan, cadangan serta kritikan terhadap sistem dan strategi pemasaran MLM.
2
 
1.3Kepentingan kajian
Kepentingan kajian ini merangkumi pelbagai sudut antaranya:
1.
Sistem perniagaan berasaskan MLM banyak memberi kemusykilan kepada orangramai. Ini kerana sistem operasinya berbeza antara satu syarikat MLM dengansatu syarikat MLM yang lain. Oleh itu, kajian seperti ini dapat membantu orangramai terutamanya orang Muslim yang mahu melibatkan diri dalam perniagaanMLM supaya tidak melibatkan diri dalam perniagaan MLM yang tidak bertepatandengan syariat Islam.2.Selain itu, kajian ini dapat memberi maklumat yang jelas berkenaan syarat,larangan, panduan dan apa yang perlu dipatuhi dalam sistem jual beli Islam.
1.4 Skop Kajian
Secara keseluruhan kajian ini memberi fokus kepada strategi pemasaran jualan langsungdari segi perspektif Islam dan kepentingan umat Islam untuk menyertai perniagaan jualanlangsung. Penulis menyatakan secara menyeluruh dan terperinci segala maklumat berkaitan perniagaan jualan langsung mengikuti prinsip dan etika jual beli berlandaskansyariah. Selain itu, turut dinyatakan beberapa perkara seperti:1.Strategi pemasaran perniagaan jualan langsung secara konvensional serta syarat-syarat yang diluluskan mengikut Akta Jualan Langsung (1993)
3
Search History:
Searching...
Result 00 of 00
00 results for result for
  • p.
  • Notes
    Load more