You are on page 1of 14

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN BAHASA MELAYU TINGKATAN TIGA

- 1 -
Bahasa
Melayu

Mei 2014
1 jam 30 Minit




PENTAKSIRAN PERTENGAHAN TAHUN 2014



BAHASA MELAYU
KERTAS 1

TINGKATAN TIGA


SATU JAM LIMA BELAS MINIT


JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Jawab semua soalan.
2. Jawapan perlu ditulis pada ruang yang disediakan.


















PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN BAHASA MELAYU TINGKATAN TIGA
- 2 -

Soalan 1

Dalam petikan di bawah terdapat lima kesalahan penggunaan imbuhan.
Betulkan kesalahan tersebut pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak
perlu menyalin ayat itu semula.


Murid-murid sewajarnya melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti
kokurikulum di sekolah. Hal ini dikatakan demikian kerana pencapaian dalam
aktiviti ini menjadi salah satu syarat kemasukkan ke Institusi Pengajian Tinggi
(IPT). Melalui kegiatan kokurikulum seperti penyertaan dalam perkhemahan,
pertandingan kawad dan sukan, masa lapang murid dapat memanfaatkan
dengan aktiviti yang sihat. Di samping itu, pihak sekolah perlu menyediakan
aktiviti yang menarik untuk mengalakkan murid menyertai kegiatan kokurikulum.
Pengalaman yang diperolehi melalui aktiviti ini dapat melatih mereka
mempraktikan nilai-nilai kemasyarakatan seperti bekerjasama, hormat-
menghormati dan bertolak ansur.

BIL

SALAH BETUL
1


2


3


4


5



( 5 markah )








PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN BAHASA MELAYU TINGKATAN TIGA
- 3 -
Soalan 2

Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan tatabahasa. Betulkan
kesalahan tersebut pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu
menyalin ayat itu semula.

i. Sumbangan makanan itu ialah untuk mereka yang berpendapatan rendah.
ii. Dia belajar dari pengalamannya yang lalu untuk menjadi lebih matang.
iii. Mak Cik Salmah sedang memasak bila anaknya pulang dari pejabat.
iv. Pakaian-pakaian lama itu akan diberikan pada mangsa banjir di Perkampungan
Sungai Isap.
v. Nenek menggoreng ikan pekasam untuk hidangan di tengah hari itu.

BIL

SALAH BETUL
i
ii
iii
iv
v

( 5 markah )
















PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN BAHASA MELAYU TINGKATAN TIGA
- 4 -
Soalan 3

Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan. Betulkan kesalahan
tersebut pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat
itu semula.

i. Keseronokan empat sekawan menjadi trajedi apabila seorang daripada mereka
dan tiga lagi cedera selepas terlibat dalam kemalangan.

ii. Pengguna jalanraya terpaksa berbelanja lebih akibat daripada kenaikan kadar
tol.

iii. Pondok telifon di kampung itu rosak sebagai akibat perbuatan mereka yang tidak
bertanggungjawab.

iv. Pamiran Kebaya Nyonya yang diadakan di hotel terkemuka itu mendapat
sambutan yang hangat.

v. Pengambilan makanan yang mengandungi kolestrol yang tinggi boleh
membahayakan kesihatan.

BIL SALAH BETUL
i
ii
iii
iv
v

( 5 markah )










PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN BAHASA MELAYU TINGKATAN TIGA
- 5 -
Soalan 4

( a ) Kenal pasti dan tulis subjek dan predikat yang lengkap bagi setiap
ayat berikut. [ 5 markah ]

(i) Pada setiap cuti akhir tahun, ayah akan membawa kami sekeluarga pergi
melancong.
Subjek :
___________________________________________________
Predikat:
___________________________________________________

(ii) Dompetnya yang berwarna biru itu telah hilang.

Subjek : ___________________________________________________
Predikat: ___________________________________________________

(iii) Semua murid beragama Islam memakai baju Melayu pada hari Jumaat.

Subjek : ___________________________________________________
Predikat: ___________________________________________________

(iv) Demi negara yang tercinta, kami rakyat Malaysia sanggup berkorban jiwa
raga.
Subjek : ___________________________________________________
Predikat: ___________________________________________________



PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN BAHASA MELAYU TINGKATAN TIGA
- 6 -
(v) Pulau Kapas terkenal oleh keindahan pantainya.

Subjek : ___________________________________________________
Predikat: ___________________________________________________
( b ) Gabungkan ayat-ayat di bawah menjadi ayat majmuk. [5 markah]
(i) (a) Ibu ke dapur.
(b) Ibu menjerang air.



(ii) (a) Kanak-kanak itu menangis.
(b) Kanak-kanak itu ditinggalkan ibunya.



(iii) (a) Pak Hamid menanam jagung.
(b) Pak Hamid menunggu padi masak.



(iv) (a) Ayah membaca surat khabar.
(b) Ayah mendengar radio.




(v) (a) Kamu akan bertolak esok.
(b) Kamu akan bertolak lusa.




PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN BAHASA MELAYU TINGKATAN TIGA
- 7 -
( c ) Isikan tempat-tempat kosong di bawah dengan kata seru yang
sesuai. [ 5 markah]
(i) _____________, sakitnya gigi saya !
(ii) _____________, tingginya bangunan ini !
(iii) _____________, berani engkau menentang perintah beta !
(iv) _____________, rasakan penumbukku ini !
(v) _____________, Kuljeet rupa-rupanya yang datang!
Soalan 5 : Peribahasa

(a) Lihat gambar di bawah dengan teliti. Berdasarkan gambar tersebut, tulis tiga
peribahasa yang sesuai dengan gambar tersebut. (6 markah)













i. _______________________________________________________________________

ii. _______________________________________________________________________

iii. ______________________________________________________________________










PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN BAHASA MELAYU TINGKATAN TIGA
- 8 -

(b) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian kemukakan peribahasa yang sesuai
dengan ayat-ayat tersebut. (4 markah)

i. Nenek telah menasihati Siti supaya tidak mengikut gaya hidup anak Datin Ros kerana
mereka orang kaya sedangkan keluarga Siti hanyalah golongan petani miskin.

______________________________________________________________________


ii. Sudah banyak kali Encik Rahman menasihati anaknya, Akmal supaya memberikan
tumpuan pada pelajaran tetapi nasihat-nasihatnya itu tidak memberi apa-apa kesan
kepada Akmal.

______________________________________________________________________

























PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN BAHASA MELAYU TINGKATAN TIGA
- 9 -


Soalan 6 : Pemahaman

Soalan 6 ( a)
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut
dengan menggunakan ayat sendiri.

Maka, tatkala raja, menteri dan pegawai di bawah perintah raja benua Siam itu
mendengar titah raja itu, maka sekalian itu pun berlengkap hendak melanggar negeri
Serendah Kebun Bunga itu, hendak mengambil Tuan Puteri Sadung di dalam Kota
Jelasin itu. Maka telah lengkap sekalian perahu-perahu dan alat-alat senjata, setelah
cukup semuanya, lalu belayarlah akan menuju negeri Serendah Kebun Bunga, Kota
Jelasin itu. Maka dalam orang ramai-ramai itu, ada seorang Tuk Ca disuruh oleh raja
Siam itu kerana Tuk Ca itu tahu akan ilmu Nujum. Maka belayarlah itu, tidak beberapa
lamanya sampailah ke kuala negeri itu.
Maka lalu dipersembah oranglah kepada Sultan Abdullah, Perahu kelanggaran
dan orang Siam terlalu banyak, khabar konon hendak menyerang negeri di bawah dulu
tuanku ini. Maka lalu Sultan Abdullah pun berkerahlah segala pegawai, hulubalang dan
pahlawan, dan rakyat sekalian berhimpun, duduk menyuruh hadir belaka kerana musuh
orang Siam telah datang kepada negeri kita ini. Setelah itu penyuruh daripada raja Siam
pun datang naik mengadap Sultan Abdullah itu meminta Tuan Puteri Sadung itu.
Maka Sultan Abdullah pun sangatlah murka kerana Tuan Puteri Sadung itu
isterinya. Maka lalu Sultan Abdullah berkata, Aku tidak mahu beri kepada rajamu itu
kerana Tuan Puteri Sadung itu isteri beta. Patutlah, orang Siam tiada tahu cara
bahasa;anak bini orang pun hendak ambil buat anak bini kepadanya. Nyah kamu dari
sini! Beta tidak mahu berjumpa mata dengan kamu lagi.
(Dipetik daripada Hikayat Seri Kelantan diselenggarakan oleh Mohd. Taib Osman,
dalam antologi Harga Sebuah Lukisan , Dewan Bahasa dan Pustaka, halaman 30-31)








PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN BAHASA MELAYU TINGKATAN TIGA
- 10 -


(i) Apakah persediaan yang dilakukan oleh raja, menteri dan pegawai Siam untuk
melanggar negeri Serendah Kebun Bunga? (3 markah)

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

(ii) Nyatakan reaksi Sultan Abdullah sebaik-baik sahaja wakil raja Siam menyampaikan
hasrat raja Siam yang ingin mengambil Tuan Puteri Sadung. (3 markah)

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

(iii) Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh Sultan
Abdullah agar raja Siam membatalkan hasratnya untuk mengambil Tuan Puteri
Sadung? (4 markah)

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

________________________________________________________________









PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN BAHASA MELAYU TINGKATAN TIGA
- 11 -



2(b) Baca petikan prosa moden di bawah dengan teliti, kemudian jawab
soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.


Dalam seminggu, hanya tiga empat hari adik ke sekolah. Cikgunya pun sudah tidak
larat hendak menjengah ke rumah. Kerja sekolahnya saya dan bonda yang akan
selesaikan. Hal ini untuk memastikan adik mahu ke sekolah pada esok harinya. Pernah
adik didenda ketuk ketampi sebanyak 20 kali kerana gagal melangsaikan kerja
Matematiknya. Sejak itu apalagi, adik mulalah berhelah tidak mahu ke sekolah kerana
takut akan guru tersebut. Makin peninglah dan kalutlah bonda meneropong ikhtiar.

Buku rekod kemajuan adik penuh dengan angka-angka merah. Malah adik cukup
setia dengan angka tercorot. Tidak tahulah, adik ini mewarisi kemalasan siapa. Padahal,
dua orang kakak kembar saya ialah puncak kejayaan keluarga saya. Buktinya, Kak Long
kini di Universiti Southwestern, Texas dan Kak Ngah saya di Universiti Monash,
Australia.

Sepatutnya, berbusa diplomasi bonda boleh menjadikan adik anak yang soleh, tetapi
kosong lompong. Walaupun bonda tidak pernah membahasakan seculin nihilnya,
namun saya dapat menterjemahkan kekecewaan pada wajah bonda. Yalah, hati
seorang ibu, ibarat gelas, biarpun tidak berkecai namun pasti ada nada retaknya.

( Dipetik daripada cerpen Mutiara Bonda,
antologi Harga Sebuah Lukisan,
Tingkatan 3, Dewan Bahasa dan Pustaka)



( i ) Nyatakan kelemahan-kelemahan adik sebagai seorang pelajar sekolah yang
terdapat dalam petikan prosa moden di atas. (3 markah)

________________________________________________________________
________________________________________________________________
______________________________________________________________.

ii) Berikan tiga nilai yang terdapat dalam petikan di atas. ( 3 markah )

________________________________________________________________

________________________________________________________________

________________________________________________________________




PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN BAHASA MELAYU TINGKATAN TIGA
- 12 -


(iii) Pelbagai cara boleh dilakukan oleh seseorang anak untuk menghargai jasa ibu
mereka.
Nyatakan dua cara tersebut. (4 markah)

________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________






































PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN BAHASA MELAYU TINGKATAN TIGA
- 13 -
Saoalan 6 ( c)
Baca sajak berikut dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

SEORANG INSAN ISTIMEWA
Dia tidak pernah meminta
untuk lahir sebegitu rupa
namun kecilnya diri
menyanggah takdir Yang Maha Esa
sebuah suratan tertulis sudah
sebuah kehidupan tetap harus diteruskan.

Seorang insan istimewa
menapak dalam reda
menggalas payah dalam senyum terpaksa
betapa pun simpati mata memandang
pasti tiada bandingan
dengan derita diri
menempuh cabaran

Seorang insan istimewa
anugerah suatu ujian
amanah suatu tuntutan
biar sukar mesti disempurnakan
luas buana
mereka tetap punya ruang
meneruskan kehidupan
selagi Tuhan mengizinkan.

Bantulah, bimbinglah
seikhlas hati setulus budi
Tuhan pasti merestui.
Natasya Puteri
Antologi Harga Sebuah Lukisan
Dewan Bahasa dan Pustaka, 2011

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN BAHASA MELAYU TINGKATAN TIGA
- 14 -

(i) Berdasarkan rangkap kedua dan ketiga , bagaimana insan istimewa menerima ujian?
(3 markah)

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

(ii) Sesebuah puisi dihasilkan dengan penggunaan gaya bahasa yang menarik.
Berikan contoh gaya bahasa inversi dan anafora yang terdapat dalam sajak
Seorang Insan Istimewa. (3 markah)

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________


(iii) Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh pihak kerajaan
untuk membantu golongan insan istimewa ini? (4 markah)

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________





SOALAN TAMAT

You might also like