You are on page 1of 1

BAB 1 : Budaya dan Kepelbagaian Kelompok di Malaysia

1. Kebudayaan dari sudut antropologi ditakrifkan sebagai


A pengalaman interaksi sosial individu dengan masyarakat sekelilingnya.
B bahasa dan dan cara tradisional yang diamalkan oleh sesuatu
kelompok.
C segala simbol dan objek yang mencerminkan tamadun sesuatu
kelompok sosial.
D segala unsur pengetahuan, kepercayaan, kesenian, adat istiadat,
hukum dan nilai yang dimiliki oleh sesuatu kelompok sosial.
2. Sejak kemerdekaan, rakyat Malaysia daripada pelbagai kaum hidup dalam
keadaan harmoni tanpa mengambil kira kepelbagaian budaya, bahasa dan
bangsa.
Antara berikut yang manakah melambangkan aktiviti yang dapat menyatupadukan
seluruh rakyat Malaysia?
A Perayaan Hari Kemerdekaan
B Pelaksanaan Sekolah Wawasan
C Aktiviti gotong-royong di sekolah
D Menganjurkan Hari Sukan di sekolah
3. Budaya boleh ditakrifkan sebagai
A unsur-unsur warisan yang menjadi identiti dan kebanggaan sesuatu
kelompok sosial.
B bahasa dan cara tradisional yang merupakan seni warisan sesuatu
kelompok sosial.
C cara hidup berasaskan sistem kepercayaan, fikiran dan nilai sesuatu
kelompok sosial.
D segala simbol dan objek material yang dapat mencerminkan tamadun
sesuatu kelompok sosial.
4. Pernyataan manakah yang menerangkan konsep budaya?
A Unsur warisan yang menjadi identiti sesuatu kelompok sosial.
B Cara tradisional yang merupakan warisan sesuatu kelompok sosial.
C Cara hidup berasaskan sistem kepercayaan, fikiran dan nilai sesuatu
kelompok sosial.
D Segala simbol dan objek yang mencerminkan tamadun sesuatu
kelompok sosial
5. Kebudayaan dapat didefinisikan sebagai
A proses manusia berfikir untuk mencapai kemajuan
B semua tindakan manusia untuk meneruskan kehidupan bermasyarakat
C sistem hidup manusia untuk membangunkan aspek pemikiran,
kemajuan dan kesempurnaan bermasyarakat
D seluruh cara hidup yang diamalkan oleh sekumpulan manusia yang
meliputi sistem sosial, organisasi politik, agama, kepercayaan dan adat
resam

You might also like