TEKS UCAPAN
Islam Hadhari, pendekatan Islam yang menekankan aspek tamadun. Hasrat kita di satuketika, peradaban yang dibina mampu mencapai tahap terbilang, setinggi dan seluasangkasa, menjadi rujukan dan tanda aras kepada seluruh dunia.Jika diteliti dalam perjalanan membina peradaban 50 tahun negara dan 61 tahun Umno,mengimbau langkah patriot ke arah kemerdekaan dan mengisi kemerdekaan, ternyata jalan-jalannya tidaklah terlalu mudah dan tidak juga terlalu sukar. Ketika kita berada dipersimpangan, pemimpin kita telah membuat pilihan yang tepat. Kita tidak mabuk kuasatetapi lebih mengutamakan permuafakatan demi membina negara majmuk ini.Kini, untuk 50 tahun kedua pembinaan tamadun negara, penyambung warisan iaitugenerasi baru kepada pejuang dan rakyat zaman merdeka, sedang meneruskanperjuangan. Umpamakan sebuah larian berganti-ganti yang panjang, baton larian danobor perjuangan itu kini berada di tangan kiri dan kanan setiap kita yang bergelarpemimpin, besar atau kecil dalam dewan ini serta di luar sana.Jika saya katakan pewaris pejuang dan pembina peradaban itu adalah kita semua, yabenar, kitalah orangnya; Mamat dan Dollah, Timah dan Joyah, Sabran dan Suparman;Fidah, Hisham dan Ani; Melayu, Cina, India, Kadazan dan Iban. Persoalannya, adakahkita sudah bersedia, untuk mendukung amanah menggalas perjuangan mengangkasatamadun bangsa?
>> Sejarah Pembinaan Tamadun
Membina peradaban memerlukan usaha berterusan. Ia telah dibina ketika zamankegemilangan empayar Kesultanan Melayu Melaka dulu. Ketika itu, rantau kita dikenalisebagai pusat Tamadun Melayu Islam. Kemudian bangsa kita berpecah dan lemah,dijajah bersilih ganti selama 446 tahun, hinggalah kita mencapai kemerdekaan.Dalam memperjuang dan mengisi kemerdekaan, kita terhutang budi yang tiada taranya,kepada negarawan pembina tamadun negara; Datuk Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman,Tun Abdul Razak Hussein, Tun Hussein Onn, Tun Dr Mahathir Mohamad sertapemimpin kaum lain juga. Mereka adalah Pengasas Negara Bangsa, BapaKemerdekaan, Bapa Pembangunan, Bapa Perpaduan, Bapa Pemodenan dan pembinatanah air tercinta ini.Selepas setengah abad berlalu, kita dapat melihat pembangunan yang mengubahlandskap di bandar-bandar ibu negeri, di Kuala Lumpur dan di Putrajaya. Menaraberkembar KLCC yang tertinggi di dunia tersergam gagah di bumi bertuah. Putrajayaadalah lambang terbaru dalam usaha pembinaan hadarah.
Aman, makmur, harmoni,Tamadun bangsa, diangkasakan,Di tanah air tercinta ini,Satu idealisme perjuangan,Mari bersama kita renungi,Tanpa noktah, tiada kesudahan.
Add a Comment
jeff468left a comment