You are on page 1of 18

TANGGUNGJAWAB

RAKYAT
MALAYSIA
DEFINISI
Secara umumnya, "tanggungjawab" ditakrifkan
sebagai keharusan untuk "menanggung" dan
"menjawab“, iaitu suatu keharusan untuk menanggung
akibat yang ditimbulkan oleh perilaku seseorang
dalam rangka menghadapi suatu persoalan.

Tekanan sosial yang mengikat, sesuai dengan


kewajiban dan tugas yang dikehendaki oleh status
sosial itu sendiri.
RUKUN NEGARA
Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan

• Merupakan prinsip asas tanggungjawab rakyat


sebagai warganegara Malaysia.
• Rakyat juga bertanggungjawab untuk patuh dan
hormat kepada identiti negara seperti bahasa, bendera
dan lagu kebangsaan.
Kepercayaan kepada Tuhan
Kepercayaan beragama merupakan tunjang
pengwujudan Malaysia sebagai sebuah negara dan
bangsa yang kukuh dan berdaulat.

Agama Islam sebagai agama rasmi menurut


peruntukan perlembagaan dengan kebebasan
menganuti dan mengamalkan agama dan kepercayaan
lain.
Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
Lambang perpaduan rakyat.

Setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat


setia, jujur dan ikhlas kepada Ketua Negara, Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong, sebagai Raja
Berpelembagaan dalam sistem demokrasi berparlimen
negara.

Raja-raja dan Yang Dipertuan Negeri sebagai pemerintah


negeri.
Keluhuran Perlembagaan
Rakyat bertanggungjawab menerima, mematuhi dan
mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan
Negara yang merupakan sumber perundangan yang tertinggi.

Berfungsi untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat


sebagai warganegara dan menjadi sumber rujukan bagi segala
hal yang berkaitan dengan sistem pemerintahan, perundangan,
kedudukan dan hak sosio-ekonomi rakyat.

Penting dalam menentukan pola politik dan kedudukan sosio-


ekonomi rakyat.
Kedaulatan Undang-Undang
Setiap rakyat mempunyai taraf yang sama di sisi undang-
undang negara yang berasaskan kepada Perlembagaan.

Menjamin Kebebasan asasi bagi semua warganegara


Malaysia.

Rakyat bertanggungjawab untuk menerima dan


mempertahan kedaulatan undang-undang negara kerana
tanpa undang-undang, hidup bermasyarakat dan bernegara
tidak aman, selamat, stabil dan makmur.
Kesopanan dan Kesusilaan
Bertujuan membentuk warganegara yang bersopan
santun dan bersusila dalam konteks perhubungan
antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai
kaum.

Rakyat bertanggungjawab menjadikan prinsip ini


sebagai panduan ke arah memelihara perilaku dan
keperibadian melalui nilai-nilai murni.
DASAR-DASAR KERAJAAN
Tujuan utama penggubalan dasar-dasar kerajaan adalah untuk:
 Memelihara cara hidup demokratik.
 Melahirkan masyarakat yang bersatu padu, adil dan progresif.
 Menjamin keamanan, kemajuan dan kemakmuran negara.

Tanggungjawab rakyat adalah untuk memahami, mendukung,


melaksana dan menjayakan dasar-dasar tersebut.

Contoh-contoh Dasar Kerajaan:


 Wawasan 2020, Dasar Perindustrian, Dasar Sains dan Teknologi,
Dasar Wanita etc.
PERSPEKTIF
TANGGUNGJAWAB
RAKYAT MALAYSIA
Dalam usaha untuk membangun dan memartabatkan negara,
rakyat seharusnya bertanggungjawab untuk lebih
mengutamakan kepentingan negara mengatasi kepentingan
individu.
POLITIK
Tanggungjawab Menjaga Keamanan Negara
Sentiasa bersedia untuk mempertahankan negara.
Sebagai contoh, bersedia untuk berperang atau
berdiplomasi sekiranya berlaku pencerobohan ke atas
negara, dari sudut maruah dan kedaulatan.

Memastikan diri untuk bersifat patriotik dan


nasionalisme, dan tidak sekali-kali terlibat dalam
aktiviti pengganasan yang pastinya akan menggugat
keamanan negara.
SAMB…
Memelihara Keharmonian dan Perpaduan Kaum.
Bertujuan untuk mengekalkan kestabilan politik.
Mengelakan diri daripada mencetuskan isu-isu
yang boleh membangkitkan sentimen perkauman.

Menunaikan Tanggungjawab Mengundi.


Satu amalan bagi sebuah negara demokrasi untuk
memilih pemerintah.
EKONOMI
Tanggungjawab untuk membayar cukai.
 Bertujuan untuk mengekalkan kemakmuran negara.
 Contoh-contoh cukai:
 Cukai pendapatan, perniagaan, tanah, pintu etc.

Melaksanakan dan sentiasa menyokong kempen-kempen kerajaan


dari sudut ekonomi melalui kempen ‘Belilah Barangan Buatan
Malaysia’. Dengan maksud, memberi keutamaan kepada
barangan tempatan dalam berbelanja.
 Dapat menjana ekonomi negara dan memastikan kepesatan
aliran kewangan dalam negara.
SAMB…
Golongan belia harus memantapkan diri dengan menambah
kemahiran lain selain daripada kemahiran-kemahiran yang
sedia ada supaya dapat memenuhi keperluan di sektor
pekerjaan. Juga tidak memilih kerja.

Pengusaha-pengusaha perniagaan dan para majikan pula


harus prihatin dan bertanggungjawab agar lebih
mengutamakan pekerja-pekerja tempatan berbanding
pekerja-pekerja asing sebagai usaha untuk menyekat dan
mengawal pengaliran matawang yang banyak ke luar negara.
SOSIAL
Mengamalkan cara hidup di atas garisan rukun hidup
masyarakat yang mempunyai nilai-nilai murni dan
norma-norma dalam kehidupan seharian.
Melahirkan masyarakat penyayang agar dapat
mengecapi keharmonian dalam perpaduan hidup
bermasyarakat.

Bersatu padu dan bekerjasama dalam menyusun


program dan agenda kerajaan untuk kesejahteraan
bersama.
LAIN-LAIN
ASPEK TANGGUNGJAWAB
Tanggungjawab memelihara dan memulihara alam sekitar.
Tidak melibatkan diri dalam aktiviti yang mencemarkan
udara, air, hutan etc.

Tanggungjawab dalam kebudayaan dan kesenian


Pengkarya-pengkarya harus peka dalam menghasilkan karya
bermutu yang sentiasa ingin memartabatkan negara dan
memelihara kedaulatan negara.
Berupaya memainkan peranan mendidik rakyat agar lebih
bersifat patriotik dan berintegrasi.
Contoh: Filem, drama, lagu etc.
SAMB…
Media Massa
Meliputi media elektronik dan cetak.
Pemaparan isu dan berita harus tidak terlalu
berorientasikan sensasi. Sebagai contoh,
pemaparan isu-isu jenayah sosial yang sering
berada di muka hadapan bagi sesetengah akhbar.
Akhirnya akan mendatangkan impresi negatif
daripada masyarakat dan negara luar.
TANGGUNGJAWAB DALAM
BIDANG PENDIDIKAN
Sebagai pendidik, guru harus membangunkan dan
mempertingkatkan jati diri para pelajar di dalam
pengajaran agar dapat melahirkan insan-insan yang
berintegrasi, patriotik dan mempunyai semangat
nasionalisme yang tinggi.

You might also like