You are on page 1of 3

kepentingan perpaduan kaum

Satu Malaysia jadi pegangan,


Rukun Negara teras panduan,
Satu Malaysia benteng negara,
Rakyat Malaysia taat setia.

Serangkap lagu satu Malaysia di atas menunjukkan betapa
pentingnya perpaduan kaum diamalkan oleh rakyat Malaysia. Sudah
terang lagi bersuluh, slogan kata Satu Malaysia yang menjadi
pegangan wazir negara kita, Dato Seri Najib Abdul Razak merupakan
satu langkah yang jelas bagi memantapkan perpaduan kaum dalam
kalangan rakyat Malaysia. Hal ini demikian kerana, banyak kepentingan
yang boleh kita peroleh daripada amalan perpaduan kaum di Malaysia.

Antara kepentingan perpaduan kaum di Malaysia ialah
mewujudkan masyarakat yang harmoni. Sebagai rakyat Malaysia, pasti
kita sudah tidak asing lagi dengan wujudnya masyarakat berbilang kaum
di negara kita seperti Cina, Melayu, India, Kadazan dan sebagainya.
Peribahasa rambut sama hitam, hati lain-lain jelas menunjukkan
walaupun manusia mempunyai warna rambut yang sama tetapi sukma
dan keinginan manusia adalah berbeza. Dengan mewujudkan
perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat, barulah masyarakat
harmoni yang mempunyai aspirasi yang sama dapat tercapai. Oleh hal
yang demikian, sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, kita hendaklah
mewujudkan perpaduan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia,seperti
kata peribahasa, bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana
muafakat.

Industri pelancongan merupakan salah satu industri yang
menjadi penyumbang terbesar kepada pendapatan negara. Kunci utama
dalam menarik kedatangan pelancongan ke Malaysia ialah dengan
rakyat Malaysia mengamalkan perpaduan kaum. Perpaduan kaum yang
wujud dalam kalangan rakyat Malaysia akan menarik minat pelancong
dari luar negara untuk melihat sendiri amalan perpaduan kaum yang
menjadi pegangan setiap rakyat Malaysia. Hal ini secara implicit dapat
memperkenalkan keindahan Malaysia kepada masyarakat luar
seterusnya menaikkan nama negara. Oleh itu, wajarlah rakyat Malaysia
mengamalkan perpaduan kaum kerana selain dapat menarik
kedatangan pelancong, perpaduan juga mampu menaikkan nama
negara, seperti kata peribahasa, sambil menyelam minum air.

Selain itu, dengan mengamalkan perpaduan kaum, kita juga
dapat memajukan ekonomi negara. Apabila perpaduan kaum diamalkan
oleh rakyat Malaysia, penindasan ekonomi tidak akan berlaku kerana
setiap kaum akan bersaing dengan adil tanpa sedikit pun perasaan
hasad dengki dalam diri mereka. Contohnya, persaingan yang berlaku
dalam dunia perniagaan. Bukan itu sahaja, apabila rakyat mengamalkan
peribahasa, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh, nescaya rakyat
juga dapat bersama-sama memajukan ekonomi negara.




http://noraini-ismail.blogspot.com/2013/04/kepentingan-perpaduan-kaum-di-
malaysia.html


Keamanan negara turut dapat dipertingkatkan apabila
amalan perpaduan kaum telah meresap ke dalam jiwa setiap rakyat
Malaysia. Seperti yang kita ketahui, tanpa perpaduan kaum, keamanan
tidak dapat diwujudkan kerana rakyat akan bergaduh sesama sendiri
sehingga menghancurkan keamanan sesebuah negara yang telah
dibina itu. Pertelingkahan yang berlaku antara rakyat hanya akan
menghasilkan suasana hidup yang porak-peranda. Oleh hal yang
demikian, benarlah perpaduan kaum itu penting untuk meningkatkan
keamanan negara.

Konklusinya, semua pihak harus berganding bahu dan tidak
mengharapkan pihak kerajaan semata-mata dalam mewujudkan
perpaduan kaum. Janganlah kita bersikap evasif mahupun bagai enau
dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing kerana perpaduan
kaum itu hanya akan wujud apabila semua kaum menjalankan obligasi
masing-masing dengan sempurna dan bersikap bertolak ansur.

You might also like