You are on page 1of 4

TAJUK 6 : BENGKEL AKTIVITI PENULISAN MEKANIS

6.0 Pengenalan
Kemahiran tulisan mekanis boleh dimulakan setelah murid murid melalui latihan latihan
kemahiran pratulisan. Latihan dan penglaman asas yang diperlukan supaya dapat
membantu murid murid menguasai kemahiran menulis huruf, suku kata, rangkai kata dan
ayat. Faedah menguasai kemahiran menulis kepada murid tidak terhad untuk jangka masa
pendek sahaja, bahkan berlanjutan sepanjang usia mereka. Kemahiran menulis mekanis
bertujuan untuk menguasai kemahiran membentuk huruf huruf besar dan huruf huruf kecil
dalam abjad dengan betul.
6.1 Konsep
Penulisan mekanis merupakan satu kemahiran yang dilaksanakan kepada murid murid
setelah mereka melalui aktiviti dan latihan kemahiran pratulisan yang ditetakan. Penulisan
ini juga dijalankan setelah murid murid dibimbing cara memegang pensel yang betul,
postur badan, kedudukan kertas, kedudukan kerusi dan meja semasa menulis. Tujuan
penulisan mekanis adalah untuk membimbing murid murid menguasai kemahiran
membentuk huruf besar dan juga huruf kecil dengan cara yang betul. Justeru, latihan dan
pengalaman asas diperlukan supaya murid murid dapat menguasai kemahiran menulis
huruf, suku kata, frasa dan juga ayat dengan betul.
6.2 Pelaksanaan Aktiviti
Sebelum memulakan penulisan mekanis, berikut adalah persedian yang perlu untuk
persediaan murid-murid :
1. Melakukan latihan pergerakan tangan
2. Menguasai gerak tangan yang bebas supaya boleh menulis dengan selesa dan
sempurna
3. Melakukan latihan pergerakan mata
4. Melakukan pergerakan koordinasi mata tangan
Setelah murid-murid membuat persediaan di atas, guru perlulah menyediakan aktiviti untuk
menulis di atas kertas . Contohnya menyambung titik-titik yang berbentuk huruf, menulis
huruf dalam garisan 3 dan 1.


6.3 Kekuatan
Murid dapat menulis dengan cara yang betul.
Murid dapat menguasai kemahiran menulis dengan tepat berdasarkan aktiviti yang
dijalankan.
Murid dapat membetuk huruf besar dan juga huruf kecil dengan menggunakan
pelbagai cara
Murid dapat menulis dengan betul berdasarkan aktiviti seperti menulis di ata kertas
berkotak, kertas bergaris empat, bergaris tiga dan bergaris satu.
6.4 Kelemahan
Murid perlu menguasai dahulu kemahiran pratulis kerana menulis mekanis tidak
berfokuskan cara memegang pensel
Guru perlu mempelbagaikan aktiviti semasa pengajaran dan pembelajaran
berlangsung agar dapat menaik minat murid untuk menulis.
Murid perlu diberi aktiviti yang menyeronokkan agar tidak mudah berasa bosan.

6.5 Contoh Aktiviti
Aktiviti Menulis Huruf Besar dan Kecil
Aktiviti 1 : Menulis huruf besar dan huruf kecil dari a hingga z di atas kertas berkotak, bergaris
empat, bergaris tiga dan bergaris satu.
1. Guru akan memberi satu kertas mengandungi satu huruf kepada murid dan murid akan
menulis mengikut bentuk tersebut
Contoh : Huruf a kecil





2. Setelah murid melaksanakan aktiviti tersebut guru akan memberikan latihan menulis
mengunakan kertas bergaris. Guru boleh mengajar sama ada menulis huruf besar terlebih
dahulu ataupun huruf kecil.

3. Menulis di atas kertas bergaris tiga








4. Menulis kertas bergaris satu





Aktiviti 2 : Memadankan huruf kecil dengan huruf besar
Aktiviti ini dilakukan setelah murid mengenal huruf kecil dan huruf besar
1. Guru melekatkan huruf kecil dan huruf besar di papan tulis
2. Guru akan meminta murid ke hadapan untuk memadan huruf
3. Setelah selesai, guru akan memberi lembaran kerja memadan huruf besar dan huruf
kecil sebagai pengukuhan.












D
h
H
n
N
d
Aktiviti 3 : Mengisi tempat kosong dengan huruf yang tertinggal



6.6 Rumusan
Penulisan mekanis ini amat penting kepada diri setiap murid kerana melalui penulisan
mekanis ini akan dapat menjadi asas yang kukuh. Ini adalah untuk murid menguasai
kemahiran dan juga dapat melahirkan idea, fikiran dan juga perasaan dengan cekap, pantas
dan baik. Selain itu, kemahiran menulis ini juga amat penting untuk menghasilkan bentuk
penulisan secara kreatif dalam jangka masa yang panjang. Dengan adanya penulisan serta
pergerakan tangan sahaja juga akan dapat melatih pergerakan otot otot halus dan juga
otot otot kasar. Sehibungan dengan itu, penulisan serta pembacaan juga harus dating
seiring dengan kedua duanya kerana ianya amat memerlukan.



a g
e
c

You might also like