You are on page 1of 14

4.

PROFESIONALISME KEGURUAN

Mengapakah guru harus mempertingkatkan
profesionalisme keguruan?
Bincangkan dengan memberi hujah-hujah yang
bernas.
CHIEW JING ROU
HII HIONG YING
IVY LAM KAH POH
YII TECK MING
PENDAHULUAN:
APA MAKSUD PROFESIONALISME?
Mengikut Kamus Dewan edisi ketiga menjelaskan
bahawa profesionalisme bermaksud sifat-sifat
(kemampuan, kemahiran, cara pelaksanaan sesuatu dan
lain-lain) sebagaimana yang sewajarnya terdapat pada
atau dilakukan oleh orang profesional.
Menurut Mok Song Sang(1996), konsep profesionalisme
boleh dirumuskan sebagai :
satu pekerjaan yang khusus
dijalankan oleh orang yang mempunyai kelulusan
dan latihan ikhtisas yang cukup bermutu
bersikap jujur, dedikasi, bertanggungjawab dan
bermoral tinggi
mematuhi kod etika yang telah ditetapkan oleh
organisasinya.

Bidang pendidikan berhadapan dengan masa depan
mencabar yang memerlukan perancangan rapi dan
sistematik.
Warga pendidik serta semua pihak perlu berganding
bahu untuk meningkatkan lagi profesionalisme guru
demi memantapkan lagi sistem pendidikan di negara
kita.



1. MENGEKALKAN MARTABAT PROFESION
KEGURUAN
Guru perlu meningkatkan profesionalisme demi
mengekalkan martabat mereka sendiri.
Pihak Kementerian Pendidikan sentiasa berusaha
untuk mempertingkatkan martabat profesion
perguruan.
Banyak pihak yang menyedari bahawa guru
memainkan peranan utama dalam melahirkan
generasi yang akan merealisasikan Wawasan 2020.
Untuk melaksanakan peranan ini sudah tentu guru-
guru perlu didedahkan dengan pelbagai ilmu
pengetahuan khususnya dalam profesionalisme
mereka.
Guru-guru perlu melengkapkan diri dengan ilmu
pengetahuan sejajar dengan pelbagai perubahan
dalam bidang pendidikan, terminologi baru, kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang terkini,
penggunaan komputer dalam pendidikan dan pelbagai
Iagi.
2. MEMPERLENGKAPKAN DIRI DENGAN ILMU
PENGETAHUAN
Menurut Warnoh (1998), penglibatan guru dalam
program-program perkembangan profesionalisme
perguruan adalah penting supaya mereka dapat
mengetahui perkembangan dalam pendidikan,
strategi-strategi pengaiaran dan pembelajaran serta
menyedari keperluan-keperluan pendidikan masa kini.
Santhi (1998), menyatakan bahawa guru-guru perlu
mengikuti kursus-kursus perkembangan ikhtisas
supaya dapat mempertingkatkan kemahiran dan
mengemas kini pengetahuan selaras dengan
keperluan semasa.
Menurut Shulman (1987) , aspek-aspek yang perlu
diketahui oleh guru profesional ialah:

Pengetahuan tentang isi
kandungan sesuatu mata
pelajaran
Pengetahuan tentang
prinsip dan strategi tentang
pengurusan bilik darjah
darjah
Pengetahuan tentang
kurikulum iaitu sukatan
pelajaran, buku teks, bahan
bantu mengajar
Pengetahuan tentang konteks pendidikan
seperti bekerja dalam kumpulan, hal-hal
pentadbiran sekolah serta juga pengetahuan
tentang budaya sekolah.
Pengetahuan tentang
tujuan, nilai, falsafah dan
sejarah pendidikan.
3. MEREALISASIKAN ASPIRASI NEGARA
Guru yang mempunyai budaya profesionalisme yang
tinggi akan dapat merealisasikan aspirasi negara.
Golongan ini akan memainkan peranan dengan
cemerlang dalam melahirkan modal-modal insan yang
cemerlang.
Modal insan yang cemerlang ini adalah harapan
negara yang akan memacu kemajuan dan memelihara
keharmonian dan keamanan negara.
Modal insan ini juga adalah generasi penyambung
kecemerlangan alam pendidikan di negara ini.

4. MELAHIRKAN MURID YANG CEMERLANG
Guru yang profesional mempunyai akauntabiliti diri
dan kerja yang tinggi.
Akan lahir minat untuk belajar dalam diri murid atau
pelajar yang dididik oleh seorang guru yang
profesional.
Hal ini kerana guru tersebut akan merancang dan
memastikan beliau dapat menghasilkan pengajaran
dan pembelajaran yang berkesan.


Modal insan yang cemerlang ini adalah harapan
negara yang akan memacu kemajuan dan memelihara
keharmonian dan keamanan negara.
Modal insan ini juga adalah generasi penyambung
kecemerlangan alam pendidikan di negara ini.
5. MENINGKATKAN SISTEM PENDIDIKAN DI
NEGARA KITA.
Melahirkan guru yang versatil iaitu guru yang sanggup
dan dapat melakukan apa sahaja yang diminta dalam
skop yang telah ditetapkan tanpa sebarang rungutan
di belakang.
Peredaran masa membawa perubahan dan cabaran
terhadap profesion keguruan termasuk
pengubahsuaian fungsi dan peranan guru.


Peranan guru sebagai sumber utama pengetahuan
kepada pelajar telah bertukar kepada guru sebagai
pemudahcara dalam P&P, agen perubahan dan
sumber inspirasi kepada pelajar.
Guru harus kreatif dan inovatif untuk menjadikan
sistem penyampaian P&P menjadi efektif, menarik
dan menyeronokkan.
Kerajaan dan guru itu sendiri memainkan peranan
penting dalam meningkatkan profesion perguruan.
PENUTUP
Guru yang mempunyai ciri-ciri profesional, beretika dan
berakauntabiliti amat penting kerana ia memberi kesan
positif atau implikasi baik yang banyak kepada banyak
pihak yang berkaitan secara langsung dan tidak
langsung dengan dunia pendidikan.
Profesion keguruan yang baik akan mampu
meningkatkan sistem pendidikan negara. Hal ini kerana
kedua-duanya adalah elemen yang berkait rapat dalam
dunia pendidikan.

You might also like