You are on page 1of 39

INVENTORI MINAT KERJAYA SIDEK IMKS

Sidek Career Interest Inventory


Oleh:
CR. SIDEK MOHD NOAH, PhD
Founder of SPT/Associate Consultant
SMN Psychological Testing & Resources
Lot 905-B, Kompleks Diamond,
Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor D.E.
Tel.: 03-89468167 (OFFICE), 012-2126312 (HP)
Faks: 03-89435386
E-Mail: sideknoah@yahoo.com;
smnpsytestresources@yahoo.com;
smnpsytestresources@gmail.com
Kesahan Kandungan IMKS
Bidang Minat Kerjaya Pekali Kesahan Kandungan
Pertanian dan Perhutanan .90
Perkhidmatan Perlindungan .83
Pekerjaan Berkemahiran .87
Kejuruteraan .90
Sains dan Matematik .90
Kaitan dengan Perubatan .87
Perubatan .93
Seni dan Hiburan .93
Persuratan dan perundangan .87
Sukan .90
Perkhidmatan Persendirian .93
Perkhidmatan Sosial .90
Pentadbiran Perniagaan .90
Analisis perniagaan .87
Urusniaga .90
Pekerjaan Perkeranian .83
Purata Pekali Kesahan .89
Pekali Kebolehpercayaan IMKS
Bidang Minat Kerjaya Pekali Kebolehpercayaan
Pertanian dan Perhutanan .89
Perkhidmatan Perlindungan .88
Pekerjaan Berkemahiran .88
Kejuruteraan .89
Sains dan Matematik .89
Kaitan dengan Perubatan .89
Perubatan .91
Seni dan Hiburan .89
Persuratan dan perundangan .88
Sukan .90
Perkhidmatan Persendirian .91
Perkhidmatan Sosial .88
Pentadbiran Perniagaan .89
Analisis perniagaan .88
Urusniaga .88
Pekerjaan Perkeranian .91
Kebolehpercayaan Keseluruhan .97
PENTADBIRAN IMKS
Bilik yang kondusif iaitu tenang dan mempunyai semua
kemudahan seperti kerusi, meja, kipas angin atau penghawa
dingin.
Walau pun tiada masa khusus yang ditetapkan, umumnya
masa yang digunakan untuk menyelesaikan ujian IMKS ialah
antara 20 hingga 25 minit.
Individu perlu menjawab ujian ini dengan jujur dan ikhlas.
Jawab berdasarkan kepada minat semata-mata dan bukan
kepada sama ada pekerjaan itu baik atau tidak baik mengikut
pandangan orang lain.
Jawapan spontan adalah jawapan yang terbaik.

PANDUAN MENGIRA SKOR IMKS
Sila rujuk borang jawapan yang telah selesai dijawab.
Alat ukuran IMKS mempunyai 10 baris dan 17 lajur.
Mulai lajur 1, kira jawapan Ya. Markah maksium yang
boleh diperoleh ialah 10.
Teruskan pengiraan dengan cara yang sama untuk
baris 2 hingga 17.
Ubah markah yang diperoleh ke dalam bentuk seperti
SDS dan VPI.
Dapatkan kod tiga-mata Holland berpandukan skor
yang paling tinggi, kedua tinggi dan ketiga tinggi.
Pengiraan Skor IMKS
Profil IMKS 1
Profil IMKS 2


Skala IMKS vs SDS
Instrumen IMKS Skala Instrumen SDS Pengiraan Skor Purata
Pertanian & Perhutanan
Perkhidmatan Perlindungan
Pekerjaan Berkemahiran
Kejuruteraan
R Realistik Pertanian & Perhutanan +
Perkhidmatan Perlindungan +
Pekerjaan Berkemahiran +
Kejuruteraan 4
Matematik & Sains,
Kaitan dengan Perubatan,
Perubatan
I Investigatif Matematik & Sains +
Kaitan dengan Perubatan +
Perubatan 3
Seni & Hiburan
Persuratan & Perundangan
A Artistik Seni & Hiburan +
Persuratan & Perundangan 2
Sukan
Perkhidmatan Persendirian
Perkhidmatan Sosial
S Sosial Sukan +
Perkhidmatan Persendirian +
Perkhidmatan Sosial 3
Pentadbiran Perniagaan
Analisis Perniagaan
Urusniaga
E Enterprising Pentadbiran Perniagaan +
Analisis Perniagaan +
Urusniaga 3
Pekerjaan Perkeranian
Konvensional
C Conventional Pekerjaan Perkeranian +
Konvensional 2
PENENTUAN KOD
SEA SEA, ESA
SEA SEA, SAE
SEAI SEA, SEI
SEA SEA, SAE, ESA, EAS, ASE, AES
SE RI SER, SEI, ESR, ESI
SEARCI ????????
KEGUNAAN ALAT UKURAN IMKS
Untuk mengenalpasti bidang minat kerjaya
dan jenis personaliti individu
Membantu individu memilih program
pengajian yang sesuai dan selaras dengan diri
Membantu individu memilih kerjaya yang
bersesuaian dengan potensi diri
Membantu individu mengenalpasti tahap
keselarasan kerjaya
Andaian Asas Teori Holland
Terdapat 6 jenis personaliti iaitu Realistik, Investigatif,
Artistik, Sosial, Enterprising dan Conventional.
Terdapat 6 jenis persekitaran iaitu Realistik, Investigatif,
Artistik, Sosial, Enterprising dan Conventional.
Individu akan mencari persekitaran yang akan
membenarkan ekspresi diri.
Tingkah laku individu iaitu motivasi, kepuasan,
pencapaian, produktiviti dan stabiliti adalah bergantung
kepada darjah keselarasan antara jenis personaliti
dengan jenis persekitaran.
REALISTIK
Jenis personaliti Realistik adalah jenis individu yang
mempunyai kemahiran etletik atau mekanikal. Suka
bekerja dengan objek, mesin, peralatan, tumbuhan,
dan binatang. Lebih suka bekerja di luar bangunan dari
di dalam bangunan.

Contoh pekerjaan Realistik: Jurutera Awam, Jurutera
Automobil, Jurutera Keratapi, Jurutera Mekanikal,
Operator Mesin, Mekanik Kapalterbang, Mekanik Kereta,
Juruteknik Elektronik, Ahli Ilmu Perkebunan, Tukang
Besi dan Tukang Kayu.

REALISTIK
Tidak Sosial Metarialistik
Suka Menyendiri Akur
Natural Tidak Fleksibel
Jujur Normal
Berhemat Tulin
Keras Hati Tiada/Kurang Celik Akal
Keras Kepala Praktikal
Tidak Melibatkan Diri

INVESTIGATIF
Jenis personaliti Investigatif adalah jenis individu yang
suka membuat pemerhatian, mempelajari sesuatu,
membuat penyelidikan, menganalisis, menilai dan
menyelesaikan masalah melalui penyelidikan. Individu
jenis Investigatif juga mempunyai kemahiran saintifik
dan metamatik serta meminati kerjaya-kerjaya saintifik
dan beberapa kerjaya bercorak teknikal.
Contoh pekerjaan Investigatif: Doktor Perubatan, Pakar
Bedah, Doktor Gigi, Ahli Kajicuaca, Ahli Biologi, Ahli
Botani, Ahli Agronomi, Ahli Fizik, Ahli Kajibintang, Ahli
Kimia, Ahli Kajibumi, Pegawai Sains, Penyelidik Sains,
Ahli Psikologi dan Ahli Antropologi.
INVESTIGATIF
Analitikal Autonomi
Rasional Berhati-hati
Intelektual Menyisihkan diri
Kritikal Introspektif
Pendiam Kompleks
Pesimistik Rendah hati
Ingin tahu Jitu
Tidak Popular

ARTISTIK
Jenis personaliti Artistik adalah jenis individu yang
mempunyai kebolehan artistik dan inovatif. Mereka
mempunyai kebolehan intuisi dan suka bekerja dalam
situasi yang tidak atau kurang berstruktur. Mereka juga
tidak selesa dengan kerja yang berstruktur tinggi, rutin
atau berulang-ulang. Dalam kebanyakan hal, mereka
selalunya menggunakan imaginasi dan kreativiti.

Contoh pekerjaan Artistik: Arkitek, Penyair, Pemimpin
Orkestra, Penyanyi Konsert, Pengubah Lagu, Pelakun,
Pengarang, Pelukis Perdagangan, Pelukis Potret,
Wartawan, Pelukis Kartun dan Juruhias Dalaman.
ARTISTIK
Rumit Imaginatif
Intuitif Tunggang-terbalik
Tidak Praktikal Tidak Akur
Emosional Impulsif
Tulin Ekspresif
Bebas Sensitif
Idealistik Introspektif
Terbuka

SOSIAL
Jenis personaliti Sosial adalah jenis individu yang suka
bekerja dan berinteraksi dengan manusia. Mereka
berminat dalam memberitahu, menolong, melatih,
memperkembang, mengubati serta membuat kebajikan
pada orang lain. Mereka mempunyai kemahiran
mengguna kata-kata serta mahir berkomunikasi dengan
orang lain. Matlamat utama mereka adalah membuat
kebajikan.

Contoh pekerjaan Sosial: Ahli Sosiologi, Guru, Pengetua
Sekolah, Jururawat, Pegawai Perhubungan Awam,
Pengarah Kem Belia, Pengarah Agensi Kebajikan,
Kaunselor Kerjaya dan Kaunselor Peribadi.

SOSIAL
Berpengaruh Suka Menolong
Bertanggungjawab Bekerjasama
Idealistik Sosial
Sabar Empati
Bijaksana Peramah
Baik Hati Memahami
Pemurah Pemujuk
Mesra
ENTERPRISING
Jenis personaliti Enterprising adalah jenis individu yang
suka bekerja dan berinteraksi dengan manusia. Mereka
mempunyai minat dalam mempengaruhi, mengarah,
memimpin, dan mengurus individu lain. Mereka juga
pandai dan mahir memanipulasi orang lain. Matlamat
akhir mereka adalah untuk mencapai keuntungan
organisasi dan keuntungan ekonomi.

Contoh pekerjaan Enterprising: Spekulator, Aktuaris,
Eksekutif Pengiklanan, Eksekutif Perniagaan, Pengarah
Syarikat, Pengarah Publisiti, Peguam, Ahli Politik,
Pengurus Hotel, Pengurus Bank dan Jurujual Insuran.
ENTERPRISING
Sukakan Pencapaian Bertenaga
Suka Menggoda Suka Mengembara
Suka Menunjuk Optimistik
Mudah Bersetuju Mengembirakan
Yakin-Diri Bercita-cita Tinggi
Berusaha Sosial
Angkuh Ekstrovert
Suka Bercakap

CONVENTIONAL
Jenis personaliti Conventional adalah jenis individu
yang suka bekerja dengan data dan nombor. Mereka
mempunyai kemahiran dalam bidang perkeranian serta
mempunyai kebolehan dan kemahiran dalam
mengguna nombor. Mereka selalunya melakukan
sesuatu secara terperinci, bersifat akur dan mengikut
arahan.

Contoh pekerjaan Conventional: Akauntan, Guru
Perdagangan, Guru Perakaunan, Penyimpan Kira-Kira,
Jurutrengkas, Kerani Bank, Pakar Cukai, Kerani Gaji,
Operator Komputer, Penilai Harta, Jurujual Insuran dan
Kerani Insuran.
CONVENTIONAL
Berhati-hati Sukar Dilentur
Tabah Hati Akur
Memendam Rasa Praktikal
Teliti Mengikut Aturan
Bersopan Santun Defensif
Menurut Perintah Cermat
Cekap Berstruktur
Tidak Imaginatif

MEMBANTU INDIVIDU MEMILIH
PROGRAM PENGAJIAN YANG SESUAI
SILA RUJUK KEPADA BUKU
BERTAJUK THE THREE BOXES OF
LIFE DI KARANG OLEH
R.N.BOLLES.
RIE
45 30 10 3 1
PRKT 1 PRKT 2 PRKT 3 PRKT 4 PRKT 5
AKAUNTAN
JURUTERA
SAINTIS
SAINTIS
Plan Tindakan
Action Plan
________
________
________
________
________
________
________
________
________
________
________
________
________
________
________
MEMBANTU INDIVIDU MEMILIH
KERJAYA YANG SESUAI
THE OCCUPATIONS FINDER (TOF)
KOD TIGA MATA HOLLAND
SENARAI NAMA PEKERJAAN
KOD DOT
LEVELS OF EDUCATION
ISR, IRS, SIR, RIS
0 1 2 3 4 5 6 7 8
SELARAS
TIDAK SELARAS
MIN
INDEKS KESELARASAN WIGGINS
Wiggins Compatibility Index
INDEKS KESELARASAN
Ahli Perniagaan
KOD
HOLLAND
KOD DARI
UJIAN
NILAI
INDEKS
PERATUSAN
(%)
ESC ESC 8 100.0
ESC ECS 7 87.5
ESC ESR 7 87.5
ESC ESI 7 87.5
ESC ESA 7 87.5
INDEK KESELARASAN
Ahli Perniagaan
KOD
HOLLAND
KOD DARI
UJIAN
NILAI
INDEKS
PERATUSAN
( %)
ESC CSE, SEC, SCE 6 75.0
ESC ERC, ERS, SEI 5 62.5
ESC RIC 1 12.5
ESC RIA 0 0.00
JAWATAN KOD
PEGAWAI TADBIR ESC
PEGAWAI PSIKOLOGI ISA
PEGAWAI SISTEM MAKLUMAT CSR
PEGAWAI PENYELIDIK ISR
KAUNSELOR SEA
PUSTAKAWAN CSE
PEGAWAI KEWANGAN CES
KOD
1
ST
2
ND
3
RD

1
ST
22 10 4
2
ND
10 5 2
3
RD
4 2 1
INDEK KESELARASAN ICHAAN
Ichaan Compatibility Index
Pertanian dan Perhutanan

Bidang ini melibatkan amalan yang berkaitan dengan
mengusahakan dan menguruskan tanah-tanih, tumbuh-tumbuhan,
haiwan, alam buana serta hidupan liar.
Perkhidmatan Perlindungan
Bidang ini melibatkan amalan yang berkaitan dengan penjagaan,
penyiasatan, memberi perlindungan, pengawalan, dan
mempertahankan nyawa serta harta benda. Ianya lebih
menumpukan kepada kawalan dan keselamatan nyawa, akal,
ideologi dan harta benda.
Pekerjaan Berkemahiran

Bidang ini melibatkan amalan yang berkaitan dengan kecekapan
atau kemahiran bekerja dengan menggunakan tenaga manusia
untuk mengendalikan mesin atau alatan teknik sama ada alatan
ringan atau berat.
Kejuruteraan
Bidang ini melibatkan amalan yang berkaitan dengan kemahiran
mengaplikasi hukum, prinsip atau teori sains dan teknologi berkaitan
dengan alam benda seperti jisim, tenaga mesin, alatan teknik atau
sains. Ianya juga melibatkan struktur organisasi dan penggunaan
sumber alam benda dan manusia.
Matematik dan Sains
Bidang ini melibatkan amalan yang berkaitan dengan pengiraan
logik, rasional serta analitik dalam mencipta dan menggunakan
hukum-hukum dan teori-teori secara logik atau empirik. Ianya
berhubungkait dengan membuat hipotesis atau andaian berasaskan
huraian yang bersistematik dalam membuat penemuan baru,
penerokaan dan penyelesaian masalah sains melalui eksperimen,
ujikaji, klinikal, kajian kes, tinjauan dan sebagainya.
Kaitan Dengan Perubatan
Bidang ini melibatkan amalan yang berkaitan dengan
penggunaan alat-alatan, sumber, prinsip-prinsip amalan, kaedah
dan perkhidmatan sokongan ke arah membantu serta menaikkan
prestij kesihatan dan atau perubatan sama ada dari segi teori
atau amalan.
Perubatan
Bidang ini melibatkan amalan yang berkaitan dengan penggunaan
dan pengaplikasikan hukum-hukum, prinsip-prinsip, teori-teori dan
teknik-teknik dalam urusan pencegahan, pemulihan dan rawatan
penyakit-penyakit.
Seni dan Hiburan
Bidang ini melibatkan amalan yang berkaitan dengan gaya
persembahan yang berkaitan dengan nilai-nilai estetik melalui
aktiviti-aktiviti seni dan kreatif berasaskan kebolehan, kemahiran
dan bakat halus yang dimiliki.
Persuratan dan Perundangan
Amalan yang berkaitan dengan penulisan kreatif atau formal,
penggunaan bahasa daripada segi peraturan atau undang-undang
yang melibatkan komunikasi dengan orang ramai sama ada yang
menyentuh hal ehwal semasa atau perkara-perkara yang dibahaskan
di mahkamah.
Sukan
Amalan yang berkaitan dengan pentadbiran dan pengurusan
tenaga, otot-otot dan anggota manusia secara perseorangan atau
berkumpulan ke arah menyatakan sesuatu perasaan, disiplin, seni,
hemah, fikiran melalui gerak kerja fizikal dan mental secara
sistematik. Ianya juga menyentuh semua aspek yang berkaitan
dengan urusan permainan dan olahraga.
Perkhidmatan Persendirian
Bidang ini melibatkan amalan yang berkaitan dengan sesuatu
kemahiran, pengetahuan dan kebolehan orang perseorangan yang
memberi khidmatnya melalui sesuatu perjanjian atau kontrak.
Perkhidmatan Sosial
Bidang Perkhidmatan Sosial adalah amalan yang berkaitan
dengan kerja-kerja kebajikan ke arah menjalinkan hubungan
yang lebih baik di kalangan ahli masyarakat. Amalan ini
menggalakkan usaha bertukar-tukar pendapat serta berkongsi
pengalaman sambil memperkembang, melatih, menolong,
mengasuh dan mendidik.
Pentadbiran Perniagaan
Bidang ini melibatkan amalan yang berkaitan dengan penyeliaan,
pengawalan dan penjagaan dalam urusan pejabat dan perniagaan.
Ianya juga berkaitan dengan usaha memimpin, mengarah,
menyelesaikan masalah serta membuat keputusan mengenai
polisi, struktur organisasi, prinsip-prinsip perniagaan dalam
pengembangan sumber manusia.
Analisis Perniagaan
Bidang ini melibatkan amalan yang berkaitan dengan mengenal
pasti dari menyelesaikan masalah perniagaan secara analitik
dan sistematik melalui perancangan progran dan pembekalan
data-data.
Urusniaga
Amalan yang berkaitan dengan membeli, menjual dan berniaga.
Ianya lebih merujuk kepada tingkah laku seseorang itu
termasuklah tawar menawar harga barang-barang jualan atau
dagangan.
Pekerjaan Perkeranian
Bidang ini melibatkan amalan yang berkaitan dengan mematuhi
peraturan pejabat dengan melaksanakan apa yang telah
diputuskan mengikut sesuatu polisi pentadbiran atau urusan
perniagaan secara operasional. Perkhidmatan ini memerlukan
perincian, kerja yang berulang-ulang dan keakuran.
Pekerjaan Konvensional
Bidang ini melibatkan amalan yang berkaitan dengan
individu yang suka bekerja dengan data dan nombor. Mereka
mempunyai kebolehan dan kemahiran dalam mengguna
nombor. Mereka mempunyai struktur yang tinggi, bersifat
akur, mengikut arahan dan selalunya melakukan sesuatu
secara terperinci. Selesa dengan kerja yang rutin atau
berulang-ulang.
SELESAI
TERIMA KASIH
Website: www.educ.upm.edu.my
E-mail: smn@educ.upm.edu.my
sideknoah@yahoo.com
sideknoah@gmail.com

You might also like