You are on page 1of 13

PruBSN Ummah

Rancanglah masa hadapan


Kukuhkan keperluan rohani
Memenuhi keperluan Rohaniah,
Perlindungan dan Simpanan semuanya dalam satu.
KONSEP TAKAFUL
Takaful adalah satu konsep saling membantu yang berasaskan prinsip-prinsip perkongsian tanggungjawab,
kerjasama dan kepentingan bersama. Setiap peserta menyumbang berdasarkan Tabarru (derma) ke dalam dana yang
akan digunakan untuk membantu satu sama lain apabila diperlukan.
Memenuhi keperluan Rohaniah, Perlindungandan Simpanan . . . semuanya dalam satu!
Pelan PruBSN Ummah
Ramai di antara kita merancang perkara-perkara penting dalam kehidupan ini. Kita merancang untuk kehidupan
yang baik dan kita turut merancang kesejahteraan untuk orang-orang yang kita sayangi. Dalam usaha mencapai
kesejahteraan duniawi, sebagai umat Islam, kita seharusnya turut sama memastikan keperluan rohaniah dipenuhi.
PruBSN Ummah adalah satu pelan unik yang akan membantu anda mencapai aspirasi anda untuk memenuhi
kewajipan yang dituntut oleh agama. Ia bukan sahaja melindungi dan menyediakan anda simpanan pada masa
depan, malah ia juga membantu anda sebagai seorang Muslim melalui ciri-ciri uniknya seperti Elaun Haji, Badal
Haji, Manfaat Berganda dan Penulisan Wasiat Islam.
Sebagai peserta, anda mungkin layak menerima bonus loyalti.
Dengan kesemua faedah istimewa ini, kami percaya bahawa PruBSN Ummah akan membantu anda menumpukan
perhatian terhadap aktiviti-aktiviti yang dapat memenuhi keperluan rohaniah anda dan pada masa yang sama,
memastikan anda dilindungi.
PruBSN Ummah. Satu pelan yang memberikan anda tumpuan dalam persiapan rohaniah dunia dan akhirat.
Sepintas Lalu Apa Yang PruBSN Ummah Boleh Tawarkan
Manfaat-manfaat Haji/Umrah
Manfaat Takaful Berganda akan dibayar sekiranya anda meninggal dunia atau disahkan hilang upaya kekal dan
menyeluruh semasa menunaikan Haji/Umrah.
Kami akan memastikan bahawa kewajipan Haji anda ditunaikan sekiranya anda meninggal dunia atau disahkan
hilang upaya sebelum anda sempat menunaikan Haji menerusi Badal Haji.
Pengeluaran simpanan bagi perjalanan anda untuk menunaikan Haji/Umrah.
Bonus loyalti
Sememangnya berbaloi untuk menjadi pelanggan setia kami! Anda akan diberi bonus loyalti sebagai Elaun Haji
apabila anda menunaikan Haji sekiranya anda membayar sumbangan anda secara konsisten.
Pelan ini juga menyediakan bonus loyalti apabila anda terus membayar sumbangan anda sehingga penghujung
tempoh takaful anda atau sekiranya anda meninggal dunia atau disahkan hilang upaya kekal dan menyeluruh,
tertakluk kepada terma dan syarat.
Jaminan kewangan sekiranya anda meninggal dunia atau disahkan hilang upaya kekal dan menyeluruh
Menjamin keperluan kewangan masa depan untuk keluarga anda.
Memastikan tanggungjawab kewangan anda yang masih tertunggak dijelaskan.
Wang tunai tambahan bernilai RM2,000 untuk manfaat Khairat Kematian.
Manfaat-manfaat Penyakit Kritikal
Melindungi anda apabila anda dikenalpasti menghidap penyakit yang boleh mengancam nyawa anda.
Tingkatkan simpanan anda
Pengumpulan wang simpanan bagi menunaikan Haji, Umrah atau tujuan-tujuan lain. Walaupun setelah anda
disahkan menghidap penyakit kritikal kami akan memastikan simpanan anda terus meningkat.
Lindungi masa depan orang-orang yang anda sayangi
Wariskan kekayaan anda kepada orang-orang yang anda sayangi menerusi penulisan wasiat Islam.
Manfaat-manfaat PruBSN Ummah

Bonus loyalti adalah manfaat tidak dijamin dan tertakluk kepada terma dan syarat. Terdapat tempoh
menunggu selama 5 tahun sebelum anda layak menerima manfaat tersebut.


Tempoh menunggu selama 3 tahun dikenakan.
Apa yang anda perlu tahu tentang PruBSN Ummah
Apakah itu PruBSN Ummah?
PruBSN Ummah adalah satu pelan Takaful keluarga yang direka untuk membantu memenuhi keperluan rohaniah
umat Islam selain keperluan duniawi. Pelan ini menyediakan anda perlindungan dan simpanan, serta manfaat-
manfaat yang akan membantu dalam pencarian rohaniah anda.
Siapakah yang boleh menyertai pelan ini?
Pelan ini adalah untuk mereka yang berumur di antara 19 60 tahun pada hari jadi berikutnya yang mahukan satu
pelan yang bukan sahaja memberikan mereka perlindungan dan simpanan, tetapi juga membantu mereka
menunaikan kewajipan yang dituntut oleh agama.
Apakah itu bonus loyalti dan elaun Haji, dan bagaimanakah saya boleh mendapatkannya?
Bonus loyalti adalah manfaat khas untuk anda kerana menjadi pelanggan kami yang setia. Bonus loyalti anda
ditentukan berdasarkan peratus sumbangan anda yang semakin meningkat sekiranya lebih lama anda berada dalam
pelan ini. Anda akan menerima bonus loyalti anda apabila anda:
Menunaikan Haji (sebagai Elaun Haji), atau
Hidup sehingga ke akhir tempoh pelan ini, atau
Disahkan hilang upaya kekal dan meyeluruh, atau
Meninggal dunia
Bonus loyalti yang anda terima sebagai Elaun Haji boleh digunakan sama ada sebagai wang saku setelah anda
menerima pengesahan untuk menunaikan Haji, atau ia juga boleh digunakan untuk memastikan keperluan kewangan
orang-orang yang tersayang terjamin semasa anda menunaikan Haji.
Selain itu, bonus loyalti anda akan terus meningkat walaupun anda telah menggunakannya sebagai Elaun Haji selagi
anda terus membayar sumbangan anda. Bonus loyalti tersebut akan dibayar tertakluk kepada peristiwa-peristiwa
yang dinyatakan di atas.
Bagaimanakah saya mengaturkan Badal Haji?
Sekiranya anda meninggal dunia atau disahkan hilang upaya kekal dan menyeluruh sebelum sempat menunaikan
Haji, kami akan menguruskan apa yang perlu supaya Badal Haji ditunaikan bagi pihak anda. Kami akan membayar
RM3,000 kepada penama yang dilantik oleh anda (sebaiknya waris yang terdekat berumur 18 tahun dan ke atas)
atau kepada Tabung Haji Travel & Services agar mereka dapat menunaikan Badal Haji bagi pihak anda.
Bagaimanakah saya boleh meningkatkan lagi perlindungan PruBSN Ummah?
Anda boleh meningkatkan perlindungan PruBSN Ummah anda menerusi plilihan-pilihan berikut dengan sumbangan
tambahan.

Bagaimanakah saya boleh mendapat manfaat daripada perkhidmatan Penulisan Wasiat Islam?
Kami akan menyediakan semua urusan yang perlu dilakukan supaya wasiat anda dibuat tanpa sebarang kesukaran.
Wasiat anda akan diuruskan oleh Amanah Raya Berhad. Anda hanya perlu membayar yuran yang hanya dikenakan
sekali sahaja untuk perkhidmatan ini.
Berapakah yang perlu saya sumbangkan untuk pelan ini?
Sumbangan bulanan minimum adalah RM50. Walau bagaimanapun, sumbangan sebenar anda akan bergantung
kepada berikut:
umur anda
jumlah dan terma perlindungan anda
status kesihatan anda
jantina anda
pekerjaan anda (jika berkenaan)
kaedah pembayaran anda
kekerapan pembayaran anda sama ada setiap bulan, suku tahun, setengah tahun atau setiap tahun
Contoh ilustrasi sumbangan

Apakah caj-caj yang terlibat dalam PruBSN Ummah?
PruBSN Ummah adalah berlandaskan model Wakalah Mudharabah di mana sumbangan anda akan dimasukkan ke
dalam akaun anda setelah kami mengambil sebahagian daripadanya sebagai caj Wakalah. Ini adalah yuran bagi
perkhidmatan-perkhidmatan yang kami sediakan.
Jadual berikut memberikan butiran tentang caj Wakalah dan caj-caj lain yang berkaitan.

Nota:
Caj Wakalah terdahulu adalah untuk sijil-sijil dengan tempoh selama 20 tahun atau lebih. Bagi sijil-sijil
dengan tempoh kurang dari 20 tahun, caj akan dikurangkan sewajarnya. Sila rujuk kepada ilustrasi pelan
untuk maklumat yang lebih terperinci.
Perlindungan takaful datang daripada Tabarru (derma) yang kami masukkan ke dalam Dana Tabarru.
Sebarang lebihan daripada Dana Tabarru akan dikembalikan kepada anda setelah kami mengasingkan satu
jumlah sebagai rizab luar jangka.
Bagaimanakah perkongsian Keuntungan Pelaburan ke atas Prinsip-Prinsip Mudharabah dilaksanakan?
Mudharabah membolehkan anda berkongsi sebarang keuntungan pelaburan daripada akaun anda dan dana Tabarru.
Anda akan menerima 80% daripada keuntungan tersebut manakala kami menerima 20% daripada keuntungan yang
sama. Keuntungan anda akan dimasukkan semula ke dalam akaun anda dan dana Tabarru.
Bagaimanakah PruBSN Ummah boleh membantu anda di samping simpanan Tabung Haji anda?
PruBSN Ummah bukanlah pengganti bagi akaun Tabung Haji anda. Ia merupakan pelengkap kepada simpanan
Tabung Haji anda dengan menyediakan simpanan dan perlindungan takaful tambahan.
Nota-Nota Penting
Risalah ini bukan merupakan satu kontrak di antara anda dan Prudential BSN Takaful Berhad. Sila rujuk kepada
dokumen-dokumen sijil untuk maklumat terperinci.
Risalah ini diterbitkan hanya untuk maklumat dan tidak berkaitan dengan matlamat-matlamat kewangan, situasi
dan keperluan individu tertentu.
Pulangan daripada akaun anda akan ditentukan berdasarkan prestasi sebenar akaun tersebut dan tidak dijamin.
Risiko pelaburan akaun anda akan ditanggung sepenuhnya oleh anda dan, manfaat-manfaatnya mungkin kurang
daripada jumlah sumbangan yang dimasukkan ke dalam akaun.
Anda hendaklah terus membayar sumbangan anda secara tetap sehingga penghujung tempoh perlindungan anda
untuk memastikan anda dilindungi sepenuhnya di bawah pelan ini pada setiap masa. Kegagalan membuat
pembayaran ini mungkin menyebabkan perlindungan anda tamat sebelum masanya.
Sebarang pengeluaran separa yang dibuat daripada akaun anda akan mengurangkan baki dana. Ini boleh
menyebabkan baki dana tersebut tidak mencukupi untuk membayar potongan Tabarru dan caj-caj lain, dan
mungkin menyebabkan perlindungan anda tamat sebelum masanya.
Anda berhak untuk mendapat pelepasan cukai individu terhadap sumbangan anda sehingga RM6,000 setahun
apabila anda menyertai pelan ini, tertakluk kepada terma dan syarat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
PruBSN Ummah tidak menyediakan sebarang jumlah manfaat daripada Dana Tabarru pada penamatan, tamat
tempoh atau kematangan sijil.
Pelan ini boleh dibatalkan melalui permohonan bertulis kepada kami dalam tempoh lima belas (15) hari dari tarikh
penghantaran dokumen-dokumen sijil, yang mana kami akan membayar balik sumbangan yang diterima daripada
anda selepas ditolak sebarang caj perubatan yang dikenakan semasa membuat penilaian risiko di bawah sijil.
Mengambil bahagian di dalam pelan takaful keluarga adalah satu komitmen jangka panjang. Penamatan awal sijil
selalunya melibatkan kos-kos yang tinggi dan nilai serahan yang akan dibayar kepada anda mungkin kurang
daripada jumlah sumbangan keseluruhan yang telah anda bayar.
Pemberian bonus loyalti adalah tidak dijamin. Ia dibayar semata-mata atas budi bicara PruBSN dan tertakluk
kepada terma dan syarat yang perlu dipenuhi oleh peserta sebelum mereka layak untuk menerimanya.
Pengecualian
PruBSN Ummah tidak melindungi situasi-situasi berikut. Sekiranya salah satu daripada situasi berikut berlaku,
manfaat-manfaat yang ditawarkan di bawah pelan ini tidak akan dibayar kepada anda.
Jika berlaku kehilangan nyawa akibat bunuh diri dalam tempoh satu tahun dari tarikh permulaan perlindungan.
Jika berlaku kehilangan nyawa akibat bunuh diri semasa Haji atau Umrah bagi tujuan mendapatkan manfaat
Takaful berganda.
Jika hilang upaya kekal dan menyeluruh berlaku akibat percubaan membunuh diri dan mencederakan diri sendiri.
Jika hilang upaya kekal dan menyeluruh berlaku kerana anda terlibat di dalam aktiviti udara berbahaya (termasuk
payung terjun dan penerjunan udara) melainkan anda adalah sebahagian daripada anak kapal atau penumpang yang
membayar di dalam pesawat komersial berlesen yang beroperasi pada laluan biasa dan ditetapkan.
Jika anda tidak mendedahkan maklumat penting seperti sebarang penyakit yang telah anda hidapi sebelum ini dan
sebagainya semasa anda memohon pelan ini.
Perlindungan Crisis Shield dan Contributor tidak melindungi situasi-situasi berikut. Sekiranya salah satu daripada
situasi berikut berlaku, manfaat-manfaat yang ditawarkan di bawah pelan ini tidak akan dibayar kepada anda.
Jika tanda-tanda penyakit kritikal adalah ketara dalam tempoh yang dinyatakan dari tarikh permulaan sijil.
- 60 hari bagi serangan jantung, penyakit jantung arteri koronari yang memerlukan pembedahan, kanser atau
penyakit-penyakit jantung arteri koronari serius lain.
- 30 hari bagi mana-mana penyakit kritikal lain.
Jika penyakit kritikal tersebut merebak daripada keadaan yang telah pun wujud sebelum ini.
Jika penyakit kritikal tersebut disebabkan secara langsung atau tidak secara langsung daripada AIDS yang
diperoleh atau sebarang jangkitan HIV, kecuali bagi AIDS yang menyeluruh atau disebabkan oleh pemindahan
darah.
36 Penyakit Kritikal Yang Dilindungi

http://jadeegroup.wordpress.com/produk/prubsn-ummah/

You might also like