You are on page 1of 13

Pluralisme agama' keliru lagi mengelirukan

Oleh Mohd. Ayop Abd Razid



Sebelum kita memahami apa yang dimaksudkan dengan pluralisme agama adalah baik kita
memahami dua perkataan yang sering disalah faham dalam konteks memahami 'pluralism agama'.
Dua perkataan yang saya maksudkan itu ialah plurality( pluralitas) dan 'pluralism'.

Perkara ini dijelaskan oleh Profesor Datuk Dr. Osman Bakar dalam ucaptamanya di Wacana
Pemikiran dan Pembinaan Ummah yang bertemakan "Membanteras Gerakan Pluralisme Agama dan
Pemurtadan Ummah".

Menurutnya, plurality adalah sifat sesuatu keadaan yang di dalam bahasa Melayu disebut
'kepelbagaian' atau 'kemajmukan'. Misalnya masyarakat kita adalah masyarakat yang bersifat
majmuk dengan pelbagai etnik, kaum, agama, bahasa dan anutan agama.

Konsep kemajmukan ini disebut di dalam al-Quran sebagai masyarakat manusia (bani Adam) yang
diciptakan dari pelbagai warna kulit dan keturunan dengan tujuan untuk saling kenal mengenali (al-
Hujuraat:13). Sebaliknya apabila disebut pluralism maka ia sudah merupakan satu fahaman atau
ideologi tersendiri yang memiliki doktrin-doktrin yang tertentu.

Justeru, apabila disebut pluralisme agama di dalam rencana ini maka ia merujuk kepada satu
fahaman atau ideologi yang memiliki doktrin-doktrin tertentu. Apa maksudnya pluralisme agama?

Pluralisme agama adalah fahaman yang mengajar semua agama adalah sama kerana menganggap
setiap agama bersifat relatif dan nisbi kebenarannya.

Mereka mendukung kesamarataan agama yang di dalam bahasa Inggeris disebut Transcendent Unity
of Religions.

Fahaman ini telah dikembangkan oleh sekelompok pemikir Kristian seperti Raimundo Panikkar
(Pastor Khatolik kelahiran Sepanyol), Wilfred Cantwell Smith (pengasas Institute of Islamic Studies di
McGill University Canada), Frithof Schuon (bekas Kristian yang keluar masuk pelbagai agama) dan
John Hick (Profesor teologi di Claremont School California AS).

Peter Byrne, Profesor di King's College London menyebut bahawa pluralisme agama adalah adunan
tiga tesis iaitu: semua agama besar di dunia adalah sama; semua agama itu menawarkan jalan
keselamatan, dan semua agama terbuka untuk dikritik dan ditinjau kembali.

John Hick menganggap bahawa agama-agama besar dunia adalah satu, iaitu "Hakikat Ultimate yang
Tunggal" (The Ultimate Reality) dan Tuhan mempunyai pelbagai nama.

Doktrin beliau itu mencerminkan bahawa kewujudan agama yang beragam pada hakikatnya adalah
memiliki manhaj yang sama dan autentik untuk membawa manusia ke jalan keselamatan (salvation).

Justeru, semua agama yang ada adalah authentic manifestations of the Real, dan tidak ada satu
agama pun yang berhak mendakwa agamanya satu-satu yang benar dan satu-satunya jalan menuju
keselamatan.

Implikasi dari fahaman ini ialah setiap agama tidak boleh mendakwa bahawa agamanya sahaja yang
benar secara mutlak kerana menurut mereka setiap agama berkongsi sebahagian kebenaran (partial
truth). Bagi mereka kebenaran yang mutlak hanya ada pada 'Hakikat Ultimate Reality'.

Pendukung fahaman ini mendakwa bahawa pluralisme agama adalah jalan penyelesaian terhadap
konflik antara agama.'

Justeru, tokoh seperti Paul Knitter, pakar teologi Kristian Pluralis menyebut, pluralisme berkeinginan
untuk melahirkan dialog yang jujur dan terbuka sehingga seluruh pemeluk agama dapat bekerjasama
memperbaiki jalan kehidupan manusia.

Di Indonesia, wujud kelompok 'Islam Liberal' yang menerima fahaman 'pluralisme agama' ini. Ia telah
berkembang subur melalui pelbagai medium seperti wacana, seminar, dialog, penerbitan buku dan
jurnal.

Malah, ada usaha untuk mengubah kurikulum pendidikan Islam ke arah Pendidikan Islam Pluralis.

Apakah pendirian yang harus dipegang oleh kita? Ustaz Muhammad Uthman El-Muhammady dalam
wacana tersebut mengingat umat Islam supaya berpegang kepada wacana Sunni (Ahlissunnah) yang
merupakan aliran arus perdana yang berpegang kepada al-Quran, Hadis dan Ijmak.

Menurutnya pluralisme agama terletak atas sangkaan pandangan yang bercanggah dengan Quran,
Sunah dan Ijmak.

Al-Quran datang sebagai petunjuk kepada manusia dan al-Quran sendiri menegaskan bahawa agama
yang diterima di sisi Allah adalah al-Islam, iaitu Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.

Tidak ada paksaan ke atas manusia kufur untuk memeluk Islam.

Apa yang penting dalam konteks hidup bermasyarakat kita perlu menghormati nilai-nilai yang baik
yang ada pada sistem kepercayaan masing-masing sebagaimana Muslim dan Yahudi serta Kristian
hidup secara harmoni dalam zaman kemuncak Islam di Andalusia. - Utusan 17/12/2010

Penulis ialah Ketua Unit Penerbitan di Jabatan Hal Ehwal Khas, Kementerian Penerangan Komunikasi
dan Kebudayaan











Pluralisme Agama Agenda Orientalis Pesong Akidah Islam
Pluralisme agama merupakan fahaman yang menyamaratakan semua agama. Fahaman ini turut
didukung oleh sekelompok umat Islam yang dikenali sebagai penganut Islam Liberal. Aliran atau
manhaj Islam Liberal menekankan ciri keterbukaan dan kebebasan dengan mengutamakan akal logik
dalam mentafsir ajaran Islam. Aliran ini berusaha untuk keluar daripada kaedah pentafsiran ilmu
tradisi serta apa yang sedia ada dalam syariat Islam yang asli dan tulen.

Mereka mempertikaikan ilmu-ilmu turath (warisan Islam) sehingga melibatkan al-Quran dan al-Hadis.
Penganut Islam Liberal menyatakan al-Quran yang ada sekarang bukan wahyu Tuhan ynag asli tetapi
ia adalahciptaan Nabi Muhammad. Bagi mereka hadis-hadis adalah saling bertentangan sehingga
tidak dapat dipastikan kebenarannya. Kenyataan mereka itu persis seperti tuduhan orientalis Barat.

Dalam mentafsir dan menilai semula hukum hakam agama, mereka mengguna pakai tafsiran ulama-
ulama yang telah ditolak oleh jumhur ulama muktabar yang menggunakan disiplin ilmu yang benar.
Islam dianggap sama dengan agama-agama lain adalah terbuka untuk dikritik dan ditinjau kembali.

Pluralisme agama mendakwa semua agama adalah bersifat relatif. Justeru, tidak ada satu agama pun
yang berhak mendakwa agamanya adalah benar dan mutlak. Mereka menganggap semua agama
mempunyai tujuan yang satu iaitu membawa manusia kepada keselamatan di akhirat. Ia amat
bercanggah dengan apa yang disebut al-Quran bahawa Islam adalah satu-satunya agama yang benar
dan diterima di sisi Allah SWT.

Firman Allah SWT yang bermaksud: Maka apakah mereka mencari agama yang lain dari agama
Allah, padahal kepada-Nya berserah diri segala apa yang ada di langit dan di bumi, baik dengan suka
mahupun terpaksa dan hanya kepada Allah mereka dikembalikan (Surah Ali-Imran, ayat 83).
Pada tahun 2005 Majlis Fatwa Ulama Islam Indonesia (MUI) mengeluarkan fatwa mengharamkan
Pluralisme Agama. Pada tahun 2006, Muzakarah Ulama Se-Malaysia turut mengharamkan fahaman
tersebut. Pengharaman tersebut adalah wajar kerana doktrin yang dibawa oleh Pluralisme Agama
memang menyesatkan.

Pengasas Pluralisme Agama, John Hick, Professor Teologi di Claremont Graduate School California
USA mengajarkan semua agama menuju ke satu titik pusat, iaitu Realiti Tunggal (Tuhan) tetapi
tuhan itu dijelmakan dalam pelbagai bentuk dan cara tertentu mengikut ajaran agama masing-
masing.

Fahaman ini turut dikembangkan oleh sekelompok pemikir Kristian seperti Raimundo Panikkar,
Wilfred Cantwell Smith dan Fritjhof Schuon dan John L. Esposito (Dr. Anis Malik Thoha, 2010).

Tidak kurang juga ramai di kalangan sarjana Islam sendiri menjadi pendukung Islam Liberal.
Antaranya bekas professor di Universiti Kahirah (Mesir), Nasr Hamid Abu Zayd, manakala di Tunisia
terdapat tokoh bernama Ali Harb. Sarjan-sarjana Islam lain termasuklah Sayyed Hussein Nasr,
Mohamad Arkoun, Hasan Hanafi dan Amina Wadud.

Di Indonesia, Nurcholish Madjid (Cak Nur) adalah pengasas Islam Liberal yang disertai beberapa
tokoh terpelajar seperti Ulil Abshar Abdalla, Abdul Munir Mulkhan, Sukudi, Alwi Shihab, Budhy
Munawar rahman, Azyumardi Azra, Nassarudin Umar dan ramai lagi. Hampir kesemua tokoh-tokoh
itu pernah mendapat didikan di negara Barat dan ada yang pernah berkhidmat di institusi-institusi
pengajian Barat.

Nurcholish Madjid telah mengubah makna Kalimah Syahadah dengan pengertian Tidak ada tuhan
kecuali Tuhan dengan tafsiran pengertiannya bahawa menyembah Tuhan yang mana sekali pun
adalah benar kerana hakikatnya semuanya menuju ke satu titik pusat, iaitu Hakikat Yang Tunggal.
Bagi mereka, semua agama adalah cabang-cabang yang berasal dari pohon yang sama.

Di Malaysia, gerakan pluralisme agama belum begitu ketara. Namun, ianya dipercayai mempunyai
pengikut di kalangan mereka yang terpelajar dan berpengaruh, khususnya di kalangan mereka yang
rapat dengan Barat. Perkara ini pernah didedahkan oleh Dr. Yusri Mohamad dan Dr. Muhammad
Uthman El-Muhammady semasa Wacana Membanteras Gerakan Pluralisme Agama dan
Pemurtadan Ummah tahun 2010. Dalam usaha menyebarkan fahaman pluralisme agama di negara
ini, mereka sangat berhati-hati dengan tidak menyebarkannya secara terang-terangan.

Kesimpulan, pluralisme agama mencetuskan banyak percanggahan dalam syariat Islam. Mereka
menganggap tidak ada satu pun aspek syariat Islam yang suci kerana menurut mereka syariat adalah
hasil ciptaan manusia.
Oleh itu, tidak hairanlah aliran ini mengizinkan perkahwinan berlainan agama. Malah, lebih ekstrem
lagi mereka turut memperjuangkan hak golongan homoseksual seperti yang diperjuangkan oleh
Gerakan Islam Liberal di Indonesia. BH 4 Feb 2012

PENULIS ialah Penganalisis Media di Bahagian Penerbitan Dasar Negara, Jabatan Penerangan.

Pluralisme menurut Islam Jun 20, 2006
Posted by ummahonline in Surat Pembaca.
trackback

Oleh: Chandra Muzaffar
Saya rasa bingung dan terusik dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Mufti Negeri Perak, Datuk
Seri Harussani Zakaria, bahawa pluralisme adalah ancaman kepada umat Islam (Star 14 Jun 2006).

Apakah maksud pluralisme dalam kamus mufti? Pluralisme dalam bidang sains sosial merujuk kepada
kewujudan kepelbagaian jenis manusia yang mempunyai berbagai kepercayaan dan pendapat dalam
sesuatu masyarakat. Ada beberapa dimensi yang berbeza mengenai pluralisme.

Pluralisme politik umpamanya bercirikan kepelbagaian idea politik yang sering diucapkan menerusi
kepelbagaian parti politik.

Kewujudan berbagai budaya dan tradisi dalam sesuatu masyarakat menggambarkan pluralisme
budaya. Apabila berbagai agama wujud dalam sesuatu ketatanegaraan maka adalah pluralisme
agama.

Tiada tamadun dalam sejarah yang telah melakukan ketegasan komitmennya terhadap pluralisme
melainkan Islam. Prinsip pluralisme termaktub dalam al-Quran. Beberapa surah telah membuktikan
antaranya Surah 5:48, Surah 11:118, Surah 22:67, Surah 30:22 dan Surah 49:13.

Pengajaran al-Quran mengenai pluralisme dan kepelbagaian turut terdapat dalam Piagam Madinah
yang dirangka sendiri oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Ia telah menemukan semua agama yang berlainan komuniti etnik dan memberi mereka hak serta
tanggungjawab yang sama. Perjanjian yang dilakukan oleh Nabi Muhammad dengan paderi Kristian
dari Najran, melindungi biara dan menjamin kebebasan menganut agama juga merupakan testimoni
terhadap pluralisme.

Ia adalah kerana sifatnya yang inklusif, pendekatan yang bertolak-ansur terhadap kepelbagaian
budaya dan agama yang termaktub dalam al-Quran dan sunah yang membuat golongan cendekiawan
Islam dari abad ke-9 hingga ke-14 membuka pemikiran mereka kepada keilmuan yang luas yang
terdapat dalam agama dan tamadun budaya lain sama ada Hindu, Konfusian, Yunani dan Rumawi.

Perasaan positif terhadap orang lain tidak dinafikan merupakan faktor utama dalam kemunculan
tamadun Islam sebagai asas ilmu dan gerbang kepada kaedah saintifik moden.

Ini seterusnya dibuktikan dalam semangat yang ditunjukkan oleh cendekiawan untuk mempelajari
agama dan komuniti agama lain.

Abu Rahyan Al-Biruni ( meninggal dunia 1051) merupakan seorang Muslim yang pertama melakukan
analisis yang lengkap dan saintifik ke atas agama dan masyarakat lain dalam karya agungnya Kitab Al-
Hind.

Empati yang dipersembahkannya untuk penganut Hindu di India telah dipancarkannya dalam
penulisan seorang cendekiawan Islam seperti Ibn-a-Nadim (meninggal 995), Al- Shahristani (abad ke-
12) dan Rasheeduddin Fadlullah (abad ke-14) dalam kajian mereka mengenai Buddha dan
masyarakat Buddha. Shahristani adalah penulis ensiklopedia mengenai agama yang pertama.

Tiada seorang daripada cendekiawan tersebut yang akidahnya tergugat daripada percubaan mereka
memahami agama lain. Sebaliknya banyak daripada mereka yang disanjung kerana kewarakan
mereka.

Ini adalah kerana keterbukaan menjadi ciri-ciri yang luar biasa tradisi cendekiawan Islam pada zaman
dahulu bahawa kerajaan Islam dari Granada di sebelah Barat ke Melaka di sebelah Timur merupakan
tempat asal masyarakat berbagai anutan agama dan budaya. Pluralisme dalam keadaan itu adalah
sinonim dengan kegemilangan tamadun Islam.

Sekiranya pluralisme merupakan prinsip dan amalan yang dihargai, bagaimana hendak menerangkan
perasaan sempit, dan inklusif daripada sebahagian ulama hari ini yang menonjolkan diri mereka
sebagai yang mempertahankan ketulenan pegangan terhadap Islam.

Dalam Islam seperti kepercayaan lain, sering terdapat sebahagian daripada kumpulan elit agama
yang menganggap pendekatan inklusif, universal dan rasional sebagai ancaman kepada integriti
agama mereka.

Adalah tidak diketahui ramai, sebagai contoh, di masa dahulu sebahagian daripada golongan ulama
yang mencerca dan mempersendakan cendekiawan terkenal seperti Ibn Sina (980-1037), Ibn Rushd
(1126-1198) dan Ibn Khaldun (1332-1406) kerana sifat rasional, pemikiran kosmopolitan yang
membantu menggemilangkan keunggulan Islam.

Ulama beginilah menggesa supaya menutup pintu ijtihad (usaha kreatif intelektual berpandukan al-
Quran dan sunah) dan mengekalkan monopoli mereka terhadap kebenaran ketuhanan.

Bagaimanapun, mereka gagal untuk menyekat dinamisme golongan intelektual Islam pada abad-abad
awal oleh kerana terdapat sekumpulan pemimpin yang unggul seperti Harun Al-Rashid dan Al-
Mansur yang bersetuju untuk menaungi kegiatan ilmu dengan dorongan semangat rasional, visi
universal terhadap agama itu.

Tetapi apabila pusat tamadun Islam di Asia Tengah dan Barat dimusnahkan oleh penyerang Mongol
pada abad ke-12 dan ke-13, dan apabila kerajaan Islam di Andalusia telah dikalah dan dimusnahkan
oleh penakluk Kristian pada abad ke-15, golongan berpengaruh di kalangan ummah telah kehilangan
kekuatan dan kemasyhuran mereka sehingga menjadikan mereka berfikiran sempit dan pemikiran
yang terkongkong.

Pemikiran beginilah yang menjadikan ulama konservatif mengeksploit dalam cubaan mereka untuk
mempromosi pandangan eksklusif di peringkat dunia yang terlalu obses terhadap gagasan sempit
mengenai kesucian agama. Dalam apa perkara pun, abad yang panjang penguasaan kuasa penjajah
Barat yang berikutan dari abad ke-16 ke atas telah menguatkan set minda ini di kalangan ulama dan
ummah.

Sejarah yang besar inilah yang telah dipikul oleh umat Islam di dunia kini dalam puluhan tahun
selepas zaman penjajahan.

Ia menjelaskan mengapa sebahagian daripada ummah berfikiran sempit, idea eksklusif sebagai
identiti Islam didefinisikan dengan cara bentuk dan simbol, upacara pengebumian dan perbuatan
ritual yang mempunyai tarikan sementara bahan kepercayaan yang dinyatakan menerusi Tauhid
(keesaan Tuhan), pandangan alam semesta yang mengandungi nilai-nilai dan prinsip abadi yang
mempunyai tarikan terhad.

Keadaan ini telah diburukkan dengan nilai standard ganda dan ketidakadilan yang wujud di
Washington yang dikemudi sistem hagemoni global, yang dicerminkan melalui penderitaan yang
dialami oleh rakyat Palestin dan Iraq.

Ia telah memuncakkan pemikiran terkepung itu di kalangan ummah dan seterusnya mengetatkan lagi
pemikiran sempit golongan yang mempertahankan identiti keagamaan yang suci dan eksklusif.

Adalah menjadi tanggapan yang telah dipromosikan secara agresif sejak beberapa dekad kini pada
tahap doktrin oleh kumpulan taksub, dan interpretasi berorientasikan Wahabi dogmatik terhadap
Islam.

Tidak dapat dinafikan juga bahawa terdapat ramai rakyat Islam Malaysia yang di bawah didikan
ulama yang mempercayai akan interpretasi mengenai Islam seumpama itu. Ia digambarkan dengan
cara mereka mengikuti beberapa aspek dalam tradisi Fikah (jurisprudens) yang telah dimansuhkan di
negara-negara Islam yang lain.

Sekiranya interpretasi sempit dari segi teks dan tradisi untuk memperkasakan tanggapan eksklusif
identiti agama mempunyai tarikan yang kuat di kalangan umat Islam Malaysia, ia adalah kerana
perseimbangan kaum etnik yang memperkukuhkan pemikiran terkongkong daripada semua
bahagian.

Bagaimanapun pemikiran sempit telah sering dipantau oleh beberapa faktor termasuk kepimpinan
peringkat nasional sejak merdeka yang telah memilih kepada pendekatan inklusif, rasional dan
kontemporari terhadap Islam.

Marilah kita semua berdoa agar keadaan in berkekalan untuk selama-lamanya.

Nota: Dr. Chandra Muzaffar, seorang aktivis sosial, kini merupakan Presiden Pergerakan Keadilan
Sedunia (JUST). Manakala, tulisan ini pertama kali tersiar menerusi akhbar Utusan Malaysia pada 19
Jun 2006.

Pluralisme Agama Dalam Pandangan Islam

Diposting Kamis, 28-01-2010 | 20:35:31 WIB

Meninggalnya Gus Dur menjadi moment penting bagi para penyokong ajaran pluralisme untuk
kembali menggiatkan kampanyenya mengusung gagasannya. Salah satu agenda penting yang akan
digoalkan saat ini adalah menjadikan Gus Dur sebagai pahlawan Nasional, karena jasa-jasanya dalam
membangun persatuan bangsa. Sebagian lagi menganggapnya sebagai Bapak Pluralisme, tak main-
main yang mengatakan demikian adalah presiden SBY. Padahal, di sisi lain, MUI telah berfatwa
tentang haramnya pemahaman pluralisme ini.

Realitas di atas menunjukkan bahwa pemikiran pluralisme semakin diterima secara luas di
masyarakat. Padahal sekali lagi, pemikiran itu tidak sejalan dengan ajaran islam. Terlepas dari siapa
yang mengusungnya, ide pluralisme ini memang layak mendapat sorotan. Karena jika tidak disikapi
dengan serius, maka ia bisa menjadi virus-virus pemikiran yang akan menggerogoti kemurnian
pemikiran Islam. Apalagi jika ide tersebut diemban oleh orang-orang yang memiliki pengaruh di
negeri ini.

Arti Pluralisme

Secara sederhana pluralisme dapat diartikan sebagai paham yang mentoleransi adanya keragaman
pemikiran, peradaban, agama, dan budaya. Bukan hanya menoleransi adanya keragaman
pemahaman tersebut, tetapi bahkan mengakui kebenaran masing-masing pemahaman, setidaknya
menurut logika para pengikutnya.

Latar belakang munculnya gerakan Pluralisme
Paham ini muncul akibat reaksi dari tumbuhnya klaim kebenaran oleh masing-masing kelompok
terhadap pemikirannya sendiri. Persoalan klaim kebenaran inilah yang dianggap sebagai pemicu
lahirnya radikalisasi agama, perang dan penindasan atas nama agama. Konflik horisantal antar
pemeluk agama hanya akan selesai jika masing-masing agama tidak menganggap bahwa ajaran
agama meraka yang paling benar. Itulah tujuan akhir dari gerakan pluralisme ; untuk menghilangkan
keyakinan akan klaim kebenaran agama dan paham yang dianut, sedangkan yang lain salah.

Argumen Pluralisme

Dalam mengajarkan gagasan ini mereka sering mengumpamakan agama dengan tiga orang buta yang
menjelaskan tentang bentuk gajah. Ketiga orang buta itu diminta untuk memegang gajah, ada yang
memegang telinganya, ada yang memegang kakinya, dan ada yang memegang belalainya. Setelah
mereka semua memegang gajah, lalu mereka bercerita satu sama lain; yang memegang belalai
mengatakan bahwa gajah itu seperti pipa, yang memegang telinganya berkata bahwa gajah seperti
kipas yang lebar dan kaku. Yang memegang kaki mengatakan bahwa gajah seperti pohon besar yang
kokoh.

Dengan berpijak pada cerita tersebut lalu mereka mengatakan bahwa semua agama pada dasarnya
menyembah Tuhan yang sama, meskipun cara penyembahannya berbeda-beda.

Bagi para penggiat pluralisme dari kalangan kaum muslimin mereka pun menyitir ayat-ayat yang
mengandung gagasan pluralisme. Di antara ayat yang sering mereka sitir adalah;

Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); (al-Baqarah:256)

Sesungguhnya orang-orang mumin, orang-orang Yahudi, Shabiin dan orang-orang Nasrani, siapa
saja (di antara mereka) yang benar-benar beriman kepada Allah, hari kemudian dan beramal saleh,
maka tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. (al-
Baqarah:62).

Bantahan atas Argumen Pluralisme

Dengan kemampuan mereka memahami bahasa Arab yang cukup baik, mereka suka memelintir
makna ayat sehingga kaum intelektual-awam agama percaya kepada mereka. Mari kita perhatikan
ayat 256 surat al-Baqarah; Mereka menganggap tidak ada paksaan dalam beragama berarti
pengakuan agama lain. Pemahaman demikian bukanlah pemahaman yang benar. Untuk lebih
memahami makna tidak ada paksaan ini satu ayat penuh harus difahami secara utuh. Lanjutan ayat
tersebut adalah, sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Karena itu
barangsiapa yang ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah
berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi
Maha Mengetahui.

Jika ayat ini dibaca dengan tuntas maka akan jelas, tidak ada paksaan karena telah jelas yang benar
dan yang salah, islam itulah yang benar dan yang lainnya adalah salah. Masing-masing bebas memilih
dengan resiko sendiri-sendiri. Adapun kaum pluralis dalam memaksakan pemahamannya tak jarang
memotong ayat tidak pada tempatnya sehingga seolah-olah benar padahal tidak benar.

Jika kita lihat ayat 62 surat al-Baqarah, sekilas memang ayat ini menjelaskan bahwa orang Yahudi jika
tetap beriman dan beramal shaleh akan masuk sorga. Orang Nasrani, orang Shabiin, selama tetap
beriman dan beramal shaleh ia akan masuk sorga.

Dalam memahami suatu ayat, para ulama telah menganjurkan agar menggunakan riwayat turunnya
ayat, yang disebut dengan asbab nuzul. Adapun asbab nuzulnya sayat ini adalah; Salman al-Farisi;
tatkala ia menceritakan kepada Nabi saw kebaikan-kebaikan guru-gurunya dari golongan Nasrani dan
Yahudi. Tatkala Salman selesai memuji para shahabatnya, Nabi saw bersabda, Ya Salman, mereka
termasuk ke dalam penduduk neraka. Selanjutnya, Allah swt menurunkan ayat ini. Lalu hal ini
menjadi keimanan orang-orang Yahudi; yaitu, siapa saja yang berpegang teguh terhadap Taurat,
serta perilaku Musa as hingga datangnya Isa as (maka ia selamat). Ketika Isa as telah diangkat
menjadi Nabi, maka siapa saja yang tetap berpegang teguh kepada Taurat dan mengambil perilaku
Musa as, namun tidak memeluk agama Isa as, dan tidak mau mengikuti Isa as, maka ia akan binasa.
Demikian pula orang Nashraniy. Siapa saja yang berpegang teguh kepada Injil dan syariatnya Isa as
hingga datangnya Mohammad saw, maka ia adalah orang Mukmin yang amal perbuatannya diterima
oleh Allah swt. Namun, setelah Mohammad saw datang, siapa saja yang tidak mengikuti Nabi
Mohammad saw, dan tetap beribadah seperti perilakunya Isa as dan Injil, maka ia akan mengalami
kebinasaan.

Ibnu Katsir menyatakan, Setelah ayat ini diturunkan, selanjutnya Allah swt menurunkan surat,
Barangsiapa mencari agama selain Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu)
daripadanya, dan dia di akherat termasuk orang-orang yang merugi.*Ali Imron:85+. Ibnu Abbas
menyatakan, Ayat ini menjelaskan bahwa tidak ada satupun jalan, agama, kepercayaan, dll, ataupun
perbuatan yang diterima di sisi Allah, kecuali jika jalan dan perbuatan itu berjalan sesuai dengan
syariatnya Mohammad saw. Adapun, umat terdahulu sebelum nabi Mohammad diutus, maka
selama mereka mengikuti ajaran nabi-nabi pada zamanya dengan konsisten, maka mereka
mendapatkan petunjuk dan memperoleh jalan keselamatan.

Ya, kaum pluralis itu mengambil satu ayat dengan mengabaikan ayat-ayat yang lain. Meraka abaikan
ayat ;

Sesungguhnya agama yang diridloi di sisi Allah hanyalah Islam. (Ali Imron:19).
Barangsiapa mencari agama selain Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu)
daripadanya, dan dia di akherat termasuk orang-orang yang merugi. (Ali Imron:85).

Mereka abaikan pula ayat; Orang-orang Yahudi berkata: Uzair itu putera Allah dan orang Nasrani
berkata: Al Masih itu putera Allah. Demikian itulah ucapan mereka dengan mulut mereka, mereka
meniru perkataan orang-orang kafir yang terdahulu. Dila`nati Allah-lah mereka; bagaimana mereka
sampai berpaling? (al-Taubah:30)

Sungguh telah kafir, mereka yang mengatakan, Tuhan itu ialah Isa al-Masih putera Maryam.(al-
Maidah:72)

Seandainya ide pluralisme agama ini memang diakui di dalam Islam, berarti, tidak ada satupun orang
yang dikatakan kafir. Tetapi al-quran dengan sangat tegas menyebut orang ahlikitab yang tidak
menerima Islam dengan sebutan kafir. Firman Allah

Sesungguhnya orang-orang kafir dari golongan ahli kitab dan orang-orang musyrik (akan masuk) ke
neraka Jahannam; mereka kekal di dalamnya. Mereka itu adalah seburuk-buruknya mahluk (al-
Bayyinah:6)

Demikianlah, Islam sama sekali tidak mengakui kebenaran ide pluralisme. Islam hanya mengakui
adanya pluralitas agama dan keyakinan. Maknanya Islam hanya mengakui adanya agama dan
keyakinan di luar agama islam, serta mengakui adanya identitas agama-agama selain Islam. Islam
tidak memaksa pemeluk agama lain untuk masuk Islam. Mereka dibiarkan memeluk keyakinan dan
agama mereka. Hanya saja, pengakuan Islam terhadap pluralitas agama tidak boleh dipahami bahwa
Islam juga mengakui adanya kebenaran pada agama selain Islam. Islam tetap mengajarkan bahwa
agama di luar Islam adalah kesesatan, meskipun diijinkan hidup berdampingan dengan Islam.

Akhirnya, pluralisme adalah paham sesat yang bertentangan dengan aqidah Islam. Islam
mengajarkan keyakinan bahwa islam sajalah agama yang benar, yang diridlai Allah. Orang yang masih
mencari agama selain Islam, ia akan rugi, karena amalnya tidak diterima oleh Allah. Siapapun yang
mengakui kebenaran agama selain Islam, atau menyakini bahwa orang Yahudi dan Nashrani masuk
ke surga, maka dia telah mengingkari ayat-ayat al-Quran yang tegas dan jelas. Pengingkaran tersebut
berakibat pada batalnya keislaman seseorang, naudzubillah min dzalik.
(muslimdaily.net)

You might also like