You are on page 1of 23

PJM 3105

PERTUMBUHAN, PERKEMBANGAN
DAN PEMBELAJARAN MOTOR
Tajuk 1 Pengenalan Kepada Teori Pembelajaran Motor
Tajuk 2 Pertumbuhan dan Kematangan
Tajuk 3 Ciri-ciri Pembelajaran Motor
Sinopsis
Pembelajaran kemahiran motor adalah bidang pengajian pergerakan manusia yang focus
kepada perubahan dari segi keupayaan kawalan dan prestasi motor yang berlaku hasil
proses fizikal seperti praktis dan latihan.Tajuk ini bertujuan meningkatkan pengetahuan
psikologi lakuan motor kepada peserta kursus. Pengetahuan dalam bidang ini akan memberi
ruang kepada guru untuk mengaplikasikan kepelbagaian strategi dan kaedah pengajaran
dan pembelajaran dalam usaha menghasilkan guru yang kreatif dan inovatif yang boleh
menyumbang kepada perkembangan Pendidikan Jasmani di Malaysia.
Hasil Pembelajaran
Pada akhir bab ini anda seharusnya dapat
1. memahami, mengetahui dan mengamalkan teori-teori pembelajaran motor
2. mengaplikasikan teori-teori pembelajaran motor dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran
3. mengaplikasikan prinsip pemindahan pembelajaran kemahiran dalam permainan
4. menghuraikan ciri-ciri pembelajaran motor dari aspek teori dan amali.
TAJUK 5.1 Pengenalan kepada teori pembelajaran motor.
Pengenalan
TEORI PEMBELAJARAN adalah satu andaian teoretis (pendapat) tentang bagaimana sesuatu
organisma itu belajar. Lantaran itu ia harus menyediakan alasan dan haluan bagi teori
pengajaran seseorang di mana seorang guru boleh membentuk serta memudahkan
pengajaran. Dalam aspek Pendidikan Jasmani, teori yang dipilih mestilah menyediakan satu
asas munasabah untuk pemahaman pembelajaran dan satu senarai prinsip-prinsip
pengajaran yang bersesuaian dengan teori pengajaran.
5.1 Pengenalan kepada teori pembelajaran motor
5.1.1 Definisi:
Pembelajaran motor;
Bidang pengajian pergerakan manusia yang fokus kepada perubahan dari segi
keupayaan kawalan dan prestasi motor yang berlaku hasil proses fizikal seperti praktis
dan latihan. Manusia dapat menanggani alam sekitar yang tidak menentu dengan
kemahiran-kemahiran yang dipelajari.Kejayaan ini bergantung kepada keupayaan
organisma mengadaptasi & mengatasi ciri-ciri persekitaran yang tidak menentu.
Kemahiran motor;
Kebolehan melakukan sebarang kemahiran bagi menghadapipersekitaran
yang tidak menentu dan kemahiran diguna secara maksimum dengan masa
dan tenaga (keupayaan) yang minimum

5.1.2 Teori Pembelajaran
Teori-teori Pembelajaran


Teori rangsangan-respons/ Teori kognitif/field theory
Connectionist
> Teori pelaziman klasik >Teori persepsi undang-
undang koffka
> Guthries contiguous conditioning - Peraturan persamaan
- Peraturan melengkap
> Teori Thorndike
- Peraturan persediaan > Lewins field theory
- Peraturan senaman - Pembelajaran sebagai
- Peraturan kesan perubahan dalam
pengetahuan
> Teori pelaziman operan skinner - Pembelajaran sebagai
perubahan dalam
motivasi
5.1.3 Perbezaan teori pembelajaran asas
Teori rangsangan-
respon/connectionist
Teori kognitif/field theory
1. S o R 1. s o r
2. Menganggap persekitaran sumber
asas untuk menerang, menjangka
mengawal tingkah laku/
pembelajaran
2. Tumpuan kepada interpertasi/
persepsi individu terhadap situasi
persekitaran dan interprestasi/
persepsi dipengaruhi oleh
pengalaman lepas dan semasa
3. Menganggap tingkah laku adalah
Hasil daripada perkaitan,
gabungan; pembelajaran berlaku
apabila perkaitan dikuatkan
dengan latihan ulangan atau
apabila perkaitan baru
diwujudkan.
3. Pembelajaran adalah hasil daripada
usaha individu untuk menganalisis
situasi, melihat/memahami pertalian
dan menyelesaikan masalah
4. Pengukuhan meliputi
(a) Memberi ganjaran kepada
individu
apabila hasil diperolehi atau
(b) Kadang kala mengenakan
denda
4. Persepsi ditegaskan dan bukan
Ulangan
5. Hasil pelaziman yang menegaskan
ulangan
5. Pengukuhan berlaku apabila individu
menemui pertalian, menyelesaikan
masalah atau mencapai tujuan
5.1.4 Teori-teori Pembelajaran Motor
Teori Pelaziman Klasik (Pavlov)
Berlaku secara spontan dan semula jadi
peneguhan negatif berlaku
ujikajinya adalah untuk mengetahui sama ada tindakbalas yang dihasilkan
adalah secara sendiri atau tidak


klasik = kekerapan rangsangan yang sama supaya gerakbalas spontan
yang diingini terhasil.
Menekankan ulangan dalam latihan
Teori Pelaziman Operan Skinner
operan = pembelajaran tingkah laku yang dapat diramal @ dikawal
berkait dengan pengukuhan tindak balas. Tindakan yang dikukuhkan
menjadi kuat dan tindakan yang tidak dikukuhkan menjadi lemah
setiap lakuan yang dibuat diberi peneguhan yang positif (ganjaran)
pembelajaran boleh dijangka berlaku melalui pengukuhan tindak balas
yang betul
Pengukuhan seharusnya berlaku serta merta sebelum tindak balas
seterusnya, atau dalam keadaan lain pada tindak balas berikutnya.
Apabila pengukuhan tidak berlaku serta merta, pengajaran berprogram
adalah diperlukan.
Teori Perhubungan Thorndike
pembelajaran sebagai proses cuba jaya
perubahan biologi dalam sistem saraf
teori bond & rangsangan-gerakbalas (R - G)
gerakbalas yang dikehendaki diulang @ dirangsang sekerap sehingga
menjadi automatik
pembelajaran disebabkan tiga peraturan berikut:
(i)melalui Hukum Kesediaan - keupayaan fizikal harus sesuai
dengan tugas
- kematangan,prasyarat, motivasi,
umur, jantina, saiz badan
(ii)melalui Hukum Latihan - perhubungan dikuatkan melalui
latihan
- Jika latihan dihentikan, perhubungan
menjadi lemah dan akan hilang
- pembelajaran adalah automatik
dengan latihan
(iii)melalui Hukum Kesan - perhubungan menjadi kuat atau
lemah selaras dengan keseronokan
atau kesakitan yang berkaitan
dikendaki
- peneguhan positif @ negatif
Teori Pembelajaran Gestalt
pendekatan secara persepsi
pembelajaran ialah satu pengalaman yang disusun, bermakna dan diberi
tanggapan
'Whole-Part-Whole-Learning'/ Pembelajaran Keseluruhan - Bahagian-
bahagian - Keseluruhan
keseluruhan lebih bermakna dari sebahagian
4 hukum pembelajaran : - kedekatan
- keserupaan/kesamaan
- kesinambungan
- penyempurnaan
Teori kognitif
(i) Lewins field theory
Menegaskan perbezaan individu
Bidang yang mempengaruhi tingkah laku individu meliputi:
- Faktor dalaman; pengalaman lepas dan
harapan/keinginan masa depan
- Faktor luaran/persekitaran;termasuk orang lain.
- Pembelajaran sebagai perubahan dalam pengetahuan
- Perubahan dalam struktur kognitif berlaku melalui proses
perbezaan dan menstrukturkan semula.
- Pembelajaran sebagai perubahan dalam motivasi
- Motivasi dipengaruhi oleh tujuan individu
(keperluan, nilai dan harapan) serta ganjaran luaran.
(ii) Teori persepsi undang-undang Koffka
(a) Peraturan persamaan
- Individu mempunyai kecenderungan untuk mengumpul pola
yang sama dari segi saiz, bentuk atau sifat lain.
(b) Peraturan melengkap
- Individu cenderung untuk melengkapkan pola diberi yang lengkap
sebahagiannya.


Latihan 1 - Menguji minda anda !
Pengukuhan dalam pembelajaran motor meliputi ganjaran atau dendaan. Pada
pandangan anda sejauh manakah ganjaran dan dendaan ini harus dipraktikkan.

Latihan 2 Menguji minda anda!
Konsep pendekatan 'Whole-Part-Whole-Learning'. (Pembelajaran Keseluruhan - Bahagian-bahagian
Keseluruhan) adalah satu teori pembelajaran yang diutarakan oleh Gestalt. Dengan merujuk kepada
buku rujukan utama, jelaskan konsep ini.


TAJUK 5.2 Pertumbuhan dan Kematangan.
Pengenalan
Pengetahuan mengenai pertumbuhan dan kematangan adalah perlu untuk memastikan
pembelajaran motor dapat dimaksimumkan sejajar dengan tahap kebolehan
penerimaan pengajaran kemahiran. Pengklasifikasikan kemahiran pula membolehkan
kita memahami sifat kemahiran berkenaan. Kefahaman ini membantu kita mempelajari
suatu kemahiran atau meningkatkan prestasi kemahiran tersebut.
5.2.1 Klasifikasi kemahiran
5.2.1.1 Kemahiran motor kasar dan halus
Kemahiran halus Halus/kasar Kemahiran kasar
>-Melibatkan pergerakan
kecil;menggunakan otot
kecil.
>Sukar dilihat kecuali
hampir dengan pelaku.
Contoh:
-Melambung syiling
-Menulis
-Menggosok gigi
>Penggunaan otot besar
dan otot kecil
Contoh:
-Hantaran bola berputar
sofbol untuk dipukul
-Lay-up bola keranjang
>Menggunakan otot besar
>Mudah dilihat
Contoh:
-Berjalan
-Berlari
-Berenang
-Menyepak bola
5.2.1.2 Kemahiran terbuka dan tertutup
Kemahiran terbuka Kemahiran tertutup
>Persekitaran sentiasa berubah, tidak
stabil dan sukar diduga.
>Corak pergerakan kerap diadaptasi
>Lebih kepada daya persepsi
>Persekitaran adalah tetap dan stabil
> Kawal kecepatan sendiri
> Corak pergerakan 'stereotyped'


>Kerap lakukan corak kemahiran
berbeza.
> Prestasi sukar diramal
Contoh:
-Menerima servis bola tennis
-Menghantar shuttle ketika pukulan
rali dalam permainan badminton
-Bermain bola sepak
-Bergusti
-mengejar ayam
> Jarang guna mental (spontan)
> Lebih kebiasaan
Contoh:
-Penembak kesasaran yang statik
-Lontaran bebas bola keranjang
-Pemanah sedia memanah
-Melakukan aksi gimnas
-Menaip



Latihan 3 Menguji minda anda!


Kemahiran boleh diklasifikasikan kepada kemahiran tertutup dan terbuka. Dimensi
apakah yang anda akan gunakan jika anda ingin mengklasifikasikan kemahiran
memandu kereta ataupun berjalan di atas tali?
5.2.1.3 Kemahiran self-paced dan externally paced
Self-paced Externally paced
>Juga dipanggil internal paced atau
kemahiran tertutup
>Mengawal perlakuan mengikut
kemampuan diri
Contoh:
-Boling
-Larian 3000 m
>Pelaku bergantung kepada kelajuan/
pacing yang tidak dapat dikawal
Contoh:
-Sukan berpasukan
5.2.1.4 Kemahiran terasing, berurutan dan berterusan
Kemahiran terasing/diskrit Kemahiran berurutan/serial Kemahiran
berterusan/continous
>Memerlukan satu usaha
>Permulaan dan penamat
kemahiran boleh dikesan.
Contoh:
-Lontaran bebas bola
keranjang
-Membaling anak panah
ke papan
>Melibatkan satu siri
pergerakan, dalam
turutan
>Merupakan pergerakan
terasing yang diulang.
Contoh:
-Servis tenis
-Lay-up bola keranjang
>memerlukan aksi
berulang
>Tiada titik mula dan
tamat bila-bila masa
sahaja.
Contoh:
-Mengayuh basikal
-Berkanu
-Berjalan
-Berlari
-Berenang


Latihan 4 Menguji minda anda!


Bolehkah anda mengklasifikasikan kemahiran-kemahiran berikut berasaskan dimensi
kemahiran diskrit, berterusan dan bersiri dengan menandakan betul pada petak yang
berkenaan.
Kemahiran Terasing Bersiri Berterusan
berenang
mengetuk paku

bermain dart
memandu kereta
rutin gimnastik
masuk gear kereta
berlari
menangkap bola
berbasikal
menembak
menendang bola
5.2.1.5 Dimensi Kemahiran Motor - Kognitif
Kemahiran motor Gabungan kemahiran motor
dan kognitif
Kemahiran kognitif
Minimum buat keputusan
Maksimum kawalan motor
Ada buat keputusan dan
kawalan motor
Maksimum buat keputusan
Minimum kawalan motor
>lari pecut
>lompat tinggi
>angkat berat
>pitching sofbol
>menunggang kuda
>belayar
>pemain sukan
>main catur
>memasak
>tugas jurulatih

5.2.2 Pemindahan pembelajaran
5.2.2.1 Pemindahan pembelajaran
(i) Definisi Merujuk kepada pengaruh pengalaman lepas/sedia ada terhadap
perlakuan satu kemahiran pada kontek yang baru atau pada pembelajaran
satu kemahiran yang baru.
(ii) Pemindahan positif Berlaku apabila pengalaman pembelajaran sesuatu
kemahiran yang lepas membantu pembelajaran sesuatu kemahiran yang
baru. Contoh: Orang yang tahu bermain tenis senang belajar bermain golf.
(iii) Pemindahan negatif Berlaku apabila pengalaman pembelajaran sesuatu
kemahiran yang lepas menghalang atau menggangu pembelajaran sesuatu
kemahiran yang baru. Contoh: Pemain tenis sukar untuk belajar bermain
badminton.
(iv) Pemindahan sifar/tiada pemindahan Berlaku apabila pengalaman
pembelajaran sesuatu kemahiran yang lepas tiada memberi kesan atau
mempengaruhi pembelajaran sesuatu kemahiran yang baru.
Contoh: Belajar untuk berenang kepada belajar hendak membawa
kereta.
(v) Pemindahan Bilateral - Berlaku apabila pemindahan pembelajaran berkaitan
dengan pembelajaran tugasan yang sama tetapi dengan menggunakan
bahagian kaki/tangan yang berbeza
(vi) Kenapakah pemindahan pembelajaran itu penting?
Kita telah mengambil kira bahawa prinsip adalah bentuk asas untuk;
-Membentuk asas untuk perkembangan kurikulum pendidikan.
-Membentuk asas untuk pengkaedahan pengajaran.
-Untuk perkembangan dan perlaksanaan pendekatan bersistem
kepada protokol pemulihan.
(vii) Pemindahan potensi pembelajaran dalam pengajaran boleh dimaksimumkan
oleh instruktur kemahiran motor dengan mengambil kira garis-panduan di
bawah ini supaya apa yang diajar adalah lebih berkemungkinan lebih untuk
dipindahkan kepada situasi pembelajaran yang baru.
- Maksimumkan kesamaan antara pengajaran dan situasi pengukuran
sebenarnya.
- Sediakan pengalaman yang mencukupi dengan tugasan asal.
- Sediakan contoh-contoh yang berbagai apabila mengajar konsep-konsep
dan prinsip-prinsip.
- Labelkan atau kenalpasti bahagian tugasan yang penting.
- Pastikan prinsip-prinsip umum difahami sebelum mengharapkan pemindahan
yang berkesan.
5.2.2.2 Perbezaan Individu
Pembolehubah perbezaan individu adalah berdasarkan klasifikasi yang
dikemukakan oleh Fleishman (1972). Pembolehubah perbezaan individu dalam
aspek tahap kebolehan motor boleh dinilai berpandukan dua taksonomi
keupayaan motor yang dikemukakan oleh Fleishman iaitu:
(i) Keupayaan persepsi motor
Ciri-cirinya adalah:
Koordinasi berbagai anggota melibatkan interaksi semua anggota badan
yang terlibat dalam sesuatu pergerakan.
Ketepatan kawalan merujuk kepada keupayaan mengawal kualiti
pergerakan yang dihasilkan.
Orientasi respons merujuk kepada keupayaan untuk menghasilkan respon
yang sesuai dengan keperluan persekitaran.
Masa reaksi merujuk kepada tempoh yang diambil untuk memulakan
pergerakan selepas menerima rangsangan.
Kelajuan respons merujuk kepada masa yang diambil untuk melengkapkan
pergerakan
Keupayaan manipulasi jari merujuk kepada keupayaan mengendalikan
kemahiran halus yang melibatkan penggunaan jari seperti kemahiran
bermain piano, menjahit dan pitching bola sofbol.
Keupayaan manual merujuk kepada keupayaan mengendalikan
kemahiran kasar yang melibatkan penggunaan keseluruhan bahagian
tangan seperti menangkap dan membaling.
Integrasi respons merujuk kepada integrasi pelbagai maklumat sensori
untuk menghasilkan pergerakan
(ii) Kecekapan fizikal
Ciri-cirinya adalah:
Kekuatan statik
Kekuatan dinamik
Kekuatan ekplosif
Kekuatan bahagian anggota atas
Kelenturan statik
Kelenturan dinamik
Koordinasi asas
Keseimbangan asas
Daya tahan
(iii) Perbezaan Individu.
-Suatu proses yang berterusan & kekal




PERBEZAAN
INDIVIDU
Nature Ikhtiar Hidup
( (alam sekeliling & baka) vs Nuture (didikan)
Penguasaan Kemahiran
MotorAsas

Tumbesaran
(proses tumbesaran &
perkembangan)
Kemahiran Motor
Kompleks
Personaliti
Perbezaan
Kebolehan
= suatu proses yang kekal

= suatu proses yang bertimbal balik




Personaliti
pola = sesuatu yang dibentuk
tret = sesuatu yang diwarisi
jumlah keseluruhan corak, tret, pola individu
satu kualiti diri yang digambarkan mengikut suasana, keperluan, kelompok & keadaan
yang berbeza & sentiasa berubah
Allport, 1955:
Satu organisasi psiko-fizikal yang unik & dinamik mengikutperubahan persekitaran.
Han Eysenck, 1960:
Satu organisasi yang stabil & menonjol yang dilihat sebagai sifat, perwatakan, tabiat,
perangai, intelek & bentuk badan yang menentukan penyesuaian yang unik
terhadap persekitaran.
Salvatore Meidi, 1970:
Satu set perwatakan yang stabil & boleh menentukan tingkah laku psikologikal yang
tersusun dari tekanan sosial & biologikal
Sigmund Freud. 1959:
Satu corak tret yang unik & sebagai modaliti (rupa & gaya) yang bertindak balas
antara satu dengan lain & membentuk sesuatu tingkah laku yang kekal.
Komposisi Personaliti Guilford, 1959:
sikap

aptitud minat
perangai personaliti keinginan


morfologi fisiologi
Perbezaan Individu dan Kebolehan Motor.
Wujud oleh sebab individu ada personaliti & personaliti akan bertembung dengan
kemahiran motor
Perbezaan penguasaan kemahiran motor asas
Perbezaan penyempurnaan tugas
Kesanggupan individu melakukan berbagai tugas bergantung pada keupayaan
Perbezaan di antara kebolehan & kemahiran
Kebolehan Kemahiran
-tret yang diwarisi -dibina melalui latihan
-stabil & tahan -ubah suai dengan latihan
-bilangan tertentu (50 jenis) -tidak terbilang
-menjadi asas pada kemahiran -bergantung kepada kebolehan

5.2.2.3 Pembinaan Motor
Teori Pembelajaran Lengkaran Tertutup - Jack Adam, 1971
- berpunca dari proses pembelajaran

Rangsangan Sistem Mekanisme Efektor
Sensori Rujukan
GerakBalas
Jejak Jejak
Ingatan Persepsi

Ingatan Lampau Pergerakan Pengetahuan
Mengenai Keputusan
Laluan sensori dari otot,tendon, -keputusan
Sendi, mata, telinga (proprioseptor) hasil gerak
balas
satu mekanisme dalaman
satu kawalan secara automatik yang telah diprogramkan
kita mengawal pergerakan sendiri dari mekanisme rujukan
proprioseptor maklumat yang diberi kepada laluan saraf dari sistem sensori
Pengetahuan mengenai keputusan (Knowledge of Results) akan bersatu dengan
Mekanisme Rujukan
lupaan banyak kerana maklumat tidak diguna selalu
apabila individu dapat memindahkan paradigmanya dari peringkat rendah ke tinggi
(motor lisan ke pembelajaran motor) dan kalau individu dapat menguasainya kerlakuan
kemahiran menjadi automatik
sistem pemprosesan maklumat terdiri dari;
1. Intrinsik (Teori Lengkaran Tertutup)
2. Ekstrinsik (Teori Lengkaran Terbuka)
Pengalaman lampau yang memberi/mengukuhkan jejak ingatan & jejak persepsi
Persepsi Kinestatik keupayaan/kebolehan individu merasa kedudukan @ posisi seluruh
anggotanya.
Teori pembelajaran Skema Schmidt


Rangsangan Organ Pemilihan Pemilihan
Deria pergerakan pergerakan
untuk















respon



Gerak
balas



MAKLUM BALAS
bagaimana individu boleh melakukan sesuatu respon dengan lebih tepat pada
pergerakan yang tidak pernah dilakukan
Skema satu set undang-undang
- langkah-langkah dalam menjalani satu proses yang berurutan
- memberi peluang untuk memilih maklumat penting
- kalau skema dapat diringkaskan maka pembelajaran menjadi senang
- kita mengawal & belajar segala kemahiran pada asas yang sama cuma
peringkatnya yang berbeza
- kalau maklumbalas adalah lebih awal, lebih pembelajaran berbalik berlaku akan
menyebabkan pembelajaran menjadi lambat
untuk mengurangkan tempoh pembelajaran, kita boleh melakukan
- kekerapan latihan
- Hukum Kesan EL Thorndike









Persamaan & Perbezaan Teori Pembelajaran Jack Adam & Schmidt
Persamaan:
ada maklum balas/knowledge of results
ada gabungan program motor
berkaitan dengan rujukan/maklumat-maklumat perlakuan
banyak pembinaan ingatan/persepsi
mementingkan 'knowledge of results'
ada latihan, lebih latihan jadi automatik
Perbezaan:
Adam - setiap respon ada dalam ingatan
Schmidt - beberapa pergerakan yang dikeluarkan dijadikan
sebagai ingatan
Adam - tumpuan pada pergerakan perlahan
Schmidt - skema pada beberapa jenis pergerakan
Adam - kejayaan melakukan kemahiran baru tidak boleh
diambil kira
Schmidt - kejayaan itu penting kerana adanya skema yang
diikuti

5.2.2.4 Proses Pembelajaran Kemahiran
Fasa Pembelajaran Motor


Fitts & Fosner Schmidt
Status
KUASAI sosio-budaya
KEMAHIRAN visi&harapan

semangat
-Pergerakan licin -lebih cekap
atau automatik -pergerakan&analisis
-tanpa banyak data lebih automatik
berfikir -tumpuan pada gerakan
Tahap autonamus licin, gaya
(paling tinggi).


-kurang kesilapan -peningkatan program
gerakan kasar motor
-tumpu kemahiran -ketekalan tinggi
halus -antisipasi & timing
-boleh kesan kesilapan
Tahap asosiatif.
-banyak kesilapan -tentukan perlakuan &
-pergerakan kasar objektif
-banyak soalan -pergerakan tidak licin
kenal sub-rutin & -teragak-agak
urutan
Tahap kognitif lisan PENGENALAN
(paling primitif) KEMAHIRAN

5.2.2.5 Ingatan dan Lupaan
Sage (1984) mendefinisikan ingatan sebagai menyimpan maklumat dan memperolehi
kembali maklumat berikutnya. Pembelajaran berkaitan dengan pengumpulan maklumat
baru atau mempelajari kemahiran baru, dan ingatan merujuk kepada mengingati maklumat
yang telah dipelajari atau kemahiran yang dipelajari.
setiap organisma harus ada ingatan dalam pembelajaran motor
supaya dapat mempelajarai & menguasai kemahiran
merupakan satu konsep memproses maklumat
supaya maklumat yang diproses dapat dikeluarkan untuk digunakan bagi tujuan
mencapai respon
sesetengah respon mungkin tidak dapat diselaraskan akibat gangguan ingatan
apa jua situasi yang dihadapi melibatkan ingatan
jika tidak, kita tidak dapat respon kepada apa-apa rangsangan
maklumat diproses & disimpan dalam stor (otak) supaya dapat digunakan pada bila-bila
masa
Howe,1970: > Ingatan menggambarkan keupayaan individu untuk mengingat dan
bukan menjelaskan terhadap peringatannya
> dapat menggunakan semula maklumat yang diproses
Tulving,1985: > Ingatan menggambarkan keupayaan yang membolehkan organisma
mendapat faedah/keuntungan dari pengalaman lepas
Terdapat 2 isu yang menjadi fokus bila mengkaji ingatan:
Isu 1 > Organisma sering menggunakan :-
a) Ingatan Motor - ingat pergerakan yang telah dilakukan
- jika banyak ingatan motor yang menganggu maka
pembelajaran bersifat negatif
- jika sebaliknya, pembelajaran bersifat positif
b) Ingatan Lisan - cues, isyarat secara lisan yang dapat diingat kembali bagi
membantu pembelajaran
Isu 2 > Peristilahan yang sering dikaitkan :-
a) Ingatan - keupayaan individu mengguna semula maklumat yang telah
dipelajari
b) Lupaan - maklumat yang diproses & disimpan tanpa
susunan
- maklumat yang tidak diproses dalam satu saat
akan hilang

Proses Ingatan - Model Schmidt

INPUT KINESTATIK
PERSEKITARAN

STOR SENSORI JANGKA
PENDEK (1 SAAT)


MELALUI PEMILIHAN
PEMERHATIAN

OUTPUT INGATAN JANGKA
PERGERAKAN PENDEK (60 SAAT)
MELALUI PROSES MELALUI RAPTAI PEROLEHAN KEMBALI


INGATAN JANGKA
PANJANG
*Enkoding > memasukkan maklumat
*Dekoding > mengeluarkan maklumat
Stor Sensori Jangka Pendek
maklumat disimpan oleh reseptor - 1 saat
keupayaan tidak terhad
kebanyakan maklumat hilang
Ingatan Jangka Pendek
keupayaan terhad
mudah diganggu
boleh diukur - ulang maklumat serta merta
maklumat boleh disimpan - 60 saat
Ingatan Jangka Panjang
simpan kekal maklumat
banyak raptai dilakukan - aktiviti sama
ulangan - cara lain
digubah/tukar kepada kod memori kekal
maklumat bermakna
Ingatan : 2 komponen yang berfungsi
1. Ingatan Kerja - rakam maklumat dari sesuatu yang baru dilakukan
- perolehan kembali ingatan jangka panjang
- proses maklumat yang aktif
2. Ingatan Jangka Panjang - memori sebenar
- simpan secara kekal
- kejadian lepas
- pengetahuan am
- Tulving, 1985 : 3 sistem - prosedural (berurutan)
- semantic (merancang)
- episodik
Ingatan Prosedural
membolehkan kita mengetahui bagaimana melakukan sesuatu
memberi respon bersesuaian dengan kehendak persekitaran
cara menghasilkan respon yang tepat
Ingatan Semantik
kebolehan menyatakan sesuatu yang sukar dipersepsikan
pengetahuan am, visi yang tajam (real)
mengkonsepsi sesuatu hingga menjadi sesuatu yang realiti
Ingatan Episodik
membolehan kita menjelajah ke belakang secara mental
menghubungkan kejadian dengan masa
mengaitkan kejadian penting dalam hidup - mampu menyatakan masa & di mana
mengingatkan pengalaman @ episod dengan tepat
Sistem lupaan
Terdapat dua teori berkenaan lupaan iaitu teori lemah kesan dan teori gangguan. Teori
lemah kesan mengandaikan bahawa masa menyebabkan ingatan menjadi lemah. Dalam
pembelajaran kemahiran, ingatan menjadi lemah apabila latihan tidak diteruskan kerana
sebarabg oerubahan dalam system saraf menjadi lemah apabila tidak diperkukukuhkan
melalui latihan. Teori gangguan pula mengandaikan bahawa pembelajaran baru
menganggu ingatan simpanan maklumat yang telah dipelajari sebelum ini. Sebagai contoh
pembelajaran pukulan kilas badminton mengganggu pembelajaran baru pukulan kilas
skuasy dan sebaliknya, kerana kedua-dua menggunakan pergerakan pergelangan tangan
yang berbeza.



Latihan 5



Teori Pembelajaran Lingkaran Tertutup Jack Adam dan Teori Pembelajaran
Skema Schmidt membincangkan bagaimana program motor berlaku semasa
seseorang itu melakukan sesuatu kemahiran.
Bincangkan persamaan dan perbezaan di antara kedua-dua teori pembelajaran
tersebut dengan bantuan kepada buku rujukan dan gunakan pengurusan grafik.
TAJUK 5.3 Ciri-ciri Pembelajaran Motor.
Pendahuluan
Menurut Tuckman (1978), teori adalah suatu himpunan konsep, definisi dan saranan yang
saling berkaitan dan memberi gambaran teratur tentang sesuatu fenomena dengan
menyatakan hubungan atau pertalian antara pembolehubah-pembolehubah untuk
menerangkan dan meramalkan fenomena itu. Dengan adanya teori, penyelidikan dapat
dijalankan untuk memberi dan memperkembangkan ilmu pengetahuan, dan dapat
memahami, menjangka dan mengawal sesuatu hasil. Dengan adanya pengetahuan
mengenai teori psikologi sukan, guru pendidikan jasmani, jurulatih ataupun atlit sendiri
akan dapat mengaplikasikan semasa terlibat dalam sukan. Biasanya atlit elit dapat
menggunakan teori-teori tersebut semasa mereka bertanding terutamanya penggunaan
latihan mental yang ketara.
5.2 Ciri-ciri Pembelajaran
5.3.1 Latihan Mental
Pengenalan
Selain memberi penumpuan dan penegasan kepada aspek fizikal, kita juga perlu
mengimbangkan aspek-aspek mental di dalam menghadapi sesuatu pertandingan
sukan. Latihan mental ini boleh diadakan sebelum atau semasa menyertai
pertandingan untuk membantu para ahli sukan ke arah pencapaian yang lebih
cemerlang di dalam bidang sukan yang diceburi. Latihan mental digunakan untuk
menunjukkan kesediaan yang akan berlaku pada diri individu. Konsep latihan
mental mungkin lebih mudah difahami sekiranya ia dianggap sebagai latihan
tanpa gerak atau latihan dalaman.
5.3.1.1 Kegunaan dan Kepentingan
1. Untuk membina kecekapan murid dalam sesuatu kemahiran dengan lebih
cepat, menyeluruh dan mendapat kefahaman yang lebih meluas.
2. Penggunaan yang lebih berkesan dapat dilakukan apabila kemudahan
penglibatan secara berpasukan dengan menggunakan peralatan
yang terhad.
3. Latihan mental dapat memperbaiki prestasi dan persembahan ahli sukan di
samping dapat membantu ahli sukan mengurangkan kesilapan dan
kesalahan yang mungkin berlaku.
5.3.1.2 Teknik-teknik dalam Latihan Mental
1. Teknik Percubaan - Tumpuan asas adalah ke arah membolehkan seseorang
memahami kemahiran sebelum memulakan latihan mental dan
pelaziman bagi kemahiran adalah perlu dilatih dengan betul.
2. Teknik Praktis - Terdapat beberapa cara di mana individu boleh
mempraktikkan secara mental untuk memperbaiki pergerakan.
3. Teknik Ulasan - Tumpuannya adalah menggalakkan untuk mengingat
kembali secara mental seluruh pertunjukan dan cuba merasai
kinestatik dan isyarat-isyarat lain berhubung dengan tindakan itu.
5.3.2 Motivasi
Definisi
Motivasi ialah satu istilah yang luas yang merujuk kepada suatu tingkat ke arah
memperbaiki pergerakan dan tindakan.
5.3.2.1 Teori-teori Motivasi;
1. Teori Keutamaan Keperluan - Mengikut Hull dan Freud, semua perlakuan manusia
adalah bertujuan untuk memenuhi kekurangan yang terdapat dalam diri
manakala Cannon memperkenalkan konsep 'homeostasis' yang merujuk
kepada proses yang membolehkan sesuatu organisma mengekalkan
keseimbangan fisiologinya dengan menyeimbangkan penyesuaian dalaman
dengan penekanan luar.
2. Teori Kepelbagaian Faktor - Tolman menyebut keadaan ini sebagai 'keperluan
primer' (lapar, haus dan sebagainya), 'keperluan sekunder' (perhubungan
sosial dan kuasa) serta 'keperluan tertiari' (tingkah laku pembelajaran yang
melibatkan berbgai-bagai kegiatan bermatlamat). Senarai keperluan
oleh Murray termasuk suka bergaul dengan orang lain (affiliation), suka
membantah akan orang lain (dominance) dan dorongan memerhati serta
mengemukakan soalan-soalan dan sebagainya (cognizance). Senarai
McDougal termasuklah kecenderungan untuk menjelajah, kecenderungan
untuk bertindak secara agresif, kefcenderungan untuk bercampur gaul dan
kecenderungan untuk menguasai sesuatu.
5.3.2.2 Sumber
1. Instrinsik (dalaman) berdasarkan keyakinan diri, kebolehan, kemahuan
dan keinginan untuk melakukan sesuatu aktiviti.
2. Ekstrinsik (luaran) berdasarkan ganjaran (positif/negatif), orang
tersayang, persekitaran
5.3.2.3 Faktor-faktor Mempengaruhi Tingkat Motivasi.
1. Kesediaan untuk bertindak.
2. Motif mempengaruhi pergerakan.
3. Keletihan sebagai motivasi negatif.
4. Ganjaran, hukuman dan pergerakan.
5. Kegagalan masa lalu.
5.3.2.4 Sumber-sumber Motivasi.
Umumnya terdapat empat sumber utama motivasi pada seseorang:
1. Persetujuan sosial dan ganjaran-ganjaran sosial yang lain (dari luar atau orang lain).
2. Ganjaran dalam bentuk wang atau kebendaan.
3. Kecenderungan, minat dan kepelbagaian aktiviti.
4. Ganjaran keseluruhan daripada diri sendiri dan psikologi pelatih.
5.3.2.5 Apakah yang Memotivasikan Ahli-ahli Sukan Berusaha.
Faktor-faktor itu antaranya adalah seperti berikut:
1. Mencari ketegangan dan mengatasinya.
2. Kejayaan dalam kecemerlangan.
3. Status.
4. Keperluan dipunyai.
5. Ganjaran yang nyata.
5.3.2.6 Kemahiran Memotivasikan Diri
Antara teknik yang biasa digunakan untuk memotivasikan diri individu adalah
penetapan matlamat perlakuan dan kata-kata rangsangan diri.
a. Penetapan matlamat
Satu proses kognitif yang digunakan untuk meningkatkan prestasi dengan
membuat sasaran tertentu yang sentiasa dinilai sebagai panduan untuk
mencapai sasaran tersebut.
Tahap-tahap Penetapan Matlamat
i. Matlamat Jangka Panjang
Matlamat terakhir dalam perancangan seseorang atlit atau
pasukan dalam mencapai sasaran yang ditetapkan.
ii. Matlamat Jangka Sederhana
Matlamat pertengahan dalam perancangan seseorang atlit atau
pasukan untuk menilai sama ada atlit atau pasukan tersebut
berada di landasan yang betul untuk menepati matlamat terakhir.

iii. Matlamat jangka Pendek
Matlamat harian atau mingguan yang digunakan untuk menilai
sama ada atlit atau pasukan tersebut berada dilandasan yang
betul untuk menepati matlamat jangka panjang.
Matlamat tersebut memainkan peranan sebagai pemangkin untuk
memotivasikan individu tersebut disamping menjadi panduan
untuk menilai sama ada apa yang dirancangkan menepati
matlamat.
b. Kata-kata Rangsangan Diri
Kata-kata perangsang atau perkataan yang boleh digunakan untuk
meningkatkan motivasi, keyakinan diri serta intensity usaha seseorang
individu atau pasukan (Contoh: Malaysia Boleh) ataupun perkataan yang
menggambarkan cirri-ciri tertentu (kuat seperti harimau), kata-kata
hikmat (andalah yang terbaik) serta doa.


Latihan 6 Menguji minda anda!


Motivasi dan kesepaduan pasukan. Dengan merujuk kepada buku rujukan asas, beri
pandangan anda mengenai kenyataan tersebut.
5.3.3 Kematangan.
Definisi
Kematangan adalah kemunculan sebarang ciri-ciri yang menunjukkan
kesempurnaan pelaksanaan. Perkembangan ciri-ciri ini bergantung kepada fungsi
neurologi dan berlaku pada hayat awal individu. Kadar kematangan akan
berkurangan dan akan sampai sepenuhnya pada umur dua puluhan tahun.
5.3.3.1 Peringkat Perkembangan.
Piaget membahagikan fasa motor pancaindera kepada enam peringkat:
1. Peringkat pantulan - bulan pertama usia seseorang. Cirinya adalah
pantulan mudah.
2. Reaksi bulat primer - bulan kedua dan ketiga yang mana bayi akan
mengulang tindakan motor seperti membuka dan menutup
genggaman.
3. Reaksi bulat sekunder - tindakan dilakukan adalah atas keputusannya,
misalnya, bayi akan menyepakkan benda berulang-ulang sebab dia
dapat keseronokan daripada hasilnya.
4. Kordinasi reaksi sekunder - peringkat ini berlaku pada bulan ketujuh hingga
bulan kesepuluh, dan bayi akan melakukan sesuatu tindak balas yang
sudah dipelajari supaya mendapat satu matlamat yang diingini.
5. Pergerakan bulat ketiga - peringkat ini berlaku pada bulan ke 11 hingga ke
18, di mana bayi akan menggunakan tindak balas yang berbeza
supaya mendapat matlamat yang sama.
6. Kombinasi akal - berlaku pada bulan ke 18, di mana kanak-kanak belajar
berfikir melalui sesuatu tindakan dan akan menimbang kemungkinan
akibatnya sebelum dia bertindak, dan ini adalah permulaan pemikiran
konseptual.






5.3.3.2 Kesan Daripada Perbezaan Umur, Seks dan Kematangan.
Adalah tidak sesuai untuk menggunakan umur kronologikal untuk mengukur
peringkat kematangan seseorang. Beberapa penyelidikan menunjukkan bahawa
kekuatan otot dan kecekapan motor berkembang dengan umur kronologikal
semasa persekolahan.
5.3.3.3 Pembelajaran dan Kematangan.
Fitts dan Posner (1967) menjelaskan bahawa kemahiran umum, di mana walaupun
refleksif dalam semula jadi namun harus dipengaruhi oleh pembelajaran. Namun
demikian, corak asas mereka diwarisi oleh struktur baka manusia. Idea kemahiran
kematangan di mana pembelajaran memainkan peranan yang terhad dan hanya
betul apabila sesuatu aras kematangan telah tercapai, juga adalah suatu kategori
tingkah laku kemahiran yang diterima terutama sekali kemahiran lokomotif di mana
pembelajaran kemahiran bergantung.
5.3.4 Kebimbangan
Definisi
Kebimbangan merupakan suatu keadaan di mana wujud perasaan takut atau
gementar atau merasakan alamat buruk terhadap sesuatu perkara yang berlaku
atau yang akan berlaku, sama ada pada diri seseorang ataupun pada orang lain
yang mempunyai pertalian atau kaitan dengan orang lain.
Freud membahagikan kebimbangan kepada tiga kategori seperti berikut:
1. Kebimbangan sebenar, iaitu ketakutan yang normal yang dihadapi oleh
seseorang pada kedudukan dan suasana yang juga normal.
2. Kebimbangan neurotis, yang merupakan ketakutan terhadap hukuman
bagi pencabulan atau pencerobohan atau penglibatan masa
depan.
3. Kebimbangan moral, yang merupakan ketakutan pada sesuatu hukuman
atau dendaan bagi kelakuan yang tidak diterima oleh masyarakat.
Dua jenis kebimbangan lain yang wujud daripada pelaksanaan atau perlakuan
seseorang di dalam aktiviti sukan yang berkaitan dengan gerak balas atau tingkah
laku ialah:
1. Kebimbangan kecerdasan
2. Kebimbangan kegagalan
5.3..4.1 Kesan dan Akibat Kebimbangan.
Dalam sukan, kebimbangan boleh mengakibatkan kesan yang tidak sihat sehingga
dapat pula menggugat prestasi atau pencapaian seseorang. Kebimbangan yang
serius boleh mengakibatkan gangguan fikiran dan jiwa, dan mampu pula
berlaku breakdown. Kebimbangan boleh berlaku sebelum, semasa dan selepas
sesuatu perlaksanaan perlakuan. Kebimbangan yang berlaku pada seseorang
semasa bertanding akan memberi peluang kepada pihak lawan untuk mengambil
kesempatan dan peluang untuk meraut kemenangan.
Mengatasi Kebimbangan.
Prinsip kepada setiap keadaan kebimbangan ialah menerusi perlakuan atau amalan
yang betul serta diperkuatkan dengan sifat yakin pada diri sendiri.
Antaranya;
1. Menjalankan latihan dan penyesuaian dalam sukan yang dipilih sebelum
bertanding.
2. Mempelajari juga bagaimana untuk melawan atau mengatasi setiap
keadaan yang boleh mempengaruhi persembahannya dalam
pertandingan sebenar.
3. Latihan kemahiran dan pembelajaran motor adalah cara paling berkesan
bagi seseorang mengelakkan diri daripada keadaan kebimbangan.
4. Latihan yang bersistem mampu menghasilkan kejayaan yang diharapkan
malahan pencapaiannya kadang-kadang jauh lebih baik daripada
mereka yang tidak mengikut latihan atau tidak memandang berat
akan latihan yang diajukan kepadanya.
5. Menanam semangat dan disiplin yang tinggi.
5.3.4.3 Teknik Mengurangkan kebimbangan.
Antara teknik psikologi yang boleh digunakan adalah;
1. Terapi pernafasan
Teknik: Menarik satu nafas yang panjang dan
menghembuskannya perlahan-lahan. Dilakukan berulang kali
sehingga berasa tenang atau releks
2. Pemusatan (centering)
Teknik: Menarik nafas yang panjang seperti terapi pernafasan
serta menumpukan perhatian (pemusatan) kepada titik di
belakang pusat dan di tengah badan kita. Dilakukan dalam
keadaan berdiri pada kedudukan yang selesa.
3. Relaksasi
Teknik: Mengecut dan merelakskan otot secara progresif. Boleh
dilakukan secara duduk atau berbaring.
4. Visualisasi
Teknik: Membayangkan sesuatu yang boleh menenangkan
individu apabila mereka berada dalam keadaan tertekan
atau bimbang.
5.3.4.3 Tekanan.
Tekanan boleh ditakrifkan sebagai suatu pergerakan atau tindakan yang datangnya
dari persekitaran ke atas individu. Tekanan juga dikatakan suatu keadaan yang tidak
seimbang sementara pada fisiologi yang akan mendorong seseorang untuk
melakukan sesuatu, akibat daripada tekanan yang mengancam dirinya.
Tiga kategori tekanan;
1. Tekanan tugas (task stress)-cara individu menyesuaikan diri pada input yang
keterlaluan atau yang berlebihan.
2. Tekanan persekitaran (environmental stress)-cara individu bertindak kepada
tekanan persekitaran.
3. Tekanan yang optimum (optimal stress)-tekanan yang memandu seseorang
untuk memilih hasil usaha yang cemerlang.
5.3.4.4 Kesan dan Cara Mengatasi Tekanan.
1. Menerusi latihan seseorang itu dapat mel;akukan sesuatu tugas dengan baik dan
berkesan dibandingkan dengan mereka yang tidak mengikuti latihan.
2. Pendedahan yang berulang kali kepada tekanan mental dan emosi akan
menyebabkan berlakunya penyesuaian dalam setengah-setengah gerak
balas tekanan.
3. Pendedahan yang kronik (seperti pelaziman fizikal) ke atas tekanan selalunya
mengakibatkan adaptasi ke atas tekanan tersebut.


Latihan 7 - Dapatkan seberapa banyak maklumat di perpustakaan
atau pusat sumber yang berdekatan.







Kegelisahan merupakan satu faktor yang sering menghantui atlit terutama mereka yang baru
atau yang kurang pengalaman dalam menghadapi situasi pertandingan pada tahap yang
lebih tinggi. Kegelisahan berpunca daripada tekanan dan kebimbangan.
Dengan merujuk kepada buku rujukan utama, senaraikan beberapa tanda atau symptom
kegelisahan.
Latihan 8 - Latihan Berstruktur :
Arahan: Tulis jawapan anda pada ruang yang disediakan
(a) Berikan ciri-ciri untuk setiap peringkat proses mempelajari kemahiran-
kemahiran motor berikut:
i. Peringkat Kognitif
__________________________________________________________
__________________________________________________________
__________________________________________________________
ii. Peringkat Pemantapan
__________________________________________________________
__________________________________________________________
__________________________________________________________
iii. Peringkat Automatik
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
______________________
__________________________________________________________
(b) i. Berikan satu contoh situasi di mana pemindahan pembelajaran
secara bilateral telah berlaku.
__________________________________________________________
__________________________________________________________
__________________________________________________________
ii. Berikan satu contoh situasi di mana pemindahan pembelajaran
secara negatif telah berlaku.
__________________________________________________________
__________________________________________________________
__________________________________________________________

Latihan 9 : Latihan Berstruktur :
(a) Berikan definisi untuk setiap perkara berikut:
i. Kemahiran tertutup
__________________________________________________________
__________________________________________________________
__________________________________________________________
ii. Kemahiran terbuka
__________________________________________________________
__________________________________________________________
__________________________________________________________
iii. Kemahiran diskrit
__________________________________________________________
__________________________________________________________
(b) Berikan satu contoh kemahiran motor untuk setiap kenyataan berikut :
i. kemahiran tertutup_____________________________________
ii. kemahiran terbuka_____________________________________
iii. kemahiran diskret______________________________________
iv. kemahiran 'continuous'__________________________________
UNIT 1 : Soalan Tutorial
Rangkakan satu rancangan mengajar yang lengkap mengenai sesuatu kemahiran
pilihan anda yang diajar selama 60 minitdengan memasukkan teori-teori
pembelajaran kemahiran motor yang telah anda pelajari.


UNIT 2 : Soalan Tutorial
Perolehan sesuatu kemahiran bergantung kepada bagaimana seseorang guru
memilih pendekatan untuk mengajar. Banding bezakan pendekatan berasaskan
teori-teori pembelajaran motor untuk mengajar suatu kemahiran tertutup dan suatu
kemahiran terbuka.

You might also like