BARAT KEHIDUPAN BERKUALITI PENDEKATAN ISLAM HADHARI
NURUL AINI BINTI MUDAYAT 2009
Dikemukakan untuk memenuhi sebahagian daripada keperluan kursus Islam Pendekatan Hadhari (IXEX 1308), Universiti Malaya ISLAM PENDEKATAN HADHARI
IXEX 1308 1 ISI KANDUNGAN
BIL
TAJUK
MUKA SURAT
1
KONSEP DAN FALSAFAH ISLAM HADHARI
2
2
DEFINISI ISLAM HADHARI
3
3
10 PRINSIP UTAMA ISLAM HADHARI
4
4
DEFINISI KAUNSELING
8
5
PERBANDINGAN DI ANTARA PENDEKATAN KAUNSELING MENURUT PERSPEKTIF BARAT DAN ISLAM PENDEKATAN KAUNSELING MENURUT PERSPEKTIF BARAT PENDEKATAN KAUNSELING MENURUT PERSPEKTIF ISLAM
10
10 16
6
DEFINISI PSIKOLOGI
19
7
PERBANDINGAN DI ANTARA PENDEKATAN PSIKOLOGI MENURUT PERSPEKTIF BARAT DAN ISLAM PENDEKATAN PSIKOLOGI MENURUT PERSPEKTIF BARAT PENDEKATAN PSIKOLOGI MENURUT PERSPEKTIF ISLAM
20
20 24
8
DEFINISI KEHIDUPAN BERKUALITI
28
9
PERBANDINGAN DI ANTARA KEHIDUPAN BERKUALITI MENURUT PERSPEKTIF BARAT DAN ISLAM KUALITI HIDUP MENURUT PERSPEKTIF BARAT KUALITI HIDUP MENURUT PERSPEKTIF ISLAM
30
30 37
10
PERANAN AGAMA DALAM KAUNSELING DAN PSIKOLOGI
41
11
PERANANN KAUNSELING DAN PSIKOLOGI DALAM MENINGKATKAN KEHIDUPAN BERKUALITI
44
11
RUMUSAN
50 ISLAM PENDEKATAN HADHARI
IXEX 1308 2 PERBANDINGAN KAUNSELING DAN PSIKOLOGI DARI PERSPEKTIF ISLAM DAN BARAT : KEHIDUPAN BERKUALITI PENDEKATAN ISLAM HADHARI
KONSEP DAN FALSAFAH ISLAM HADHARI
Islam Hadhari bukanlah satu ajaran baru, ianya adalah ajaran Islam yang sebenar yang berpaksikan al-Quran dan as-Sunnah ( Islam Fundamental ). Hal ini bukanlah satu perkara yang baru kerana agama Islam adalah satu agama yang syumul; agama yang sesuai sepanjang zaman dan agama yang merentasi sempadan tempat dan waktu. Malah penggunaan istilah 'Hadhari' telahpun digunakan oleh ilmuan Islam sejak dari dulu lagi seperti Ibnu Khaldun dalam kitab agungnya 'Al- Muqaddimah' dan pemikir al-Jazair iaitu Malik Bennabi yang cenderung menggunakan istilah 'hadhara' yang dianggap hampir kepada maksud keseimbangan kemajuan antara aspek material dengan akhlak dan spiritual. ( Siri Monografi Islam Hadhari Terengganu Bistari , m/s 3 - Idris Jusoh )
Islam Hadhari adalah Islam yang syumul atau komprehensif dengan penekanan kepada pembangunan ekonomi dan tamadun menyeluruh - yang berupaya menjadi penggerak dan pendorong kepada peningkatan daya saing bangsa Melayu dan umat Islam amnya. Islam Hadhari akan menjadikan warisan dan ISLAM PENDEKATAN HADHARI
IXEX 1308 3 tamadun Islam yang memperlihatkan kejayaan cemerlang umat Islam masa lampau sebagai pendorong kepada pembangunan dan kemajuan tamadun umat Islam masa kini dalam semua bidang kehidupan.
Lantaran itu Islam Hadhari telahpun dijadikan satu kerangka Dasar Nasional yang akan dijadikan sebagai asas di dalam perancangan pembangunan Malaysia sebagai sebuah negara Islam Maju menjelang Tahun 2020. Dalam erti kata lain, Wawasan 2020 yang telah dijadikan sebagai 'mainstream' negara selama ini haruslah berpaksikan kepada ruh Islami atau dalam istilah yang lebih progresifnya ialah Islam Hadhari . Inilah rahsia yang tersurat disebalik kesungguhan kepimpinan negara di bawah teraju YAB Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi memperkenalkan Islam Hadhari.
DEFINISI ISLAM HADHARI
Apakah yang dimaksudkan dengan Islam Hadhari ? 'Islam Hadhari' adalah gabungan dari dua kalimah Bahasa Arab, iaitu : 'Islam' dan 'Hadhari' (sifat). Asal perkataan 'Hadhari' ialah 'Hadharun' - 'Hadharatun' (Hidup di Bandar) yang membawa maksud membangun, maju ataupun bertamadun - lawan kepada perkataan 'badawah' ( kepedalaman atau kemunduran). Bertolak daripada kata dasar tersebut maka perkataan 'hadharah' ataupun sifatnya 'hadhari' bolehlah ditakrifkan sebagai hasil tindakbalas antara manusia dengan alam dan kehidupan sekitarnya melalui usaha yang dilakukan oleh manusia sendiri bagi memperbaiki ISLAM PENDEKATAN HADHARI
IXEX 1308 4 kedudukan kehidupannya di dunia secara fizikal dan spiritual mengikut keperluan dan peredaran semasa ( waqie).
Pengertian hadharah (hadharatun) itu semakin luas skopnya apabila komuniti manusia itu semakin jauh daripada corak hidup kepedalaman, serta apabila mereka mula terbabit dengan gaya hidup masyarakat maju yang progresif dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian zaman dan tempat. Justeru, hadharah ataupun tamadun adalah hasil-hasil usaha yang dilakukan oleh manusia untuk mengeksploitasi unit-unit alam yang berada di sekitarnya. Tujuannya ialah untuk merealisasikan segala keperluan dalam masyarakat manusia serta menyebarluas faktor-faktor kebaikan dan kebahagiaan di kalangan manusia sejagat. Keatas
10 PRINSIP UTAMA ISLAM HADHARI
Bagi menjana pembangunan yang seimbang dan pengintegrasian antara kemajuan duniawi dan juga persiapan ukhrawi dalam Pembangunan Islam Hadhari di Malaysia, maka Y.A.B Perdana Menteri telah memberi penekanan kepada Kehidupan Berkualiti sebagai salah satu daripada 10 Prinsip Utama Islam Hadhari :
1. Keimanan dan ketaqwaan kepada Ilahi. 2. Kerajaan adil dan beramanah. 3. Rakyat berjiwa merdeka. 4. Penguasaan ilmu pengetahuan. ISLAM PENDEKATAN HADHARI
IXEX 1308 5 5. Pembangunan ekonomi yang seimbang dan komprehensif. 6. Kehidupan berkualiti. 7. Pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita. 8. Keutuhan budaya dan moral. 9. Pemeliharaan dan pemuliharaan alam semula jadi. 10. Kekuatan Pertahanan dan Perpaduan.
Penekanan ini telah dikupas sendiri oleh Y.A.B Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi di perhimpunan berkenaan dengan menjelaskan bahawa:
"Islam Hadhari memberi penekanan kepada pembangunan - pembangunan yang menjurus kepada pembinaan peradaban. Peradaban yang dicanai dengan pegangan Islam dan memberi fokus kepada usaha mempertingkatkan mutu kehidupan (Kehidupan Berkualiti). Mempertingkatkan mutu kehidupan melalui penguasaan ilmu, pembangunan insan, pembangunan kesihatan serta pembangunan fizikal. Mempertingkatkan mutu kehidupan dengan mengamalkan sistem ekonomi, sistem perdagangan dan sistem kewangan yang dinamik"
Untuk melaksanakan pembangunan bagi membina peradaban Islam di Malaysia, kita perlukan kepada sebuah kerajaan yang kukuh dan stabil sebagaimana yang diamanahkan oleh Allah kepada Kerajaan Barisan Nasional menerusi mandat rakyat di dalam Pilihanraya Umum ke-11 yang lalu. Bertepatan dengan firman Allah S.w.t : Bermaksud : ISLAM PENDEKATAN HADHARI
IXEX 1308 6 "Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka, khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhai-Nya untuk mereka; dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh)". (Surah an-Nur : Ayat 55 )
Pembangunan Islam Hadhari Satu Amanah Allah. Pendekatan Islam Hadhari yang dirancang oleh kerajaan dari sudut menjana Kehidupan Berkualiti seperti yang diutarakan oleh Y.A.B Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi merupakan salah satu usaha untuk menguatkan dan mengembangkan agama Islam. Ianya sebahagian daripada tugas khalifah seperti yang disebut oleh Allah dalam ayat di atas.
Di samping itu, Islam Hadhari akan memberi penekanan kepada pembangunan sepadu dan seimbang bagi melahirkan umat yang berilmu dan beriman, bertamadun tinggi, berakhlak mulia, jujur lagi amanah, serta bersedia menangani cabaran semasa dunia global.
Pendekatan Islam Hadhari Selaras Sunnah Rasul. Pendekatan Islam Hadhari yang dirancang oleh kerajaan seperti yang dinyatakan di atas, dari sudut menjana Kehidupan Berkualiti di kalangan rakyat adalah juga berasaskan kepada apa yang ISLAM PENDEKATAN HADHARI
IXEX 1308 7 telah dilakukan oleh Rasululah S.a.w ketika membangunkan Kota Madinah, iaitu dengan membina Kehidupan Berkualiti dalam aspek memberi penekanan kepada usaha membasmi al-jahlu ( Kejahilan ), Membasmi al-fakru (Kefakiran/kemiskinan ) dan membasmi al-maradhu (penyakit).
Perancangan Kerajaan di dalam membangunkan Islam Hadhari di kalangan rakyat dalam segenap aspek yang dinyatakan di atas merupakan satu usaha amal soleh. Ini kerana usaha yang sedemikian termasuk dalam kategori meringan dan memudahkan kesulitan orang lain, yang mana Rasulullah S.a.w telah bersabda, bermaksud :
"Barang siapa meringankan sesama orang Islam dari kesulitan-kesulitan dunia, Allah akan meringankannya dari kesulitan-kesulitan hari Khiamat. Barang siapa memudahkan seseorang yang sedang mengalami kesulitan, Allah akan memudahkan urusannya, baik di dunia maupun di akhirat.." (Hadith : Riwayat Muslim )
Bertepatan dengan hadith tersebut, dan dalam konteks memahami dan menghayatinya dari perspektif Islam Hadhari, maka Y.A.B Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam ucapan dasarnya di Perhimpunan Agung UMNO pada 23 September 2004, juga menyarankan bahawa:
ISLAM PENDEKATAN HADHARI
IXEX 1308 8 "Usaha yang konsisten hingga menghasilkan kejayaan yang berterusan perlu dirancang Peningkatan kualiti (itqan) dalam semua urusan dan kegiatan kehidupan merangkumi bidang pendidikan, penguasaan sains dan teknologi serta aktiviti-aktiviti ekonomi, hendaklah dijadikan budaya. Ijtihad membina ummah dalam zaman moden ini perlu diberikan perhatian dan diberikan pengiktirafan"
DEFINISI KAUNSELING
Kaunseling merupakan suatu konsep yang telah di ketahui umum khususnya di kalangan masyarakat maju. Semakin majunya kehidupan ahli dalam sesebuah masyarakat, semakin meningkat pula masalah-masalah yang harus di tempuhi oleh ahli-ahlinya.
Kebanyakan individu apabila diminta untuk mentakrifkan tentang kaunseling akan menyatakan bahawa kaunseling adalah satu proses pertemuan di antara seorang kaunselor dengan individu yang ingin diberikan bantuan. Dengan lain perkataan, kaunselor ialah individu yang khusus bertugas secara terarah atau sukarela untuk memberikan pertolongan kepada orang lain untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi oleh klien (orang yang datang berjumpa denga kaunselor). Definasi yang di berikan ini terlalu umum.
Untuk pemahaman dengan lebih jelas lagi tentang definisi kunseling, dipetik tiga definisi yang telah dibuat oleh tiga tokoh iaitu Blocher (1974); Corey (1977) dan James (1982). Blocher (1974) mendefinasikan kaunseling sebagai suatu proses untuk ISLAM PENDEKATAN HADHARI
IXEX 1308 9 menolong individu supaya ia menjadi lebih sedar tentang dirinya dan bagaimana ia dapat bertindak balas dalam alam persekitarannya. Corey (1977) sepertimana dengan Blocher menekankan tentang proses di mana seorang klien diberi peluang untuk menerokai aspek diri dan kehidupannya yang menimbulakn masalah pada dirinya. Akhir sekali James (1982) pula mendefinasikan kaunseling sebagai suatu proses pembelajaran yang lebih menekankan kepada proses membantu individu untuk mencapai kehendaknya, membimbing dan menilai potensi yang ada pada diri individu.
Ketiga-tiga definasi yang di pilih ini memberikan penekanan kepada proses untuk menolong, menyedarkan individu tentang dirinya dan suatu proses pembelajaran individu untuk mencapai tingkat kesejahteraan dalam kehidupan yang dilalui.
Konsep atau definasi kaunseling mengikut perspektif Islam didapati lebih luas dan lebih komprehensif. Aziz Salleh (1996) misalnya menyatakan bahawa kaunseling merupakan suatu khidmat perhubungan di antara seorang klien yang mempunyai masalah psikologikal dengan seorang kaunselor terlatih untuk membantu klien bagi mengatasi masalah yang dihadapi. Kaunseling Islam mempunyai liputan skop masalah yang lebih besar iaitu yang berkaitan dengan keimanan seseorang seperti aspek ketuhanan, alam akhirat, dosa, pahala, neraka, hari kiamat dan sebagainya.
Mengikut ajaran Islam, kaedah kaunseling ini adalah suatu amalan asas yang ISLAM PENDEKATAN HADHARI
IXEX 1308 10 perlu dipergunakan dalam perhubungan sesama manusia. Amalan nasihat- manasihati dan menjauhi tindakan yang bertentangan dengan ajaran Islam merupakan asas dalam didikan Islam.
Walau apapun definasinya, pertemuan antara kaunselor dan klien dalam beberapa sesi kaunseling talah dapat mencapai alternatif terbaik untuk individu mengatasi masalah yang dihadapi agar dirinya dapat berfungsi dengan lebih berkesan di alam persekitarannya.
PERBANDINGAN DI ANTARA PENDEKATAN KAUNSELING MENURUT PERSPEKTIF BARAT DAN ISLAM
PENDEKATAN KAUNSELING MENURUT PERSPEKTIF BARAT
Sejak kemunculan bidang ilmu kaunseling, terdapat kira-kira 200 pendekatan yang boleh digunakan untuk memberi kaunseling pada individu yang memerlukannya. Kaunselor yang luas pengalamannya akan memilih teori-teori yang dapat disesuaikan dengan permasalahan yang dihadapi oleh klien agar bidang masalah yang dihadapi oleh klien dapat diatasi dengan berkesan. Daripada banyaknya bidang pendekatan itu, dapat dikumpulkan ke dalam empat kategori pendekatan iaitu:
1. Pendekatan psikoanalitik 2. Pendekatan kognitif ISLAM PENDEKATAN HADHARI
Diperkenalkan oleh Sigmund Freud yang berlatar belakangkan kehidupan Yahudi. Beliau telah memperkenalkan konsep assosiasi-bebas (free-assosiation) selepas berjaya dalam amalan hipnotisa (hypnosis). Freud menggunakan kaedah assosiasi untuk menerokai minda tidak sedar manusia. Dalam pendekatan psikoanalitiknya, Freud memberikan penegasan dan percaya bahawa personaliti individu dapat diketahui melalui kajian minda tidak sedar yang dipunyai.
Pada pandangan Freud, manusia secara fitrahnya bersifat dinamik iaitu terdapat perpindahan atau transformasi dan pertukaran tenaga dalam pembentukan personaliti manusia. Pendapat-pendapat yang diutarakan oleh Freud terbukti secara saintifik kini.
Kaunselor profesional yang mengamalkan pendekatan psikoanalitik akan menggalakkan klien mereka memerihalkan dan bercakap apa sahaja yang datang dalam ingatan, terutama sekali peristiwa-peristiwa yang dilalui semasa berada di tahap kanak-kanak. Melalui pendekatan ini kaunselor cuma membentuk persekitaran atau atmosfera di mana klien akan merasai bebas untuk melahirkan isi hatinya. ISLAM PENDEKATAN HADHARI
IXEX 1308 12 Pendekatan inu mempunyai pelbagai komplikasi dan kompleksiti. Arlow (1984) menyatakan bahawa pendekatan psikoanalitik berjaya digunakan untuk mengatasi mereka yang mempunyai pelbagai kecelaruan termasuklah gangguan histeria, narcissism, reaksi obsessif-kompulsif, kecelaruan peribadi, ketakutan, phobia dan kecelaruan seksual.
Pendekatan Kognitif
Ahli kaunseling menggunakan pendekatan kognitif dengan memberikan tumpuan kepada pemikiran manusia (thinking). Ahli teori kognitif percaya bahawa pemikiran mempengaruhi perasaan dan tingkahlaku manusia. Jika individu mengubah cara berfikir, perasaan dan tingkah lakunya juga akan mengalami perubahan melalui modifikasi tingkah laku. Salah satu pendekatan kognitif yang popular telah dikembangkan oleh Albert Ellis (1962) yang dikenali sebagai terapi emotif-rasional atau RET (Rational-Emotive Therapy). Albert membesar dalam keluarga Yahudi di Pittsburg, Amerika Syarikat. Di usia remajanya, beliau menjadi atheist disebabkan perceraian kedua ibu bapanya.
Terapi emotif-rasional mengandaikan bahawa manusia secara lahiriah adalah rasional dan tidak rasional, logikal dan gila (crazy). Ellis juga percaya bahawa sifat duaan (duality) secara semulajadi ini diwarisi dan akan terus dipunyai andainya tiada apa-apa pembelajaran berlaku yang akan mengubah cara pemikiran baru pada individu. Ellis telah menggariskan sebelas kepercayaan tidak rasional yang seringkali ISLAM PENDEKATAN HADHARI
IXEX 1308 13 dipunyai oleh manusia yang menyusahkan dan boleh menimbulkan pelbagai gangguan emosi.
Kaunselor dalam pendekatan RET ini mengambil peranan yang aktif dan terus (direct). Kaunselor berfungsi untuk menunjuk arah, mengajar dan membetulkan kognisi klien. Ellis telah mengenal pasti beberapa ciri peribadi yang perlu dipunyai oleh kaunselor yang akan menggunakan RET. Mereka haruslah cerdik, berpengetahuan luas, empathetik, tekal, berfikiran saintifik, berminat untuk menolong orang dan merupakan pengguna teknik RET.
Terapi emotif-rasional didapati mudah dilaksanakan dan berkesan. Kaedah ini berkesan untuk digunakan ke atas klien remaja. RET berkesan untuk mengatasi masalah kecelaruan affektif, kecelaruan ketakutan dan penyesuaian. Di samping RET, analisis transaksional (transactional analysis) merupakan juga suatu kaedah dalam pendekatan kognitif.
Pendekatan Afektif
Antara kaedah kaunseling dalam pendekatan affektif yang popular ialah kaunseling pemusatan-insan (person-centered counseling) diikuti dengan kaunseling existential dan terapi gestalt.
Pendekatan kaunseling pemusatan-insan diperkenalkan oleh Carl Rogers yang ISLAM PENDEKATAN HADHARI
IXEX 1308 14 dibesarkan di Illinois, Amerika Syarikat dalam keluarga Kristian. Ahli dalam pendekatan ini mempercayai bahawa manusia adalah untuk yang baik. Manusia mempunyai ciri-ciri peribadi positif, konstruktif, sentiasa bertindak maju ke hadapan, realistik dan boleh dipercayai. Setiap insan sedar dan mempunyai daya gerakan untuk mencapai penghakikian kendiri (self-actualization). Pada pendapat Rogers, penghakikian kendiri merupakan arah motivasi yang mengarahkan tingkahlaku manusia yang mempengaruhi dirinya sebagai manusia keseluruhannya. Setiap insan mempunyai kecenderungan asas untuk berusaha mencapai penghakikian diri sebenar. Ahli teori pemusatan-insan percaya setiap insan berupaya untuk mencari makna peribadi diri dan tujuan kehidupan di muka bumi ini.
Peranan kaunselor dalam pendekatan ini dikatakan bersifat holistik atau keseluruhan. Kaunselor akan menentukan dan membentuk suasana di mana klien merasai bebas untuk menerokai keseluruh aspek dirinya. Kaunseling dalam pendekatan ini memberikan tumpuan kepada hubungan kaunselor dan klien. Kaunselor sentiasa berhati-hati dan sedar dengan bahasa, perkataan dan gerakbalas klien.
Pendekatan pemusatan-insan ini berjaya untuk mengatasi pelbagai masalah upaya umpamanya masalah kepimpinan. Penyesuaian psikologikal, masalah pembelajaran, frustrasi dan berjaya menolong mengurangi sifat-sifat defensif.
Pendekatan Tingkah Laku ISLAM PENDEKATAN HADHARI
IXEX 1308 15 Ahli teori dengan menggunakan pendekatan tingkah laku memberikan tumpuan kepada pelbagai bentuk tingkah laku klien. Ahli-ahli dalam pendekatan ini percaya manusia mempunyai masalah disebabkan ketidakupayaan untuk mengubah tingkah laku sesuai dengan kehendak persekitaran. Kaunselor yang menggunakan kaedah tingkah laku berusaha untuk menolong kliennya sama ada menpelajari sesuatu yang baru, bertingkah laku secara diterima atau cuba untuk memodifikasi atau menghapuskan tingkah laku yang keterlaluan.
Pendekatan tingkah laku selalu digunakan ke atas individu yang mempunyai masalah yang spesifik seperti kecelaruan makan, penyalahgunaan dadah, ketidakfungsian seksual dan beberapa kecelaruan lain termasuklah masalah ketakutan, tekanan, assertif, keibubapaan dan interaksi sosial.
B.F Skinner merupakan tokoh terkemuka yang menggunakan pendekatan tingkah laku. Beliau dilahirkan di Pensylvania, Amerika Syarikat. Kebanyakan teori yang dibentuk oleh Skinner berpunca daripada kajian ke atas binatang. Skinner percaya pembelajaran merupakan penentuan paling asas berhubung dengan tingkah laku manusia.
Ahli kaunseling dengan pendekatan tingkah laku percaya bahawa semua tingkah laku yang diperhatikan oleh individu sama ada yang sesuai atau tidak adalah dipelajari. Peranan kaunselor dalam pendekatan tingkah laku adalah aktif sepanjang sesi kaunseling. Klien akan belajar, kadang kala tidak belajar atau belajar semula ISLAM PENDEKATAN HADHARI
IXEX 1308 16 tatacara yang khusus untuk tingkah laku.
PENDEKATAN KAUNSELING MENURUT PERSPEKTIF ISLAM
Kaunseling didefinisikan sebagai satu interaksi antara dua individu iaitu kaunselor dan klien, dalam keadaan profesional dan bertujuan untuk menolong kepada perubahan tingkah laku klien.
Di dalam Islam, kaunseling mempunyai pengertian dan kedudukan yang tersendiri. Ini selaras dengan tuntutan Islam itu sendiri yang berpandukan al-Quran dan as-Sunnah. Kebanyakan sentuhan kaunseling barat lebih bertumpu kepada perubahan tingkah laku klien kearah lebih rasional dan mengikut garis normal hidup sebagai manusia. Inilah beza utama bagaimana kaunseling berpendekatan Islam dilihat lebih memberi kesan yang menyeluruh bagi hidup seseorang muslim. Namun tidak dinafikan, teknik dan gaya pendekatan kaunseling barat boleh juga diaplikasikan semasa sesi kaunseling berlangsung.
Berkesannya kaunseling berpendekatan islam ini adalah kerana matlamat akhir yang berbeza dengan pendekatan-pendekatan lain. Matlamat akhir bagi sesi kaunseling ini adalah mengkehendaki klien memahami hubungan dengan Allah swt, hubungan dengan makhluk-makhluk ciptaan Allah, tujuan hidup dunia dan matlamat akhir hidup ini.
ISLAM PENDEKATAN HADHARI
IXEX 1308 17 Kaunseling berpendekatan Islam ini menekankan 4 perkara penting iaitu pembangunan roh, akal, hati dan pengimbangan nafsu. Keempat-empat perkara tersebut merupakan tumpuan utama dalam kaunseling pendekatan islam dimana tujuan akhir kaunseling ini adalah membawa manusia mengenal diri dan Penciptanya.
1. Pembangunan Roh 2. Pembangunan Akal 3. Pembangunan Hati 4. Pengimbangan Nafsu
Pembangunan Roh
Pembangunan roh merupakan aspek paling penting dalam kaunseling Islam. Bilamana roh itu sudah mula mengenali Allah, mencintai Allah, mula takut pada Allah, yakin pada Allah dan akur pada segala suruhan dan larangan Allah, maka manusia mula mengetahui apa tujuan hidupnya.
Pembangunan Akal
Membangunkan akal atau dalam kata lain, pencerahan akal (celik akal) dapat membimbing manusia kepada kemuliaan dan ketinggian darjat sebagai hamba disisi Allah swt. Akal fikiran adalah amanah dan tanggungjawab daripada ALLAH yang tidak ISLAM PENDEKATAN HADHARI
IXEX 1308 18 dilibatkan kepada makhluk lain dimuka bumi. Akal fikiran dapat membezakan kebenaran dan kebatilan , juga antara petunjuk (hidayah) dan kesesatan.
Pembangunan Hati
Pembangunan hati bukan sahaja sekadar menumpukan zikir pembaikan hati dan sebagainya, tetapi yang lebih utama adalah membuang dahulu segala kekotoran yang lahir dari dosa dan maksiat yang dilakukan. Hati manusia ibarat bebola kaca yang jernih dan bersinar. Andai ia dikilau dengan cahaya yang benar-benar terang, maka pancarannya akan menjadi semakin menyerlah dan menarik orang lain untuk melihatnya. Hati yang elok berupaya memberi ilham kepada manusia tentang hakikat dirinya dan juga Penciptanya iaitu Allah swt.
Pengimbangan Nafsu
Mengapa tidak dikatakan penghapusan atau perlupusan nafsu? Ini kerana manusia juga memerlukan nafsu dalam kehidupannya. Nafsu yang diimbang dengan hati yang jernih, ruh yang dibangunkan dan akal yang terpimpin akan mampu membawa manusia kearah kesejahteraan lahiriah dan batinniah. Contohnya, makan adalah satu aktiviti dalam kehidupan. Andai nafsu jahat yang menguasai nafsu makan, maka kita akan makan secara berlebihan sehingga lahiriah menjadi malas, dan impak yang lebih buruk akan menimpa batinniah sehingga menyebabkan rosaknya hati dan jiwa. ISLAM PENDEKATAN HADHARI
IXEX 1308 19 DEFINISI PSIKOLOGI
Pada dasarnya, masyarakat umum sudah maklum dengan bidang psikologi yang sudah sekian lama sinonim sebagai satu bidang yang berkaitan secara langsung dengan kesejahteraan individu dan masyarakat atau secara khususnya kesejahteraan dan kesihatan mental walaupun pada kebanyakan masa ia sering ditafsirkan atau dikaitkan dengan ketidak sejahteraan atau kecelaruan individu khususnya kecelaruan atau gangguan mental, penyekit jiwa, penyalahgunaan dadah dan ketagihan alkohol, kecelaruan seksual, tekanan dan sebagainya. Udah sekian lama masyarakat lebih melihat psikologi sebagai satu perkhidmatan khusus untuk individu yang tidak waras mindanya atau yang sakit metalnya. Kini, sudah sampai waktunya untuk setiap golongan manyarakat memahami bahawa perkhidmatan psikologi merupakan satu bidang keilmuan dan juga profesion yang amat luas skopnya, bukan hanya terhad memberi khidmatnya kepada individu yang tidak waras atau tidak normal, tetapi juga kepada individu yang sihat, waras dan sempurna, tetapi bermasalah dan tenggelam punca dengan masalah mereka serta tidak mempunyai kaedah penyelesaian yang bersesuaian bagi mengatasi masalah mereka.
Istilah psikologi berasal dari perkataan psyche dan diambil dari istilah Greek purba yang bermaksud jiwa tau yang berkaitan dengan kejiwaan. Psikologi adalah sains terhadap tingkahlaku dan terhadap proses-proses mental manusia (Charles, 1993). Dalam erti kata lain, ia ditakrifkan sebagai satu bidang ilmu yang mengkaji proses mental dan tingkahlaku manusia berdasarkan kepada kaedah-kaedah yang bersifat saintifik. Ahli psikologi bergantung kepada kaedah pemerhatian dan ISLAM PENDEKATAN HADHARI
IXEX 1308 20 penilaian, ujian dan pengukuran, melakukan kajian makmal secara sistematik dan sebagainya dalam menerangkan, menjangkakan dan mengawal proses mental dan perubahan tingkahlaku yang berlaku dalam diri manusia. Bidang psikologi berusaha menerangkan mengapa seseorang individu bertindak atau melakukan sesuatu perbuatan dengan mengkaji dan emncari jawapan serta motif di sebalik tingkahlaku yang mereka lakukan. Mereka juga cuba mengkaji mengapa sesetengah individu bertindak normal manakala yang lain pula bertindak secara tidak normal, di luar kawalan akal yang waras dan secara agresif. Seterusnya, dengan jawapan yang ada, ahli psikologi akan merangka program dan strategi dalam usaha mengawal individu agar sentiasa bertingkahlaku dalam lingkungan norma-norma murni yang telah ditetapkan dalam masyarakat.
PERBANDINGAN DI ANTARA PENDEKATAN PSIKOLOGI MENURUT PERSPEKTIF BARAT DAN ISLAM
PENDEKATAN PSIKOLOGI MENURUT PERSPEKTIF BARAT
Psikologi didefinisikan sebagai kajian saintifik tentang tingkahlaku dan proses mental organisme. Tiga idea penting dalam definisi ini ialah; 'saintifik', 'tingkahlaku' dan 'proses mental'.
Saintifik bermakna kajian yang dilakukan dan data yang dikumpulkan mengikuti prosedur yang sistematik. Iaitu, dengan mengikuti langkah-langkah berikut: ISLAM PENDEKATAN HADHARI
IXEX 1308 21 1. Nyatakan masalah & tentukan hipotesis yang hendak dikaji 2. Reka bentuk kajian & tentukan teknik pengumpulan data 3. Pengumpulan data & melakukan analysis data 4. Melaporkan penemuan untuk memastikan sejauh manakan hipotiesis dapat dibuktikan.
Walau pun kaedah saintifik diikuti, ahli-ahli psikologi perlu membuat pelbagai inferen atau tafsiran berdasarkan dapatan yang diperolehi. Ini adalah kerana subjek yang dikaji adalah haiwan dan manusia dan tidak seperti sesuatu sel (sperti dalam kajian biologi) atau bahan kimia (seperti dalam kajian kimia) yang secara perbandingan lebih stabil. Manakala mengkaji tingkahlaku haiwan atau manusia memenanglah sukar dan memerlukan kerap membuat inferen atau tafsiran.
Seperti bidang-bidang sains lain, psikologi berasal sebahagian daripada falsafah. Psikologi yang dikaji secara saintifik bermula pada akhir abad ke 19 dan umur bidang ini adalah lebih kurang 100 tahun; agak muda jika dibanding dengan disiplin-disiplin lain. Tumpuan disiplin psikologi pada awalnya ialah mengkaji dan memahami bagaimana manusia atau organisme mengetahui atau belajar. Kemudian, psikologi terbahagi-bahagi kepada sub-disiplin lain seperti psikologi perkembangan, psikologi sosial, psikologi organisasi, psikologi kaunseling dan lain-lain.
Ahli-ahli falsafah telah lama cuba menerangkan apa itu pengetahuan/ilmu, bagaimana manusia menguasai pengetahuan/ilmu atau mengetahui sesuatu dan ISLAM PENDEKATAN HADHARI
IXEX 1308 22 bagaimana manusia menggunakan pengetahuan itu.
Mungkin teori yang tertua berkenaan pengetahuan ialah Teori Salinan (Copy Theory) yang dicadangkan oleh ahli falsafah Yunani Alcmaeon, Empedocles dan Democritus pada abad ke4 & ke5 sebelum masihi. Menurut teoro ini kita melihat sesuatu objek and salinan objek itu terbentuk dalam minda kita. Oleh itu kita mengetahui objek itu melalui salinan yang berada dalam minda kita.
Ahli-ahli falsafah yang datang kemudian menolak teori salinan. Menurut mereka perwakilan (salinan) mungkin tidak merupakan objek asal dan sekiranya kita hanya mengetahui salinan, adalah sukar untuk menentukan bahawa salinan itu adalah tepat. Ahli-ahli falsafah realisme (realism) seperti Thomas Reid menolak konsep salinan dan mencadangkan bahawa kita mengetahui tentang sesuatu objek secara langsung tanpa melalui perwakilan atau salinan. Masalah dengan penerangan ini ialah; jika kita mengetahui sesuatu secara langsung, mengapa kita selalu membuat kesilapan. Contohnya, sesuatu bintik pada lantai kita sangkakan adalah seekor serangga yang sebenarnya adalah titik cat yang tertinggal.
Kemudian terdapat ahli-ahli falsafah idealisme (idealisme) yang menolak sama sekali objek. Bagi mereka apa yang terdapat dalam minda kita ialah idea; semua pengetahuan kita terdiri daripada idea dan bukan perkara atau benda.
Pengasas psikologi moden bermula di Eropah dengan Wilhelm Wundt yang ISLAM PENDEKATAN HADHARI
IXEX 1308 23 pertama menubuhkan makmal psikologi. Tumpuan psikologi awal ialah mengkaji aspek-aspek sensasi (sensation), persepsi (perception) dan tumpuan. (attention). Hermann Ebbinghaus, seorang Jerman, merupakan ahli psikologi yang pertama mengkaji pembelajaran secara saintifik. Pada tahun 1879, dia menggunakan dirinya sendiri sebagai subjek dalam eksperimen yang mengkaji pembelajaran dan ingatan.
Beliaulah yang memperkenalkan ujian 'kaitan bebas' (free association) yang menguji kaitan antara perkataan yang diberikan oleh penyelidik dan perkataan yang perkataan yang berikan oleh subjek.
Ebbinghaus juga terkenal dengan eksperimen yang menunjukkan fenomena ingatan dikalangan manusia. Dalam tahun 1885, dia menjalankan satu eskperimen yang menunjukkan bahawa kadar lupaan lebih ketara pada permulaan (55% selepas 1 jam) dan berkurangan seterusnya (14% selepas 31 hari).
Tingkahlaku ialah apa jua aktiviti yang dapat diperhatikan, direkod dan diukur. Tingkahlaku juga dapat diperhatikan apabila individu menyebut atau menulis sesuatu. Misal kata, catatan seorang tentang ketakutannya atau sikapnya merupakan tingkahlaku.
Proses Mental merangkumi segala proses-proses yang terlibat dengan pemikiran, ingatan, pembelajaran, sikap, emosi dan sebagainya. Inilah menjadi tumpuan ahli-ahli psikologi tetapi masalahnya ialah proses-proses ini tidak boleh ISLAM PENDEKATAN HADHARI
IXEX 1308 24 dilihat dan sukar merekod dan mengukur dengan tepat. Oleh pada pada tahun 60an, ahli-ahli enggan menerima kajian mengenai proses-proses ini kerana ia tidak boleh dijalankan secara saintifik. Bagaimana pun paradigma telah berubah dan dengan kaedah-kaedah baru, kajian mengenai proses-proses mental diterima sebagai psikologi.
PENDEKATAN PSIKOLOGI MENURUT PERSPEKTIF ISLAM
Hakikat psikologi Islam dapat dirumuskan sebagai "satu cabang ilmu islam yang berhubungan dengan aspek-aspek dan perilaku kejiwaan manusia, agar secara sedar ia dapat membentuk kualiti diri yang lebih sempurna dan mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.
Psikologi Islam sudah sepatutnya menjadi wacana sains yang objektif. Bahkan boleh dikatakan telah mencapai tahap ilmiah. Anggapan bahwa Psikologi Islam tidak mencapai tahap ilmiah adalah tidak benar, sebab Psikologi Islam telah melampaui batas-batas ilmiah. Objektif suatu ilmu hanyalah persoalan kesepakatan, yang kreterianya bukan hanya kuantitatif melainkan juga kualitatif.
Psikologi barat telah mendapatkan "ijmak" dari kalangan ilmuan barat. Demikian juga Psikologi Islam telah mendapatkan "ijmak" dari kalangan ilmuan islam pula. Jika orang lain berani menonjolkan pemikiran psikologi melalui tanggapan mereka sendiri serta mendakwa keabsahannya, mengapa kita ilmuan islam tidak ISLAM PENDEKATAN HADHARI
IXEX 1308 25 berani melakukan hal yang sama, iaitu menonjolkan pemikiran Psikologi Islam berdasarkan Islam?
Hall dan Lindzey menyatakan bahwa tokoh besar seperti Freud, Jung dan McDougall tidak hanya berijazah dalam ilmu perubatan, tetapi juga ahli psikoterapi. Hal ini menunjukkan pengembangan psikologi yang dibawa oleh mereka adalah bersumber dari profesion dan lingkungan ilmu perubatan dan bukan berasal dari penelitian akademik.
Para pemerhati, penganalisa dan peneliti disiplin psikologi akhir-kahir ini telah membuka jendela untuk mengintip wacana yang berkembang di dalam khazanah Islam. Mereka sedar bahwa Psikologi Barat baru berusia dua abad. Padahal kajian dan pengamalan kejiwaan dalam Islam telah lama berkembang. Mereka mengetahui kedalaman ilmu islam lalu mereka meneroka dan cuba menonjolkannya.
Hall dan Lindzey telah menulis satu bab khusus untuk Psikologi Timur. Menurutnya salah satu sumber yang kaya dari psikologi yang dirumuskan dengan baik adalah dari agama-agama timur. Dalam dunia Islam, para sufi (pengamal ajaran tasawwuf) telah bertindak sebagai para psikologis rohani. Inilah pengakuan jujur mereka.
Tasauf merupakan dimensi rohani (batiniah) dalam Islam yang membicarakan struktur jiwa, dinamika proses dan perkembangannya, penyakit jiwa dan terapinya, ISLAM PENDEKATAN HADHARI
IXEX 1308 26 proses penempaan diri di dunia spiritual (suluk), proses penyucian jiwa (tazkiyah al- nafs) dan cara-cara menjaga kesihatan mental. Aspek-aspek ini dalam sains modern masuk ke dalam wilayah psikologi. Demikaiankah sedikit kupasan terhadap psikologi atau kaunseling islam yang mula mendapat tempat di jiwa orang-orang yang cintakan Islam dan ilmu islam.
Definisi psikologi islam di atas mengandung tiga unsur utama:
1. Kajian ilmu-ilmu Islam 2. Perilaku jiwa manusia 3. Nilai estetika
Kajian ilmu-ilmu Islam
Psikologi Islam merupakan salah satu dari kajian ilmu-ilmu keislaman. Ia memiliki kedudukan yang sama dengan disiplin ilmu keislaman yang lain, seperti Ekonomi Islam, Sosiologi Islam, Politik Islam, Kebudayaan Islam, dan sebagaianya. Islam di sini bermaksud corak, cara pandang, pola pemikiran, paradigma dan aliran. Maksudnya psikologi yang dibangunkan dengan gaya berfikir sebagaimana yang berlaku pada tradisi keilmuan dalam Islam sehingga dapat membentuk aliran tersendiri yang unik dan berbeza dengan psikologi barat.
Tentunya hal itu tidak terlepas dari kerangka ontologi (hakikat jiwa), ISLAM PENDEKATAN HADHARI
IXEX 1308 27 epistimologi (bagaimana cara mempelajari jiwa) dan aksiologi (tujuan mempelajari jiwa) dalam Islam. Melalui kerangka ini maka akan tercipta beberapa bahagian psikologi dalam Islam, seperti Psikopatologi Islam, Psikoterapi Islam, Psikologi Din Islam, Psikologi Perkembangan Islam dan Psikologi Sosial Islam.
Perilaku jiwa manusia
Psikologi Islam membicarakan aspek-aspek dan perilaku kejiwaan manusia. Aspek-aspek kejiwaan dalam Islam seperti al-ruh, al-nafs, al-kalb, al-`aql, al-dhamir, al-lubb, al-fuad, al-sirr, dan al-fithrah. Setiap aspek tersebut memiliki eksistensi, dinamisme, proses, fungsi, dan perilaku yang perlu dikaji melalui al-Quran, al- Sunnah, serta dari khazanah pemikiran Islam.
Psikologi Islam tidak hanya menekankan perilaku kejiwaan tetapi membicarakan secara mendalam erti jiwa itu sendiri. Sebagai satu fakulti insan, jiwa manusia bersifat punya potensi dan perlakuan yang sangat tergantung pada usaha. Ini menunjukkan psikologi Islam mengakui adanya kesedaran dan kebebasan manusia untuk berfikir, berkehendak, dan bersikap secara sedar. Walaupun begitu kebebasan tersebut tetap dalam batas-batas sunnah-sunnah Allah Swt.
Nilai estetika
Psikologi Islam sarat dengan nilai etika kerana Psikologi Islam memiliki tujuan ISLAM PENDEKATAN HADHARI
IXEX 1308 28 yang hakiki dan merangsang kesedaran diri agar mampu membentuk kualiti diri yang lebih sempurna untuk kebahagiaan di dunia dan akhirat. Manusia dilahirkan dalam situasi tidak mengetahui apa-apa lalu ia tumbuh dan berkembang untuk mencapai kualiti hidup.
Psikologi Islam merupakan salah satu disiplin yang membantu seseorang untuk memahami ekspresi diri, aktualisasi diri, realisasi diri, konsep diri, citra diri, harga diri, kesedaran diri, menguasai diri baik untuk diri sendiri dan orang lain. Jika dalam pemahaman diri tersebut ditemukan adanya penyimpangan perilaku maka Psikologi Islam berusaha menawarkan berbagai konsep yang bersumberkan ilahiyah.
Ini bertujuan untuk mengarahkan kualiti hidup yang lebih baik serta mengecapi nikmat kebahagiaan hidup di sepanjang zaman. ini bermakna mempelajari psikologi Islam dapat memberi kebahagiaan diri sendiri dan orang lain. Bukan menambah masalah baru seperti hidup dalam keterasiangan, kegersangan, dan kegelisahan.
DEFINISI KEHIDUPAN BERKUALITI
Kualiti bermaksud darjah kecemerlangan biasanya yang tinggi dan bermutu, manakala perkataan hidup bermaksud terus bernyawa, bernafas atau tinggal di kediaman. Ringkasnya kualiti hidup bermaksud keadaan hidup dan persekitaran tempat tinggal yang tinggi mutunya dan cemerlang melebihi tahap minima atau biasa. ISLAM PENDEKATAN HADHARI
IXEX 1308 29 Kualiti hidup bermakna kehidupan yang baik dan dipercayai bahawa kehidupan yang baik ini bersamaan menjalani kehidupan dengan kualiti yang tinggi. Istilah perubatan menggunakan konsep kualiti hidup yang sempit iaitu menggambarkannya sebagai salah satu faktor seiring dengan penambahbaikan produk-produk perubatan. Kualiti hidup seharusnya berkait dengan ketinggian peringkat kehidupan manusia yang biasa ( Ventegodt, 2003:1031 ).
Selain itu, kualiti hidup juga ditakrifkan sebagai kecemerlangan kehidupan manusia yang membawa kepada kesejahteraan masyarakat. Kualiti hidup masyarakat boleh ditingkatkan dari semasa ke semasa selaras dengan pembangunan manusia di dalam sesbuah negara ( Azemi Che Hamid, 2006:333 ).
Kualiti hidup menurut Laily et al. ( 2002:44-45 ) pula, berkait rapat dengan persepsi individu terhadap kehidupan mereka sama ada memuaskan atau tidak. Persepsi ini berasaskan penilaian yang dibuat terhadap kepuasan yang dirasai daripada keinginan yang dicapai atau tidak. Menurut Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu, kualiti hidup merujuk kepada aspek kesejahteraan hidup yang dialami, kepuasan terhadap keperluan dan kehendak, kesejahteraan fizikal, penggunaan material dan bukan material serta kebebasan manusia.
Konsep kualiti hidup melibatkan perubahan dalam masyarakat dan sistem sosial daripada keadaan yang dianggap tidak memuaskan kepada keadaan yang lebih baik. Demikian itu, kualiti hidup merangkumi semua aspek termasuk pembangunan ISLAM PENDEKATAN HADHARI
IXEX 1308 30 ekonomi, sosial, psikologi, kebudayaan, politik dan alam sekitar. Di Malaysia, kualiti hidup ditakrifkan sebagai merangkumi kemajuan diri, gaya hidup yang sihat, akses dan kebebasan untuk mendapatkan pengetahuan dan menikmati taraf hidupyang melebihi keperluan asas dan psikologi individu untuk mencapai tahap kesejahteraan sosial yang seiring dengan hasrat.
Kualiti hidup juga dilihat sebagai merangkumi seluruh ruang lingkup bidang kehidupan manusia itu sendiri. Ini adalah kerana setiap disiplin kehidupan itu menyumbang kepada perasaan, kepuasan dan makna kebahagiaan dan keselesaan hidup yang sentiasa dicari dan diusahakan oleh manusia.
PERBANDINGAN DI ANTARA KEHIDUPAN BERKUALITI MENURUT PERSPEKTIF BARAT DAN ISLAM
KUALITI HIDUP MENURUT PERSPEKTIF BARAT
Terdapat beberapa teori yang membincangkan mengenai kualiti hidup menurut perspektif barat. Antara teori yang membincangkan tentang kualiti hidup menurut perspektif barat adalah teori Maslow, teori realiti dan teori Integratif.
Tokoh yang memperkenalkan teori Keperluan iaitu Abraham Maslow (Maslows hierarchy of needs) dalam Towards a Psychology of Being (1962) telah membangunkan satu teori mengenai kualiti hidup. Teori ini masih dianggap konsisten tentang kualiti hidup setelah hampir selepas 40 tahun. Teori Maslow ISLAM PENDEKATAN HADHARI
IXEX 1308 31 adalah bertujuan untuk pembangunan ke arah kegembiraan atas konsep keperluan serta kehendak manusia. Dalam teori Maslow, menerangkan bahawa kewujudan psikologi sempurna kendiri berdasarkan pembangunan personal individu. Beliau meletakkan lapan peringkat keperluan manusia bagi kriteria kehidupan yang baik untuk menilai kualiti hidup. Maslow membina teorinya dalam bentuk tangga hierarki keperluan manusia bagi menjelaskan teorinya.
Menurut Maslow dalam teorinya tersebut, terdapat lapan keperluan dalam melihat perjalanan hidup manusia. Lapan hierarki keperluan ini terbahagi kepada tiga peringkat iaitu peringkat asas, peringkat pertengahan dan peringkat atas. Peringkat asas hierarki merangkumi keperluan asas yang pertama fisiologi adalah seperi makanan, pakaian dan tidur, keperluan asas kedua adalah keperluan keselamatan yang merangkumi tempat tinggal untuk keselamatan diri, keperluan asas ketiga adalah keperluan kasih sayang seperti menjadi kepunyaan seseorang dan keperluan asas yang keempat adalah dihormati. Manakala, peringkat keperluan pertengahan hierarki merangkumi keperluan pertengahan yang kelima iaitu keperluan untuk pengetahuan dan kefahaman seperti faham tentang diri dan dunianya dan keperluan pertengahan yang keenam iaitu keperluan untuk kreativiti nilai etestika. Peringkat keperluan yang terakhir adalah peringkat atas yang merangkumi keperluan atas yang ketujuh iaitu keperluan untuk sempurna kendiri ( self-actualization ) bagi menyedari makna hidup personal dan akhir sekali bagi peringkat atas yang merangkumi keperluan atas yang kelapan iaitu keperluan untuk menjangkaui atau unggul dimana keperluan ini untuk menjadi seseorang yang ISLAM PENDEKATAN HADHARI
IXEX 1308 32 berintegrasi dan bernilai daripada sebahagian dunia ini.
Teori yang seterusnya yang membincangkan mengenai kualiti hidup bagi perspektif barat adalah teori realiti. Tokoh yang memperkenalkan teori realiti ialah William Glasser. Menurut William Glasser dalam teorinya menyatakan bahawa setiap individu di dalam minda masing-masing sudah terbentuk gambaran dunia atau gambaran yang ada di minda masing-masing iaitu satu kehidupan yang membahagiakan diri sendiri seperti syurga. Selain itu, menurut beliau, menyatakan bahawa individu mempunyai pilihan yang boleh dibuat. Ini menggambarkan tahap kematangan kita berdasarkan pilihan.
Kualiti hidup menurut William Glasser sudah wujud dalam hidup masing- masing. Oleh itu, setiap individu mempunyai matlamat tersendiri. Kualiti hidup ditentukan oleh diri sendiri dan sentiasa berubah mengikut masa dan mempunyai matlamat. Kualiti hidup ini juga menurut teori William Glasser, setiap manusia ada pilihan sendiri dan berbeza antara manusia zaman dahulu dan manusia zaman sekarang. Contohnya ialah kualiti hidup bagi mat rempit adalah berbeza dengan pegawai perubatan. Dalam erti kata lain, setiap individu mempunyai kualiti hidup yang berbeza-beza. Selain itu, kualiti hidup merupakan keadaan membangkitkan semangat diri setiap individu, membahagiakan diri masing-masing dimana kualiti hidup tidak boleh hidup bersendirian yang memerlukan penglibatan orang dalam hidup setiap individu yang membahagiakan diri masing-masing dan setiap individu perlu menghargai kualiti hidup masing-masing. ISLAM PENDEKATAN HADHARI
IXEX 1308 33 Selain itu, dalam usaha setiap individu ingin mengecapi kualiti hidup, individu-individu tidak dapat mengelak daripada berinteraksi dengan orang lain. Dalam erti kata lain, manusia perlu sentiasa cuba berusaha berhubung dengan sesama sendiri yang membahagiakan diri sendiri untuk mengecapi kualiti hidup. Berhubung menurut teori William Glasser adalah perlu bersifat dua hala, tidak boleh memaksa dan bersandarkan kepada rasa hormat. Sebagai contohnya ialah Ali ingin berkawan dengan Azman tetapi Azman tidak mahu berkawan dengan Ali, maka, Ali perlu hormat dengan keputusannya. Contoh lain ialah Dzarfan tidak boleh memaksa suraina untuk bercinta dengannya tetapi Dzarfan boleh menarik Suraina jatuh cinta dengan dia melalui tingkah laku. Dalam erti kata lain, untuk bercinta dengan seseorang, cara tingkah laku akan menarik orang lain untuk bercinta dengan diri kita. Berhubung adalah penting dalam kehidupan setiap manusia kerana tanpa berhubung, individu akan gagal. Sebagai contohnya ialah sekiranya ibu bapa buang bayi ketika dilahirkan kerana ibu bapa menganggap bayi itu satu bebanan, maka ia putus hubungan dengan bayi tersebut ( disconnect ).
Selain itu, menurut teori realiti yang diutarakan oleh William Glasser, beliau menyatakan bahawa manusia dilahirkan dengan 5 keperluan asas iaitu belonging, power, fun, freedom, dan survival. William Glasser menyatakan bahawa melalui berhubung dan attachment meliputi 5 keperluan asas iaitu keperluan hierarki Maslow yang pertama iaitu keperluan kasih sayang ( belonging ) dalam usaha mengecapi kualiti hidup. Menurut beliau, kasih sayang amat penting dalam keperluan psikologi dimana dengan kasih sayang, setiap individu dapa merasakan diri ISLAM PENDEKATAN HADHARI
IXEX 1308 34 disayangi dan dipunyai. Selain itu, keperluan yang kedua menurut William Glasser iaitu kuasa ( power ) dimana setiap individu memerlukan kuasa untuk membangunkan dan bukan menjatuhkan atau menindas. Sekiranya tidak mempunyai kuasa, diri sendiri akan merasakan ditindas, huru-hara, dilayan sebagai hamba abdi, didera, melukakan hati orang lain, maka ia dikatakan sudah hilang sifat kemanusiaan tetapi bersifat kebinatangan. Sekiranya salah guna kuasa, lama- kelamaan diri orang lain rasa tidak disayangi. Selain itu, keperluan yang ketiga menurut teori realiti William Glasser ialah kebebasan ( kebebasan ). Setiap individu inginkan kebebasan. Sebagai contohnya peluang untuk membuat keputusan dan pilihan. Kebebasan tidak bermakna setiap individu boleh buat sesuka hati tetapi perlu ikut tatasusila undang-undang. Tetapi sekiranya tidak mempunyai kebebasan, maka hidup tidak seronok kerana ikut kata-kata orang. Dalam erti kata lain, kebebasan perlu berpada-pada. Selain itu, keperluan keempat menurut William Glasser ialah keseronokan ( fun ). Setiap individu perlu ada keperluan kasih sayang, keperluan kuasa, dan keperluan kebebasan untuk mendapatkan keperluan keseronokan. Tanpa kasih sayang, kuasa dan kebebasan, maka individu tidak akan mendapatkan keseronokan. Setiap individu perlu seronok supaya kualiti hidup juga seronok. Walau bagaimanapun, setiap individu perlu ingat jangan lupa daratan. Akhir sekali, keperluan survival.
Selain itu, teori realiti yang diutarakan oleh Wlliam Glasser amat mengutamakan sosial setiap individu sama ada dalam perhubungan keluarga atau luar. Melalui perhubungan sosial yang berkualiti, seseorang dapat mengecapi kualiti ISLAM PENDEKATAN HADHARI
IXEX 1308 35 hidup masing-masing. Perhubungan sosial berlaku kepada perhubungan yang dibuat dengan orang lain yang saling membangunkan antara satu sama lain dimana wujudnya pilihan dengan siapa setiap individu ingin berhubung. Individu sentiasa akan berhubung dengan orang lain yang menyumbangkan kepada penghasilan kualiti hidup.
Kualiti hidup menurut William Glasser merujuk kepada persepsi yang wujud diminda seseorang yang bersifat subjektif dimana seseorang rasa bahagia. Sebagai contohnya ialah wanita yang berkerjaya, berpangkat tinggi sanggup meletakkan jawatannya untuk memberi tumpuan kepada keluarganya disebabkan kualiti hidupnya iaitu anak-anak adalah aset yang paling bernilai dalam hidupnya.
Teori yang lain yang membincangkan mengenai kualiti hidup bagi perspektif barat adalah teori kualiti hidup integratif. Tokoh yang mengutarakan teori Kualiti Hidup Integratif ialah Ventegodt. Dalam teori Kualiti Hidup Integratif, terdapat teori- teori yang tergabung daripada tiga kumpulan yang setiap satunya prihatin dengan aspek kehidupan yang baik dan dibentuk dalam rangka spektrum yang dikenali sebagai teori Kualiti Hidup Integratif ( The Integrative Quality of Life ( IQOL ) Theory ).
Kualiti hidup terbahagi kepada 2 bahagian iaitu kualiti hidup yang subjektif dan kualiti hidup yang objektif. Kualiti hidup yang subjektif merangkumi bagus (well- being), kepuasan hidup ( satisfaction with life ), kegembiraan ( happiness ) dan makna kehidupan ( meaning of life ). Manakala, kualiti hidup yang objektif ISLAM PENDEKATAN HADHARI
IXEX 1308 36 merangkumi keseimbangan biologi ( biological order ), menyedari potensi kehidupan ( realization of life potential ), memenuhi kehendak ( fulfillment of needs ) dan faktor-faktor objektif (objective factors). Selain itu, teori aspek kehidupan merangkumi 3 bahagian iaitu kualiti hidup yang subjekif ( subjective quality of life ), kualiti hidup yang wujud (existential quality of life) dan kualiti hidup yang objektif ( objective quality of life ).
Aspek yang pertama iaitu kualiti hidup yang subjektif yang merangkumi bagaimana seseorang individu merasai atau berpandangan mengenai kehidupan yang baik yang dialami oleh mereka sendiri. Setiap individu dapat menilai bagaimana mereka melihat sesuatu perkara berdasarkan perasaan dan idea masing-masing. Aspek yang kedua ialah kualiti hidup yang wujud iaitu melihat sejauh mana baiknya kehidupan seseorang individu pada tahap yang lebih dalam.setiap orang berhak dihormati dan menjalankan hidup dengan harmoni. Aspek yang ketiga ialah bagaimana kehidupan seseorang individu difahami dan ditafsirkan oleh dunia luar. Pandangan dipengaruhi oleh kebudayaan tempat tinggal seseorang individu. Objektif bermaksud fakta luaran yang memudahkan membina kemudahan hidup.
KUALITI HIDUP MENURUT PERSPEKTIF ISLAM
Walau apapun pandangan manusia tentang makna kualiti hidup, pandangan ini berasaskan pandangan hidup seseorang berdasarkan ilmu, kepercayaan dan pengaruh masyarakat di sekeliling hidupnya. Islam sebagai satu cara hidup sudah ISLAM PENDEKATAN HADHARI
IXEX 1308 37 pasti mempunyai idea tentang makna kehidupan dan bentuk kualiti yang terkandung di dalamnya.
Menurut kaca mata Islam, kualiti hidup bermula dengan hakikat tujuan kejadian manusia itu sendiri oleh penciptanya, Allah SWT. Tanpa memenuhi tuntutan penciptaan itu, maka tiadalah ertinya kemajuan dan kenikmatan hidup dunia yang dikecapi dari sudut Allah SWT. Al-Quran telah merakamkan tujuan penciptaan ini pada ayat 51: 56 : Surah Az-Zariyat iaitu Dan ( ingatlah ) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu . Dalam ayat ini jelas dinyatakan tujuan penciptaan manusia itu adalah untuk menyembah dan beribadat kepada Allah SWT. Menyembah dan beribadat ini bermaksud mengukuhkan perasaan itu dalam diri bahawa adanya hamba yang menyembah iaitu makhluk manusia dan adanya Tuhan yang disembah, iaitu Allah SWT. Selain itu, manusia diciptakan sebagai peranan khalifah di muka bumi ini. Konsep khalifah ialah memakmurkan bumi ini mengenali pontensi dan kekuatan bumi, pelbagai simpanannya dan harta yang terpendam. Allah SWT berfirman dalam Al-Quran iaitu Surah Al-Baqarah, 2: 30) iaitu Dan ( ingatlah ) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Berhubung dengan dua ayat tersebut, Islam menyediakan kerangka visi dan misi kehidupan manusia di muka bumi. Berpandukan kepada kompas kehidupan ini, maka aspek pengisian dan kualiti dalam bidang kehidupan perlu diberi perhatian kerana menyumbang kepada kejayaan manusia sebagai hamba Allah SWT dan khalifah sekali gus. ISLAM PENDEKATAN HADHARI
IXEX 1308 38 Dalam perspektif Islam, manusia dijadikan khalifah Allah SWT untuk memakmurkan bumi ini dan menjadikan tempat tinggal yang selaras dengan fungsi manusia tersebut sebagai khalifah. Makmur disifatkan sebagai mempunyai hasil yang banyak iaitu daerah atau negeri, mempunyai penduduk yang banyak dan cukup kehidupannya, hidup mewah atau serba cukup dan tidak kekurangan apa pun. Kehidupan yang bahagia dan berkualiti merupakan matlamat penting yang ingin dicapai oleh setiap manusia. Rasulullah s.a.w sendiri mengajar kita melalui doa masyhur yang dipetik daripada Al-Quran untuk memohon dan mengusahakan kehidupan yang baik di dunia mahupun di akhirat dalam surah Al-Baqarah, 2: 201 iaitu Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab neraka. Kehidupan hasanah ( baik ) yang dipohon ke hadrat Allah SWT, dalam ayat ini jelas menunjukkan Allah mahu kita mengikhtiarkan yang baik, bagus, elok dan berkualiti dalam kehidupan kita. Kehidupan ini yang dimaksudkan ialah di dunia yang akan membawa kepada kehidupan yang baik di alam akhirat kelak. Makna hasanah (baik) dapatlah dikaitkan dengan pertamanya, perkataan mutu, iaitu taraf kebaikan, kecerdasan , kepandaian, kualiti, nilaian ( untuk sesuatu ) dan keduanya perkataan kualiti iaitu darjah kecemerlangan biasanya yang tinggi dan bermutu.
Pada masa yang sama, langkah mengenal pasti kelemahan dan melaksanakan proses pembaikan yang berterusan dalam kehidupan juga amat perlu dilakukan. Ini ialah sebahagian aspek pengawalan kualiti yang menjadi tonggak utama untuk memastikan matlamat kecemerlangan hidup dapat dicapai. Sehubungan dengan itu, ISLAM PENDEKATAN HADHARI
IXEX 1308 39 Islam amat menggalakkan umatnya untuk terus memperbaiki kehidupan mereka ke tahap yang lebih baik. Sikap tidak hanya berpuas hati dengan pencapaian dan prestasi semasa sahaja ialah sikap cemerlang yang bakal mewarisi kehidupan yang lebih baik dan berkualiti. Oleh itu, perlu ada pemikiran, sikap dan tindakan untuk meningkatkan kemajuan dan pencapaian hidup lebih baik berbanding dengan masa lampau.
Selain itu, membina kehidupan yang baik, berkualiti, dan bahagia ini ialah impian setiap manusia. Rasulullah s.a.w sendiri menegaskan bahawa kebahagiaan seseorang itu penting dan empat perkara yang telah dikesan daripada sabdanya iaitu Empat perkara yang membawa kebahagiaan iaitu wanita solehah, rumah yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang sesuai ( Riwayat Ibnu Hibban ). Hadis ini menjelaskan bahawa kebahagiaan dan berkualiti hidup manusia dapat diukur dari segi, pertama, keluarga iaitu mempunyai isteri yang solehah, kedua, tempat tinggal iaitu mempunyai rumah yang luas, ketiga, soal kemasyarakatan iaitu jiran yang baik dan keempat kesenangan untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain iaitu mempunyai kenderaan yang selesa. Terdapat juga hadis yang menyatakan tentang unsur-unsur kebahagiaan dan kualiti hidup manusia, iaitu soal kesihatan dan masa lapang yang dikurniakan oleh Allah SWT. Kesihatan yang baik untuk bekerja dan masa lapang yang membolehkannya untuk berehat dan melakukan aktiviti rekreaksi merupakan dua bentuk nikmat dalam mengukur tahap kualiti hidup seseorang manusia.
ISLAM PENDEKATAN HADHARI
IXEX 1308 40 Selain itu, Islam sebagai satu sistem kehidupan yang lengkap ialah syariat Allah yang menyediakan panduan bagi manusia menikmati kualiti yang baik bagi setiap satu cabang kehidupan tersebut, di samping mendapat keredaan Allah SWT. Dalam Islam, setiap komponen kehidupan ini ada pedoman dan garis panduannya. Inilah asas yang paling penting bagi menentukan sama ada sesuatu bidang kehidupan itu baik serta berkualiti dimana seharusnya menepati kehendak Allah SWT.
Terdapat 5 prinsip maqasid al-syariah yang diturunkan oleh Allah SWT itu yang bermatlamatkan memeliharakan kemaslahatan hidup manusia itu sendiri. Antara prinsip maqasid al-syariah yang berkaitan dengan 5 perkara iaitu pertama, menjaga, memartabatkan dan memperkasakan agama, kedua, menjaga, memartabatkan dan memperkasakan akal, ketiga, menjaga, memartabatkan dan memperkasakan nyawa, keempat, menjaga, memartabatkan dan memperkasakan harta dan kelima, menjaga, memartabatkan dan memperkasakan keturunan.
Kesimpulannya, individu, keluarga, masyarakat, dan kerajaan perlu memahami dan melaksanakan peranan masing-masing untuk menjamin kualiti kehidupan yang menyeluruh dan berterusan. Islam merupakan sistem kehidupan yang sempurna dan membawa semua manusia ke arah kebaikan, kualiti dn keredhaan Allah SWT.
PERANAN AGAMA DALAM PENDEKATAN KAUNSELING DAN PSIKOLOGI
ISLAM PENDEKATAN HADHARI
IXEX 1308 41 Tiada seorang manusia normal di dunia ini yang tidak mempunyai masalah. Tidak kira masalah yang dihadapi besar atau kecil, ia akan tetap mengambil ruang kepada kestabilan mental individu dalam usaha mencari jalan penyelesaian. Ada yang menerima masalah dan tekanan tersebut sebagai ujian dan dugaan daripada Ilahi malah tidak kurang juga yang menyalahkan takdir Tuhan.
Tekanan dalam menghadapi permasalahan ini pula berbagai dan bergantung kepada kekuatan mental individu tersebut. Antara langkah yang boleh digunakan dalam meredakan tekanan tersebut adalah melalui kaedah kaunseling.
Blocher (1974) mendefinasikan kaunseling sebagai suatu proses untuk menolong individu supaya ia menjadi lebih sedar tentang dirinya dan bagaimana ia dapat bertindak balas dalam alam persekitarannya. Manakala Corey (1977) sepertimana dengan Blocher menekankan tentang proses di mana seorang klien diberi peluang untuk menerokai aspek diri dan kehidupannya yang menimbulkan masalah pada dirinya. James (1982) pula mendefinasikan kaunseling sebagai suatu proses pembelajaran yang lebih menekankan kepada proses membantu individu untuk mencapai kehendaknya, membimbing dan menilai potensi yang ada pada diri individu.
Tidak dapat disangkal, membicarakan mengenai kaunseling, lazimnya tidak dapat lari daripada teori, kaedah dan teknik kaunseling yang dibawa dari Barat. Nama-nama seperti Sigmund Freud, Carl Rogers, Albert Ellis sangat sinonim dengan ISLAM PENDEKATAN HADHARI
IXEX 1308 42 ilmu kaunseling sehinggakan terdapat pandangan negatif yang melihat kaunseling seringkali mengabaikan satu elemen yang sangat penting dalam kehidupan manusia, iaitu elemen agama mahupun kerohanian (Sapora Sipon: 2005).
Sigmund Freud sendiri menganggap bahawa agama sebagai satu ilusi dan boleh mengherotkan pandangan manusia terhadap kehidupan. Ahli-ahli psikologi sezaman dengan Freud menganut aliran relativism ethical dan ethical hedonism. Pengaruh teori evolusi Darwin menyebabkan Freud dan ahli-ahli psikologi lain pada waktu itu berpandangan bahawa kejadian manusia secara semula jadinya adalah hampir sama dengan kejadian binatang. (Lundin, 1985).
Mereka berpendapat bahawa manusia pada asasnya adalah bersifat hedonistik dan menolak sama sekali unsur moral dan etika yang boleh dioptimakan dalam diri manusia. Pemisahan agama dalam bidang kaunseling juga mungkin ada kaitannya dengan usaha Barat untuk mengasingkan ilmu agama dengan ilmu sekular yang lahir daripada konsep the separation of state and church (Sapora:ibid).
Di dalam Islam, kaunseling mempunyai pengertian dan kedudukan yang tersendiri. Ini selaras dengan tuntutan Islam itu sendiri yang berpandukan al-Quran dan as-Sunnah. Kebanyakan sentuhan kaunseling barat lebih bertumpu kepada perubahan tingkah laku klien ke arah lebih rasional dan mengikut garis normal hidup sebagai manusia.
ISLAM PENDEKATAN HADHARI
IXEX 1308 43 Kaunseling Islam mempunyai liputan skop masalah yang lebih besar iaitu yang berkaitan dengan keimanan seseorang seperti aspek ketuhanan, alam akhirat, dosa, pahala, neraka, hari kiamat dan sebagainya.
Ahli-ahli Psikologi Barat kini sendiri telah memperakui sekaligus menidakkan teori Freud dan rakan-rakan sezamannya mengenai perkaitan antara agama dan masalah psikologikal ini. Keperluan agama dalam merawat masalah psikologikal diakui oleh West (2002) yang berpendapat kerohanian atau keagamaan menjadi sebahagian daripada kehidupan dan dilihat serta diakui sebagai sesuatu yang sangat berharga.
Kajian oleh Glaser dan Bozarth (2001) mendapati kerohanian yang positif adalah sangat perlu untuk perkembangan diri yang sihat dan keberfungsian. Individu yang mempunyai identiti kerohanian yang positif berfungsi lebih baik dari segi interpersonal dan emosi individu.
Telah dibuktikan bahawa sebahagian besar ahli profesional mempercayai nilai manusia dan gaya hidup mempunyai kesan yang mendalam ke atas kesihatan mental dan keberfungsian emosi dan sesetengah nilai lebih mengikut kesejahteraan mental daripada yang lain (Jensen & Bergin, 1988).
Agama juga berperanan sebagai satu mekanism untuk membantu menghadapi kesukaran kehidupan. Ini kerana institusi keagamaan dan sistem ISLAM PENDEKATAN HADHARI
IXEX 1308 44 kepercayaan berfungsi sebagai satu mekanism yang bersifat pencegahan. Banyak bukti empirikal mencadangkan kepercayaan agama, latihan dan institusi menjadi berkesan dengan peranan pencegahannya. Penglibatan agama yang diukur melalui pelbagai cara dilihat mengurangkan kejadian membunuh diri, penggunaan dan penyalahgunaan dadah dan alkohol serta perpecahan keluarga (Payne, Bergin, Bielema & Jenkins, 1992).
PERANAN KAUNSELING DAN PSIKOLOGI DALAM MENINGKATKAN KEHIDUPAN BERKUALITI
Sebagaimana yang telah diperkatakan, skop bidang psikologi amatlah luas dan bertujuan bagi membawa manusia ke arah kesejahteraan, khususnya kesejahteraan mental, emosi, dan tingkah laku. Bidang psikologi yang luas ini bagaimanapun mempunyai bidang pengkhususan yang tertentu dan di Malaysia, antara pengkhususan yang amat popular adalah seperti berikut:
1. Klinikal psikologi 2. Kaunseling psikologi 3. Psikologi organisasi dan industri 4. Psikologi pendidikan dan persekolahan 5. Psikologi kesihatan
Klinikal psikologi
ISLAM PENDEKATAN HADHARI
IXEX 1308 45 Bidang pengkhususan psikologi yang memberi fokus kepada diagnosis gangguan psikologi, punca dan juga menawarkan pelbagai intervensi dan rawatan psikologi terhadap individu yang berkaitan. Di antara intervensi tersebut seperti psikoterapi, terapi tingkah laku, terapi kognitif, hipnoterapi, kaunseling dan lain-lain. Kumpulan sasaran terdiri dari pesakit mental yang ringan, sederhana dan berat, serta juga individu yang normal. Biasanya berkhidmat di hospital kerajaan, atau klinik swasta, universiti hospital, dan di fakulit-fakulti perubatan.
Kaunseling psikologi
Bidang yang mengkhusus dalam permasalahan manusia yang biasanya di peringkat normal atau ringan. Mengamalkan teknik-teknik atau kemahiran kaunseling yang tertentu dalam membantu menyelesaikan masalah manusia. Mereka berkhidmat di jabatan-jabatan kerajaan, pusat kaunseling di universiti dan juga di sekolah.
Psikologi Oragnisasi dan Industri Pengkhususan adalah dalam penilaian dan kecekapan individu sebagai seorang pekerja, peningkatan motivasi dan produktiviti di tempat kerja, meningkatkan kecekapan pekerjaan, pemeliharaan perhubungan yang baik antara majikan dan pekerja dan juga pemantauan kesejahteraan di tempat kerja. Mereka bekerja dalam bidang industri dan organisasi sama ada awam dan swasta. Satu contoh bentuk perkhidmatan psikologi yang telah dilaksanakan pada peringkat perkhidmatan awam adalah Bahagian Perkhidmatan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, ISLAM PENDEKATAN HADHARI
IXEX 1308 46 Putrajaya. Antara objektif penubuhan bahagian ini ialah menyediakan dasar dan perkhidmatan psikologi kepada kakitangan sektor awam melalui kaedah bimbingan dan nasihat, sesi psikoterapi dan kauseling, perkhidmatan rundingcara, menyediakan ujian dan laporan psikologikal, menyediakan program dan modul peningkatan kerjaya dan kesejahteraan sosial untuk kakitangan awam dan keluarga.
Psikologi Pendidikan dan Persekolahan
Telibat secara langsung dalam proses mental ketika pembelajaran seperti daya ingatan, motivasi, kerajinan, daya tumpuan, kepintaran dan kecerdasan, serta persekitaran pembelajaran. Mereka akan merangka kurikulum dan kerja kursus yang berkaitan serta melihat kesesuaian dan hasilnya dalam menyediakan individu yang berpendidikan. Mereka juga akan mengadakan program latihan untuk meningkatkan keupayaan mental manusia untuk menerima maklumat dan pendidikan. Mereka turut menyelesaikan permasalahan berkaitan aspek pembelajaran di kalangan manusia seperti masalah pembelajaran, disiplin dan perhubungan di tempat tersebut.
Psikologi Kesihatan
Mengkhusus dalam mengenalpasti mengapa manusia sihat dan sakit, menilai apakah amalan-amalan yang dilakukan individu yang sihat dan begitu juga sebaliknya, serta meneliti program-program yang mampu menggalakkan manusia mengamalkan ISLAM PENDEKATAN HADHARI
IXEX 1308 47 amalan-amalan yang sihat dalam kehidupan serta langkah-langkah pencegahan penyakit. Antaranya program kesedaran kesihatan mental, aspek intervensi psikologi dalam pencegahan penyakit jantung, hipertensi, kencing manis, strok, kanser dan sebagainya.
Terdapat banyak lagi bidang pengkhususan psikologi yang lain seperti psikologi experiment, psikologi neuro, psikologi biologi, psikologi sosial dan psikologi komuniti yang masih belum dilihat kepentingannya di negara ini berbanding di negara-negara maju.
Pendekatan disiplin psikologi ke arah memartabatkan kesejahteraan mental manusia bermula pada tahun 1978 apabila Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau WHO memperkenalkan konsep sihat yang merangkumi kesihatan menal dalam agendanya. Dan melalui satu jawatankuasa khas berhubung dengan penjagaan kesihatan mental di bawahnya, terdapat lima usul yang dikemukakan demi memartabatkan aspek kesihatan mental di negara-negara membangun termasuklah Malaysia iaitu :
1. Mewujudkan satu dasar di peringkat kebangsaan berhubung kesihatan mental dan menubuhkan satu unit khas kesihatan mental di setiap pentadbiran kawasan. 2. Memperuntukkan dana pembiayaan tertentu bagi tujuan melatih dan merekrut pakar berkaitan, kemudahan rawatan dan penyelidikan. ISLAM PENDEKATAN HADHARI
IXEX 1308 48 3. Mewujudkan satu perkhidmatan penjagaan kesejahteraan mental secara menyeluruh dengan berkerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan lain dalam komuniti yang tidak mempunyai asas perubatan dan kesihatan. 4. Mendidik semua pekerja dalam pelbagai peringkat organisasi terhadap kepentingan penjagaan kesihatan mental yang baik. 5. Mendidik pakar kesihatan mental supaya merawat para pesakit secara bersungguh-sungguh dan pada masa yang sama turut memberi latihan asas kepada kakitangan lain yang turut berkhidmat dalam proses rawatan dan penjagaan kesihatan mental.
Peranan perkhidmatan psikologi dalam meningkat keupayaan masyarakat untuk memelihara mengekalkan kesihatan mental dan kesejahateraan hidup mereka boleh difahami secara jelas apabila isu-isu berikut ditangani sebagaimana yang diusulkan oleh WHO.
Berdasarkan kepada usul tersebut, berikut adalah beberapa langkah dan strategi yang boleh dijalankan dalam usaha mencapai matlamat itu :
1. Sistem sokongan yang diberikan sama ada secara indivdu atau berkumpulan mampu mengurangkan risiko untuk mengalami masalah berkaitan kesihatan mental. Self help group pula mampu membantu ke arah peningkatan penyesuaian diri bagi sesiapa yang bermasalah mental dan emosi dengan bebanan kos yang paling minima. ISLAM PENDEKATAN HADHARI
IXEX 1308 49 2. Pengetahuan berkaitan latar belakang budaya dan agama mampu menyumbang kepada pencapaian kesihatan mental yang positif dan penyelidikan berkaitan aspek ini perlu ditingkatkan lagi. 3. Rangsangan psiko-sosial awal secara positif mampu mencegah gangguan mental dan tingkah laku di kalangan bayi-bayi yang kurang upaya dengan melibatkan peranan aktif ibu bapa. 4. Sekolah amat pentign sebagai pusat asas mempromosikan kesihatan mental yang positif. Para pelajar perlu didedahkan dengan pelbagai kemahiran untuk mencapai tahap kesihatan mental yang baik. Guru-guru perlu dilatih supaya peka dengan isu berkaitan kesihatan mental agar sebarang permasalahan dapat dicegah pada peringkat awal. 5. Apabila berlaku sebarang masalah gangguan mental, sebab musabab biologikal perlu diberi perhatian utama. Sekiranya tiada sebarang asas berpunca dari sebab tersebut, maka aspek psiko-sosial menjadi keutamaan dan pesakit perlu diberi pendedahan awal berhubung kemahiran asas kesihatan mental yang baik dan sumber rawatan yang boleh diperolehi. 6. Pandangan masyarakat terhadap penyakit mental yang dihidapi seseorang pesakit boleh menentukan tahap pemyembuhan dan relapse, oleh itu adalah penting memahaminya supaya program intervensi tertentu dapat dilaksanakan. 7. Kaedah tradisional dalam menangani isu kesihatan mental perlu diberi perhatian dengan menilai peranan dan keberkesanannya secara saintifik memandangkan banyak isu silang budaya dan keagamaan dalam masyarakat ISLAM PENDEKATAN HADHARI
IXEX 1308 50 dilibatkan secara langsung dengan kesihatan mental. 8. Program-program untuk mencegah gangguan mental dalam masyarakat wajar melibatkan program penjagaan kanak-kanak sebelum dan selepas lahir, program imunisasi, pemakanan, pencegahan dan rawatan jangkitan.
KESIMPULAN
Peranan perkhidmatan psikologi sudah tidak dapat dipertikaikan lagi dalam memelihara dan meningkatkan kesejahteraan hidup dan memperbaiki tahap kesihatan mental individu dan masyarakat. Masyarakat perlu didedahkan dengan bidang ini sebagai satu profesion yang bersifat membantu, memulih dan merawat serta mencegah pelbagai permasalahan mereka khususnya berkaitan kesihatan mental, kestabilan emosi dan kesejahteraan tingkah laku. Mereka jua perlu bersikap proaktif terhadap isu berhubung kesihatan mental seperti ruang lingkup perkhidmatan psikoterapi dan kaunseling, stigma berkaitan hospital mental dan pesakit mental serta sebagainya.
Dalam usaha untuk mempertikaikan lagi perkhidmatan psikologi ini dalam membantu membangunkan negara melalui masyarakat yang sihat dan sejahtera, ahli psikologi wajar mempertingkatkan penglibatan mereka secara aktif dalam pelbagai sektor kemasyarakatan dan bertindak sebagai kumpulan penggerak dengan inisiatif tersendiri serta bekerjasama dengan profesion lain sebagai satu pasukan. Mereka juga perlu aktif dan berani untuk mengetengahkan kepada negara dan masyarakat terhadap bentuk perkhidmatan yang mereka boleh berikan supaya bidang ini dapat ISLAM PENDEKATAN HADHARI
IXEX 1308 51 diliihat sebagai satu bidang yang banyak fungsi dan kelebihannya dalam membawa masyarakat ke arah kehidupan yang sejahtera.
ISLAM PENDEKATAN HADHARI
IXEX 1308 52
BIBLIOGRAFI
Asmah Bee Mohd Noor. (1999, November). Pendekatan Kaunseling Barat. Kertas Kerja Metodologi Kaunseling Dalam Menangani Masalah Akidah Umat Islam Masa Kini, yang dibentangkan dalam Muzakarah Kaunseling dan Pemantapan Akidah, Langkawi, Kedah.
C. George Boeree. The Ancient Greeks: Socratis, Plato & Aristotle. Shippensburg University: Pennsylvania.
C. George Boeree. Modern Philosophy. The Begining. Shippensburg University: Pennsylvania
C. George Boeree. Psychology: The Beginning. Shippensburg University: Pennsylvania
C. George Boeree. Psychology: Wundt and James. Shippensburg University: Pennsylvania
C. George Boeree. Psychology: Freud and Psychoanalysis. Shippensburg University: Pennsylvania
C. George Boeree. Psychology: Gestalt Psychology. Shippensburg University: Pennsylvania. ISLAM PENDEKATAN HADHARI
IXEX 1308 53
C. George Boeree. The Cognitive Movement. Shippensburg University: Pennsylvania.
Kamal Abd. Manaf. Kaunseling Islam. Utusan Publication & Distributor Snd Bhd: Kuala Lumpur.
Mahmood Zuhdi Haji Ab. Majid et al. Islam Hadhari: Pendekatan Pembangunan Peradaban. Yayasan Dakwah Islamiah: Kuala Lumpur.