You are on page 1of 10

Persetiaan Pengakap

Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia yang saya dengan seberapa
daya upaya, saya akan:-

Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara 


Menolong orang pada setiap masa 
Menurut undang-undang
Pertama ~ Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan
dirinya.

Kedua ~ Pengakap adalah seorang yang taat kepada Yang Dipertuan Agong, kepada
Rajanya, Negaranya, pemimpin-pemimpin pengakapnya, ibu-bapanya, orang-orang
diatas dan orang-orang yang dibawahnya. 

Ketiga ~ Pengakap wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap
masa. 

Keempat ~ Pengakap itu sahabat kepada sekalian dan saudara kepada lain-lain
pengakap walau apa negeri, pangkat dan agamanya sekalipun. 

Kelima ~ Pengakap itu baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi. 

Keenam ~ Pengakap itu baik dan kasih kepada segala binatang. 

Ketujuh ~ Pengakap itu seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibu-
bapanya, kepala patrolnya atau pemimpin-pemimpin pengakapnya dengana tiada apa-
apa soalan. 

Kelapan ~ Pengakap itu seorang yang sentiasa sabar dan manis mukanya dalam
kesusahan. 

Kesembilan ~ Pengakap itu jimat dan cermat 

Kesepuluh ~ Pengakap itu bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya.

Hormat Pengakap

1. Apabila menemui pengakap lain, sama ada dalam atau luar negeri, iaitu menandakan
persaudaraan dan penghormatan. 

2. Apabila menemui pemimpin, penolong pemimpin pengakap dan ketua patrol. 

3. Selapas dan apabila menaikkan bendera Malaysia, bendera negeri dan bendera
pengakap. 

4. Apabila Lagu kebangsaan dan lagu negeri dinyanyikan. 

5. Dalam istiadat-istiadat menerima anugerah, sijil dan sebagainya


Lagu Pengakap

Yepi, Yey, Yey,Yey,


Yepi, Yey, Yey,Yey,
Yepi, Yey, Yey,Yey.
Saya Pilih Pengakap Saja,
Siang Jadi Kenangan,
Malam Jadi Impian
Cintaku Semakin Mendalam
Lagu Undang-Undang
Dipercayai taat berguna,
Bersahabat berbudi,
Kasihkan binatang menurut perintah,
Tabah hati berjimat, Suci fikiran, suci perkataan, suci perbuatan
Kalau rasa gembira
Kalau rasa gembira, tepuk tangan,
Kalau rasa gembira, tepuk tangan,
Kalau rasa gembira begini la caranya,
Kalau rasa gembira, tepuk tangan.
Kalau rasa gembira, petik jari,
Kalau rasa gembira, petik jari,
Kalau rasa gembira begini la caranya,
Kalau rasa gembira, petik jari.
Kalau rasa gembira, cubit peha,
Kalau rasa gembira, cubit peha,
Kalau rasa gembira begini la caranya,
Kalau rasa gembira, cubit peha.
Kalau rasa gembira, hentak kaki,
Kalau rasa gembira, hentak kaki,
Kalau rasa gembira begini la caranya,
Kalau rasa gembira, hentak kaki.
Kalau rasa gembira, kata horey,
Kalau rasa gembira, kata horey,
Kalau rasa gembira begini la caranya,
Kalau rasa gembira, kata horey.
Selamat Jumpa
Selamat Jumpa, Selamat Jumpa,
Selamat Jumpa Kawanku,
Apa Khabar, Apa Khabar, Apa Khabar Kawanku,
Senang Hey, Riang Hey,
Hura, Hure, Hiro,
Enak, Enak, Enak Hey, Enak, Enak, Enak Hey,
Hura, Hure, Hiro.
Di sini kita berkumpul
Di sini, di sini kita berkumpul,
Di sini, di sini kita berkumpul,
Salam, salam,salam,salam, salam, hoi..
Here we're, here we're Here we're again,
Here we're, here we're Here we're again,
Hello, hello, hello, hello, hello, hoi..
Cai ceni, cai ceni wama chai cehe ni,
Cai ceni, cai ceni wama chai cehe ni,
Auma, auma,auma, auma, auma, hoi…
Engapo, engapo, engapo ring ghe
Engapo, engapo, engapo ring ghe
Manikam, manikam, manikam, manikam, manikam, hoi…
Saya dari Malaysia suka hati,
Saya dari Malaysia suka hati,
Suka, suka, suka, suka, suka hati,
Saya dari Kuala Lumpur suka hati,
Saya dari Kuala Lumpur suka hati,
Suka, suka, suka, suka, suka hati,
Di sini senang, di sana senang
Di sini senang, di sana senang,
Di mana-mana hatiku senang,
Di sini senang, di sana senang,
Di mana-mana hatiku senang,
Saudara, saudari,
La…la…la….la…la..la…la……,
Saudara, saudari,
La…la…la….la…la..la…la……
Buku Panduan Pengakap

No Image/Imej Description/Penerangan
Ilmu Pengakap Bagi Budak-Budak

Sebuah buku terjemahan daripada karya Bapa Pengakap – Robert


Baden Powell, iaitu ‘Scouting for Boys’. Membawa kita mengenali
ilmu pengakap dengan lebih dekat. Segala-galanya terkandung
1
dalam buku ini. Lengkap sebagai rujukan asas untuk sesiapa sahaja
yang berminat untuk mengetahui kegiatan berpengakap yang
sebenar-benarnya.

RM12.90 - Edusystem sdn bhd


Pengakap Kanak-Kanak

Buku yang mengandungi pelbagai maklumat tentang asas


berpengakap. Disulam dengan pelbagai aktiviti dan permainan yang
2
cukup menyeronokkan serta sesuai untuk peringkat Pengakap
Kanak-kanak.

RM9.00 - Edusystem sdn bhd


Pengakap Muda Dan Remaja

Buku yang istimewa. Menggabungkan kedua-dua peringkat


Pergerakan Pengakap iaitu Pengakap Muda dan Pengakap Remaja.
3 Lengkap dengan aktviti, kemahiran dan lencana kedua-dua peringkat
pengakap tersebut.Sesuai juga sebagai bahan rujukan bagi mereka
yang ingin mengetahui selok-belok berpengakap yang sebenarnya.

RM9.00 - Edusystem sdn bhd


Logo & Lencana Pengakap

Logo Pengakap Dunia Logo pengakap Malaysia Logo Pengakap Perempuan

Lencana Keahlian Logo Scout Net Logo Jambori Dunia 1999

Logo Jambori Dunia 2003 Logo Jambori Dunia 2003 Logo Jambori Dunia 1947

Logo Jambori Dunia 1995 Logo Jambori Dunia 2007  

 
Lencana Pengakap Kanak-Kanak

Lencana Asas

Ahli Basikal Ahli Renang Ahli Koleksi Hobi

Ahli Pengembara Ahli Pekerja Am Ahli Peladang Kecil

Ahli Sains Ahli Pertolongan Cemas Ahli Pembaca Buku

Ahli Pembaca Peta Ahli Penyelamat Nyawa Ahli Pelukis


Ahli Permainan Ahli Pengurus Rumah Ahli Penghibur

Ahli Pemeliharaan Alam


Ahli Olahraga Ahli Kraftangan
Sekitar

   

Ahli Pencinta Alam


   
Semulajadi
3 Lencana Utama

Lencana Keris Gangsa Lencana Keris Perak Lencana Keris Emas


Sejarah Pengakap Malaysia

Sejarah Pengakap di MALAYSIA Pergerakan Pengakap mula berkembang di Malaysia


(Malaya) apabila F.C.Sands menubuhkan pasukan Pengkap Kanak-Kanak (cubs) di
Singapura pada tahun 1910 ( Dua tahun setelah BP mengasaskan Pergerakan ini di
England). 

      Bergerak dari tarikh itu, pada tahun 1919 Pasukan Pengakap untuk budak-budak
Melayu telah diasaskan oleh Kapten N.M. Hashim dan Encik A.Z.Alsagoff,juga di
Singapura. Negeri Melayu yang pertama memulakan Pergerakan Pengakap ialah
Pahang (Pekan) oleh G.M.Laidlow.Namun begitu, pergerakan ini terus terkubur
setelah G.M.Laidlow meninggal.

      Pada tahun 1927, pergerakan Pengakap dihidupkan semula oleh H.P.Hertslet, Frisby
dan Wheeler dari Jabatan Pelajaran Pahang memajukan pergerakan ini. H.R. Cheesman
(seorang ahli pendidikan yang terkenal) telah menubuhkan pergerakan Pengakap di
Pulau Pinang iatu di Penang Free School pada tahun 1915.

      Mendiang juga menjawat jawatan sebagai Penolong Pesuruhjaya Pengakap Malaya
selama 13 tahun lamanya. Di Perak pula, pergerakan pengakap ditubuhkan di Maktab
Melayu Kuala Kangsar (MCKK) pada tahun 1926 oleh I.R.Wheeler.Pada tahun 1922,
pergerakan Pengakap bermula di Kedah. Manakala di Johor pula, pergerakan ini bermula
pada tahun 1928 dengan kumpulan pertamanya di Maktab Sultan Abu.Bakar.

      Melaka dan Negeri Sembilan memulakan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh
Brunstone. Selangor menubuhkan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh Ameen
Akbar. Terengganu dan Kelantan memulakan pergerakan ini pada tahun 1927. Pengasas
di Terengganu ialah A.J.Gracle,dan di Kelantan pula ialah YM Tengku Ahmad
Temenggong. 

      Perlis pula ialah pada tahun 1931. Sarawak menubuh pergerakan pengakap pada
tahun 1913 dan Sabah pada tahun 1915. Setelah merdeka pada tahun 1957,
Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu, menjadi ahli dalam Persidangan
Pengakap Sedunia. Pada tahun 1963 (penubuhan Malaysia), Persekutuan Budak-Budak
Pengakap Tanah Melayu ditukar kepada Persekutuan Pengakap Malaysia. 

      Ringkasan Tahun Negeri Yang menubuhkan pergerakan Pengakap 1910 Singapura
F.C. Sands 1913 Sarawak (tidak aktif sehingga tahun 1930) . 1915 Sabah (tidak aktif
sehingga tahun 1930) . 1915 Pulau Pinang H.R.Cheesman 1919 Singapura (pengakap
Melayu) Kepten NM Hashim/En.AZ Alsagoff 1922 Kedah EC Hicks / EAG Stuart / RPS
Walker 1926 Perak I.R. Wheeler 1926 Melaka & Negeri Sembilan Brunstone 1926
Selangor Ameen Akbar 1928 Johor 1927 Terengganu A.J. Gracle 1927 Kelantan YM
Tengku Ahmad Temenggong 1931 Perlis.

 Secara Ringkasnya:

1. F.C Sands di Singapura ( 1910 )

2. H.R Cheesman di Pulau Pinang ( 1915 ) dan Johor ( 1928 )

3. I.R Wheeler di Perak ( 1926 )


4. E.C Hicks, A.G Stuart, R.P.S Walker dan C. Bloomfield di Kedah (1922)

5. R. Brunnston di Melaka ( 1925 )

6. Bird dan Roger Smith di Negeri Sembilan ( 1925 )

7. Ameen Akhbar di Selangor ( 1926 )

8. A.J Cracle di Terengganu ( 1926 )

9. Y.M Tengku Ahmad Temenggung di Kelantan ( 1927 )

10. Perlis dibawah naungan Kedah ( 1931 )

11. Rev Canon Thomas Cecil Alexender di Sabah ( 1913 )

12. Sarawak ( 1915 )

Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah ditubuhkan selepas Perang Dunia Ke-
2. Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah menjadi ahli penuh Persidangan
Pengakap Sedunia pada 1 Sepetember 1957. Persekutuan Budak Pengakap Tanah
Melayu telah bertukar nama kepada Persekutuan Budak Pengakap Malaysia dimana
dianggotai Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak pada tahun 1964. Pada tahun
Ogos 1965, Singapura telah keluar daripada Persekutuan Budak Pengakap Malaysia
sejajar dengan Singapura keluar dari gagasan Malaysia.

You might also like