You are on page 1of 30

BAHAGIAN B

Tiga prinsip Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling yang menjadi panduan pelaksanaan
perkhidmatan di sekolah
(i) Bimbingan dan kaunseling adalah proses pendidikan yang terancang dan berterusan.
(ii) Bimbingan dan kaunseling adalah untuk semua pelajar.
(iii) Semua pelajar mempunyai hak untuk mendapatkan pertolongan apabila mereka
memerlukannya.
(iv) Bimbingan dan kaunseling adalah untuk menolong pelajar memahami dirinya dan orang lain
dengan mendalam, menjelajah tujuan hidupnya, dan menolong memilih serta merancang
hidupnya dengan berkesan.
(v) Bimbingan dan kaunseling berorientasikan masa sekarang dan masa depan.
(vi) Bimbingan dan kaunseling menolong individu menyedari kelemahannya dan memberi fokus
kepada kekuatannya
(vii) Bimbingan dan kaunseling adalah tanggungjawab bersama.
(viii) Bimbingan dan kaunseling memerlukan pemahaman yang mendalam dan menyeluruh mengenai
pelajar.

Empat bidang bimbingan/perkhidmatan akademik yang perlu dilaksanakan oleh Guru Bimbingan
sekolah rendah
(i) Kemahiran membaca
(ii) Kemahiran mencatat nota
(iii) Kemahiran mendengar
(iv) Kemahiran pengurusan masa
(v) Kemahiran menghadapi peperiksaan
(vi) Kemahiran mengurus tekanan
(vii) Kemahiran mengingat
(viii) Penempatan pelajar

Empat peranan guru biasa di sekolah rendah .
Mengenal pasti murid-murid yang mengalami masalah dan merujuk kepada guru bimbingan dan
kaunseling jika perlu.
Mendapatkan maklumat dan menyimpan rekod latar belakang murid.
Menolong murid membuat penyesuaian peribadi.
Memotivasikan murid dalam pelajaran mereka dengan tujuan untuk meningkatkan prestasi
akademik.
Bekerja sama dengan ibu bapa
Membantu murid membentuk tabiat kerja yang baik.
Jawapan lain yang munasabah.

M adalah seorang pelajar tahun 5. Dia seorang pelajar yang pendiam, kerap ponteng dan sering tidak
menyiapkan kerja sekolah.

Sebagai seorang guru biasa yang mengajar M, huraikan tiga langkah yang perlu anda lakukan bagi
membantu M.
Memanggil M dan berbincang tentang masalah yang sedang dihadapinya.
Mengenalpasti masalah yang sedang dihadapi oleh M.
Merujuk M kepada guru bimbingan dan kaunseling.
Berbincang dengan ibu bapa tentang masalah yang dihadapi oleh M
Memberikan bimbingan mata pelajaran.
Membantu M membentuk tabiat kerja yang baik.

Namakan empat jenis main yang boleh digunakan dalam Intervensi Kaunseling Kanak-Kanak.
(i) Main Diri sendiri ( solitary play)
(ii) Main Selari - ( paralled play )
(iii) Main asosiatif ( associative play)
(iv) Main koperatif ( cooperatif play )

Tiga manfaat Terapi Bermain untuk kanak-kanak yang menghadapi gangguan mental.
(i) Ia menolong kanak-kanak menjadi lebih bertanggungjawab
(ii) Membantu kanak-kanak dalam menyelesaikan masalah dengan cara yang kreatif
(iii) Memupuk rasa hormat dan penerimaan kendiri dan orang lain
(iv) Membantu kanak-kanak belajar mengalami dan melahirkan emosi
(v) Belajar kemahiran sosial baru dan kemahiran relasional dengan keluarga
(vi) Membentuk keberkesanan ( effiancy) kendiri dan meningkatkan keyakinan terhadap
kebolehan diri.

John L. Holland menekankan padanan individu dengan pekerjaan. Terdapat enam jenis model
persekitaran yang berhubung rapat dengan enam jenis personaliti seseorang.
Nyatakan enam jenis personaliti tersebut mengikut susunan yang betul
(i) Realistik
(ii) Investigetif
(iii) Artistik
(iv) Sosial
(v) Enterprising
(vi) Konvensional

Nyatakan empat ciri-ciri sosial yang sesuai kepada individu yang berpersonaliti sosial menurut
pandangan John L. Holland.
(i) berpengaruh
(ii) bekerjasama
(iii) sabar
(iv) peramah
(v) pemurah
(vi) suka menolong
(vii) idealistik
(viii) empati
(ix) Baik hati
(x) pemujuk
(xi) bertanggungjawab
(xii) sosial
(xiii) bijaksana
(xiv) memahami
(xv) Mesra


Kaunseling boleh diertikan sebagai satu proses pertolongan yang profesional bertujuan untuk membantu individu
memahami dirinya dan alam sekelilingnya. Namun terdapat beberapa ciri yang bukan dianggap sebagai
kaunseling.
Berikan dua daripada ciri tersebut.
i dengan memberi nasihat sahaja
ii penerapan nilai dan kepercayaan kaunselor kepada klien
iii terlalu intelektual dan cuba menunjukkan kehebatannya
iv menyoal siasat klien
v mana-mana jawapan yang munasabah

Nyatakan tiga kepentingan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.
Guru biasa tidak mempunyai cukup kemahiran untuk memberi bantuan menyeluruh kepada individu
Kesedaran tentang perbezaan individu menjadi lebih utama
Perkembangan pendidikan begitu pesat , ibu bapa tidak berupaya membimbing pelajar dengan baik
dan bermakna
Membantu pelajar membuat pilihan kerjaya selaras dengan keupayaan dan minat
Perubahan nilai dan rombakan sistem keluarga menyebabkan timbulnya gejala sosial


Jelaskan tiga ciri utama yang perlu dimiliki oleh seseorang Guru Bimbingan.

i Kepercayaan kepada klien
Mempunyai kepercayaan yang klien unik, berharga, dan keupayaan berubah

ii Pengetahuan dan kemahiran
Mempunyai pengetahuan bagaimana individu efektif berfungsi dan berkemahiran
membantu klien

iii Penglibatan diri
Mempunyai komitmen yang tinggi dan kesanggupan melibatkan diri dalam proses
interpersonal

iv Mengenali diri
Mempunyai konsep kendiri yang positif, tahu menyelesaikan masalah sendiri dan
batasan kebolehan sendiri

v mana-mana jawapan yang munasabah

Dua peranan guru biasa dalam membantu perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.
Menemubual murid bagi mendapatkan maklumat untuk disalurkan kepada guru bimbingan
Merekodkan segala maklumat yang diperolehi dari buku kedatangan, kad kemajuan pelajar dan
sebagainya
Sebagai penghubung antara murid dan guru bimbingan
Membantu segala program dan aktiviti yang dianjurkan oleh unit bimbingan dan kaunseling
mana-mana jawapan yang munasabah

Empat jenis intervensi yang dapat dilaksanakan dalam perkhidmatan kaunseling kanak-kanak.
i Intervensi Terapi Bermain
ii Inervensi Terapi Seni Kreatif
iii Intervensi Terapi Muzik
iv Intervensi Terapi Biblio
v Terapi Tarian
vi Terapi Drama/Bercerita




Pilih dua daripada intervensi di atas dan terangkan kaedah melaksanakannya secara ringkas.

i. Terapi Bermain
- Kanak-kanak suka bermain, melalui bermain mereka dapat memahami dunia ini. Melalui bermain
mereka dapat meneroka diri dan indentiti mereka serta menguji pilihan secara imiginasi semasa
bermain. Boleh menggunakan alat atau tanpa alat, dalam atau di luar . Contoh jenis permainan perlu
nyatakan

ii. Terapi Seni Kreatif
- Antara jenis terapi seni kreatif ialah Terapi Bercerita, ia berkesan untuk membina rappo serta
mengenali kanak-kanak dengan lebih mesra. Melalui cerita yang diampaikan kanak-kanak dapat
meluahkan perasaan yang terpendam.Melalui lukisan juga dapat menyampaikan hasrat dan perasaan
terpendam dikisan juga dapat menyampaikan hasrat dan perasaan terpendam di atas kertas yang
boleh diagnosis.

iii. Terapi Muzik
- Secara intrinsik, muzik adalah sebahagian dari budaya kita dan disukai kanak-kanak.Melalui muzik
kanak-kanak dapat mengenali pemikiran dan perasaan yang terpendam.Melodi dan irama
mengandungi unsur terapi yang memberi ketenangan kepada sesiapa sahaja.Muzik mempunyai
struktur asas untuk menstruktur semula pemikiran yang bercelaru.
Iv Terapi Tarian
- Terapi tarian melibatkan gabungan minda (kognitif) dan gerakan ( fizikal). Ia dapat mencerminkan
mood kanak-kanak dan menunjukkan kelenturan atau ketegaran. Eksperisi kendiri kanak-kanak
dilahirkan dalam bentuk tarian.

v Terapi Drama
- Memberi peluang kanak-kanak belajar daripada pengalaman, dapat meluahkan perasaan, pemikiran
impuls dan aksi melalui watak-watak yang dimainkan. Konflik emosi lebih mudah difahami apabila
dipindahkan dalam bentuk aksi drama. Teknik main peranan secara spontan amat berkesan.

vi Terapi Biblio
- Kanak kanak diminta membaca buku cerita dan menceritakan kembali kepada guru bimbingan dan
mengaitkan watak dalam cerita tersebut dengan diri mereka. Melalui cara ini kanak-kanak berpeluang
membuat pendedahan kendiri, kemudian mengkaji cara menyelesaikan konflik watak tersebut. Mereka
dapat celikakal melalui kajian alternatif yang diambil oleh watak tersebut.Terapi ini memakan masa
kerana beri peluang kanak-kanak membaca dan menceritakan kembali.Antara bahan yang boleh
diguna ialah Cerita Pendek, Bibliografi, Buku Bantu Diri, cerita Dongeng, Buku Gambar.


Saya tak tahu apa minat saya cikgu, kadangkala saya keliru siapa saya ini. Tengok cikgu, saya minat juga
nak jadi guru, tapi bila tengok pegawai polis dalam cerita polis kat TV tu, rasanya minat juga.

Berdasarkan pernyataan di atas, senaraikan empat perkhidmatan yang dapat diberikan kepada pelajar
tersebut
i. Bimbingan Kerjaya
ii Ujian Minat Kerjaya
iii. Kaunseling individu
iv. Inventori
v. kaunseling kelompok




Ujian minat kerjaya Self-Directed Search (SDS) oleh Holland telah mengkelaskan ciri manusia kepada
enam ciri atau tema utama. Pilih dua daripadanya dan huraikan ciri-ciri personaliti berserta contoh
pekerjaannya.

1. Realistik
Ciri personaliti : Gemar tugas konkrit, praktikal, menggunakan alat atau mesin. Kurang sosial
Contoh kerjaya : Jurutera, Jurugambar, Tukang paip dll

2. Investigatif
Ciri personaliti : Mempunyai pemikiran abstrak, bersifat analitikal dan berdikiri, berorientasikan tugas
Contoh kerjaya : Saintis(semua bidang), ahli matematik, Pegawai penyiasat dll

3. Artistik
Ciri personaliti : Mempunyai daya imiganasi dan nilai estetika yang tinggi, eksperisi kendiri melalui
bidang seni.
Contoh kerjaya : Artistik-pelukis, pereka, Muzikal- guru muzik, ahli muzik, penulis, pengkritik dll.

4. Sosial
Ciri personaliti : Mengutamakan masalah sosial, suka berkawan, peramah dan senang dalam
kelompok yang ramai
Contoh kerjaya : Guru, Kaunselor, Pegawai kebajikan, jururawat ahli sosiologi dll.

5. Daya usaha (enterprising)
Ciri personaliti : Bersifat ekstrovert, agresif, domonan, mempunyai daya pujuk yang tinggi dan suka
memimpin
Contoh kerjaya : Pengurus, Pegawai pemasaran, Penyelia pengeluaran, pengurus jualan, ahli
korporat

6. Konvensional
Ciri personaliti : Bersifat sosial, praktik dan konservatif, suka tugas yang berstruktur dan menerima
arahan
Contoh kerjaya : Kerani fail, akauntan, setiausaha, pelayan tetamu, penyimpan kira-kira dll

Empat matlamat perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah
i Memudah dan menggerakkan perubahan tingkah laku
ii Mempertingkatkan kemahiran menghadapi perubahan
iii Mempertingkatkan kemampuan membuat keputusan
iv Memperbaiki hubungan dengan individu yang lain
v Memperkembangkan potensi diri

Jelaskan kepentingan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah
i Membantu pelajar berkembang dalam semua bidang
ii Membantu pelajar membuat pemilihan kerjaya
ii Membantu pelajar membuat penyesuaian di sekolah
iv Memotivasikan pelajar
v Mengenalpasti dan menolong pelajar yang memerlukan pertolongan khas
vi Membantu pelajar mengurus masa dengan baik

Huraikan tiga jenis temu bual.
1. Temubual berstruktur
Temubual berdasarkan soalan-soalan yang dibina lebih awal.

2. Temubual tanpa struktur
Murid-murid diberi kebebasan untuk bercakap berdasarkan soalan umum.

3. Temubual separa berstruktur
Gabungan kedua-dua teknik di atas.



Masa
11.00 pagi Murid-murid sedang membuat latihan yang diberi oleh guru di dalam kelas
11.15 pagi Terdapat murid-murid yang berjalan-jalan dalam kelas. Guru menegur murid
dengan mengarahkan mereka duduk di tempat masing-masing, tetapi terdapat
dua orang murid yang curi-curi duduk di tempat murid lain.
11.20 pagi Dua orang murid tadi telah mengganggu murid lain tanpa disedari oleh guru.
Mereka meniru latihan yang diberi oleh guru daripada murid lain.
11.40 pagi Murid yang telah siap latihan mula berbual dan bermain. Terdapat juga murid
yang tertidur di dalam kelas.

Kenal pasti empat persamaan yang dihadapi oleh murid-murid di dalam kelas dan kategorikan permasalahan
tersebut berdasarkan pemerhatian tingkah laku di atas.
Perlakuan Kategori
Kognitif Emosi Fizikal
i. Murid main dalam kelas
ii. Tidak membuat latihan


iii. Meniru kerja kawan
iv. Mengganggu ketenteraman
kelas

v. Murid tidur dalam kelas
vi. Tidak mendengar arahan guru


Berikan justifikasi bagaimana terapi bermain dapat membantu murid-murid menghadapi tekanan
emosi.
.
Terapi bermain membolehkan kanak-kanak memanipulasi dunia dalam skala yang lebih kecil.
Dengan cara menggunakan bahan-bahan terpilih dalam aktiviti bermain di samping menerima
bimbingan guru, kanak-kanak akan bermain dengan perasaan mereka dan meluahkan perasaan
yang tersembunyi.
Persekitaran yang selamat ketika bermain dengan bimbingan guru yang berempati dan menerima
tanpa syarat membolehkan kanak-kanak menyatakan sesuatu tanpa berasa takut dikenakan
hukuman atau seumpamanya


Jelaskan tiga panduan menggunakan aktiviti bercerita sebagai terapi yang berkesan kepada murid-
murid.

i. Laksanakan secara tidak langsung
Ahli terapi perlu sensitif dan melaksanakan cerita yang tidak menyamai situasi yang
dialami dengan menukar watak cerita

ii. Laksanakan secara kreatif
Ahli terapi perlu bercerita secara kreatif, menarik dan penuh semangat.
Mempelbagaikan nada suara dan penuh perasaan serta menggunakan bahan-bahan
bersesuaian seperti anak patung sebagai sokongan bercerita

iii. Bersikap positif
Sentiasa memastikan cerita yang disampaikan berakhir dengan peristiwa positif dan
kejayaan

iv. Mengajak kanak-kanak mereka-reka cerita
Menambah keyakinan kanak-kanak untuk menyelesaikan masalah sendiri dengan
menggalakkan mereka untuk mereka cerita serupa dengan tema yang disampaikan


Berdasarkan pemahaman anda terhadap Teori Tipologi Holland jelaskan lima andaian yang terdapat di
dalam teori tersebut.
i. Terdapat 6 jenis atau gaya personaliti individu iaitu; RIASEC
ii. Terdapat 6 jenis persekitaran kerjaya iaiatu; RIASEC
iii. Setiap gaya personaliti berpadanan dengan persekitaran kerjaya
iv. Individu sering mencari persekitaran kerjaya yang sepadan dengan gaya personaliti
masing-masing
v. Semakin kuat padanan gaya personaliti dengan persekitaran kerjaya kepuasan kerjaya
akan semakin bertambah
vi. Sikap dan perlakuan individu adalah hasil dari interaksi di antara persekitaran dengan
individu itu
v. Terdapat gaya atau personaliti individu yang bersifat primer, sekunder atau tertiari.




Rumuskan 5 tema gaya hidup yang disarankan oleh Adler yang dapat dikaitkan dengan sifat murid-
murid di sekolah.
i. Rasa ingin dimiliki oleh lingkungan sosialnya suka bermain, perasaan dipunyai,
menghormati dan memberi sokongan.
ii. Rasa inginkan pengiktirafan ingin mendapat pujian dan penghargaan.
iii. Rasa terlalu berhati-hati sehinggakan boleh mendatangkan masalah pada diri dan
orang lain.
iv. Rasa bertanggungjawab mengawal dan ingin menguasai
v. Rasa Pergantungan mengikut arahan dan akur berkaitan peraturan

Empat sebab kaunseling kelompok dapat membantu penyelesaian masalah
Ahli-ahli boleh menerokai cara mereka berhubung dengan ahli-ahli lain serta mempelajari kemahiran-
kemahiran sosial yang berkesan.
Pelbagai jenis sahsiah dapat ditemui. Ahli akan mendapat pelbagai jenis maklum balas daripada
individu-individu yang berlainan. lni akan mendorong seseorang individu melihat dirinya dari pelbagai
sudut.
Faktor-faktor dalam kelompok boleh mendorong perkembangan peribadi. Contohnya, ahli berpeluang
mempelajari tentang diri sendiri melalui pengalaman orang lain, mengalami kemesraan yang
mendorong pendedahan kendiri dan cuba menyelesaikan setiap masalah sendiri dan juga masalah
orang lain sebagai satu tanggungawab bersama.
Kelompok menyediakan peluang bagi ahli untuk memberi dan menerima pertolongan.
Ahli kelompok berpeluang mempelajari cara-cara baru mengendalikan masalah dengan memerhati
ahli-ahli lain menyelesaikan masalah yang sama atau hampir sama.
Kelompok menyediakan peluang untuk mencuba idea dan tingkah laku sebelum dicuba dalam keadaan
seharian.
Ahli berpeluang untuk berinteraksi dengan ahli-ahli yang lain serta mendapatkan maklum balas tentang
bagaimana tingkah laku, nilai dan sikapnya telah mempengaruhi mereka.
Sokongan kelompok adalah kuat dan merangsang individu itu untuk bertindak atau berubah ke arah
tingkah laku yang produktif

Lain-lain jawapan yang sesuai







Enam peranan guru bimbingan
Sebagai pemudah cara atau fasilitator yang memastikan kelicinan perjalanan sesi kaunseling
kelompok.
Sebagai peserta kelompok apabila peranannya sebagai ketua diambil alih oleh ahli kelompok.
Menggalakkan ahli-ahli kelompok membentuk harapan positif.
Menarik perhatian terhadap perubahan-perubahan positif yang terdapat pada sesetengah ahli.
Mengenal pasti kemajuan dan perkembangan yang dicapai oleh ahli-ahli tertentu.
Memberi rangsangan serta penghargaan kepada ahli yang sentiasa mencuba serta berusaha.
Menggalakkan sebarang tanda positif yang menuju ke arah penyembuhan.
Menggalakkan ahli menekankan pada kemajuan tertentu yang diperoleh.
Pergantungan emosi di antara ahli-ahli dibenarkan berkembang supaya kesepaduan antara ahli-ahli
tercapai dan
Menerima hakikat bahawa emosi ahli yang dikongsi dapat menambahkan kejelekitan dan kesepaduan
di antara ahli kelompok.

Nyatakan 5 prinsip kaunseling kelompok.
Kaunselor hendaklah mewujudkan suasana kelompok yang berdemokratik/teraputik.
Kaunselor perlu menerangkan objektif-objektif kaunseling kelompok.
Ahli-ahli itu hendaklah bersedia berkongsi perasaan, pengalaman dan sedia untuk berubah.
Ahli-ahli bertanggungjawab terhadap kelakuan kumpulan mereka.
Setiap ahli hendaklah memelihara kerahsiaan maklumat yang dikongsi dalam kelompok.

Nyatakan dua jenis halangan dalam proses kaunseling
Psikologikal
Fizikal
Sosial/Budaya
Persekitaran
Jenis klien

Lima tingkahlaku bukan lisan yang perlu dikuasai oleh guru bimbingan.
penumpuan kontak mata
cara duduk,postur gerak badan
riak air muka/ekspresi wajah
gerakan tangan dan lengan
nada suara (tenang, cemas, lantang, tegas, terketar-ketar dsb)
keadaan dan kedudukan fizikal
Jarak dan kedekatan

Lima kesan positif tingkahlaku bukan lisan dalam membantu perkembangan sesi kaunseling
mengukuhkan lagi pernyataan perasaan dan motif
memberikan maklumat tambahan
memudahkan perjalanan proses kaunseling/membuat tafsiran tentang tingkahlaku bukan lisan.
Memberi keselesaan kepada kaunselor/guru bimbingan dan klien.
Mempengaruhi persepsi guru bimbingan/kaunselor terhadap klien ataupun sebaliknya.
Merangsang klien untuk membuat penjelasan secara lebih terbuka.

Salah satu daripada ciri-ciri utama teori pemusatan perorangan ialah penglibatan klien yang aktif di
dalam menerokai dan mengatasi masalahnya. Terangkan empat ciri lain yang terdapat dalam teori
pemusatan perorangan.
Klien mempunyai kemampuan untuk berkembang baik dari segi emosi mahupun dari segi intelek.
Individu boleh berkembang di dalam suasana yang mesra, permisif dan penuh kefahaman.
Terapi ini menganggap manusia pada asasnya baik kerana sifat semula jadi yang ada dalam dirinya
memang baik.
Terapi ini menitikberatkan aspek efektif atau emosi di dalam penerokaan masalah.
Hubungan mesra antara kaunselor dengan klien merupakan persekitaran yang sesuai bagi
menggalakkan perkembangan kelainan kaunselor.
Klien hendaklah mempunyai rasa tanggungjawab untuk berubah dan berkembang.
Di dalam terapi ini tidak wujud suatu struktur yang rigid.

Perkhidmatan Bimbingan dan kaunseling adalah penting di sekolah, bincangkan jenis-jenis
perkhidamatan yang terdapat di sekolah
Kaunseling individu
Kaunseling kelompok
Perkhidmatan inventori & rekod
Pencegahan penyalahgunaan dadah
Bimbingan akademik
Penilaian
Perundingan dan rujukan
Penyelarasan sumber
Konferens dengan ibu bapa
Sistem fail, rekod dan dokumentasi
Penempatan




Lima cara bagaimana perkhidmatan bimbingan di sekolah dapat meningkatkan potensi diri murid.
Meningkatkan motivasi murid
bertujuan memperoleh pencapaian yang cemerlang
memberi peluang murid menikmati perasaan berjaya
Membantu murid murid membina konsep kendiri yang positif
berkeyakinan, berinisiatif, inovatif
Mendorong murid melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti ko kurikulum
menjaga kesihatan
mengisi masa lapang
Membimbing murid dalam kerjaya
membekalkan maklumat tentang pelbagai kerjaya
membantu murid memilih bidang kerjaya yang sesuai dengan minat, kebolehan dan
keperluan masa depan
Membimbing murid menguasai kemahiran belajar
menyelesaikan masaalah
berupaya menyesuaikan diri dalam sebarang situasi
kemahiran berfikir
kemahiran mencatat nota
kemahiran mengingat
kemahiran mencari maklumat
kemahiran strategi menghadapi peperiksaan

Tingkah laku memberi perhatian merupakan satu kemahiran interpersonal dalam bimbingan dan
kaunseling. Nyatakan empat cara kaunselor atau guru bimbingan menunjukkan tingkah laku memberi
perhatian kepada klien dalam kaunseling individu
cara duduk: condong ke hadapan sedikit, sopan dan wujudkan jarak yang sesuai jika berlainan jantina.
kontak mata: memandang ke dalam mata klien, elak merenung terlalu lama, alihkan pandangan jika
klien merasa tidak selesa.
membina rapport / perhubungan: bertanya khabar, latar belakang keluarga dan lain-lain untuk
mewujudkan kemesraan.
kemahiran mendengar: memparafrasa, gerak-geri semula jadi dan lisan, pengujian persepsi.
cara menerima klien dan pastikan klien rasa selesa.






Tiga faktor yang boleh menjadi halangan kepada kejayaan sesuatu sesi kaunseling individu.
Kepakaran kaunselor dari segi penguasaan teori dan kemahiran bimbingan dan kaunseling.
Kesediaan klien dalam meluahkan masalahnya secara ikhlas .
Klien yang dirujuk oleh pihak pentadbir atau guru disiplin.
Kurang wujudnya suasana terapeutik.
Menghakimi masalah klien lebih awal (being judgemental).
Cepat mencari penyelesaian tanpa meneroka masalah dengan baik.
Kecenderungan kaunselor untuk memberi nasihat.

Lima cara bagaimana maklumat mengenai kliennya boleh diperolehi.
- Temubual
- Pemerhatian
- Soal selidik
- Rekod Profil dan Prestasi
- Rekod Anekdot
- Sosiometri
- Kad Kumulatif

Lima kelemahan teknik soal selidik yang digunakan untuk mengumpul maklumat mengenai klien.
- ada murid tidak menjawab secara serius
- penjelasan tidak diberikan ketika soal selidik diadakan
- sesetengah soalan kurang/sukar difahami
- kalau murid terlalu muda, mereka kurang cekap /berupaya menjawab soalan dengan tepat
- keboleh percayaan maklumat yang diperolehi adalah diragui

Perkara-perkara yang boleh menghalang kejayaan kaunseling kelompok
- menipu
- membolot
- menggoda
- menggampu
- pengintelektualan
- terlalu bergantung
- lawak yang keterlaluan
- terlalu kerap memberi nasihat
lain-lain jawapan yang munasabah



Lima ciri yang perlu dimilikki oleh seseorang kaunselor bagi menjamin kejayaan dalam proses
Mesra
- Sifat mesra kaunselor akan dirasakan oleh klien apabila klien menunjukkan tanda-tanda berikut
seperti tidak kekok bercakap, relaks, selesa dan rasa diterima.
Jujur
- Kaunselor yang jujur adalah lkaunselor yang tidak berpura-pura dalam pehubungannya dengan
klien. Dia tidak defensif dan spontan .
Menerima tanpa syarat
- Klien perlu menerima klien seadanya. Kaunselor perlu melayan klien sebagai individu yang
bermaruah dan unik walaupun klien datang dengan cerita yang berbagai-bagai.
Berempati
- Ini merujuk kepada kebolehan kaunselor untuk memasuki ruang rujuk atau dunia klien dan
membenarkan dirinya mengalami proses mental dan emosi yang dialami oleh klien sambil
memahami dan menghayati pengertian daripada proses ini.
Terbuka
- Kaunselor hendaklah berpandangan terbuka dan sedia menerima pandangan dan komen dari
pelbagai pihak. Juga sedia berubah ke arah yang lebih baik.

Perkara-perkara yang boleh menjamin kejayaan kaunseling kelompok
- mendengar secara aktif
- prihatin, sentiasa mengambil berat serta memberi perhatian terhadap kehendak keperluan
rakan sekumpulan
- bekerjasama memberi sumbangan pendapat, membantu, sanggup bersama ahli-ahli lain dalam
semua situasi dan lain-lain
- memberi respon, sentiasa bertindakbalas terhadap persoalan yang memerlukan bantuan,
mampu berterus terang, tenang, kreatif dan
lain-lain
- bersifat terbuka, bersedia dan mampu untuk menerima dan memberi kritikan, berkongsi
maklumat, bersedia untuk berubah, mampu mangamal sikap dan tingkahlaku baru dan lain-lain









Huraikan lima peringkat perkembangan dalm perlaksanaan kaunseling kelompok
1. Peringkat Orientasi
perbicaraan masih kabur kenyataan kurang mendapat sambutan ahli berharap fasilitator
sahaja memimpin kurang sabar mendengar ketegangan sangat ketara
2. Peringkat Konflik
ahli tidak sabar
Mudah menyerang idea orang lain
Memihak kepada ahli tertentu
Tuduh menuduh
3. Peringkat Kesepaduan
sikap ingin mkendengar pendapat orang lain
sikap tolong menolong dan kerjasama
tidak memihak kepada orang lain
4. Peringkat Kejayaan
kerjasama sangat erat
membuat keputusan bersama-sama
Keputusan kurang dipengaruhi oleh emosi
5. Peringkat Penamatan
tiada monopoli
tiada perkara baru yang timbul dan dibincangkan
sukar menerima perpisahan
tercapai kepuasan dalam kelompok

Sifat-sifat manusia mengikut pandangan Teori RET
Setiap manusia itu dilahirkan dengan potensi berfikir secara positif
dan secara negative dan penuh dengan putar belit.
Manusia berfungsi secara menyeluruh dan perlu empat proses untuk terus hidup dan hidup gembira.
Proses tersebut ialah berprihatin, berperasaan, bergerak dan bertaakul atau berfikir.
Aspek perasaan dan tingkahlaku tidak terabai, walaupun aspek pemikiran yang diubati. Pemikiran,
perasaan dan tingkahlaku berkait rapat.
Masalah yang dihadapi manusia itu berpunca dari pemikiran tidak rasional terhadap sesuatu
peristiwa.
Kognitif berbentuk non-verbal menghasilkan kesan yang signifikan ke atas emosi dan tingkahlaku
individu.
Kepercayaan tidak rasional mungkin menjadi darah daging dan sebahagian dalam kehidupan individu
sejak kecil.
RET percaya bahawa menusia ada kecenderungan untuk mereka-reka kepercayaan yang
mengganggu mereka dan sengaja menyebabkan diri mereka terganggu dari gangguan tadi.
Teori ini mengandaikan bahawa individu-individu mempunyai keupayaan bertindak sama ada dalam
bentuk rasional mahupun tidak rasional.
Tingkahlaku tidak rasional lahir atau ditonjolkan oleh individu adalah disebabkan oleh gangguan
psikologi dan emosi.
Manusia semakin berkelakuan tidak rasioanal apabila mereka menerima idea-idea tidak rasioanal ke
dalam sistem kepercayaan mereka.

Aktiviti mencabar dalam proses membantu klien mencapai matlamat kaunseling dengan menggunakan
pendekatan RET
- Kaunselor gunakan strategi kognitif, tingkahlaku dan emotif untuk
membantu klien menentukan sama ada idea mereka rasional atau sebaliknya.
- Peringkat awal, kaunselor akan mengajukan pelbagai soalan berbentuk cherotical (contohnya:
Apakah bukti-bukti atau alasan untuk menyokong perkara ini?)
- Soalan berbentuk pengalaman emotif serta galakkkan klien melakukan sendiri untuk Bantu klien
mencabar idea-idea irrisionalnya.
- Kaunselor akhirnya Bantu klien mendefinisikan idea-idea logic dan rasionalnya, mencabar
pemikirannya.

Matlamat kaunseling yang berkaitan dengan pelajar
- menyumbangkan kepada pelajar kefahaman kendiri dan
penerimaan kendiri. Pelajar ditolong untuk melihat realiti sifat-sifat dan aspirasinya sendiri
dalam hubungannya dengan perubahan budaya dan peluang-peluang perkembangan.
- Untuk sensitif kepada perubahan budaya yang memberi kesan kepada kefahaman kendiri. Guru
bimbingan mestilah memahami dan menghargai sifat-sifat semulajadi dunia dan individu.
- Menolong pelajar membuat pilihan pelajaran dan vokasional yang diketahuinya. Pilihan
vokasional dianggap sebagai proses seumur hidup kerana perubahan teknologi dan budaya
yang pesat.
- Untuk mewujudkan pengalaman pembelajaran kumpulan di kalangan pelajar. Fungsi ini lebih
daripada kaunseling kelompok sebagai satu cara menyelamatkan atau mencapai satu suasana
psikoterapi. Ahli akhirnya akan dapat melihat dirinya sendiri dalam hubungannta dengan reaksi
orang lain kepadanya.
- Menambahkan kepercayaan kendiri pelajar. Tugas guru bimbingan ialah menambahkan
kefahaman pelajar tentang dirinya dam matlamat-matlamatnya.Ini menyebabkan pelajar akan
lebih bertanggungjawab apabila membuat sesuatu keputusan.
- Memberi kaunseling kepada pelajar perempuan secara lebih realistik. Statistik pekerjaan
menunjukkan, apabila mereka dewasa mereka akan memainkan dua peranan; sebagai seorang
isteri dan juga sebagai seorang pekerja. Guru bimbingan mesti menghadapi isu berkahwin-
campur-kerja apabila memikirkan tentang hormat-kendiri dan self-realization.

BAHAGIAN C

Banding dan bezakan antara Teori Pemusatan Perorangan dengan Teori Terapi Rasional Emotif
Tingkahlaku. Huraikan justifikasi berdasarkan aspek-aspek utama dalam teori-teori berkenaan.

Aspek Teori Pemusatan Perorangan Teori Terapi Rasional Emotif
Pandangan
teori /anggapan
terhadap
manusia
1. mempunyai maruah dan harga diri
2. mempunyai kebolehan untuk
mencapai arah kesempurnaan
kendiri
3. berkebolehan untuk memilih nilai
masing-masing
4. berkebolehan menangani perasaan,
pemikiran dan tingkahlaku masing-
masing
5. berpotensi melakukan perubahan
yang konstruktif
1. manusia bersifat tidak rasional dan
cenderung kepada kegagalan.
2. manusia berkebolehan menangani
perasaan, pemikiran dan tingkahlaku
masing-masing jika berada dalam
keadaan rasional.
3. Manusia berpotensi untuk berubah
menjadi lebih rasional
Peranan
Kaunseling
1. Klien dalam keadaan tidak kongruen
dan
guru bimbingan dan kaunseling pula
dalam keadaan kongruen.
2. Sesi kaunseling bermatlamat
supaya klien menjadi kongruen dan
berjaya mencapai kesempurnaan
kendiri
1. Menstruktur semula pemikiran klien
yang tidak rasional sehingga klien
memperolehi falsafah hidup yang lebih
positif dan rasional.

Teknik
Kaunseling
Guru bimbingan dan kaunseling

1) ketulenan
tidak terikat dengan peranan
bersifat spontan
tidak bersifat defensif
bersifat tekal
membuat pengkongsian diri

Teknik kognitif
menstruktur semula
pemikiran dan kepercayaan tidak rasional
menggunakan Teori ABCDE
A - peristiwa pencetus
B- penilaian terhadap peristiwa
C-konsekuen akibat penilaian
D- rawatan
E pemikiran menjadi rasional

2)Penerimaan Positif tanpa syarat
memberi perhatian yang berkualiti
bersikap tidak menghukum
menyedari dan meningkatkan
potensi dan kebolehan klien

3) Empati
kemahiran melayan dan
kesenyapan.


mendefinisi semula situasi negatif
menjadi positif
menkonseptualisasi masalah menjadi
holistik

Teknik Emotif
unsur kecindan
membentuk pola-pola emosi yang positif
latihan menyerang perasaan/provokasi

Teknik Behavioral
latihan asertif dan pembentukan
pengurusan kendiri
pemantauan kendiri

mana-mana aspek yang munasabah.seperti matlamat kaunseling, kelemahan dan kekuatan teori.


Sebagai seorang Guru Bimbingan dan Kaunseling, bincangkan keberkesanan kemahiran melayan dan
mendengar yang boleh anda aplikasikan untuk membantu murid-murid yang kurang bermotivasi dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.

1) Definisi kemahiran melayan dan mendengar: [ 02 markah ]
Bersedia untuk mendengar
Mencari makna dalam apa yang dikatakan klien
Berfokus kepada tindakan, perasaan dan sikap klien

2) Jenis-jenis Kemahiran melayan dan mendengar

a) Mendengar secara aktif [ 09 markah ]
Memahami klien
Bersifat tidak menghukum
Memberikan tumpuan sepenuhnya
Gunakan kesenyapan


b) Kemahiran mendengar dan melayan asas [ 09 markah ]
Soalan terbuka
Parafrasa
Reflesi perasaan
Dorongan minima
Meminta penjelasan
Merumus
Menyemak persepsi

( Penting : Kaitkan semua kemahiran melayan dan mendengar dengan memberi contoh
membantu murid-murid yang kurang bermotivasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran).

Bincangkan keberkesanan kemahiran melayan dan mendengar yang boleh anda aplikasikan untuk
membantu murid-murid yang kurang bermotivasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Jenis-jenis Kemahiran melayan dan mendengar
i. Kemahiran Melayan [10 markah]
Kemahiran membina hubungan

Kemahiran memberi perhatian
1. Ekspresi wajah
2. Gaya badan
3. Gerak isyarat
4. Kontak mata
5. Nada suara

Memahami klien
Bersifat tidak menghukum
Kesenyapan
ii. Kemahiran mendengar [10 markah]
Soalan terbuka
Parafrasa
Refleksi perasaan
Dorongan minima
Meminta penjelasan
Merumus
Menyemak persepsi

Peringatan
Dalam huraian,pelajar perlu mengaitkan semua kemahiran melayan dan mendengar dengan membantu murid-
murid yang kurang bermotivasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Bincangkan tahap-tahap kaunseling kelompok yang akan anda laksanakan.

Tahap satu :
Permulaan /orientasi
Membincangkan
tujuan dan matlamat kelompok
prosedur dan peraturan kelompok
limitasi dan had kerahsiaan

Tahap kedua :
Konflik
Pembinaan kepercayaan dan kejelekitan antara satu sama lain
Menjaga keharmonian kelompok
Saling berkompromi

Tahap Ketiga :
Kesepaduan
Ahli kelompok bebas meneroka pemikiran dan perasaan masing-masing
Berusaha menangani kebimbangan dalam kelompok
Mengubah celik akal
Melakukan perubahan ke arah pencapaian matlamat

Tahap keempat :
Kejayaan
Memberi dan menerima maklumbalas
Mengaplikasi apa yang dipelajari dalam kehidupan seharian
Memberi sokongan serta dorongan kepada ahli-ahli yang lain.

Peringatan : Dalam huraian, pelajar perlu mengaitkan setiap tahap dengan cara membantu
meningkatkan prestasi murid-murid beserta contoh.

Bincangkan sejauhmanakah halangan-halangan dalam komunikasi, boleh mengagalkan usaha anda
untuk menjayakan sesuatu sesi kaunseling kelompok.

1) Halangan fizikal
Benda-benda fizikal dalam persekitaran yang boleh menganggu proses komunikasi seperti
tempat perjumpaan yang tidak selesa (pencahayaan,suhu, pengudaraan)
kedudukan/susunatur meja kaunselor dan kerusi klien,
gangguan di persekitaran

2) Halangan Psikologi
Halangan dalam proses komunikasi yang disebabkan oleh faktor-faktor emosi,persepsi dan pemilihan,
seperti
Klien menghadapi tekanan emosi dan tidak bersedia untuk memberitahu masalahnya kepada
klien
Klien tidak dapat memberi fokus
Klien yang memberi jawapan yang salah
Persepsi klien berbeza dengan kaunselor
Klien melihat setiap situasi dengan cara yang berbeza dari pada kaunselor

3) Halangan Persekitaran
Merujuk aktiviti-aktiviti dalam persekitaran yang boleh mempengaruhi corak komunikasi dan kemahiran
interpersonal dalam proses kaunseling seperti :
Persekitaran yang bising
Persekitaran yang menghalang komunikasi
Persekitaran yang menggalakkan tingkahlaku sosial pasif
Persekitaran dimana murid-murid selalu dikritik
Persekitaran yang tidak membenarkan kejayaan
4) Halangan Sosial dan budaya
Sumber konflik dan kesalahfahaman melalui tingkahlaku bukan verbal/verbal
Contoh
Kontak mata : bagi orang timur mata yang tidak bertentangan sebagai simbol hormat dan sopan
santun, sebaliknya budaya barat kontak mata boleh ditafsirkan sebagai minat, kejujuran dan
kredibiliti.
Norma-norma sosial, adat, peraturan, kepercayaan, latarbelakang dan pendidikan yang
berbeza
Ekspresi,perkataan dan lawak jenaka yang boleh menjadi sensitif kepada klien-kliennya dengan
latar belakang yang berbeza.

5) Halangan Bahasa
Kekeliruan dalam pesanan atau mesej yang ingin disampaikan antara kaunselor dan klien
mengakibatkan mesej yang disampaikan tidak jelas kepada penerima.
Menggunakan bahasa pasar
Bercakap mengenai topik lain pada masa yang sama

(mana-mana jawapan yang munasabah dan menjadi halangan kepada komunikasi)


Dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai, jelaskan prinsip ABCD yang telah diasaskan oleh
Albert Ellis dalam Teori Terapi Rasional Emotif (RET).

Teori Rasional Emotif Terapi telah diasaskan oleh Albert Ellis. Beliau dilahirkan pada tahun 1913 di
Pittsburgh, Amerika Syarikat.Teori ini terbina apabila beliau mendapati bahawa teori Psikoanalasis
yang dipelopori oleh Freud tidak mendalam dan adalah satu bentuk pemulihan yang tidak saintifik.
Pada awal tahun 1955, beliau telah menggabungkan terapi-terapi kemanusiaan, fisolofikal dan tingkah
laku dan dikenali sebagai teori emosi-rasional (RET). Semenjak itu beliau terkenal sebagai bapa
kepada teori RET dan kepada teori tingkah laku kognitif.

Hipotesis RET berdasarkan bahawa emosi berpunca daripada kepercayaan, penilaian, interpretasi dan
tindakan daripada situasi kehidupan. Di dalam proses teraputik emosi-rasional, klien mempelajari
kemahiran yang akan digunakan untuk mengenal dan memerangi kepercayaan yang telah tertanam
lama di dalam diri seseorang. Ini disebabkan oleh teori ini lebih bersifat pendidikan daripada
perubatan yang direka dalam keadaan di mana kaunselornya aktif terarah dengan tepat dan mengajar.


Teori ini mementingkan tiga aspek utama iaitu kognitif, emosi dan aspek tingkah laku.Teori ini memberi
penekanan kepada pemikiran, penganalisaan, penilaian, perlakuan dan membuat
keputusan.Pendekatan teori ini bercorak deduktif atau mengajar, mengarah dan mengutamakan
kepada pemikiran daripada kepercayaan yang tidak rasional.

Terapi ini yakin bahawa setiap individu mempunyai sistem kepercayaan yang tidak
rasional.Kepercayaan ini perlu dicabar dan diperbetulkan supaya dapat mewujudkan sistem
kepercayaan yang baik dan rasional. (i) Dalam konteks ini ia merupakan satu sistem pendidikan
semula yang mengajar individu untuk melihat semula sistem kepercayaan yang membuatkan dirinya
menderita dengan menggantikan semula dengan satu set kepercayaan yang membawa kesejahteraan
dan kebahagiaan pada diri seseorang individu dan seterusnya kepada orang yang signifikan
dengannya. (ii) RET juga memandang bahawa manusia dilahirkan dengan beberapa kecenderungan
ke arah perkembangan dan pengiktirafan diri tetapi mereka akan mengkhianatinya disebabkan oleh
kecenderungan untuk berfikir tidak rasional dan contoh-contoh mengalah diri yang telah mereka
pelajari.

Prinsip terapi RET boleh digunakan kepada masalah semasa, masalah yang lain dalam kehidupan dan
juga masalah yang mungkin dihadapi pada masa akan datang. Fokus prinsip ini adalah kepada
pemikiran dan tindakan, bukan hanya mengikut perasaan. Terapi ini dianggap sebagai satu proses
pembelajaran kerana fungsi kaunselor yang berbagai-bagai. Kadang kala kaunselor bertindak sebagai
seorang guru, yang memberi tugasan kepada pelajar iaitu klien dalam konteks terapi ini.

Pandangan Teori Terhadap Manusia

Terapi ini telah mengandaikan bahawa manusia bertindak sebagai penilai, perunding dan pengawal
diri. Gangguan emosi dan tingkah laku akan bermula apabila manusia menganggap beberapa
keutamaan seperti keinginan untuk disayangi, diperakui kejayaan dan menganggap keutamaan
tersebut sebagai keperluan yang utama.

Terapi RET berlandaskan kepada andaian bahawa manusia dilahirkan dengan keupayaan untuk
berfikiran secara rasional dan tidak rasional.Manusia berupaya untuk memelihara dirinya, bergembira,
berfikir, menterjemahkan diri, sayang menyayangi, berkomunikasi dengan orang lain, berkembang dan
mengiktiraf diri sendiri. Manusia juga berkecenderungan untuk merosakkan dirinya, tidak mahu berfikir,
suka menangguh untuk membuat sesuatu, mengulangi kesilapan, tidak sabar, mementingkan
kesempurnaan semata-mata, selalu menyalahkan diri sendiri, cuba mengelakkan pengikhtirafan dan
pertumbuhan potensi. Fenomena ini meyakinkan terapi ini dapat membantu manusia untuk menerima
kembali diri mereka sendiri setelah melakukan kesilapan dan belajar untuk hidup lebih harmonis.

Fakta ABCDE

Kepercayaan - manusia perlu mengubah cara berfikir supaya betulkan fikiran yang tidak rasional.







Teori Perihalan Contoh
A Activating experience
Peristiwa pencetus, kenyataan , cara
bertingkah laku atau perlakuan seseorang
individu.
Gagal dalam peperiksaanwa pencetus
B Belief system (system kepercayaan)

Penilaian terhadap peristiwa.
i. Rasional
ii. Tidak rasional Rasional.
Rasional
Saya masih ada peluang untuk terus sekolah

Tidak rasional
- Musnahlah masa depan saya
- Kegagalan saya semuanya berpunca dari
kesilapan saya sendiri.
- Saya adalah merupakan manusia yang
paling bodoh
- Saya sangat kecewa dengan kegagalan
peperiksaan ini.
C Consequence @ akibat penilaian tadi. Kesan A
- Gangguan emosi hingga menyebabkan
wujudnya depresi dan anxieti.
- sentiasa keadaan muram dan tidak
bersemangat.

D Dispute (mencabar kepercayaan tidak
rasional /kepercayaan rasional)

- kaedah untuk berhujah, mengajar,
mencabar dan memperbetulkan
sistem kepercayaan yang tidak
rasional

Kaunselor akan bantu lawan fikiran tak rasional

- gagal sekali tidak bermakna gagal
selamanya
- kegagalan pertama kali adalah permulaan
kepada kejayaaan
E Effect (kesan)
Jawapan yang dijana lawan pemikiran tak
rasional.
- Menjadi normal dan mempunyai sistem
kepercayaan dan penilaian yang rasional
dan positif
- Pemikiran tak rasional jadi rasional





Sebanyak tujuh peratus daripada perasaan kita disampaikan melalui saluran lisan, manakala 38 peratus
disampaikan melalui nada suara dan 55 peratus melalui saluran bukan lisan termasuk mimik muka, isyarat
tangan, kedudukan badan dan sebagainya. (Choong Lean Keow, 2010)

Sebagai guru bimbingan dan kaunseling, bincangkan dengan memberi contoh yang jelas, kemahiran
menginterpretasi tingkahlaku bukan lisan yang boleh anda aplikasikan untuk membantu keberkesanan sesi
kaunseling mencapai matlamatnya.

1. Kontak mata : mencerminkan perasaan, sikap dan merangsang suasana kondusif atau positif
dalam perbincangan

Contoh esei :
Kemampuan menginterpretasi tingkahlaku dari aspek kontak mata sangat penting kepada semua
Guru Bimbingan dan Kaunseling. Semasa sesi bersama klien, mereka akan menonjolkan pelbagai
bentuk kontak mata kepada Guru Bimbingan. Kontak mata klien sebenarnya mencerminkan
perasaan dan sikap sebenar klien yang cuba diberitahu secara tidak langsung kepada Guru
Bimbingan. Jika Guru Bimbingan gagal menginterpretasi tingkahlaku tersebut dengan tepat, maka
guru bimbingan mungkin gagal untuk meneroka permasalahan sebenar klien.

Contohnya Guru Bimbingan sedang meneroka kekecewaan seorang pelajar dengan sikap
gurunya,.tetapi semasa sesi penerokaan, klien sentiasa mencerlung tajam pada Guru Bimbingan
dan Kaunseling setiap kali dia berterus terang tentang sikap guru yang tidak disukainya.
Sebenarnya kontak mata yang dipaparkan klien mengambarkan ketidakyakinan dirinya jika Guru
Pembimbing bersedia menerima kritikannya terhadap guru yang tidak disukainya itu. Klien mungkin
was-was jika Guru Pembimbing bersedia mendengar kritikan terhadap rakan sejawatnya. Guru
Bimbingan yang berjaya menginterpretasi dengan tepat kontak mata klien, akan terus merangsang
suasana yang positif dalam perbincangan. Sebaliknya guru Bimbingan yang gagal menginterpretasi
dengan baik mungkin akan mengemukakan soalan-soalan yang akan menambah ketidak
percayaan klien kepada kesediaan Guru Bimbingan untuk mendengar keluhannya. Akibatnya
keberkesanan sesi kaunseling berkenaan akan gagal mencapai matlamat sebenarnya.

2. Senyuman: sebagai penjalin hubungan yang baik, meredakan ketegangan emosi dan keselesaan
untuk berbincang

3. Posisi badan; mengambarkan perasaan, mood, sikap dan persepsi seseorang

4. Pergerakan kaki dan tangan: membantu keberkesanan komunikasi seperti memberi penekanan
kepada sesuatu fakta dalam perbincangan atau melahirkan emosi yang terlindung. Pergerakan
yang terlalu banyak menghalang komunikasi berkesan atau menganggu konsenstrasi klien

5. Ekspresi muka: dapat menyampaikan mesej yang pelbagai termasuk identiti sosial, personaliti
sertagambaran perasaan dan emosi seseorang

6. Sentuhan; memberi tafsiran seperti kemesraan, penguasaan, agresi, minat seksual, mengambil
berat dan sebagainya.

7. Nada suara: memahami emosi klien seperti nada tegang, geram, marah, sedih, tidak bermaya,
merungut dan sebagainya.


Sejauhmanakah ciri-ciri guru bimbingan dan kaunseling yang berkesan dapat memastikan kejayaan
sesi kaunseling kelompok tersebut.Perjelaskan ciri-ciri tersebut dengan contoh yang sesuai.

1. Ketulenan: amanah, jujur dan ikhlas
Contoh esei :
Guru Bimbingan yang berkesan akan bersikap amanah dengan luahan dan semua permasalahan
klien. Mereka perlu sentiasa jujur dan ikhlas untuk mendengar dan berkongsi permasalahan klien.
Sifat ketulenan ini akan membantu klien membina sikap rapo dan percaya kepada kesediaan Guru
Bimbingan untuk mendengar dan membantu menyelesaikan permasalahan mereka. Contohnya
klien yang menjadi mangsa sumbang mahram oleh ahli keluarga sendiri dan Guru Bimbingan
ditugaskan untuk membantu klien membina semula keyakinan diri dan konsep kendiri yang positif
untuk meneruskan kehidupan. Guru Bimbingan yang menunjukkan ciri-ciri ketulenan akan
menggalakkan klien mencurahkan perasaan dengan penuh sikap terbuka dan tidak berpura-pura.
Walaupun isu yang dibicarakan mengaibkan klien. Keadaan ini akan merangsang suasana
perbincangan yang kondusif dan mempastikan keberkesanan sesi kauseling tersebut .Jadi ciri Guru
Bimbingan yang berkesan amat penting dalam usaha Guru Bimbingan untuk mempastikan
kejayaan sesuatu sesi kaunseling.

2. Penerimaan tanpa syarat
3. Kefahaman empati yang tepat
4. Kemesraan
5. Kerahsiaan
6. Menghormati dan menghargai diri sendiri
7. Mempunyai ilmu dan kepakaran dalam kemahiran kaunseling
8. Mempunyai keyakinan diri dan percaya pada kebolehan orang lain
9. Mempunyai kredibiliti tinggi dan boleh dipercayaibersifat terbuka dalam menghadapi sesuatu isu
10. Kesanggupan dan kesediaan meibatkan diri dalam masalah pelajar
11. Persepsi positif terhadap pelajar
12. Kebolehan berfikir lebih jauh daripada pelajar
13. Bertindak secara praktikal dan teliti

Teori behaviourisme merupakan salah satu teori kaunseling digunakan oleh ramai guru Bimbingan
dan Kaunseling di sekolah. Role play atau main peranan merupakan satu teknik teori Behaviourisme
yang dapat membantu klien mengubah tingkah laku.
HURAIKAN kebaikan teknik ini dan bagaimana teknik ini boleh digunakan ka atas murid pemalu
dengan jayanya.
(i) Teknik main peranan ini merupakan satu teknik yang baik untuk meluaskan kesedaran klien dan
menunjukkan bahawa ada banyak alternatif untuk melakukan tingkah laku lain yang terdapat
dalam diri klien.
(ii) Kaunselor memainkan peranan seorang pemalu.
(iii) Klien akan meluahkan perasaan atau menyatakan sesuatu
(iv) Klien dan kaunselor sebenarnya berlakon seolah-olah berada di keadaan atau situasi sebenar.
(v) Untuk menjayakan kaedah main peranan ini, ia amat bergantung kepada kesungguhan kaunselor
dan juga kesedian klien itu sendiri.

Huraikan lima kemahiran asas dan tujuan kemahiran itu digunakan dalam sesi kaunseling individu.

(i) Soalan Terbuka:
Tujuan :
Untuk mendapat maklumat lanjut
Merangsang jawab dengan lebih perinci
Galakkan klien kongsi maklumat dengan kaunselor
Contoh :

(ii) Pernyataan Semula/ parafrasa
Tujuan
Memberi tahu klien kaunselor cuba memahaminya
Meringkaskan dengan lebih jelas apa yang dicakapkan klien
Menyemak apa yang dipersepsi kaunselor sama dengan maksud klien
Contoh:

(iii) Merefleksi Perasaan
Tujuan
Mencadangkan satu perasaan yang telah dialami oleh klien bila membuat satu kenyataan
Menyemak ketepatan perasaan yang dialami
Komunikasi yang bersifat penerimaannya terhadap klien yang merasai dia diberi perhatian dan
didengari serta difahami kaunselor
Contoh:..

(iv) Rumusan
Tujuan
Meringkas perkara yang penting yang telah dibincangkan untuk
menyemak kedua-dua setuju tentang yang yang dibincangkan.
Memberi keyakinan kepada klien bahawa masalahnya diberi sepenuh perhatian oleh kaunselor.
Contoh:.

(v) Dorongan minima
Tujuan
Mengatakan yang kita sedang mendengar dan sedang mengikuti apa yang sedang dicakapkan
Contoh:



















Dengan menggunakan Pengurusan Grafik Banding Beza, Huraikan lima aspek perbezaan antara
Kaunseling Kelompok dan Kaunseling Individu.

Perbezaan antara Kaunseling Individu dengan Kaunseling Kelompok
Kaunseling Individu Aspek Kaunseling Kelompok
1.Proses terapeutik di antara
Seorang kaunselor dengan seorang
individu sahaja
Proses 1.Proses terapeutik berlaku antara
kaunselor dengan beberapa orang individu
dalam kelo mpok.
2.Hanya satu hala,daripada kaunselor
sahaja.walaupun bentuk komunikasi adalah
dua
hala.
Bimbingan 2.Peserta berpeluang memberi dan
menerima bimbingan.Komunikasi pelbagai
hala.
3.Fungsi kaunselor tidak berubah Fungsi 3.Fungsi kaunselor sebagai pemimpin
kumpulan boleh berubahdiambil alih oleh
peserta
Lain.
4.Lebih mudah bina kepercayaan. Intrraksi
dengan dua orang sahaja
Kepercayaan Sukar bina suasana selesa dan percaya
kerana pesertanya ramai.
5.klien hanya beri tumpuan pada
masalahnya sahaja
Tumpuan/
Fokus
5.Peserta dapat beri tumpuan dan
memerhati tingkah laku peserta lain
6. Kaunselor dapat beri perhatian
sepenuhnya kepada kliennya
Perhatian 6. Perhatian kaunselor terpaksa ramai
peserta. Peserta akan rasa kurang selamat.

You might also like