You are on page 1of 2

Norshahida Binti Mohd Arshad,

Reka Bentuk dan Teknologi A,


Semester 8 PISMP Ambilan Januari 2010,
Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis.
______________________________________________________________________
Cik Ahnizah Binti Arshad
Ketua Unit Kolej Kediaman,
IPGM Kampus Perlis
PERLIS. 1 November 2013

Cik,
Permohonan Bilik (A108) Untuk Pulang Lewat
Merujuk perkara di atas, saya Norshahida Binti Mohd Arshad dari kumpulan RBT (A)
Semester 8 PISMP Ambilan Januari 2010 ingin memohon kebenaran untuk menginap
di bilik A108 pada 16 November 2013 dan akan berangkat balik ke kampung pada
petang 17 November 2013 iaitu pada hari ahad sama hari dengan kemasukan guru
yang menjalankan Kursus Dalam Cuti (KDC).
2. Untuk pengetahuan pihak cik, disini saya ingin menyatakan sebab saya
membuat permohonan untuk menetap pada tarikh tersebut adalah kerana ibu dan bapa
saya bekerja pada setiap hari dan hanya bercuti pada hari ahad. Oleh itu, mereka tidak
dapat datang untuk mengambil saya pada hari lain selain hari ahad.
3. Sehubungan dengan itu, saya ingin memohon jasa baik cik untuk
mempertimbangkan permohonan saya ini agar diterima.
4. Kerjasama daripada pihak cik amat saya hargai dan didahului dengan setinggi-
tinggi ucapan terima kasih.

Sekian.

Yang benar,

_______________________
(NORSHAHIDA BINTI MOHD ARSHAD)
Pelajar,
Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis.

You might also like