You are on page 1of 5

LATAR BELAKANG

Majlis Sukan Kuala Lumpur ditubuhkan pada tahun 1979 di bawah Akta Majlis Sukan Negara
1971, Perintah Majlis Sukan Negara Malaysia Jadual Kedua (Pindaan) 1988. Majlis Sukan
Kuala Lumpur yang pada masa itu berada di bawah pentadbiran Dewan Bandaraya Kuala
Lumpur bertanggungjawab untuk melaksanakan program pembangunan sukan di Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur seperti program pembangunan sukan atlet remaja, atlet
berbakat dan berprestasi tinggi (elit) dalam arena sukan tempatan baik di peringkat dalam
negeri mahupun antarabangsa.
Mulai 28 Oktober 1996, Majlis Sukan Kuala Lumpur dipisahkan daripada Dewan Bandaraya
Kuala Lumpur dan diletakkan di bawah Bahagian Kemajuan Wilayah Persekutuan dan
Perancangan Lembah Klang (BKWPPLK), Jabatan Perdana Menteri mengikut keputusan
Jawatankuasa Kerja Bagi Mengkaji Jawatan-Jawatan Tertinggi (JKTT) Bil. 10/1996. Pada 27
Mac 2004, Kementerian Wilayah Persekutuan telah ditubuhkan dan Bahagian Kemajuan
Wilayah Persekutuan dan Perancangan Lembah Klang (BKWPPLK), Jabatan Perdana Menteri
menjadi sebahagian daripadanya.

Walau bagaimanapun, Majlis Sukan Kuala Lumpur yang ditubuhkan pada tahun 1979 adalah
tidak meliputi ketiga-tiga Wilayah Persekutuan iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Putrajaya, Wilayah Persekutuan Labuan dari segi Akta Majlis Sukan
Negara Malaysia (Pindaan) 1979 (Akta A460); Seksyen 2 (a). Seksyen tersebut hanya
menyatakan kewujudan Majlis Sukan Wilayah Persekutuan dan Majlis Sukan Negeri di
bawah seksyen 7, dan tidak merujuk kepada Majlis Sukan Kuala Lumpur.

PENUBUHAN MSWP
Menyedari akan peruntukan Akta A460 seperti di atas, Kementerian Wilayah Persekutuan
telah mengambil tindakan menubuhkan Majlis Sukan Wilayah Persekutuan. Cadangan ini
telah pun diluluskan oleh Kementerian Belia dan Sukan melalui surat KBS.BS.01/117(3)
bertarikh 21 Februari 2005 dan penubuhan tersebut telah diwartakan pada 9 Mac 2006.
Dengan penubuhan Majlis Sukan Wilayah Persekutuan, Majlis Sukan Kuala Lumpur, Majlis
Sukan Labuan dan Majlis Sukan Putrajaya akan berfungsi sebagai Majlis Sukan Daerah di
Wilayah Persekutuan. Urusan pentadbiran Majlis Sukan Kuala Lumpur akan berada di bawah
tanggungjawab Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Majlis Sukan Labuan diuruskan oleh
Perbadanan Labuan manakala Perbadanan Putrajaya pula akan menguruskan hal ehwal
Majlis Sukan Putrajaya. Majlis Sukan Wilayah Persekutuan akan bertindak sebagai badan
induk kepada ketiga-tiga majlis sukan tersebut dari segi pembagunan sukan selaras dengan
dasar Kerajaan termasuklah persiapan kontinjen bagi pemilihan atlet dan juga penyediaan
pasukan Wilayah Persekutuan ke Sukan Malaysia (SUKMA).
Pada masa sekarang, terdapat 8 persatuan sukan yang bernaung di bawah Majlis Sukan
Wilayah Persekutuan, 28 persatuan sukan di bawah Majlis Sukan Kuala Lumpur, 19 di
bawah Majlis Sukan Labuan dan 7 di Putrajaya. Majlis Sukan Wilayah Persekutuan
bertanggungjawab dalam pelaksanaan program pembangunan sukan, latihan, penganjuran
kejohanan/ kursus/ seminar serta kewajipan penyertaan dalam kejohanan tempatan dan
antarabangsa yang kerapkali melibatkan persatuan sukan di Wilayah Persekutuan.Selain itu,
Majlis Sukan Wilayah Persekutuan juga bertanggungjawab sebagai urusetia kontinjen
Wilayah Persekutuan dalam Sukan Malaysia (SUKMA)yang diadakan setiap dua tahun sekali.
Dari segi pencapaian dalam SUKMA, Kontinjen Wilayah Persekutuan adalah dalam kelompok
lima pasukan yang terbaik pada SUKMA XII, Terengganu 2008


MISI
Melaksanakan program-program pembangunan berteraskan sains sukan serta
program pemantapan organisasi bagi mewujudkan sebuah persatuan yang unggul
dan mampu meninggikan taraf sukan di Wilayah Persekutuan.
Merancang, menyelaras dan menguruskan semua penggunaan kemudahan dan
prasarana sukan di Wilayah Persekutuan.
Memantau segala perjalanan program persatuan sukan Wilayah Persekutuan, atlit
dan jurulatih bagi mendapatkan maklumbalas dan gambaran yang sebenar
mengenai kemajuan sukan.

VISI
Melahirkan atlit yang cemerlang, berwibawa, berdisiplin dan bersemangat patriotik.



Encik M.Noor Azman bin Taib
Pengarah Majlis Sukan Wilayah Persekutuan
Tel: 03-...

FUNGSI MSWP
Menumpukan kepada Pembangunan Sukan dengan memberi penekanan terhadap empat
perkara utama:
(a) Atlet
Berkemahiran serta mempunyai kemantapan dan ketahanan dari aspek fizikal.
Pembentukan sikap para atlet berasaskan pembangunan modal insan yang lebih
tertumpu kepada persiapan mental, spiritual dan sosial (pembentukan peribadi).
(b) Infrastruktur
Menyediakan pusat latihan negeri yang lengkap dengan kemudahan latihan seperti
peralatan bagi memastikan pembangunan Program Pembangunan Remaja
Kebangsaan dapat dilaksanakan dengan baik demi ke arah Wilayah Persekutuan
yang gemilang.
(c) Persatuan Sukan
Mengadakan kursus-kursus / seminar-seminar yang berkaitan dengan ilmu
kejurulatihan dan sains sukan bagi menambah bilangan jurulatih yang bertauliah
serta berkelayakan dalam membantu meningkatkan prestasi para atlet bagi
memastikan kecemerlangan sukan di Wilayah Persekutuan dapat dikekalkan.
(d) Pengurusan Sukan
Meningkatkan kecekapan pengurusan setiap persatuan-persatuan sukan dengan
menganjurkan kursus-kursus serta seminar yang berkaitan dengan pengurusan dan
pentadbiran persatuan.

Maskot Sukan Wilayah Persekutuan


Tupai sebagai Maskot
Sukan Wilayah Pesrekutuan

JUSTIFIKASI
Tupai (squirrel) mempunyai sifat semulajadi yang pantas dan tangkas yang
membolehkan ia bergerak dari permukaan bumi hingga ke tempat yang tinggi dan
sangat lincah apabila melompat dari satu tempat ke tempat yang lain. Haiwan ini
juga merupakan kejadian yang disenangi dari pandangan mata dan dapat menarik
perhatian ramai apabila melihat kepada aksi-aksi lincahnya yang pintar.
Tupai juga merupakan sejenis haiwan mamalia yang banyak terdapat di taman-
taman rekreasi di Wilayah Persekutuan yang juga merupakan habitat semulajadi
yang amat digemarinya.
Sifat semulajadi tupai yang amat lincah, tangkas dan pantas mencerminkan sifat-
sifat yang perlu ada pada diri seorang atlet untuk menempa kejayaan dan
merupakan faktor terpenting dan elemen utama yang difikirkan amat sesuai sebagai
pemilihan maskot Wilayah Persekutuan.






Senarai Pegawai Dan Kakitangan

Direktori Ahli
Nama No. Telefon (8889....)
En. M.Noor Azman bin Taib
Pengarah Majlis Sukan Wilayah Persekutuan
7804
Kosong
Pegawai Belia & Sukan
-
Kosong
Pegawai Belia & Sukan
-
En. Kenneth Gilbert Albuquerque
Pegawai Belia & Sukan
7919
Zuarini binti Jumai
Pegawai Belia & Sukan
7918
Tn. Tarmizi bin Tn.Senik
Pegawai Belia & Sukan Kanan
7963
Kosong
Penolong Pegawai Tadbir
-
Kosong
Penolong Pegawai Belia & Sukan
-
Kosong
Penolong Pegawai Belia & Sukan
-
Kosong
Jurupulih Perubatan
-
En. Yasseruddin bin Hamidan
Penolong Pegawai Belia & Sukan
5330
Pn. Geevien Saha binti Mohd Sanusi
Penolong Pegawai Belia & Sukan
5332
Kosong
Penolong Akauntan
-
Cik Yam Yoke Wah
Pembantu Tadbir Kanan
7968
Kosong
Pembantu Tadbir Kanan
-
En. Maizatul Asrul bin Mohd Yunus
Pembantu Tadbir Kewangan
7969
Kosong
Pembantu Tadbir Kewangan
-
En. Mohamad Uzairi bin Abd. Rahman
Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
5340
Cik Nur A'Syila binti Musa
Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
5325
Kosong
Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
-
Kosong
Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
-
Kosong -

























Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
Kosong
Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
-
Cik Anne Hemalia Edward
Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan)
5314
Pn. Juniar binti Mohammad
Pembantu Tadbir Rendah
5304
En. Mohd Rahim bin Tajuddin
Pembantu Am Rendah
-
Pn. Mazlina binti Ahmad
Pembantu Am Rendah
5321
En. Wan Hafizal bin Wahab
Pemandu Kenderaan Bermotor
-
Encik Abu Hassan bin Ismail
Pemandu Kenderaan Bermotor
-

You might also like