You are on page 1of 22

FAKULTI :

PENDIDIKKAN DAN BAHASA





SEMESTER / TAHUN
JANUARI / 2014



KOD KURSUS
HBSC3203SMP





TAJUK KURSUS
CHEMESTRY II






DI SEDIAKAN OLEH : ANIZAN BT CHE MAT
NO. MATRIKULASI : 770805035800001
NO. KAD PENGENALAN : 770805035800
NO. TELEFON : 0129601122
E-MEL : anizadib@yahoo.com
PUSAT PEMBELAJARAN : KELANTAN LEARNING CENTRE



ANIZAN BT CHE MAT
770805035800
~HBSC3203~
CHEMISTRY II

~1~



Kandungan


1.0 Pengenalan - 2 -

2.0 Penghasilan Kutleri Secara Umum - 3 -
2.1 Proses Pengekstrakan Besi Daripada Bijihnya - 6 -
2.1.1 Proses Pemecahan Bijih Besi / Bongkah (concentration) - 7 -
2.1.2 Proses Peleburan. ( Relau Bagas ) - 7 -
2.2 Proses Perubahan Besi Kepada Keluli - 9 -
2.3 Transformasi Kepada Keluli - 11 -
2.4 Elektropenyaluran untuk menghasilkan kutleri - 12 -
2.5 Rumusan Proses Logam dan Keluli - 13 -

3.0 Jenis-Jenis Bahan Buangan Daripada Industri Besi Dan Pengkelasannya - 14 -
3.1 Bahan Buangan Terjana - 14 -
3.2 Klasifikasi Bahan Buangan - 15 -

4.0 Tindakan Kerajaan - 16 -

5.0 Pendidikan Kepada Murid-Murid - 18 -

6.0 Kesimpulan - 20 -


Bibliografi - 21 -











ANIZAN BT CHE MAT
770805035800
~HBSC3203~
CHEMISTRY II

~2~

1.0 Pengenalan

Apa itu kutleri?. Mengikut Dewan Bahasa dan Pustaka, Kutleri merujuk kepada
peralatan seperti pisau, sudu, atau garpu yang digunakan di dalam penyediaan atau untuk
menikmati makanan. Penggunaan kutleri telah bermula pada zaman batu lagi. 300 000
tahun yang lalu, pedagang telah membentuk satu alat pemotong ataupun pisau yang
pertama daripada serpihan batu yang keras seperti flintstoneatau dipanggil batu api.
Serpihan batu yang tajam ini dijadikan pisau untuk memotong hasil haiwan yang diburu.
Ianya juga dapat digunakan untuk mengikis kulit binatang untuk dijadikan pakaian. Rajah
1 menunjukkkan contoh batu Flintstone yang digunakan pada zaman neolitik di Afrika,
(8500-6500 tahun lepas)












Pembangunan Kutleri telah menunjukkan
manusia membangun sepanjang sejarah.
Daripada serpihan batu yang keras dijadikan
pisau kepada pisau-pisau kecil dan seterusnya
menghasilkan pisau besar yang dipanggil sabit
untuk digunakan menebas belukar. Rupa bentuk
pisau biasanya lurus telah diubah menjadi
melengkung dan mempunyai pemegang kayu.
Rajah 1.1
African Flint stone
Rajah 1.2
Flint Knives

ANIZAN BT CHE MAT
770805035800
~HBSC3203~
CHEMISTRY II

~3~

Negara yang terkenal dengan penghasilan kutleri ialah England dan German dengan
bandar utama (Solingen German, dan Sheffield England). Kutleri boleh diperbuat
daripada pelbagai bahan seperti :
Kutleri besi
Kutleri perak
Kutleri plastik
Kutleri seramik
Kutleri keluli tahan karat (stainless steel)

Tugasan kali ini memerlukan saya menerangkan proses untuk menghasilkan
Kutleri keluli bermula daripada bijih besi, menghuraikan kesan alam sekitar akibat
daripada industri , mencadangkan tindakan yang perlu diambil oleh kerajaan untuk
mencegah ataupun mengurangkan kesan-kesan pencemaran alam sekitar akibat daripada
industri besi dan seterusnya cara mendidik murid-murid dalam kelas/ sekolah untuk
mencegah/ mengurangkan pencemaran yang berkaitan dengan industri besi di masa
hadapan.

2.0 Penghasilan Kutleri Tahan Karat Secara Umum

Secara umumnya, Pembuatan Kutleri diproses melalui beberapa peringkat iaitu
Rajah 2.1 menunjukkan proses yang pertama
iaitu mengosongkan plat logam (blanking).
Pembuatan bermula dengan
mengosongkan bekas plat segi empat tepat
keluli tahau karat, argentum tulen ataupun
suasa. Gulungan besar masing-masing
dikosongkan, yang mana kepingan yang akan
dibentuk akan menghasilkan kepingan yang
sama saiz.

Rajah 2.1

ANIZAN BT CHE MAT
770805035800
~HBSC3203~
CHEMISTRY II

~4~
Rajah 2.2 menunjukkan proses yang kedua iaitu
meratakan plat logam (rolling). Proses ini merupakan proses
meratakan plat logam mengikut ketebalan dan bentuk yang
dikehendaki. Ianya di ratakan secara melintang dari kiri ke kanan
dan secara memanjang, Tujuannya adalah supaya sudu yang
terhasil nanti mempunyai imbangan yang tepat dan ianya sesuai dan elok terletak
ditangan.

Proses yang ketiga ialah proses melunakkan
(innealing), rujuk rajah 2.3. Semasa proses ini di jalankan, plat
logam yang telah diratakan itu perlu dimasukkan kedalam
ketuhar di bawah suhu yang panas supaya ianya dapat
dilembutkan untuk membentuk dan membengkok kan plat itu
mengikut kutleri yang ingin diproses.

Proses yang ke empat ialah memotong ikut bentuk (
cutting the outline ) yang di kehendaki. Proses ini ialah
proses memotong bahagian logam yang dikehendaki dan
seterusnya lebihan logam diubah kembali ke dalam bentuk
kepingan logam supaya ianya boleh diproses semula.
Contohnya dalam rajah 2.4

Proses yang seterusnya ialah membentuk mengikut corak ( forming the pattern ).
Setiap keluli yang dikeraskan mempunyai coraknya tersendiri iaitu corak di depan dan di
belakang kepingan. Langkah-langkah khas perlu untuk mencipta pisau, sudu dan garfu
iaitu proses elektropenyaluran sekiranya logam yang digunakan bukan stainless steel dan
proses pengilatan untuk menghasilkan permukaan yang kilat.




Rajah 2.2
Rajah 2.3
Rajah 2.4

ANIZAN BT CHE MAT
770805035800
~HBSC3203~
CHEMISTRY II

~5~
Secara ringkasnya, rajah 2.5 berikut menunjukkan proses pembentukan garfu.






Rajah 2.6 menunjukkan proses penghasilan kutleri secara ringkas. Secara umumnya,
kutleri diproses melalui proses menggosongkan plat logam (blanking), meratakan
(rolling), melunakan (annealing), memotong ikut bentuk (cutting the outline), membentuk
mengikut corak (forming the pattern), elektropenyaluran (sekiranya logam yang
digunakan bukannya stainless steel) dan mengilap (polishing) untuk menghasilkan
permukaan yang kilat.


Rajah 2.5
Rajah 2.6

ANIZAN BT CHE MAT
770805035800
~HBSC3203~
CHEMISTRY II

~6~
2.1 Proses Pengekstrakan Besi Daripada Bijihnya

Penghasilan kutleri tahan karat daripada bijih besi bermula daripada
pengekstrakan besi daripada bijih besi. Bijih besi adalah merupakan bahan utama
dalam pengeluaran besi jongkong. Ketika bijih besi dilombong ianya tidaklah berada
dalam bentuk tulin. Ianya didapati bersama-sama dengan sebatian atau unsur-unsur
lain seperti Oksida, Sulfida, Belerang, Silikon dan sebagainya. Jenis-jenis bijih
besi yang biasa digunakan untuk menghasilkan besi jongkong antaranya ialah :

i) Bijih Besi Hematit (Fe
2
O
3
).
Bijih besi hematit mempunyai 40% - 65% kandungan besi dan
merupakan bijih besi yang terbanyak sekali didapati. Ianya mungkin
akan berkurangan 25% ketika dilombong. Besi Hematit berwarna
hitam coklat hingga kemerah-merahan. Ianya kadangkala dicampur
dengan Sulfat Magnetit.

ii) Bijih Besi Magnetit (Fe
3
O
4
).
Bijih besi magnetit mempunyai 72.4% kandungan besi dalam keadaan
besi dan didapati dalam bentuk tanah atau batu- bata. Ia mempunyai
sifat-sifat magnet dan berwarna kehitam-hitaman.

iii) Bijih Besi Pirit.
Bijih besi pirit mempunyai kandungan besi sebanyak 50% dan 50%
belerang. Warnanya agak keemasan dan didapati dalam bentuk hablur.

iv) Bijih Besi Limonit.
Bijih besi limonit mengandungi besi sebayak 20% - 55% dan
kandungan air sebanyak 40%. Warnanya adalah kuning coklat, tetapi
apabila air dikeluarkan ianya akan bertukar warna bijih Hematit. Ia
berada dalam tanah gambut juga dikenali sebagai Hematit coklat.


ANIZAN BT CHE MAT
770805035800
~HBSC3203~
CHEMISTRY II

~7~
2.1.1 Proses Pemecahan Bijih Besi / Bongkah ( concentration )

Biji besi dihancurkan menjadi partikel-partikel halus (serbuk). Partikel-partikel
biji besi kemudian dipisahkan dari kotoran-kotoran dengan cara pemisahan magnet
(magnetic separator). Serbuk bijih besi selanjutnya dibentuk menjadi palet yang
menyerupai bola-bola kecil berdiameter antara 12.5 - 20 mm. Akhir sekali palet bijih besi
dipanaskan di dalam relau bagas melalui proses pemanasan iaitu mencapai suhu 1600
o
C
supaya palet tersebut menjadi keras dan kuat.

2.1.2 Proses Peleburan. ( Relau Bagas )


















Rajah 2.7 menunjukkan alat yang digunakan untuk proses peleburan bijih timah
iaitu relau bagas. Ia sebuah relau berbentuk silinder tinggi dan diperbuat daripada keluli.
Ia dilapik di dalam dengan bata api. Ia sempit di atas itu dan mempunyai ruang susunan
Rajah 2.7

ANIZAN BT CHE MAT
770805035800
~HBSC3203~
CHEMISTRY II

~8~
untuk penghasilan bijih dan saluran keluar untuk gas buangan. Dipanaskan dengan
bantuan udara panas. Tinggi menara ini lebih kurang 30 m tinggi dan berdiameter 7 m. Ia
terbahagi kepada dua bahagian iaitu kebuk pembakaran yang mana gas pancutan relau
dipanaskan dan binaan batu-bata yang menyediakan permukaan yang luas untuk
menerima dan membebaskan haba.

Bijih besi bersama batu kapur dan kok (karbon), dimasukkan ke dalam relau
bagas melalui atas silinder ( rujuk rajah 2.7 ). Udara panas disalurkan ke dalam relau
bagas dari bahagian dekat bawah relau bagas. Tuyer ( Udara panas yang berterusan
akan disemburkan melalui sebilangan bukaan ) diperbuat daripada tembaga dan
disejukkan oleh air. Ketuhar pancutan udara panas digunakan untuk memanaskan udara
sehingga 100
o
C. Udara disejukkan dan gas panas yang dibakar mengalir secara
berulang-ulang pada arah yang bertentangan melalui ketuhar. Dengan bantuan gas
panas, binaan batu - bata itu menjadi panas dan akan membebaskan haba untuk
memanaskan semula semburan udara yang telah disejukkan tadi. Kaedah ini dikenali
dengan panggilan `REGENERATION'. Untuk membekalkan semburan panas yang
berterusan, setiap relau mempunyai beberapa ketuhar yang bekerja secara bergilir-
gilir . Besi dikeluarkan dari relau setiap 2 jam. Tanah liat menutupi lubang digerudi
dan setelah semua kerja mengeluarkan selesai ianya ditutup semula dengan
menggunakan `CLAY GUN'.

. Di dalam relau bagas, satu siri tindak balas kimia berlaku. Kok (karbon)
bertindak dengan oksigen daripada udara panas untuk membentuk karbon dioksida.
Karbon dioksida yang terbentuk bertindak balas dengan kok (karbon) yang lebih banyak
untuk membentuk karbon monoksida.
Bijih besi +kok +batu kapur +udara ------------->besi + sangga + gas.
.


Karbon monoksida merupakan agen penurunan yang sangat kuat. Ia menurunkan
ferum (iii) oksida kepada leburan besi yang mengalir ke bahagian bawah relau bagas.
CO CO C
Heat CO O C
2
2
2 2



ANIZAN BT CHE MAT
770805035800
~HBSC3203~
CHEMISTRY II

~9~
Nombor pengoksidaan besi menurun daripada +3 kepada 0. Pada suhu yang lebih tinggi,
karbon menurunkan ferum (iii) oksida kepada besi. Batu kapur terurai oleh haba untuk
menghasilkan kalsium oksida dan karbon dioksida.
Besi Oksida (hematit) +Karbon monoksida Besi +Karbon Dioksida



Bendasing yang terdapat dalam besi seperti dalam pasir ( silikon dioksida, SiO2)
bertindak balas dengan kalsium oksida untuk menghasilkan sanga. Sanga
kebanyakannya terdiri daripada kalsium silikat. Sanga mengalir ke bahagian bawah relau
bagas dan terapung di atas leburan besi. Sanga dan leburan besi di salur keluar secara
berasingan. Sanga digunakan untuk membuat jalan raya.




Relau Bagas digunakan untuk melebur bijih besi untuk dijadikan besi
jongkong. Besi jongkong tersebut mengandungi 93% besi tulin, 3% - 5% karbon,
silika, belerang, fosforus dan mangan. Oleh kerana ia mengandungi berbagai kandungan,
ini menyebabkan ia belum bersedia untuk digunakan. Besi jongkong adalah bahan
utama untuk membuat besi tuang, besi tempa dan keluli.

2.2 Proses Perubahan Besi Kepada Keluli
Terdapat beberapa cara untuk
menghasilkan Keluli. Dalam menghasilkan
keluli, Relau Arka Elektrik
digunakan(rajah 2.8). Operasi dalam
Relau Arka Elektrik ini boleh
dibahagikan kepada empat peringkat iaitu
pengecasan, peleburan, pengasingan dan pengakhiran.
2 3 2
3 2 3 CO Fe CO O Fe
3 2
2 3
CaSiO SiO CaO
CO CaO heat CaCO


Rajah 2.8

ANIZAN BT CHE MAT
770805035800
~HBSC3203~
CHEMISTRY II

~10~
i) Peringkat Pengecasan
Bahan cas yang mengandungi sekerap keluli,
pig iron, besi oksida dan kapur dimasukkan ke
dalam relau. Arus elektrik dialirkan ke
elektrod karbon untuk membekalkan arka
elektrik yang ditunjukkan pada rajah (rajah2.9)


ii) Peringkat Peleburan
Arka elektrik haba yang tinggi akan
meleburkan bahan cas beroksigen. Silikon,
mangganes dan fosforus mula teroksid dan
bercampur dengan kapur untuk membentuk
sanga asas. Peleburan yang berlaku adalah
peleburan tulin. Oleh kerana elektrod karbon
yang terbakar, maka tiada logam yang hilang
seperti rajah 2.10.

iii) Peringkat Pengsingan
Rajah 2.11 menunjukkan perpindahan
fosforus bergantung kepada sangga asas
dalam kalsium oksid. Kapur, fosforus
dan besi oksida dicampur untuk
membentuk sangga yang bertindakbalas
dengan bendasing. Setelah tindakbalas
berlaku, ia membentuk keluli
berkomposisi yang dikehendakki. Kemasukan sulfur kepada sangga sebagai
kalsium sulfida. Tindakbalas tersebut adalah seperti berikut ;
FeS +CaO +C CaS +Fe +CO

iv) Peringkat pengakhiran
Rajah 2.9
Rajah 2.10
Rajah 2.11

ANIZAN BT CHE MAT
770805035800
~HBSC3203~
CHEMISTRY II

~11~
Logam lebur adalah diperolehi dengan
komposisi yang dikehendakki oleh
penambahan aloi dan suhu diubahsuai
seperti yang dikehendakki. Keluli
dioksidakan menggunakan aluminium,
Ferro-Silikon atau Ferro-Mangganes.
Untuk mengambil keluli, sanga dikait atau
dituang daripada permukaannya dahulu
kemudian diasingkan atau dialirkan
melalui lubang/saluran keluar dengan mencondongkan relau yang
ditunjukkan pada rajah 2.12

2.3 Transformasi kepada keluli

Besi adalah logam yang berasal dari bijih besi yang banyak digunakan untuk
kehidupan manusia sehari-hari. Dalam tabel periodik, besi mempunyai simbol Fe dan
nombor atom 26. Besi juga mempunyai nilai ekonomi yang tinggi. Salah satu kelemahan
besi adalah mudah berkarat. Karat menimbulkan banyak kerugian tempoh
penggunaannya yang tidak tahan lama.. Sebenarnya karat dapat dicegah dengan
mengubah besi menjadi baja tahan karat (stainless steel), akan tetapi proses ini terlalu
mahal untuk kebanyakan penggunaan besi.

Keluli tahan karat Kaedahnya ditemui oleh Henry Brearley (orang dari bandar
Sheffield, England, lahir 1871). Keluli tahan karat pertama dihasilkan pada 13-8-1931
yang mengandungi 0.24% karbon dan 12.8% kromium. Dr. W. H. Hatfield (dari Brown
Firth Laboratories, iaitu makmal yang ditubuhkan oleh Kilang Besi Sheffield) mencipta
keluli tahan karat gred 18/8 pada tahun 1924. Keluli ini sangat sesuai digunakan sebagai
kutleri kerana ia tahan hakisan, tahan karat dan mempunyai nilai astetika yang sangat
tinggi.
Keluli lebih baik daripada besi kerana besi tulen adalah lebih mudah ditempa dan
mulur. Keadaan susunan atom ini menjadikan besi mudah terhakis dan tidak cukup keras
Rajah 2.12

ANIZAN BT CHE MAT
770805035800
~HBSC3203~
CHEMISTRY II

~12~
untuk dijadikan sebagai kutleri. Keluli ialah sejenis aloi yang dibentuk dengan campuran
beberapa logam. Bagi keluli tahan karat yang digunakan untuk membuat kutleri, aloi
yang digunakan ialah keluli 18/8 (yang mengandungi campuran 18% kromium dan 8%
nikel.

Kelebihan Stainless steel ialah daya tahan rintang dan daya tahan hakisan yang
tinggi. Daya tahan hakisan yang tinggi disebabkan oleh pembentukan satu lapisan oksida
kromium di atas permukaan keluli begitu nipis sekali yang dikatakan sebagai lapisan
pasif, kekal dan berupaya melakukan pembaikian-kendiri. Pasif bermaksud ia tidak
bertindakbalas dengan bahan lain, kekal bermaksud ia hanya lekat pada permukaan keluli
dan tidak terpindah kepada permukaan lain semasa pisau tersebut digunakan untuk
memotong yang mana lapisan ini tak tertanggal dan terpindah kepada bahan yang
dipotong, berupaya melakukan pembaikian kendiri bermaksud apabila lapisan ini
terguris, ia akan membentuk lapisan kromium oksida baharu untuk menutupi permukaan
keluli.

2.4 Elektropenyaluran untuk menghasilkan kutleri

Bagi kutleri yang dihasilkan daripada kepingan logam yang lain seperti besi, satu
proses tambahan yang dinamakan sebagai elektropenyaluran (electroplating) perak boleh
dilakukan. Selepas kutleri seperti garpu dibentuk, ia perlu dibersikan dengan bahan kimia
untuk menghilangkan kekotoran dan benar-benar bersih, ia kemudian disalut dengan
perak dengan kaedah elektrolisis di mana saluran perak ini akan dimendakkan ke atas
kepingan logam lalu membentuk satu lapisan salutan perak.

Dalam elektrolisis, garpu dijadikan sebagai elektrod negatif atau katod (hujung
negatif), sementara rod perak dijadikan sebagai elektrof positif atau anod. Secara amnya,
larutan argentums nitrat digunakan. Dalam larutan, argentum nitrat membentuk ion
argentums (Ag+ ) dan ion nitrat (NO3- ) melalui persamaan berikut:
AgNO3 + NO3


ANIZAN BT CHE MAT
770805035800
~HBSC3203~
CHEMISTRY II

~13~
Di katod, proses penurunan berlaku. Ion perak tertarik dengan garpu negatif dan
bergabung dengan elektron untuk membentuk perak logam,yang disalutkan pada garpu,
mengikut persamaan berikut:
Ag + (ak) + e Ag (p)

Di anod, proses pengoksidaan berlaku (Ini akan diajar dalam tutorial 2 juga) Rod
perak akan mendermakan satu elektron lalu membentuk ion argentum (perak) dan larut
dalam larutan argentum nitrat, mengikut persamaan berikut:
Ag (p) Ag + (ak) + e
Selepas proses elektrolisis, kutleri ini akan digilapkan (selepas keringkan) untuk menjadi
licin dan berklilat.

2.5 Rumusan Proses Logam dan Keluli ( Rajah 2.13 )



















Rajah 2.13

ANIZAN BT CHE MAT
770805035800
~HBSC3203~
CHEMISTRY II

~14~
3.0 Jenis-Jenis Bahan Buangan Daripada Industri Besi Dan Pengkelasannya

Pelbagai bahan buangan akan terjana daripada industri keluli besi ini. Ini dapat
dilihat dari pelbagai peringkat penghasilan besi. Antaranya ialah gas karbon dioksida, gas
karbon monoksida, sanga, abuk serombong, haba, larutan asid, tar arang batu dan sisik
besi

3.1 Bahan Buangan Terjana

Terdapat pelbagai kesan ke atas alam sekitar
akibat daripada industri besi. Salah satu
daripadanya ialah kesan daripada perlombongan
terbuka. Aktiviti Perlombongan bijih besi
bermula dengan proses ekstraksi bahan. Proses
ekstraksi ialah prosedur kerja bagi memperolehi
bahan ( batuan/mineral) daripada jasad batuan dimana batuan itu tersimpan. Kaedah yang
biasa digunakan ialah kaedah letupan. Jika bahan batuan/mineral yang wujud dalam tanah
adalah lemah, kaedah penggunaan jentera pengorek dan hidralic breaker digunakan.
Akibat daripada letupan untuk mendapatkan bahan mineral ini, telah memberi kesan
buruk kepada alam sekitar iaitu gegaran tanah, bising , batu terbang dan juga debu.

Kesan daripada letupan ini juga telah menyebabkan tapak perlombongan
berlubang yang mana peninggalan tapak perlombongan ini biasanya digunakan sebagai
tapak pelupusan. Sebahagian tapak pelupusan menjadi masalah kepada alam sekitar
kerana ketidakbertanggungjawaban sesetengah pihak melupuskan bahan-bahan toksik
yang terlarut dan meresap ke dalam tanah dan air.

Proses mendapatkan besi daripada bijih menghasilkan gas beracun dalam kuantiti yang
besar dan sifatnya menghakis. Hasil buangan utama dari relau ialah abuk serombong
(flue dust) iaitu karbon dioksida dan karbon monoksida, nitrogen dan stim. Haba pula
terbebas semasa proses pengekstrakan .Bagaimanapun, ada sejumlah kecil gas toksik

ANIZAN BT CHE MAT
770805035800
~HBSC3203~
CHEMISTRY II

~15~
terbebas ke atmosfera. Gas yang terbebas ialah gas karbon dioksida dan gas karbon
monoksida. Tar batu arang (coal tar) dihasilkan semasa pembakaran karbon.

Semasa proses perleburan, haba dan karbon dioksida dibebaskan, sisa air dihasilkan
untuk proses penyejukan. Semasa proses penghasilan bahan besi: besi sekerap (Scrap
iron) serbuk besi, larutan asid (spentpickle liquor) dan larutan alkali (ammonia liquor),
oksida besi, haba dan bunyi dihasilkan.

3.2 Klasifikasi Bahan Buangan

Bahan buangan daripada industri besi keluli dapat dikategorikan kepada pelbagai
jenis pencemaran:

a) Pencemaran udara
Debu semasa perlombongan, CO2 dan CO semasa penghasilan kok (coke), abuk
serombong serta partikel udara semasa proses pemprosesan,Juga wap air dan haba panas.
Pencemaran udara juga berlaku di kawasan lombong. Di kawasan lombong batu atau
kuari di Batu Caves, kandungan debu hasil daripada aktiviti pemecahan batu dianggarkan
lima kali ganda lebih tinggi daripada kadar yang ditetapkan oleh Pertumbuhan Kesihatan
Sedunia(WHO). Pencemaran udara juga berlaku di kawasan lombong batu kapur untuk
perusahaan simen. Selain itu, habuk dan debu akibat lori melalui jalan laterit ke kawasan
lombong juga menyebabkan pencemaran udara

b) Pencemaran air
Sisa tanah dan pasir semasa perlombongan dan menyebabkan kematian flora dan fauna,
pembebasan air panas dan air karat semasa proses penyejukan batang besi keluli.
Pembebasan air berasid dan air berakali semasa proses pembersihan besi yang siap.
Kegiatan perlombongan turut menyebabkan pencemaran air. Perlombongan bijih besi
menghasilkan banyak kelodak yang disalurkan ke sungai di kawasan sekiling. Sungai
yang dicemari oleh kelodak, kelihatan berwarna kuning dan keruh. Pemendapan bahan
kelodak ke dalam sungai akan menjadikan sungai semakin cetek dan mudah mengalami
banjir. Asid yang digunakan dalam perlombongan seperti dalam lombong kuprum akan
menyebabkan pencemaran sungai dan mempengaruhi hidup akuatik.

ANIZAN BT CHE MAT
770805035800
~HBSC3203~
CHEMISTRY II

~16~

c) Pencemaran tanah
Struktur tanah dirosakkan semasa perlombongan, penghasilan sisa bijih besi selepas
proses pengekstrakan, hakisan tanah dan kerosakan sumber hutan. Pembebasan larutan
berasid ke tanah menjadikan tanah berasid menyebabkan kematian tumbuh-tumbuhan.
Aktiviti perlombongan juga menyebabkan tanah hilang kesuburan. Pendedahan kawasan
permukaan kepada agen hakisan akan menyebabkan permukaan tanah yang subur dihakis
dan dipindahkan ke kawasan lain. Begitu juga proses larut resap yang hebat berlaku
kerana kurang tumbuhan. Hal ini menyebabkan mineral-mineral dan nutrien-nutrien
tanah dialirkan mengikut aliran bawah tanah yang mengalirkan ke sungai.


d) Pencemaran bunyi
Kerja-kerja meletup batu, bunyi yang dihasilkan oleh lori yang melalui kawasan lombong
juga menyebabkan pencemaran bunyi. Pencemaran udara dan bunyi menganggu
kehidupan penduduk di sekitar lombong.



4.0 Tindakan Kerajaan

Kerajaan merupakan nadi utama pergerakan dan pentadbiran bagi sesebuah
negara. Bagi isu besar seperti pencmaran ala sekitar turut menjadi agenda utama kepada
kerajaan untuk mengatasinya demi kesejahteraan hidup rakyat bagi sesebuah negara.
Alam sekitar yang tidak tercemar dapat melahirkan masyarakat yang sihat dari segi
fizikal dan mental. Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) merupakan
kementerian yang dipertanggungjawabkan untuk memelihara alam sekitar dari dicemari
dan memulihara alam sekitar yang tercemar. Selain itu, Kementerian pelajaran juga turut
memainkan peranan bagi mendidik pelajar-pelajar sekolah untuk mencintai alam sekitar
dan berusaha untuk melindunginya.

Kerajaan amat serius terhadap isu alam sekitar. Beberapa akta untuk melindungi
keindahan alam sekitar telah digubal.Antaranya termasuklah Akta Kualiti Alam Sekitar.
Di bawah akta ini,pihak pencemar alam dikenakan hukuman berat.Garis Paduan

ANIZAN BT CHE MAT
770805035800
~HBSC3203~
CHEMISTRY II

~17~
Penilaian Kesan Alam Sekitar(EIA) pula menimbangkan kerosakan terhadap alam sekitar
oleh sesuatu projek.Masyarakat yang mengetahui tentang kegiatan yang menjejaskan
kualiti alam yang berlaku di sekeliling mereka hendaklah segera menghubungi Jabatan
Alam Sekitar.Dalam pada itu,program kitar semula yang di uar-uarkan oleh kerajaan
perlu diambil perhatian kerana mampu mempertingkatkan kesedaran terhadap penjagaan
alam sekitar. Bahan-bahan buangan boleh diproses semula untuk digunakan sekali lagi
dan kita boleh mengklasifikasikan bahan-bahan yang tidak diperlukan ke dalam tong-
tong kitar semula.Contohnya, bahan buangan boleh diproses menjadi baja nutrien bagi
menghindarkan pembaziran.

Melalui langkah penguatkuasaan undang-undang Jabatan Alam Sekitar (JAS)
merupakan jabatan di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) yang
memainkan peranan untuk mempertingkatkan penguatkuasaan Akta Kualiti Alam
Sekeliling, 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya yang menyekat pencemaran dari
punca tetap (point sources) (dengan izin). Efluen dan sisa kumbahan daripada industri
dan loji-loji pengolahan kumbahan perlu dirawat terlebih dahulu dan mematuhi had yang
ditetapkan di bawah Akta berkenaan dan peraturan-peraturan berkaitan sebelum
dilepaskan. Di samping itu, Rondaan oleh pegawai Jabatan Alam Sekitar patut
diperbanyakkan, Para pengusaha terutama pengusaha kilang secara besar-besaran
patutlah mendapatkan nasihat daripada Jabatan Alam Sekitar(JAS) sebelum sesuatu
operasi perindustrian dijalankan.

Kementerian pelajaran bersama-sama Jabatan Alam Sekitar(JAS) telah
menganjurkan kempen untuk melindungi alam sekitar di mana ia adalah sesuatu yang
sihat dan amat berfaedah kepada masyarakat. Antara kempen-kempen yang melindungi
alam sekitar ialah kempen cintai lah sungai kita, kempen kitar semula, sahabat alam,
Pameran Alam Sekitar dan sebagainya. Misalnya, pameran alam sekitar yang
dimaksudkan di sini ialah pameran segala bahan yang berkaitan dengan isu pencemaran.
Pameran ini boleh dilakukan di sekolah-sekolah dan juga tempat-tempat awam seperti
perpustakaan awam. Pameran ini bolehlah merangkumi isu-isu alam sekitar, sebab-sebab
pencemaran, kesan-kesannya dan apa yang boleh dibuat untuk mengurangkan kadar
pencemaran. Pameran sebegini boleh meningkatkan kesedaran dan mengajar masyarakat

ANIZAN BT CHE MAT
770805035800
~HBSC3203~
CHEMISTRY II

~18~
untuk melindungi alam sekitar. Selain itu, Jabatan Alam Sekitar(JAS) juga telah
merupakan satu program pemantauan, pelaksanaan dan maklum balas keberkesanan
aktiviti dan yang paling penting penglibatan secara hands-on atau fizikal oleh anggota
masyarakat untuk membantu agensi-agensi kerajaan yang bertanggungjawab dalam
membanteras kegiatan-kegiatan yang merosakkan atau mencemarkan alam sekitar yang
dikenali sebagai program rakan alam sekitar.

5.0 Pendidikan Kepada Murid-Murid

Selain daripada kerajaan, guru juga memainkan peranan penting dalam mendidik
anak-anak didik tentang kesedaran pencemaran alam sekitar terutamanya pencemaran
berkaitan dengan perindustrian dalam perlombongan bijih besi.
Salah satu daripada program yang bileh dilaksanakan ialah kem kesedaran tentang
alam sekitar. Kem ini boleh diadakan sebagai aktiviti ko-kurikulum sekolah. Guru
seboleh-bolehnya merancang aktiviti yang menarik untuk menyedarkan murid tentang
kepentingan menjaga alam sekitar. Salah satu daripadanya menjemput penceramah untuk
memberi ceramah tentang kepentingan menjaga alam sekitar. Ceramah ini meliputi
aspek-aspek kesan yang akan timbul akibat daripada perindustrian berat. Selain itu,
semasa kem ini diadakan, guru boleh bekerjasama dengan Jabatan Alam Sekitar untuk
mengadakan pameran berkaitan dengan pentingnya menjaga alam sekitar. Antara objektif
mengadakan kem ini ialah :

Memberikan pendedahan kepada peserta-peserta mengenai kepentingan kesedaran
alam sekitar.
Membina sikap positif dan bertanggungjawab serta menyemai rasa kasih dan
sayang terhadap alam persekitaran dan keindahan alam semula jadi.
Membentuk sikap dan kerjasama pelajar dalam pemuliharaan alam sekitar yang
berterusan.
Membolehkan para peserta menikmati beberapa aktiviti rekreasi alam sekitar.


ANIZAN BT CHE MAT
770805035800
~HBSC3203~
CHEMISTRY II

~19~
Rajah 5.1

Rajah 5.1 menunjukkan contoh pameran yang boleh dilaksanakan semasa kem
pendidikan alam sekitar.

Guru juga boleh mengadakan perbincangan di dalam kelas dengan pelajar tentang
langkah-langkah yang boleh diambil dalam mencegah ataupun mengurangkan
pencemaran dalam industri besi. Sebelum perbincangan, guru boleh menayangkan video
aktiviti penghasilan dalam industri besi. Contohnya melalui link video ini,
https://www.youtube.com/watch?v=9l7JqonyoKA. Dengan menunjukkan video ini murid
akan nampak lebih jelas tentangg aktiviti dalam industri besi seterusnya dapat memberi
idea dalam perbincangan di dalam kelas. Perbincangan ini boleh dilakukan semasa subjek
bahasa melayu ataupun sains. Susulan daripada aktiviti ini, guru juga boleh mengadakan
pertandingan melukis poster tentang pencemaran udara yang disebabkan oleh Industri
besi.
Selain itu, guru juga boleh melaksanakn projek riadah alam sekitar. Projek ini
merupakan suatu aktiviti kesedaran alam sekitar secara tidak formal. Untuk
melaksanakan Projek ini, guru boleh bekerjasama dengan Persatuan Ahi-Ahli Sains

ANIZAN BT CHE MAT
770805035800
~HBSC3203~
CHEMISTRY II

~20~
Malaysia dan mendapatkan sokongan daripada pihak-pihak tertentu terutamanya
sokongan daripada Kementerian Pelajaran Negeri/Malaysia. Projek ini memerlukan para
pelajar membuat kajian/siasatan mengenai isu/pemasalahan semasa alam sekitar di
sekitar sekolah atau mana-mana komuniti berdekatan. Guru boleh spesifik kan tajuk
projek iaitu mengurangkan pencemaran dalam industri besi. Untuk merealisasikan projek
ini, guru boleh menganjurkan lawatan ke tempat industri besi ini. Deangan ini murid
dapat melihat sendiri keadaan dan proses yang dilakukan dalam industri besi ini
seterusnya murid dapat membuat kajian tentang masalah dan langkah yang patut diambil
untuk mengurangkan pencemaran dalam industri besi ini.

6.0 Kesimpulan

Perbincangan di dalam assigment ini telah dapat memberi pengetahuan dan
maklumat baru kepada saya terutamanya dalam penghasilan kutleri. Selain itu juga,
perbincangan berkaitan dengan industri besi dan kesannya kepada alam sekitar telah
memberi kesedaran tentang pentingnya menjaga alam sekitar ini dan mengekalkan
keseimbangan ekosistem bumi ini.












ANIZAN BT CHE MAT
770805035800
~HBSC3203~
CHEMISTRY II

~21~

RUJUKAN / REFERENSI

Denise Walker, (2011),Tindak Balas Kimia:Kimia. Kuala Lumpur :Institut Terjemahan
Negara Malaysia Berhad.

Ooi Theng Theng, (2008),Chemistry SPM Bilingual. Shah Alam :Arah Pendidikan Sdn.
Bhd

Tan Pek Soo, (2008), COMPLETE Text & Guide SPM Bilingual Chemistry Form 4.
Shah Alam : Arah Pendidikan Sdn. Bhd.

Gambar Flintstone di ambil daripada :
http://www.earthmetropolis.com/Definitions/AFRICAN%20FLINT%20STONE%20TO
OLS.htm

http://www.airnow.gov/index.cfm?action=learning.workshop_for_teachers

http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=cutlery

http://www.madehow.com/Volume-1/Cutlery.html)

http://www.stellarcookware.co.uk/Support/Cutlery-FAQ.html

The History of Cutlery oleh Mary Louise Huebner (2002), Canada Cutlery Inc,

You might also like