You are on page 1of 16

Pengenalan pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan

Pettifor (1999) berpendapat bahawa Pendidikan Jasmani menyediakan kanak-kanak untuk


mengamalkan hidup aktif dan sihat dengan menyediakan skop pengalaman pembelajaran
yang rapid an berturutan. Beliau menegaskan bahawa pengalaman tersebut seharusnya
dapat meningkatkan pembangunan penguasaan kemahiran motor, kecergasan dan
pengetahuan berasaskan kesihatan, keyakinan untuk menjadi aktif, dan dapat
mengapresiasikan faedah aktiviti fizikal. Dalam perkataan lain, Pendidikan Jasmani
membekalkan ruang untuk membentuk kanak-kanak yang mantap secara keseluruhanya
yang mengambil kira aspek-aspek afektif, kognitif, dan psikomotor. Konsep menyeluruh ini
adalah selari dengan pendapat Dauer (1995) yang berpendapat bahawa Pendidikan
Jasmani adalah sebahagian daripada program pendidikan yang menyeluruh, yang member
sumbangan kepada perkembangan dan pembangunan keseluruhan kanak-kanak melalui
pengalaman-pengalman pergerakan.

Pendapat ini selaras dengan kenyataan Jabatan Pendidikan dan Sains, London Capel,200)
bahawa Pendidikan Jasmani adalah suatu proses pembelajaran yang bertujuan untuk
membangunkan pengetahuan tertentu, kemahiran dan kefahamannserta untuk
menggalakkan kecekapan fizikal. Walau bagaimanapun focus tersebut adalah ke atas
kanak-kanak dan pembangunan kecekapan fizikal, bukan ke atas aktiviti fizikal.
Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang bertujuan meningkatkan prestasi
manusia melalui aktiviti fizikal yang berkait rapat dengan pemilikan dan penghalusan
kemahiran-kemahiran motor; pembangunan dan pemeliharaan kecergasan untuk kesihatan
optimum dan keadaan baik; memperoleh pengetahuan, dan pembangunan sikap-sikap
positif terhadap aktiviti fizikal Jenny (1961) dan Williams (1964) berpendapat bahawa
Pendidikan Jasmani memberi pendidikan melalui aktiviti fizikal dan matlamatnya
mempengaruhi semua perkembangan fizikal termasuk perkembangan mental dan sosial.

Definisi Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
Barrow (1971, 1983) menyatakan Pendidikan Jasmani dalam konteks pengalaman
pendidikan menyeluruh dan berkait dengan hal seumur hidup setiap individu.
Baley & Field (1976), satu proses pengubahsuaian dan pembelajaran berkenaan organik,
neuromaskular, intelektual, sosial, budaya, emosional dan estetik, hasil melalui aktiviti-
aktiviti fizikal yang terpilih dan agak rancak,
Freeman (1977, 1992) menegaskan bahasa Pendidikan Jasmani meliputi pembangunan
fizikal dan mental dan menumpu pada tiga domain pendidikan, iaitu psikomotor, kognitif dan
afektif.
Lumpkin (1990) berpendapat Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang
membolehkan individu mempelajari kemahiran-kemahiran fizikal, mental dan sosial serta
tahap kecergasan yang tinggi.
Dauer (1995) berpendapat Pendidikan Jasmani ialah sebahagian daripada program
pendidikan yang menyeluruh, yang memberi sumbangan pada asasnya melalui
pengalaman-pengalaman pergerakan kepada perkembangan dan pembangunan
keseluruhan kanak-kanak.

Maksud Pendidikan Kesihatan
Pendidikan Kesihatan merupakan suatu proses membekalkan atau menggunakan
pengalamaan bagi mempengaruhi secara mendalam kefahaman, sikap dan amalan
berhubung dengan kesihatan individu, keluarga dan komuniti.
Objektif Pendidikan Jasmani
Bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviiti fizikal dan
amalan kecergasan. Pembelajaran dilakukan dengan mengutamakan tiga perkara
utama :
Kognitif Mengetahui dan memahami akan aspek kecergasan dan boleh diamalkan
dalam kehidupan seharian
Matlamat Pendidikan Kesihatan
Pendidikan Kesihatan bertujuan membantu murid meningkatkan pengetahuan
kesihatan, memupuk sikap positif terhadap kesihatan, dan mengamalkan gaya hidup
sihat
Apakah Budaya Pembelajaran Pendidikan Jasmani?
Penglibatan murid secara aktif dan selamat
Interaksi yang kreatif dengan rakan, bahan dan alatan
Penyimpanan rekod kegiatan murid sebagai bukti pembelajaran
Apakah Budaya Pembelajaran Pendidikan Kesihatan?
Penglibatan murid secara penghayatan ilmu
Interaksi dengan guru, rakan dan masyarakat
Penyimpanan rekod kesihatan dan kegiatan murid sebagai bukti pembelajaran
==Kandungan Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani==
Kecergasan
Konsep tunjang ini menitikberatkan keupayaan murid melakukan aktiviti fizikal secara
berterusan .
Tumpuan diberi kepada komponen kecergasan berasaskan fizikal.
[sunting]Kecergasan Fizikal
Koordinasi
Imbangan
Ketangkasan
Kuasa
Masa Respons
Kepantasan
Berasaskan pelakuan motor
Berasaskan kesihatan
Daya tahan kardiovaskular
Daya tahan Otot
Kekuatan
Kelenturan
Komposisi badan
Kemahiran
Konsep tunjang ini menitikberatkan keupayaan melakukan kemahiran daripada aspek
pergerakan otot Tumpuan diberi kepada kemahiran asas dalam permainan , olahraga,
gimnastik, pergerakan kreatif dan rekreasi

1. Kecergasan
(a) Kecergasan berasaskan kesihatan
i. Daya tahan kardiovaskular
ii. Daya tahan otot
iii. Kekuatan
iv. Kelenturan
v. Komposisi badan
(b) Kecergasan berasaskan perlakuan
i. Koordinasi
ii. Imbangan
iii. Ketangkasan
iv. Kuasa
v. Masa tindakbalas
vi. Kepantasan
(c) Konsep, definisi, prinsip dan kaedah latihan
2. Kemahiran
(a) Pergerakan asas
(b) Permainan
(c) Olahraga
(d) Gimnastik
(e) Pergerakan kreatif
(f) Rekreasi
(g) Kesenggangan

Permainan tradisional


Dibeberapa tempat permainan ini dinamakan juga sebagai main sorok-sorok. Kanak-
kanak lelaki dan perempuan amat mengemari permainan ini, ia amat mudah dan jumlah
pemain yang tidak terhad. Lebih ramai yang bermain lebih mendatangkan keseronokan
dan bertambah meriah lagi bagi mereka.
Jenis permainan luar rumah dan memerlukan kawasan yang luas, persekitaran rumah
akan dijadikan gelanggang. Sebatang pokok atau tiang akan dijadikan ibu atau rumah
iaitu induk untuk pemain yang akan mencari rakan mereka yang menyorok.
Undian
Sebelum permainan dijalankan, kesemua pemain akan mencari seorang yang dinamakan
pencari. Undian secara lai lai li tam plong dijalankan kepada semua pemain.
Cara Bermain dan Peraturan
Setelah pencari ditentukan, ia hendaklah berdiri dengan menutup matanya di rumah
induk. Kiraan akan dibuat 1 hingga 100 atau kurang bilangannya secara kuat. Setelah
selesai kiraan dibuat, pencari akan mula mencari rakan pemain lain yang menyorok
disekitar kawasan yang telah ditetapkan. Jika terdapat pemain yang menyorok diluar
kawasan yang telah ditetapkan ia dikira jadi dan akan mengambil peranan sebagi
pencari pula.
Sekiranya pencari telah menjumpai salah seorang dari mereka, hendaklah disebut
dengan kuat namanya dan dituruti dengan sebutan ibu. Dalam masa yang sama pencari
hendaklah berlari ke rumah induk serta mencuit induk, dengan tujuan mematikan
pemain yang ditemui agar pemain itu tidak boleh mencuit induk pula. Pencarian ini akan
dilakukan berterusan hingga kesemua pemain yang menyorok ditemui.
Setelah seleasi kesemua pemain yang menyorok ditemui dan tiada seorang pun yang
dapat membantu membatalkan cuitan pencari ke rumah induk, maka pemain yang
mula-mula ditemui itu akan jadi pencari pula.
Seandainya pemain yang ditemui itu sempat mencuit terlebih dahulu dari pencari ke
rumah induk, maka pencari ini akan jadi semula sebagai pencari dan permainan
dimulakan semula. Hal yang sedemikian juga boleh terjadi sekiranya salah seorang dari
pemain mencuit rumah induk dengan menjeritkan perkataan ibu, maka permainan akan
dimulakan semula dan pencari akan tetap memegang peranannya.




Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. Kanak-kanak
perempuan gemar memainkannya secara individu dan kebiasaannya dimainkan secara
berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih.
Guli kaca, biji getah, ketulan batu kerikil sederhana besar atau ketulan-ketulan objek
lain berbentuk bulat biasanya digunakan oleh kanak-kanak dalam permainan ini
sebanyak lima biji. Objek-objek ini dikenali sebagai buah.
Permainan ini sering dimainkan diwaktu lapang, di serambi rumah, di dalam rumah atau
dimana sahaja yang mereka gemari dengan memerlukan permukaan yang rata dan
bersih. Para pemain hendaklah duduk di atas lantai, dengan cara begini memudahkan
permainan tersebut dimainkan.
Menentukan Giliran
Sebelum permainan dimulakan, seorang demi seorang pemain dikehendaki menimbang
buah, bagi mendapatkan mata sebagai penentuan siapa yang akan bermain dahulu
sebagai pemain pertama, kedua, ketiga dan seterusnya. Cara menimbang buah adalah
dengan kesemua buah diletakkan di atas tapak tangan dan dilambung keudara,
kemudiannya hendaklah disambut pula dengan belakang tapak tangan. Jumlah buah
yang dapat disambut itu adalah dikira sebagai mata.
Cara Bermain
Dalam bermain Batu Seremban ini terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan
buah yang berlainan. Bermula dengan peringkat pertama yang mudah dengan
menggunakan sebiji buah yang dinamakan sebagai buah satu hinggalah kepada
peringkat lebih tinggi atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh.
Buah Satu
Kesemua buah hendaklah diselerakkan dengan cara menabur di atas lantai, berkeadaan
buah-buah itu tidak bersentuhan antara satu dengan yang lain. Sebiji buah diambil
untuk dijadikan ibu, dan ibu hendaklah dilambungkan keudara, dalam masa yang sama
sementara buah ibu masih berada diudara, sebiji lagi buah hendaklah dikutip. Dalam
masa yang sama pemain hendaklah menyambut buah ibu, apabila telah disambut sebiji
buah hendaklah digenggam di dalam tangan yang sebelah lagi. Perlakuan begini dibuat
berterusan sehingga kesemua buah di atas lantai itu habis dilambung dan disambut.
Buah Dua
Cara buah dua dimainkan adalah serupa seperti buah satu, tetapi buah yang dikutip
mestilah dengan dua biji serentak, ini bermakna hanya dua kali lambungan buah ibu
dilakukan.
Buah Tiga
Buah tiga pula terdapat sedikit perbezaan. Langkah pertama adalah dengan mengutip
sebiji buah dahulu, pada lambungan kali kedua pemain hendaklah mengutip tiga biji
buah serentak.
Buah Empat
Pemain mengutip kesemua empat biji buah di atas lantai dan dalam masa yang sama
hendaklah menyambut buah ibu yang telah dilambungkan.
Buah Lima
Diperingkat ini urutan dari memainkan buah empat, sementara di dalam tangan
tergenggam lima biji buah, sebiji dari buah hendaklah dilambungkan dan empat biji
buah baki hendaklah diletakkan di atas lantai pula serta menyambut buah ibu sahaja.
Buah Enam
Ditahap buah enam terdapat perbezaan, ianya juga dinamakan buah tukar dimana dua
biji buah dijadikan buah ibu. Apabila sebiji daripadanya dilambungkan ke udara maka
sebiji lagi buah ibu itu hendaklah ditukarkan dengan buah lain yang terdapat di atas
lantai, sehingga selesai.
Buah Tujuh
Buah tujuh adalah urutan dari peringkat permainan buah enam. Dua biji buah yang
masih berada di dalam tangan hendaklah dilambungkan serantak. Sementera itu sebiji
buah hendaklah dikutip. Buah ibu hendaklah disambut dengan kedua belah tangan,
sebiji disebelah kanan dan sebiji lagi disebelah kiri. Pada buah ibu yang terakhir
dilambungkah hendaklah juga disambut.
Menimbang
Setelah selesai kesemua peringkat dilalui, pemain hendaklah menimbang buah untuk
mendapatkan mata. Menimbang buah diperingkat ini ada dua kaedah. Cara pertama
sama seperti permulaan menentukan pemain, mata dikira hanya mengikut bilangan biji
buah yang dapat ditimbang. Tetapi jika buah yang ditimbang itu disambut dengan cara
mencangkuk, maka mata dikira sekali ganda dari jumlah biji buah yang dapat
disambutnya.
Sekiranya pemain dapat bermain sehingga keperingkat menimbang dengan
memperolehi mata, maka pemain tersebut boleh meneruskan permainan semula, buah
satu dan seterusnya sehingga mati.
Mati Permainan

Sekiranya ibu tidak dapat disambut atau semasa mengutip buah di atas lantai tangan
mengenai biji buah yang lain atau tidak dapat mengutip buah sehingga ibu jatuh atau
semasa menimbang buah dan pemain tidak dapat walau sebiji buah ianya
dikira mati (permainan ditamatkan) dan permainan akan diserahkan kepada pemain
seterusnya.



Permainan ini dikenali juga sebagai sepak bulu ayam, sebuyam atau chapteh. Dimainkan
di luar rumah oleh kanak-kanak lelaki seramai dua atau lebih. Jika terdapat ramai yang
bermain, kumpulan dengan terdiri beberapa orang boleh dibentuk.
Permainan ini adalah seperti permainan sepak raga, tetapi bola yang digunakan adalah
dari bulu ayam yang telah dibentuk seperti sejambak bunga.
Membuat Bola
Beberapa bahan asas diperlukan bagi membuat bola bulu ayam ini. Beberapa helai bulu
ayam yang terdapat pada ekor atau kepak ayam (tidak kurang dari tiga helai). Sebatang
paku sederhana besar, kepingan tiub tayar yang telah dibentuk bulat berukuran antara
4sm. garispusat dan getah skrap atau getah gelang sebagai pengikat.
Beberapa keping getah tiub yang telah dibentuk bulat hendaklah dicucok paku
menembusi ditengah-tengahnya. Lima helai bulu ayam sama panjang dilekatkan
disekeliling paku tadi dan diikat dengan getah sekrap atau getah gelang dengan kemas.
Jika untuk mendapatkan kekemasan bola tersebut sejenis gam yang kuat boleh
digunakan sebelum ikatan dibuat.
Cara Bermain
Sebelum permainan dimulakan undian dijalankan terbelih dahulu bagi menentukan
giliran. Undian secara lai lai li tam plong untuk semua pemain bagi menentukan siapa
yang perlu memulakan terlebih dahulu mengikut gilirannya. Penentuan mata samada
jumlah timbangan terbanyak atau penetapan jumlah mata tertentu juga harus
dipersetujui terlebih dahulu.
Pemain disyaratkan menimbang bola bulu ayam tersebut dengan menggunakan tepi
tumit kaki (tepi kaki sebelah dalam) sahaja atau juga dengan lutut. Sepakan tidak
dibenarkan, jika dilakukan oleh pemain, ia dikira mati dan giliran pemain seterusnya
mengambil alih pula. Permainan juga dikira mati sekiranya bola jatuh ketanah.
Mata dikira dengan cara, pemain mestilah menimbang bola tanpa henti atau mati
dengan seberapa banyak timbangan yang dapat dilakukan. Pemain yang mendapat mata
terendah jumlah timbangan dikira kalah, dan ia akan dikenakan denda. Pemain yang
kalah dikehendaki melambungkan bola kepada pemenang, dan pemenang pula mestilah
menimbang bola sebanyak tiga kali, sekiranya pemenang gagal berbuat demikian maka
denda terhadap pemain yang kalah akan dikira tamat.
Pusingan seterusnya boleh dilakukan beberapa kali, pemain yang memenangi disetiap
pusingan atau jumlah kemenangan banyak kali dan melebihi dari yang lainnya dikira
juara.





Permainan Mencari Cucu merupakan permainan tradisional yang dimainkan oleh kanak-
kanak diluar rumah. Ianya dimainkan oleh beberapa orang dengan jumlah yang ramai.
Halaman rumah atau tempat lapang merupakan gelanggang yang sering digemari oleh
mereka.
Didalam permainan ini terdapat dua buah lagu khas yang didendangkan. Sehelai sapu
tangan atau kain untuk menutup mata dan sebatang kayu tongkat diperlukan sebagai
alat.
Menentukan Nenek
Sebelum permainan dimulakan seorang dari mereka haruslah menjadi nenek. Bagi
menentukan nenek maka undian secara lai lai li tam plong perlu dijalankan. Siapa
dikalangan mereka yang kalah dalam undian tersebut maka akan ditutup matanya
dengan sapu tangan atau kain untuk dijadikan nenek. Sebatang tongkat diberikan untuk
dipegang dan berperlakuan seperti nenek tua yang buta.
Permainan Cari Cucu
Kesemua pemain membuat satu bulatan mengelilingi nenek dengan berpegangan tangan
diantara satu sama lain. Sebuah dendangan dinyanyikan oleh cucu secara beramai-
ramai.
Nyanyian

Nenek, nenek,
si bongkok tiga.
Siang mengantuk,
malam berjaga.
Mencari cucu
dimana berada.
Nenek kahwin
dengan anak raja.
Ketika cucu bernyanyi berpusing-pusing mengelilingi nenek, maka perlakonan nenek
seperti orang buta terbongkok-bongkok dengan menggunakan tongkat mencari jalan.
Setelah cucu tamat mendendangkan nyanyian, maka nenek pula mengambil giliran
mendendangkan nyanyiannya.
Nyanyian
Cucu, cucu
tak dapat lari.
Nenek tua
banyak sakti.
Sekarang nenek
nak cari ganti.
Siapa yang kena,
dia menjadi.
Setelah selesai dendangan nenek masing-masing cucu duduk mencangkung
mendiamkan diri dengan harapan nenek tidak mengetahui kedudukan mereka. Dengan
menggunakan tongkat nenek mencari-cari cucu yang mendiamkan diri disekelilingnya.
Setelah berjaya menangkap seorang cucu nenek perlu meneka nama pemain tersebut
dengan betul.
Sekiranya tekaan nenek itu betul maka pemain tersebut akan menjadi nenek
menggantikan tempatnya. Seandainya tekaan itu tidak tepat maka watak nenek masih
menjadi miliknya dan permainan diteruskan.

Congkak sejenis permainan tradisional Melayu yang menggunakan papan kayu
berlubang atau lubang di atas tanah dan buahnya daripada biji congkak, biji getah, biji
guli dan lain-lain. Di utara semenanjung ianya dipanggil juga Jongkok.

Permainan ini telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi, tetapi tidak pasti
asalnya, samada pengaruh luar telah datang bersama pedagang atau sememangnya
telah dicipta oleh orang Melayu ketika itu.
Papan Congkak
Peralatan yang digunakan untuk bermain congkak biasanya
diperbuat daripada batang pokok kayu besar yang diukir
seperti perahu. Disebelah hujungnya diukir bentuk kepala
pelbagai haiwan seperti burung manakala dibahagian badan
papan diukir dengan pelbagai ukiran Melayu. Lubang
sebesar 9sm. garis pusat dan 7sm. dalam ditebuk atas
permukaan papan tersebut. Sekiranya permainan congkak
di tanah, lubang digali dan kemudian diletak tempurung
kelapa supaya tangan tidak kotor terkena tanah.

Lubang-lubang congkak dibuat dalam dua barisan selari
antara satu sama lain yang disebut kampung. Pada
penghujung kampung terdapat sebuah lubang besar dan
dalam dinamakan rumah. Jumlah kampung yang biasa
terdapat pada papan congkak ialah lima, tujuh atau
sembilan sebaris. Kampung-kampung ini diisikan dengan
buah congkak sama banyak.

Cara Bermain


Papan Congkak
Dua orang pemain duduk berhadapan
menghadap papan congkak, dimulakan dengan
kedua-dua pemain serentak mencapai buah di
kampung masing-masing dan memasukkan buah
satu demi satu di dalam lubang kampung dengan
pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah
dan kampung lawan.

Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir
pada tangan dimasukkan dalam kampung kosong
di kawasan sendiri atau lawan dan pemain
hendaklah berhenti, sekiranya buah itu jatuh
atau mati di kampung sendiri. Pemain itu boleh
menembak kampung lawan yang setentang
dengan kampungnya iaitu mengaut kesemua
buah (jika ada) di dalam kampung tersebut.

Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati. Sekiranya
buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan permainan
dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampung sendiri. Sekiranya
buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan, maka permainan itu mati di situ
sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan seterusnya hingga mati.

Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan buah
congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap terbakar. Kampung
ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya
hingga pihak lawan mengaku kalah.



Permainan tradisional yang dimainkan diluar rumah. Permainan ini bukan sahaja
dimainkan oleh kanak-kanak sahaja tetapi sebagai pertunjukan di pesta-pesta
kebudayaan kadangkala dipertontonkan untuk pelancong oleh golongan dewasa.
Permainan ini tidak dimainkan secara individu, tetapi dengan dua kumpulan. Terdiri dari
kumpulan penyerang dan kumpulan bertahan. Setiap kumpulan mempunyai pemain
tidak kurang dari seramai empat orang dan kebiasaannya terdiri dari sepuluh pemain
sahaja.
Salah seorang dari ahli kumpulan itu akan dilantik sebagai ketua dan lainnya adalah
sebagai awak-awak sahaja. Tugas ketua kumpulan adalah sebagai mengawasi setiap
penyerang yang masuk dan keluar dari gelanggang, iaitu disepanjang garisan permulaan,
garisan tengah dan garisan disekeliling gelanggang. Manakala awak-awak hanya
menjaga garisan melintang di dalam gelanggang.
Sebelum permainan dimulakan undian secara wan tu som dijalankan oleh kedua-dua
ketua pasukan. Siapa yang menang akan menjadi pasukan penyerang. Penetapan
pengiraan bertukar giliran akan ditentukan terlebih dahulu, samada hanya dengan cuitan
ke badan pemain atau dengan menangkap pemain.
Gelanggang Permainan

Anak-anak gadis
sedang bermain congkak
Kawasan permainan yang sederhana luas
diperlukan, samada di atas tanah, kawasan bertar
atau bersimin dan di atas padang. Tiada ukuran
khas penetapan yang perlu dipatuhi, tetapi
dianggarkan antara enam hingga lapan meter lebar
dan jarak bagi setiap garisan lintang gelanggang
antara tiga hingga empat meter. Jumlah garisan
lintang bagi awak-awak tidak terhad, ia mengikut
jumlah pemain bagi setiap pasukan.
Sebagai penanda garisan, akan digunakan tepung
atau tali jika dimainkan di atas padang. Cat juga
boleh digunakan sekiranya gelanggang simin.
Tetapi kebanyakan kanak-kanak akan melorekkan
garisan tersebut di atas tanah sahaja.

Cara Bermain
Sejurus sebelum permainan dimulakan, ketua pasukan penyerang akan menepuk tangan
ketua pasukan bertahan di petak kepala gelanggang. Ini menandakan permainan sudah
dimulakan dan awak-awak boleh mula menyerang, samada secara individu atau
beramai-ramai.
Setiap pemain hendaklah melepasi semua garisan hingga ke garisan belakang sekali dan
kembali semula hingga ke garisan hadapan tanpa dapat dicuit oleh pasukan bertahan.
Jika salah seorang dapat dicuit oleh pasukan bertahan maka pasukan itu dikira mati.
Pertukaran kedudukan akan dilakukan iaitu pasukan yang bertahan akan jadi pasukan
penyerang dan sebaliknya.
Peraturan Permainan
Kesemua pemain pasukan penyerang akan dikira mati jika salah seorang dari mereka
dicuit oleh pemain pasukan bertahan.
Pemain pasukan penyerang tidak boleh berundur kebelakang setelah melepasi garisan
gelanggang, ia dikira mati yang akan menyebabkan pertukaran kedudukan pasukan.
Pasukan penyerang dikira mati jika terdapat pemainnya terkeluar dari garisan
gelanggang.
Pasukan penyerang dikira menang jika salah seorang dari pemainnya dapat melepasi
kesemua garisan hingga kembali ke garisan permulaan. Satu mata diberikan kepada
pasukan ini dan permainan akan dijalankan semula.
Mana-mana pasukan yang dapat mengumpul mata tertinggi akan dikira memenangi
perlawan tersebut.




Galah Panjang


Gasing popular di Semenanjung terutama di Kelantan. Orang dewasa yang memajukan
seni permainan ini, bagi kanak-kanak lebih gemar dengan gasing Melayu dan Cina,
kerana saiz yang kecil dan mudah dipermainkan.
Jenis-jenis Gasing
Jenis gasing yang terdapat di Malaysia termasuk gasing jantung, gasing piring atau leper,
gasing kelamar, gasing telur, gasing berembang, gasing Melayu, gasing Cina, gasing
buku benang dan gasing pinang.

Membuat Gasing

Kayu yang paling sesuai dari spesis merbau, seperti merbau tanduk, merbau darah,
merbau johol dan merbau keradah, ianya mudah dilarik tetapi tidak mudah serpih.
Selain itu kayu leban tanduk, limau, bakau, koran, sepan, penaga, keranji juga menjadi
pilihan. Jenis kayu yang mudah didapati seperti manggis, jambu batu, ciku atau asam
jawa sering digunakan untuk membuat gasing.

Kayu tersebut dilarik menggunakan alat pelarik, mengikut saiz dan bentuk gasing yang
telah ditetapkan. Sebelum kerja melarik dimulakan besi paksi dibenamkan ke dalam
kayu tersebut agar keseimbangan dari segi bulatnya dapat dilakukan ketika melarik.

Setelah gasing disiapkan maka kerja-kerja terakhir dilakukan, seperti melilitkan timah
pada kepak gasing tadi agar menambah berat lagi gasing itu hingga seberat lima
kilogram dan juga tak mudah serpih. Untuk menambah indah rupa parasnya maka
tanduk kerbau dipasangkan dibahagian kepala gasing serta dikilatkan dengan varnis. Ini
terdapat pada gasing leper atau untuk gasing uri sahaja.

Cara Bermain
Gasing dimainkan dengan dua cara, iaitu sebagai gasing pangkah atau gasing uri.
Gasing pangkah, dimainkan dengan melemparkannya supaya mengetuk gasing lawan.
Gasing uri dipertandingkan untuk menguji ketahanannya berpusing.

Gasing pinang dimainkan oleh kanak-kanak. Buah pinang muda dikupaskan sabut dan
kulitnya, dipangkaskan bahagian atas dan bahagian bawahnya, kemudian dicucukkan lidi
buluh melalui pulurnya menjadi paksi serta pemegang gasing itu. Gasing ini boleh
dilagakan atau diurikan.

Untuk memusingkan gasing, tali setebal 1.75 cm dan sepanjang 3 hingga 5 meter
dililitkan pada jambulnya hingga meliputi seluruh permukaan gasing. Kemudian gasing
itu dilemparkan ke atas tanah dan serentak dengan itu tali yang melilit jambuhnya
direnggut.

Pertandingan Gasing

Pertandingan gasing uri berbeza dengan gasing pangkah. Gasing uri lebih bersifat
individual, manakala gasing pangkah bersifat kumpulan.
Gasing Uri

Dua orang pembantu diperlukan dalam pertandingan gasing uri; seorang memegang
cokok dan seorang lagi memegang lopok. Cokok diperbuat daripada kayu dan berbentuk
leper seperti sudip, kira-kira 60 cm panjang. Lopok juga diperbuat danipada kayu tetapi
berbentuk torak atau pun seperti pancang, 45 cm panjang. Di hujung lopok itu
dilekatkan logam bergaris pusat 4-5 cm. Tempat permainan atau arena gasing dipanggil
bong. Bong berbentuk bulat, bergaris pusat kira-kira 3.25 meter, dan dibuat di atas
tanah yang keras.

Gasing yang berpusing dipindahkan oleh jong (juru) cokok ke atas lopok yang telah
dicacakkan di atas tanah. Gasing yang berpusing paling lama dikira pemenang
pertandingan. Biasanya gasing uri berupaya berpusing lebih daripada satu jam.

Gasing Pangkah

Gasing jenis ini pula dimainkan secara berkumpulan. Setiap pasukan terdiri daripada dua
hingga lima orang. Untuk menentukan pasukan menanti dan pasukan memangkah,
peraduan uri diadakan, antara gasing-gasing yang mewakili pasukan-pasukan yang
mengambil bahagian.

Pasukan yang gasingnya paling lama berpusing menjadi pasukan memangkah pertama.
Permainan dimulakan dengan pasukan menanti melemparkan gasing mereka ke tengah-
tengah bong. Kemudian pasukan memangkah pula memangkah gasing mereka. Tiap-
tiap gasing pasukan memangkah mesti mengetuk salah satu gasing pasukan menanti.
Tujuannya ialah sama ada memecahkan gasing lawan ataupun sekurang-kurangnya
menjejaskan keseimbangan pergerakannya supaya cepat berhenti berpusing.

Dalam perlawanan gasing ini, setiap pasukan mempunyai jong cokok. Selesai
pemangkahan, gasing-gasing di dalam bong itu dicokokkan dan dipindahkan ke atas
lopok, seperti dalam pentandingan gasing uri. Jika salah satu gasing pihak menanti
berpusing lebih lama, pihak itu tidak diberi markah tetapi ditukarkan menjadi
pemangkah. Pasukan yang memangkah tadi kini menjadi pasukan menanti pula.





Permainan guli ialah melontarkan guli dengan tepat mengenai sasarannya. Ia biasanya
dimainkan oleh kanak-kanak lelaki berumur antara tujuh dan dua belas tahun. Jumlah
pemain tidak melebihi lima orang.
Kawasan tanah rata dan lapang adalah gelanggang yang sesuai untuk tempat bermain
guli. Biji guli yang digunakan untuk permainan ini adalah jenis guli yang diperbuat
daripada batu kapur, berwarna putih dan sebesar ibu jari kaki.
Gelanggang
Satu bulatan dilukiskan di atas tanah berukuran garispusat 1m. Ditengah-tengah bulatan
tersebut dilekukkan sebuah lubang sebesar 10sm. lebar dan sedalam 7sm. dengan
menggunakan tumit kaki yang dihentakkan ketanah. Lubang tersebut dinamakan lubang
induk. Satu garisan lurus dibina dengan jarak 3m. daripada garisan besar tersebut.
Garisan ini adalah sebagai penanda mula tempat permainan.
Cara Bermain
Untuk memulakan permainan setiap pemain hendaklah meleretkan biji guli masuk ke
dalam lubang induk. Guli yang masuk ke dalam lubang induk atau yang terhampir
adalah dikira sebagai pemain yang pertama memulakan permainan dan diikuti oleh guli-
guli kedua hampir dan seterusnya.
Pemain pertama akan menjentik gulinya kepada semua guli yang berada di dalam
kawasan bulatan agar terkeluar. Sekiranya jentikan tidak mengena ia dikira mati dan
pemain kedua akan membuat jentikan kepada guli-guli yang ada, begitulah seterusnya
sehingga semua pemain selesai membuat jentikan ke atas guli pemain lainnya.
Pemain boleh melepaskan gilirannya tetapi dengan syarat, ia mestilah memasukkan guli
miliknya ke dalam lubang induk terlebih dahulu. Pemain akan memastikan guli miliknya
sentiasa berada berhampiran dengan lubang induk setiap kali jentikan dilakukan. Ini
memudahkan mereka mengawal permainan.
Setiap pertukaran giliran kepada pemain berikutnya, pemain yang mengambil alih giliran
dikehendaki memasukkan guli miliknya ke dalam lubang induk terlebih dahulu sebelum
boleh menjetik guli lawan. Sekiranya guli tidak masuk ke dalam lubang induk, giliran
untuk pemain lain diberikan.
Kiraan mata berdasarkan banyaknya jumlah jentikan dibuat terhadap guli lawan
sehingga semua pemain selesai giliran.
Dua cara dendaan akan dikenakan terhadap pemain yang memungut jumlah mata
terendah. Pemain yang kalah akan memasukkan guli miliknya kedalam lubang induk dan
semua pemain akan memangkah guli tersebut. Cara kedua adalah dengan setiap pemain
menjentik sekali seorang ke atas guli yang kalah itu jauh dari kawasan bulatan.



Permainan sepak raga wujud sejak 600 tahun lalu. Pada zaman Kesultanan Melayu
Melaka, selain dimainkan oleh golongan bangsawan, rakyat jelata juga menggemari
permainan ini. Dalam sejarah Melayu menceritakan tentang Raja Muhammad, putera
Sultan Mansor Shah Muhammad tertanggal tanjaknya akibat terkena bola raga
tendangan Tun Besar.

Bola sepak raga diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga
sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis.
Cara Bermain

Dalam permainan sepak raga, beberapa pemain berdiri dan membentuk satu bulatan.
Permainan ini dimulakan dengan salah seorang pemain melambung bola kepada
rakannya dengan tangan. Rakannya itu akan menimang bola itu dengan kakinya sekali
atau beberapa kali, sebelum menendangnya ke arah pemain lain. Pemain-pemain yang
membentuk lingkungan atau bulatan itu mestilah bergilir-giliran menimang bola itu dan
mengawalnya supaya tidak jatuh ke bumi. Jika bola itu jatuh, permainan dalam
pusingan tersebut ditamatkan.
Menimang Bola

Permainan ini memerlukan ketangkasan dan kecekapan fizikal serta ketajaman mata
untuk mengukur pergerakan. Matlamat setiap pemain ialah memantapkan kemahiran
menerima hantaran bola raga dan menimangnya dengan selesa selama yang mungkin.
Jangka masa permainan tidak ditentukan kecuali dalam pertandingan yang lazimnya
dianjurkan sebagai acara berpasukan. Pasukan yang berjaya membuat timangan paling
banyak dalam suatu tempoh yang ditetapkan, dikira menang.

Pada masa ini sepak raga tiada lagi dimainkan, ianya telah ditukar dengan nama kepada
sepak takraw. Sepak takraw mengadukan dua pasukan yang dipisahkan oleh jaring,
seperti dalam permainan badminton. Pasukan sepak takraw terdiri daripada tiga pemain.
Tekong melakukan sepak mula dan mengawal bahagian belakang gelanggang. Apit kiri
dan apit kanan mengawal bahagian hadapan gelanggang dan memikul tugas utama
mematikan bola di gelanggang lawan.


Teraju tiga sememangnya sinonim dengan wau, juga dikenali sebagai layang-layang di negeri-negeri
sebelah pantai barat semenanjung. Sebagai permainan masa lapang bagi kalangan rakyat biasa dan
golongan istana. Sejak zaman-berzaman sekitar kurun kelima belas, wau telah dimainkan oleh orang
Melayu. Mereka telah mempercayai ada kaitan di antara semangat angin dan langit.
Jenis Wau
Berbagai jenis dan bentuk wau telah dicipta. Wau burung, wau
pari, wau katak, wau bayan, wau merak, wau kucing, wau jala
budi, wau lenggang kebayan, wau sewah, wau barat dan yang
sangat digemari oleh orang Melayu ialah wau bulan. Rekacorak
bermotifkan awan larat pada kebiasaannya adalah menghiasi
kebanyakan wau yang dihasilkan dengan berwarna-warni.
Kelantan dan Terengganu sehingga kini masih mengekalkan
tradisi pembuatan wau yang menarik, selain dijadikan untuk
permainan ianya juga sebagai hasil kraftangan dan hiasan
dinding.
Galeri Wau
Membuat Wau

Pembuatan sesebuah wau agak rumit dan memakan masa, dari
kerja-kerja meraut buluh untuk dijadikan rangka, mengimbang
stabilkan kepak sehingga melekatkan kertas pada rangka wau
tersebut mengambil masa dua minggu untuk siap. Rangka buluh
tulang belakang wau lebih besar daripada kepaknya, kemudian diikat dengan menggunakan benang
mengikut bentuk serta jenisnya.
Rangka yang telah disiapkan akan ditampal dengan tiga lapis kertas nipis dan lutsinar dengan berlainan
warna. Lapisan pertama menggunakan kertas berkilat, lapisan kedua menggunakan warna yang
berbeza dan bercorak awan larat iaitu bercorak pucuk rebung atau bunga cengkih yang telah ditebuk.
Pada lapisan ketiga pula corak berlainan yang telah ditebuk ditampalkan.

Di bahagian kepala atau muncungnya serta dihujung kiri dan kanan kepak, akan dihiasi dengan rambu-
rambu halus yang berwarna warni menambah cantik lagi rupanya. Busul akan diregangkan di bahagian
belakang tengkuk wau, agar ianya mengeluarkan bunyi dengung apabila diterbangkan diudara. Busul
diperbuat dari daun rembia atau mengkuang yang telah direndam dan dilurut lalu dibiarkan kering. Ia
berbentuk seperti alat memanah. Tali teraju diikatkan di antara bahu kepak dan tulang belakang
sebelah bawah wau bagi mengimbangi wau - Teraju Tiga.

Cara Bermain

Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang, iaitu seorang akan memegang wau dan
seorang lagi dipanggil juru anjung yang memegang tali. Apabila angin bertiup maka tali akan ditarik
melawan arus angin dengan cara menghulur dan menarik talinya sehinggalah wau tersebut tinggi di
udara. Kilauan cahaya matahari akan menambah cantik lagi wau yang dihias berwarna-warni.

Di masa kini walaupun wau masih mendapat tempat dikalangan masyarakat Melayu tetapi layang-
layang juga tidak kurangnya telah mendapat perhatian oleh masyarakat tempatan dan juga
antarabangsa. Pelbagai bentuk dan corak layang-layang telah dicipta, ada layang-layang yang
berbentuk orang, kapal berangkai dan ada yang dimainkan dengan menggunakan dua utas tali.
Kebanyakkan pertunjukan wau dan layang-layang masih mendapat tempat di Malaysia, terutama
ketika hari-hari sambutan perayaan atau pertandingan wau antarabangsa.

Wau bulan

You might also like