You are on page 1of 14

1

TUGASAN




PENSYARAH
NAMA PENSYARAH
DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. ID NO. TELEFON
HASNIDAH BINTI JAMIL
D
781230-10-5428 0193838920

KUMPULAN


KAJIAN PENDIDIKAN SAINS
BAGAIMANA SAYA MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENERANGKAN KONSEP SAINS DENGAN
MENGGUNAKAN PETA KONSEP

2

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT
1. PENDAHULUAN 3
2. FOKUS KAJIAN 4
3. OBJEKTIF KAJIAN/ SOALAN KAJIAN 6
4. KUMPULAN SASARAN 6
5. PERANCANGAN PELAKSANAAN KAJIAN 7
6. RUJUKAN 11
7. LAMPIRAN 12


















3

TAJUK
Bagaimanakah kaedah untuk saya meningkatkan kemahiran menerangkan konsep sains
dengan menggunakan peta konsep.

1.0 PENDAHULUAN
Saya merupakan seorang guru tahun 4 dan 5 yang pernah mengajar matapelajaran
Sains sebelum ini di sebuah sekolah rendah di dalam Daerah Gombak, Selangor. Sewaktu sesi
pengajaran dan pembelajaran, apabila saya menerangkan sesuatu tajuk dalam mata pelajaran
sains, saya hanya menggunakan papan putih, buku rujukan, buku teks dan beberapa objek
yang berkaitan dengan tajuk yang dipelajari ,sebagai sumber rujukan.
Saya beranggapan, penerangan saya dengan alatan seperti yang dinyatakan tadi cukup
dan dapat meningkatkan hasil pembelajaran murid, tetapi sebaliknya apabila diberikan latihan
bertulis dalam bentuk lembaran kerja, murid masih tidak dapat memberikan jawapan yang betul.
Perkara ini amat membimbangkan saya. Contohnya sewaktu saya menerangkan konsep
kemusnahan alam akibat daripada aktiviti manusia di kelas 5 Ibnu Sina. Sewaktu sesi
penerangan konsep kemandirian spesies disampaikan, saya dapati murid- murid tidak dapat
memberi respon kepada soalan lisan yang diberi. Murid-murid hanya senyap dan saling
berpandangan antara satu sama lain. Saya memanggil nama beberapa orang murid untuk
menjawab soalan saya. Murid-murid saya memberikan jawapan dengan bimbingan saya.
Kemudian setelah selesai memberikan penerangan, saya memberikan latihan bertulis berkaitan
dengan tajuk yang yang telah saya terangkan.Setelah beberapa minit berjalan, sebahagian
murid masih tidak menuliskan jawapan bagi soalan yang saya beri.Saya bertanya kepada murid
mengapa masih tidak menuliskan jawapan lagi. Mereka menjawab mereka tidak ingat tentang
apa yang saya terangkan tadi. Hal ini menunjukkan bahawa saya tidak dapat menerangkan
konsep tersebut dengan jelas dan tepat .
Saya memberikan latihan bertulis menggunakan lembaran kerja mengenai tajuk ini.
Saya agak kecewa dengan keputusan yang diperolehi oleh kebanyakkan murid saya. Mereka
tidak dapat mengaitkan soalan dengan apa yang telah saya terangkan sebelum ini. Pendek
kata, mereka tidak dapat memberikan jawapan yang betul bagi soalan yang dikemukakan .Ini
jelas menunjukkkan murid-murid saya tidak dapat memahami konsep dan mengingat fakta-fakta
yang telah saya terangkan.
Sebelum ini saya percaya teknik memberikan penerangan yang saya amalkan cukup
berkesan, rupa-rupanya saya silap. Ada segelintir murid mudah faham dan sebahagian lagi
tidak faham.Saya tidak peka pada masalah ini. Maka adalah penting untuk saya mengubah
amalan saya selama ini sewaktu menerangkan sesuatu konsep Sains kepada murid ketika
proses pengajaran dan pembelajaran .
Selepas membuat refleksi terhadap pengajaran saya sebelum ini, saya sedar, saya
perlu membuat perubahan terhadap cara saya menerangkan konsep sains kepada murid. Pada
4

pendapat saya, jika penerangan tentang konsep Sains yang saya sampaikan menarik dan baik,
maka murid akan minat dan menumpukan sepenuh perhatian mereka terhadap pelajaran Sains.
Mata pelajaran Sains sering dikatakan satu mata pelajaran yang sukar di kalangan murid
sekolah, terutama murid-murid sekolah rendah.Pelajaran Sains mengandungi banyak konsep
yang perlu difahami dan dikuasai oleh murid. Hal ini merupakan salah satu faktor yang
menyebabkan ramai murid tidak menyukai mata pelajaran Sains.
Kesimpulannya,setelah membuat beberapa rujukan, saya mengambil keputusan untuk
menambahbaikkan amalan saya menerangkan sesuatu konsep Sains dengan menggunakan
peta konsep.

2.0 FOKUS KAJIAN/ ISU KEPERIHATINAN
Hasil daripada refleksi yang saya lakukan selepas sesi pengajaran, saya dapati
pengajaran saya kurang berkesan. Daripada hasil kerja murid menunjukkan saya perlu
membuat penambahbaikan tentang cara saya menerangkan tentang sesuatu konsep Sains.
Sesi penerangan adalah sangat penting kerana ia sangat membantu murid menguasai
konsep Sains dan seterusnya meningkatkan prestasi Sains murid. Penerangan yang
disampaikan perlulah jelas dan tepat. Intonasi suara guru sewaktu menyampaikan penerangan
juga mempengaruhi dan dapat merangsang perhatian murid terhadap apa yang disampaikan.
Selain itu faktor yang dapat membantu guru menyampaikan penerangan dengan baik ialah
penggunaan bahan bantu mengajar contohnya seperti menggunakan peta konsep. Oleh itu
fokus kajian saya ini adalah bagaimana saya menambahbaikkan amalan memberi penerangan
tentang konsep sains dengan menggunakan peta konsep.
Bagi membantu saya mengenalpasti permasaalahan saya ini, saya telah meminta rakan
sejawat saya, iaitu Ketua Panitia Sains, Puan Siti Rohaida membantu saya untuk
mengenalpasti masalah dan kelemahan yang ada dalam pengajaran dan pembelajaran saya.
Beliau memantau satu sesi pengajaran saya di kelas dan saya berbincang apakah kelemahan
dalam pengajaran saya. Berdasarkan senarai semak yang digunakan untuk membuat penilaian
terhadap pengajaran saya di dalam kelas, saya dapati saya perlu mengubah cara saya
memberikan penerangan sewaktu menerangkan konsep Sains.
Hasil daripada pengumpulan data pemantauan sesi pengajaran, menunjukkan bahawa
saya perlu memperbaiki cara saya menerangkan konsep Sains. Oleh itu saya perlu
mengubah teknik penyampaian atau penerangan saya.Setelah membuat beberapa rujukan,
saya dapati kaedah menerang dengan menggunakan peta konsep dapat membantu saya
meningkatkan amalan kemahiran memberi penerangan saya. Justeru itu, fokus kajian saya
ialah bagaimana penggunaan peta konsep dalam penerangan sesuatu topik dalam mata
pelajaran Sains dapat membantu meningkatkan keberkesanan sesi pengajaran saya.
5

Beberapa kriteria penting yang harus saya pertimbangkan dalam kajian yang akan saya
laksanakan ialah kebolehtadbiran , kepentingan, kebolehgunaan, kebolehkawalan , kolaborasi
dan juga kerelevanan kepada sekolah.
Saya memilih kaedah penerangan menggunakan peta konsep kerana ia mudah dibina
atau ditadbirkan. Ianya boleh dilukiskan di papan putih, kertas mahjong atau kad manila atau
dengan menggunakan kad-kad perkataan yang akan disusun mengikut urutan yang akan
membentuk peta konsep. Pembinaan peta konsep tidak memerlukan masa yang panjang dan
persediaan dari segi peralatan yang digunakan juga adalah ringkas. Peta konsep ini sesuai
digunakan untuk pengajaran di dalam kelas atau bilik sains yang mempunyai jumlah murid
tidak terlalu ramai. Dengan itu, sesi pengajaran dapat dijalankan dalam keadaan terkawal.
Selain itu juga, peta konsep yang akan saya gunakan penting untuk membantu saya
menyampaikan penerangan saya dalam sesuatu konsep Sains. Murid akan tertarik dan mudah
terangsang untuk menumpukan perhatian terhadap penerangan saya, lebih-lebih lagi peta
konsep yang akan saya bina nanti menggunakan kertas yang pelbagai warna. Peta konsep ini
berfungsi sebagai bahan sumber pengajaran dan pembelajaran saya.
Keadaan peta konsep yang ringkas dan tepat boleh juga dipinjamkan dan digunakan
oleh guru-guru lain yang mengajar tajuk yang sama di kelas yang berlainan. Sekiranya selesai
digunakan sebagai bahan sumber pengajaran dan pembelajaran, peta konsep tadi boleh saya
tampalkan di sudut sains di dalam kelas.Oleh itu dari segi kebolehgunaan, peta konsep ini
bukan hanya setakat digunakan sewaktu pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas malah
boleh juga digunakan sebagai bahan pameran di sudut Sains.
Saya juga mendapati peta konsep ini boleh digunakan bukan hanya setakat sewaktu
menerangkan konsep Sains, ia juga merupakan satu alat yang dapat digunakan untuk
menghubungkaitkan pengetahuan sedia ada murid dengan pengetahuan baru yang diajar oleh
guru. Jalinan antara isi kandungan dalam peta konsep dapat mengukuhkan lagi daya ingatan
murid. Memandangkan penggunaannya sewaktu saya menyampaikan penerangan di dalam
kelas, maka ia mudah dikawal kerana bilangan murid yang tidak terlalu ramai. Peta konsep ini
tidak sesuai jika ia digunakan sebagai sumber pengajaran di dalam dewan yang melibatkan
bilangan murid yang terlalu ramai seperti melibatkan dua kelas yang dicantumkan.
Dari segi kerelevenannya kepada sekolah, peta konsep ini memang sesuai digunakan
kerana ia dapat membantu saya menyampaikan penerangan tentang sesuatu konsep Sains
dengan lebih berkesan dan seterusnya dapat meningkatkan prestasi murid dalam pembelajaran
mata pelajaran Sains. Hal ini juga seterusnya meningkatkan prestasi pencapaian UPSR
sekolah.



6

3.0 TUJUAN KAJIAN / OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini ialah untuk menambahbaikkan cara saya menerangkan konsep Sains
dengan menggunakan peta konsep supaya saya dapat meningkatkan amalan pengajaran Sains
saya di dalam kelas. Melalui kajian ini, saya harap dua persoalan kajian berikut akan terjawab:
i. Bagaimana saya dapat meningkatkan amalan saya menerangkan konsep Sains
lebih jelas dengan menggunakan peta konsep?

ii. Bagaimana peningkatan penerangan konsep Sains menggunakan peta konsep
dapat meningkatkan pengajaran dan pembelajaran Sains?



4.0 KUMPULAN SASARAN
Dalam kajian ini sekumpulan murid tahun 5 di sekolah saya menjadi kumpulan sasaran
untuk kajian saya .Bilangan murid di dalam kelas ini ialah seramai 39. Jadual 1 menunjukkan
data murid mengikut jantina dan bangsa.



Jadual1: Bilangan murid
Bangsa/ Melayu Cina India Lain-lain Jumlah
Jantina
Lelaki 15 - - 3 18
Perempuan 19 - - 2 21
Jumlah 34 0 0 5 39

Merujuk Jadual 1, kumpulan murid yang terlibat adalah terdiri daripada 15 orang murid
lelaki Melayu dan 19 orang murid perempuan Melayu. Selebihnya adalah murid yang terdiri
daripada lain-lain bangsa.Murid-murid kumpulan ini mempunyai kepelbagaian aras
kognitif,terdiri dari kumpulan sederhana dan sederhana lemah. Setelah melalui ujian saringan
(diagnostik) pada bulan September lalu( Lampiran B ), hanya seramai 15 orang sahaja yang
lulus dalam matapelajaran Sains.
7


Jadual 2 : Keputusan ujian diagnostik
Gred /markah Bilangan murid Peratus (%)
A ( 80 - 100 ) 0 0
B ( 60 79 ) 1 2.6
C ( 40 59 ) 14 36.8
D ( 20 39 ) 24 61.5
E ( 0 - 19 ) 0 0

Hasil daripada ujian diagnostik, didapati hanya seorang sahaja murid yang mendapat gred B
dan 14 orang mendapat gred C. Murid yang selebihnya adalah murid yang gagal iaitu seramai
24 orang.

5.0 PERANCANGAN PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN
Setiap kajian tindakan yang dibuat, perancangan yang amat teliti perlu dibuat bagi
memastikan perjalanan pelaksanaan kajian tindakan ini nanti berjalan dengan lancar. Justeru
itu, saya telah membuat beberapa langkah perancangan untuk melaksanakan kajian tindakan
saya ini. Perancangan pelaksanaan kajian tindakan saya adalah seperti berikut:-
5.1 Perancangan Pelan Tindakan
Langkah 1: Saya menampalkan paparan yang pertama iaitu tajuk yang akan dipelajari di
bahagian tengah papan tulis. Paparan tersebut diperbuat daripada sekeping kad
berwarna yang berukuran A3 supaya pernyataan pada kad tersebut dapat dilihat
dengan jelas dari setiap sudut kelas.Kad ini perlu ditampalkan di bahagian
tengah papan tulis untuk memberi ruang kepada paparan-paparan yang
seterusnya bagi membentuk peta konsep.
Langkah 2: Kemudian beberapa soalan lisan akan saya kemukakan kepada murid mengenai
tajuk yang akan saya terangkan, untuk mencungkil pengetahuan sedia ada
murid. Contohnya, saya akan mengajar tajuk kestabilan binaan. Saya akan
bertanya kepada murid, apakah yang akan berlaku jika kerusi ini mempunyai 2
kaki sahaja? Kemudian saya akan menampalkan kad pernyataan yang
menyatakan maksud kestabilan binaan di satu sudut dengan dikaitkan dengan
kad pertama menggunakan kad anak panah. Ketika ini saya akan menerangkan
maksud atau definisi kestabilan binaan.
8

Langkah 3: Selepas menerangkan tentang konsep kestabilan, saya akan bertanya kepada
murid mengapa perlunya kestabilan bagi sesuatu binaan. Kad ke-3 mengenai
kepentingan kestabilan saya paparkan kepada murid untuk menjelaskan
mengapa perlunya kestabilan binaan . Seperti kad-kad yang lain, kad anak
panah akan saya gunakan untuk menunjukkan kesinambungan peta konsep tadi.
Ketika ini saya akan menerangkan kepada murid mengenai kepentingan
kestabilan suatu binaan. Tujuannya ialah untuk mengaitkan pengetahuan sedia
ada murid dengan tajuk yang mereka pelajari supaya proses pembelajaran lebih
bermakna dan ingatan jangka panjang dapat dibentuk.
Langkah 4: Seterusnya, saya akan menerangkan tentang faktor-faktor kestabilan. Untuk itu
kad yang seterusnya, mengenai faktor-faktor kestabilan akan saya tampalkan
satu persatu. Saya akan menerangkan tentang faktor yang mempengaruhi
kestabilan binaan supaya dapat memperkukuhkan lagi kefahaman dan
pengetahuan murid tentang tajuk kestabilan binaan ini.
Langkah 5: Guru membuat rumusan penerangan tentang tajuk kestabilan binaan dengan
merujuk kepada peta konsep yang telah terbentuk di papan tulis. Soalan secara
lisan dikemukakan oleh guru untuk menguji tahap kefahaman dan penguasaan
murid tentang tajuk yang telah dipelajari.
5.2 Perancangan Cara Pengumpulan Data
Untuk pelaksanaan kajian ini, data-data akan dikumpulkan dengan beberapa cara seperti
berikut:-
(a) Borang Soal Selidik.
Dua set soalan kaji selidik ( Lampiran C dan D ) kaji selidik akan saya gunakan
untuk menilai penerangan saya tentang konsep Sains dengan menggunakan peta
konsep. Set soalan soal selidik yang pertama khusus untuk murid sebagai responden,
menggunakan soal selidik skala Gutman, di mana jawapan bagi soalan yang
dikemukakan ialah ya dan tidak. Soal selidik Skala Gutman ini sesuai untuk murid saya
yang terdiri daripada kumpulan murid pelbagai aras kognitif. Pilihan jawapan yang
mudah, sama ada ya atau tidak akan memudahkan murid menjawab soalan tersebut.
Set yang kedua, merupakan soal selidik yang menggunakan skala Likert . Soal selidik
Skala Likert ini sesuai kerana responden dapat memberikan komen dan penilaian yang
tepat tentang keberkesanan dan kesesuaian penerangan konsep sains menggunakan
peta konsep . Responden yang terlibat dengan soal selidik skala Likert ini terdiri
daripada beberapa orang guru Sains.
( b) Nota Lapangan
Nota lapangan merupakan satu catatan hasil dari pemerhatian saya sewaktu sesi
pengajaran, samaada catatan tentang maklumat yang saya dengar, saya lihat,
pengalaman yang saya lalui dan yang saya fikirkan. Melalui nota lapangan tersebut,
9

saya akan membuat refleksi terhadap data yang saya perolehi dan akan saya gunakan
untuk membantu saya membuat penilaian dan mendapatkan maklumbalas tentang
proses pengajaran yang telah saya lakukan dan membantu saya membuat
penambahbaikan amalan pengajran saya. Nota lapangan ini akan saya tulis sebaik
sahaja masa pengajaran tamat kerana pada waktu itu segala apa yang telah berlaku
sepanjang sesi pengajaran masih segar dalam ingatan. Nota lapangan saya ini terdiri
daripada fokus terhadap isu-isu tertentu seperti kualiti pengajaran, tingkah laku murid
dan perkara-perkara yang berlaku sewaktu sesi pengajaran.
(c) Hasil kerja murid
Hasil kerja murid merupakan tugasan yang diberikan oleh guru selepas sesi pengajaran
dan pembelajaran berlangsung. Ianya bertujuan untuk memberi peneguhan terhadap
kefahaman dan penguasaan murid mengenai apa yang telah dipelajari. Contohnya, hasil
kerja murid yang akan saya gunakan ialah lembaran kerja dan soalan latihan bertulis.
Hasil kerja murid ini akan dapat membantu saya mengetahui sejauh mana tahap
kefahaman dan penguasaan murid tentang tajuk atau konsep Sains yang telah saya
terangkan. Satu catatan tentang hasil kerja murid ini akan saya buat dan akan saya
gunakan untuk mendapatkan data dan maklumat setelah saya semak dan membuat
penilaian terhadap hasil kerja murid. Maklumat yang saya perolehi akan saya gunakan
untuk saya memahami murid dari segi perasaan, sikap dan kenalpasti tahap
penguasaan murid terhadap konsep Sains yang telah saya ajarkan.
5.3 Kaedah Analisis Data
Terdapat pelbagai cara yang akan saya gunakan untuk menganalisis data yang
telah saya perolehi hasil dapatan saya nanti. Antaranya adalah seperti berikut:-
(a) Soal Selidik
Dapatan dari soal selidik, saya akan mengumpul dan mengemaskini data yang
diperolehi menggunakan jadual analisa jawapan responden ( murid ) bagi soal selidik
skala Gutman. Saya akan mengira peratusan responden tang menjawab Ya dan tidak.
Jika peratusan respons yang menjawab Ya adalah lebih tinggi, maka penerangan saya
dengan menggunakan peta konsep dapat meningkatkan penguasaan murid terhadap
tajuk yang dipelajari tetapi jika sebaliknya, maka sya perlu mengubah dan
menambahbaikkan amalan penerangan saya. Bagi soal selidik skala Likert pula, saya
akan menggunakan jadual analisis jawapan dan menggunakan statistik mudah iaitu
mencari mod bagi data yang diperolehi.
(b) Nota Lapangan
Melalui catatan yang saya buat hasil dari pemerhatian terhadap apa yang
berlaku semasa sesi pengajaran dan pembelajaran, saya akan kodkan peristiwa, situasi
dan perubahan tingkah laku murid. Ini penting untuk tujuan mengambil tindakan bagi
menambahbaikkan amalan pengajaran melalui respon yang ditunjukkan.
10


(c) Hasil Kerja Murid
Melalui hasil kerja murid iaitu lemabaran kerja, saya akan rekodkan markah yang
saya perolehi daripada soalan yang dikemukakan. Markah yang diperolehi akan
dianalisis untuk mengetahui sejauh mana penguasaan murid terhadap konsep Sains
yang telah diterangkan.
5.4 Perancangan Pelaksanaan Pelan Tindakan
Bagi memastikan pelaksanaan kajian tindakan ini berjalan lancar, saya akan
menggunakan Carta Gantt sebagai panduan untuk melaksanakan kajian tindakan ini.
Manakala kos yang dianggarkan untuk keperluan pelaksanaan kajian tidakan ini
ialah seperti jadual 3 di bawah:-
Jadual 3: Kos yang diperlukan sepanjang pelaksanaan kajian tindakan.
Bil Perkara Harga seunit Kuantiti Jumlah
1 Kertas A 4 RM 16.00 2 rim RM 32.00
2 Kerta Manilakat RM 0.80 10 keping RM 8.00
3 Pen Marker RM 3.50 3 batang RM 10.50
4 Kertas A4 pelbagai warna RM 4.90 2 paket RM 9.80
5 Kos fotostat bahan RM 50.00 RM 50.00
Jumlah RM 110.30












11

RUJUKAN

Esen Uzuntiryaki & Omer Geban,(2005).Effect of Conceptual change Approach Accompanie
With Concept Mapping on Understanding of Solution Concepts.Instructional
Science,33,311-335
George W. Chilcoat,(1989).Instructional Behaviors For Clearer Presentations in the
Classroom.Instructional Science.18,289-314
J. D Novak,( 1990 ). Concept Maps and Vee Diagrams: Two Metacognitive Tools to Facilitate
Meaningful Learning.Instructional Science.19,29-52
Wahidin, Kamisah Osman&T.Subahan , (2004). Penggunaan Peta Konsep dan Peta Vee dalam
Meningkatkan Sikap Pelajar Terhadap Kimia.Jurnal Pendidikan,29, 125-144.
Renuka & Sharifah Norhaidah,( 2008). Kesan Penggunaan Peta Konsep Bersama Koswer
Pengajaran Sains Tingkatan 1( Kementerian Pendidikan Malaysia )Dalam Meningkatkan
Pengetahuan Dan Kesedaran Alam Sekitar.Jurnal Pendidik dan Pendidikan ,23,69-80.














12

Nama: ..
Tarikh:..
Tahun 5:..

JAWAB SEMUA SOALAN DI BAWAH:
1. Mengapakah sesuatu binaan itu mudah tumbang apabila ditiup angin?


2. Nyatakan 2 faktor utama yang mempengaruhi kestabilan binaan.
i..
ii....
3. Nyatakan 3 cara untuk meningkatkan kestabilan suatu binaan.
i. .
ii.
iii.
4. Nyatakan 2 faktor kekuatan sesuatu binaan.
i.
ii..




13


LAMPIRAN C

Arahan : Sila tandakan ( _/ ) jawapan pada ruangan jawapan Ya atau Tidak
Bil Soalan Ya Tidak
1 Suara cikgu amat jelas sewaktu menyampaikan penerangan
2 Penerangan tentang tajuk yang diajar lebih jelas dengan bantuan
peta konsep

3 Pembelajaran dengan menggunakan peta konsep membuatkan saya
rasa lebih ingin belajar dan berjaya dalam mata pelajaran sains

4 Penggunaan peta konsep menyusahkan saya untuk memahami
konsep sains.

5 Peta konsep yang ditunjukkan oleh cikgu membantu saya
memahami apa yang cikgu terangkan hari ini..

6 Saya rasa cepat faham dengan penerangan cikgu apabila cikgu
menggunakan peta konsep

7 Saya dapat mengingat banyak isi penting dalam pembelajaran saya
hari ini

8 Pengajaran guru dengan bantuan peta konsep amat berkesan
9 Pembelajaran menggunakan peta konsep amat menyeronokkan dan
mudah digunakan.

10 Penggunaan peta konsep tidak membantu saya untuk memahami
tajuk yang cikgu terangkan kepada saya









14

LAMPIRAN D
Arahan : Bagi setiap pernyataan dibawah , sila tandakan sejauh manakah anda
bersetuju berdasarkan perasaan dan pendapat anda sendiri tanpa terpengaruh dengan
orang lain. Dengan menggunakan skala 1 hingga 5, sila tandakan ( _/ ) pada satu
ruangan jawapan sahaja.
SKALA
1- Sangat tidak setuju
2-Tidak setuju
3- Kurang setuju
4- Setuju
5-Sangat setuju
Bil Soalan 1 2 3 4 5
1 Guru memulakan sesi pengajaran dengan set induksi
yang menarik


2 Guru memastikan kesediaan murid untuk belajar
sebelum memulakan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran


3 Guru menyediakan bahan bantu yang bersesuaian


4 Guru menyampaikan penerangan dengan suara yang
jelas dan terang


5 Guru mengemukan soalan secara terbuka kepada murid


6 Soalan guru mendapat respon yang baik dari murid


7 Guru memberi ransangan kepada murid untuk menarik
perhatian mereka


8 Guru memberikan bimbingan kepada murid yang lemah

You might also like