You are on page 1of 2

10 Tanda awal dan simptom Alzheimer

Posted on December 30, 2012 by sitik


Alzheimer merupakan penyakit penurunan fungsi dan daya ingatan otak yang menyebabkan
hilang ingatan (lupa), permulaan kepada nyanyuk dan perubahan mood yang ketara. Penyakit
Alzheimer ini dimulai dengan hilangnya sedikit ingatan dan kebingungan, yang akhirnya
menyebabkan kelemahan mental sehingga tidak dapat mengingat, berfikir, belajar, berimaginasi
dan membuat keputusan yang betul.
Penyakit ini boleh menyerang sesiapa saja, dari umur 30an hingga 80an. Setakat ini belum ada
ubat yang betul-betul boleh mengubati penyakit ini, walaupun ada rawatan yang dapat
mengurangkannya.
Penyakit Alzheimer ini dipercayai adalah kombinasi antara genetik, gaya hidup dan persekitaran
seseorang, yang merosakkan sel otak.
Kerosakan sel otak/saraf (neuron) pada pengidap Alzheimer disebabkan oleh dua struktur tak
normal, iaitu plak dan tangles, yang membunuh sel saraf di dalam otak.
Struktur Plak adalah pengumpulan fragmen protein (beta-amyloid) di dalam ruang antara sel-sel
saraf (neuron). Struktur tangle ialah fiber berpintal bagi protein yang dikenali sabagia tau yang
berkumpul di dalam sel-sel neuron. Bagi pengidap Alzheimer, plak dan tangles ini tersebar di
korteks otak.

Berikut dikongsikan tanda-tanda awal penyakit Alzheimer yang perlu diambil perhatian
sekiranya ia berlaku di kalangan ahli keluarga. Dapatkan rawatan awal sebelum ia semakin
parah.
10 Tanda awal yang sering berlaku kepada pengidap Alzheimer ialah:
1. Mudah lupa atau hilang ingatan
Ini merupakan tanda awal bagi penyakit Alzheimer di mana seseorang itu lupa perkara atau
peristiwa yang baru saja berlaku, lupa nama orang, lupa tarikh atau peristiwa penting,
bertanyakan maklumat yang sama berkali-kali, bergantung kepada catatan/alat/memo atau
peringatan daripada ahli keluarga untuk mengingati sesuatu perkara atau temujanji.
2. Sukar membuat dan mengikut perancangan atau menyelesaikan masalah
Ini berlaku kerana pengidap Alzheimer mempunyai kurang daya tumpuan terhadap kerja yang
dilakukannya.
3. Sukar menyelesaikan kerja-kerja harian biasa di rumah, di tempat kerja atau di tempat-
tempat lain.
Contohnya: Seseorang itu mengalami masalah menggunakan ketuhar mikro, masalah
memandu kereta ke tempat biasa, sukar menguruskan kewangan di tempat kerja, sukar
mengingati peraturan bagi sesuatu permainan (games), dsb.
4. Keliru dengan masa dan tempat
Pengidap Alzheimer sering keliru dengan tarikh, musim atau apa-apa yang berkaitan dengan
masa dan angka, atau kadang-kadang keliru atau lupa bagaimana ia boleh sampai di sesuatu
tempat.
5. Masalah memahami imej gambar atau masalah penglihatan
Mereka juga mungkin sukar membaca, menganggarkan jarak dan menentukan warna, tidak
mengenali bayangan sendiri dalam cermin kerana disangkanya orang lain.
6. Masalah mencari perkataan yang tepat semasa bercakap atau menulis
Mereka ini sering menghadapi masalah kosa kata, dengan itu mereka sukar untuk mencari
perkataan yang tepat bagi meluahkan fikirannya sama ada dalam percakapan atau tulisan.
Mereka juga menghadapi masalah mengikuti atau terlibat dalam sesuatu perbincangan atau
perbualan. Mereka juga mungkin tiba-tiba berhenti semasa tengah bercakap dan menghadapi
masalah untuk menyambungnya kembali. Mereka juga sering salah memanggil nama sesuatu
benda.
7. Lupa tempat letak barang dan tidak dapat mengingati kembali peristiwa sebelum itu
Contohnya: Lupa tempat letak cermin mata, kunci, meletakkan sesuatu barang di tempat yang
tidak wajar, dsb. Akhirnya, lupa nama ahli keluarga dan benda yang biasa digunakan setiap
hari.
8. Kurang/lemah pertimbangan dalam penilaian sesuatu perkara
Ini menyebabkan pengidap penyakit Alzheimer membuat keputusan yang kurang bijak atau
memudaratkan, terutamanya yang berkaitan dengan kewangan, pelaburan, dsb.
9. Mengasingkan diri daripada bersosial atau aktiviti sosial
Pengidap Alzheimer ini mula mengasingkan diri atau berhenti daripada melakukan aktiviti-
aktiviti sosial, aktiviti kemasyarakatan, sukan, dsb. yang menjadi kegemarannya sebelum itu.
10. Perubahan mood dan personaliti
Berlaku perubahan dan mula membuat rutin atau cara khusus bagi sesuatu perkara dan berasa
tidak senang apabila rutinnya diganggu. Juga berlaku perubahan hati dan sikap, menjadi keliru,
berprasangka, hilang kepercayaan kepada orang lain, kemurungan, gelisah, takut, agresif,
mudah terasa dan merajuk jika tidak kena dengan caranya, sikap keras kepala, dsb.
Sumber

You might also like