You are on page 1of 25

BMM 3112

FALSAFAH BAHASA MELAYU


Disediakan oleh :

Mohammad Ainol Yaqin

IPG KKB

FALSAFAH
Berasal daripada bahasa Yunani philosophia
iaitu :
philo ertinya cinta dan
sophia ertinya hikmat.

Dari segi istilah :
ingin mengerti dengan mendalam
cinta kepada kebijaksanaan.
Menurut Al-Farabi:
falsafah adalah ilmu tentang alam untuk
menyelidiki hakikatnya yang sebenar.

Al-Kindi :
falsafah adalah pengetahuan tentang realiti
segala sesuatu, sejauh jangkauan kemampuan
manusia.

Heraclitus :
falsafah sebagai ilmu yang membahaskan hakikat
sesuatu.

FALSAFAH BAHASA
Falsafah bahasa merupakan bidang yang
menyelidiki kesahihan dalam bahasa.

FB meneliti dan memeriksa secara falsafah
pengetahuan konsepsi yang wujud dalam
fikiran secara abstrak.

Bidang kajian falsafah bahasa :
Semantik
(makna)
Epistimologi
(pengetahuan)
Etika
(prinsip)
Estetika
(kesenian)
Budaya dan
sosial
Metafizik
(alam ghaib
dan nyata)
Ontologi
(hakikat
kewujudan)
Kosmologi
(alam raya
manusia)
Hakikat bahasa
Raja Mukhtarudin (1980), berpendapat bahawa
bahasa sebagai suatu sistem lambang-lambang
pertuturan yang arbitrari yang digunakan oleh ahli-ahli
sesebuah masyarakat untuk bergotong-royong.

Asmah Hj. Omar (1983), bahasa hanyalah bunyi yang
dihasilkan oleh alat-alat ujaran yang terdapat dalam
rongga tekak manusia
Harimurti Kridalaksana (1994), bahasa adalah sistem
lambang yang arbitrer yang dipergunakan oleh suatu
masyarakat untuk bekerjasama, berinteraksi dan
mengidentifikasi diri.

Ferdinand De Saussure (1993), bahasa ialah satu
sistem isyarat yang berupa gabungan makna dengan
bayangan bunyi yang bersifat psikologi.

Wilhelm Von Humboldt - mendefinisikan
bahasa sebagai sintesis bunyi.

Ferdinand de Saussure - menyatakan bahasa
sebagai sistem isyarat

Charles F. Hockett - bahasa dari sudut
psikologi behaviorisme, iaitu sistem tabiat-
tabiat sangat rumit.
Bahasa dan Pemikiran Melayu
Secara literal Bahasa bermaksud : Bunyi-bunyi
suara yang diguna oleh setiap kaum untuk
menyampaikan maksud-maksud mereka.

Bahasa terdiri daripada perlambangan. Ini
merupakan hubungan antara tuturan dengan
rujukan.

(Al-Mujam Al-Wasit, 1972, Jld.2, Ms.831)
CONTOH :







Dalam aspek yang lain pula, perkataan
seperti lembu secara umumnya akan
membuatkan kita terbayang seekor lembu.

Namun, dalam masyarakat Melayu khasnya,
perkataan lembu juga membawa maksud
bodoh.
Sekiranya gambaran seekor lembu terbayang
apabila perkataan lembu yang disebutkan,
fenomena ini dikenali sebagai kegunaan
ekstensi(luaran).
Tetapi, sekiranya lembu itu menggambarkan
bodoh, fenomena ini pula dikenali sebagai
kegunaan intensi(dalaman).
Begitu juga perkataan jantan dan betina.
Secara umumnya, perkataan jantan dan
betinamelambangkan jantina bagi seekor
haiwan.
Namun, sekiranya perkataan jantan dan
betina digunakan untuk menunjukkan
manusia, ini boleh menunjukkan sikap kurang
sopan dan reaksi negatif oleh pendengar.
BAHASA DAN BUDAYA MELAYU
Sejarah
Seawal abad ke 14, bahasa
Melayu telah digunakan sebagai
lingua franca antara negeri-
negeri Melayu dan dunia luar
seperti Vhina, India, Portugis,
Belanda dan Inggeris.
Ini sekaligus membentuk budaya di
mana bangsa-bangsa cuba
berkomunikasi dan berinteraksi dalam
bahasa dan budaya Melayu.

Gugusan pulau-pulau Melayu atau nusantara
mempunyai kira-kira 350 bahasa, namun bahasa
Melayu dijadikan bahasa perantaraan.

Bahasa Melayu mampu bertahan dan bersaing
dengan bahasa penjajah kerana sifatnya yang
berketerbukaan. Bahasa Melayu telah dapat
memperkayakan kosa kata dan mampu
menukarkan perkataan asing ke dalam bahasa
Melayu yang disesuaikan sedikit dari segi
fonologinya.



Dalam usaha memantapkan lagi penggunaan
bahasa Melayu di serantau, satu majlis yang
dinamakan Majlis Bahasa Brunei, Indonesia dan
Malaysia ( Mabbim ) ditubuhkan.

Fungsi Mabbim ialah bagi mencari persamaan
dan mengurangkan perbezaan dari aspek
sintaksis, morfologi dan fonologi disamping
meminimumkan perbezaan ejaan.

You might also like