You are on page 1of 4

Tiga Cabaran Perpaduan dan Integrasi Nasional

at Tuesday, September 11, 2012


Dalam mengutarakan perpaduan dan interasi nasional terdapat tiga cabaran Perpaduan dan Integrasi Nasional yang
perlu kita ketahui, cabaran utama adalah menyatupadukan rakyat di Malaysia. Masalah-masalah ini wujud daripada
tiga sumber iaitu:
i. Masalah dari segi pembangunan dan pendapatan tidak seimbang yang dialami oleh rakyat daripada
sesuatu keturunan bangsa.

ii. Masalah yang timbul daripada penyatuan wilayah di dalam sesebuah negara apabila ada didapati
ada di antara wilayah di dalam negara itu berpecah dan mendirikan negara yang merdeka.

iii. Masalah yang timbul daripada rakyat yang berbilang bangsa. Masalah ini akan menjadi serius jika
terdapat perbezaan daripada segi keturunan, agama, bahasa dan adat resam. Malaysia merupakan
sebuah negara yang unik dalam perbezaan tersebut.

Sejarah, budaya, bahasa, agama dan adat resam yang berbeza, sejak dahulu membawa cabaran
peraduan dan integrasinasional kaum di Malaysia. Tiga cabaran utama kepada perpaduan dan
integrasi nasional dalam konteks Malaysia ialah:

Sistem pendidikan yang berbeza

Sistem pendidikan bermula sejak zaman pemerintahan British lagi pada abad ke 19. British telah
mengutamaakan pelajarn bagi Melayu dan Inggeris. Manakala bagi orang cina dan Tamil, pendidikan
berkembang tanpa disokong oleh pihak British. Pendidikan Cina menggunakan bahasa pengantara
cina, guru yang datang dan buku teks datang dari negara China. Bagi orang India pula bahasa
pengantar yang digunakan adalah bahasa Tamil. Pada zaman pemerintahan Inggeris sukatan yang
dianggap terbaik adalah sekolah Inggeris. Sekolah ini banyak memberi kesan kepada perpaduan
rakyat pada masa itu kerana tidak semua yang boleh mendapat pendidikan Inggeris. Dasar
pendidikan yang dibawa oleh British seperti Sekolah Melayu, Sekolah Cina, Sekolah Tamil, dan
Sekolah Inggeris ini memberi kesan kepada menghadkan pendidikan antara kaum, pendidkan
berdasarkankan tempat tinggal, pendidikan berdasarkan pekerjaan, dan menimbulkan masalah
bahasa di kalangan rakyat. Sebenarnya, tujuan Britihs adalah untuk mengekalkan Pecah dan Perintah
yang diamalkan agar setiap golongan memberi kepentingan pendidikan kepada mereka. Pemisahan
golongan berpelajaran Inggeris dan vernacular hanya untuk menjaga kepentingan ekonomi sahaja
pada masa itu bukan bertujuan menyatupadukan rakyat. Kesan daripada ini, ramai orang melayu
bekerja untuk sara diri, orang cina bekerja di lombong dan orang India bekerja di ladang estet.
Perubahan sistem pendidikan akan membawa perpaduan dan integrasi nasional kepada rakyat
walaupun memakan masa yang lama. Laporan Razak yang dibawa oleh Dato Abdul Razak bin Hussein
yang berusaha agar sukatan pelajar sekolah adalah sama. Ini bertujuan mengwujudkan nilai-nilai
intergrasi dikalangan kanak-kanak. Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantara disamping menjaga
kebudayaan kaum lain. Idea ini mendapat tentangan orang melayu dan orang bukan melayu. Laporan
Rahman Talib 1960 dibentuk bagi menyempurnakan lagi Laporan tersebut dan menghasilkan Akta
Pelajaran 1961.

Penumpuan terhadap sektor ekonomi yang berbeza

Masalah perpaduan yang dihadapi adalah berpunca daripada dasar-dasar Inggeris yang telah
menjajah negara ini. Ketiga-tiga golongan penduduk yang terbesar ini tinggal berasingan dan
menjalankan pekerjaan yang berlainan. Dasar Pecah dan Perintah ini dilakukan oleh Inggeris untuk
mengelakkan perpaduan antara pelbagai kaum yang dikhuatiri akan mengancam kedudukan mereka.
Masyarakat Melayu bekerja sebagai petani dan nelayan di kampung, masyarakat Cina pula mewarisi
perniagaan secara turun-temurun dan tinggal di bandar manakala masyarakat India bekerja sebagai
penoreh getah dan tinggal di estet. Dasar ini telah berjaya direalisasikan bagi mewujudkan kelompok-
kelompok etnik yang berdasarkan kegiatan ekonomi yang tinggal dalam kelompok masing-masing.
Tidak terdapat satu dasar yang tegas ketika itu untuk menyatupadukan ketiga-tiga golongan rakyat
ini. Oleh kerana wujudnya perbezaan di antara ketiga-tiga golongan masyarakat ini dan tiada polisi
pihak penjajah untuk menyatupadukan mereka, maka wujudlah syak wasangka dan sikap curiga di
kalangan mereka. Selepas merdeka, didapati orang-orang Melayu berada di dalam kemiskinan
manakala masyarakat Cina pula terus menguasai bidang perniagaan dan bidang ekonomi yang lain.
Golongan Bumiputera terus bimbang bahawa orang-orang asing akan menguasai semua bidang dan
mereka akan tenggelam di tanah air mereka sendiri disebabkan kemiskinan. Kaum Cina dan India
pula bimbang kerana syarat-syarat hak kerakyatan mereka akan tergugat walaupun mereka bersedia
menumpukan perhatian taat setia kepada negara ini. Mantan Perdana Menteri kita Tun Abdul Razak
Dato Hussein telah memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru pada 1971 bagi mencapai perpaduan dan
integrasi nasional. Beliau digelar Bapa Pembangunan.

Fahaman dan pengaruh politik yang berbeza.

Fahaman politik setiap kaum berbeza. Bagi kaum Cina dan India hal-hal yang berlaku di negara
asal mereka lebih penting daripada fahaman politik di Tanah Melayu. Setiap kaum sentiasa berusaha
untuk memastikan pengekalan identiti kaum, bahasa dan budaya masing-masing dengan
menggunakan media dan saluran seperti pendidikan , program keagamaan ,akhbar dan peraturan
social. Pada tahun 1930, telah berlaku pergeseran antara orang Cina dengan Jepun di negara China.
Ramai orang Cina di Tanah Melayu yang terdorong untuk kembali ke tanah air mereka bagi membantu
sanak-saudara mereka. Apabila fahaman komunis menular di negara mereka, fahaman tersebut juga
menular kalangan orang Cina di Tanah Melayu. Orang India juga beranggapan India sebagai tanah air
mereka dan berharap untuk kembali. Peristiwa yang berlaku di India dianggap lebih penting daripada
apa yang terjadi di Tanah Melayu. Persatuan-persatuan India yang muncul lebih cepat seperti
Persatuan India pada tahun 1937 yang memperjuangkan pekerja-pekerja India. Bagi orang Melayu,
mereka sentiasa memastikan hak dan kepentingan mereka di tanah air terpelihara. Kurangnya
penyatuan menyebabkan perjuangan orang Melayu hanya tertumpu pada kaum mereka sendiri.
Fenomena ini tergambar sebagaimana yang diperjuangkan oleh orang melayu dalam majalah-majalah
seperti Saudara, Pengasuh, Utusan Melayu, Warta Melaya, dan Majlis. Fahaman politik.
Kesan daripada polisi yang dibawa oleh Inggeris sengaja memisahkan kaum-kaum di Tanah Melayu
menyebabkan perselisihan faham antara rakyat. Kita lihat sejarah pada 13 Mei 1969, di mana
kerajaan terpaksa mengisytiharkan darurat akibat rusuhan kaum apabila kaum cina menentang soal
bangsa melayu dengan bahasa melayu, kedudukan istimewa orang melayu dan hak kerakyatan bukan
Melayu selepas Pilihanraya 10 Mei 1969 dijalankan. Perbalahan ini semakin rumit apabila dikatakan
melayu memandang negatif terhadap orang cina kerana tidak mengenang budi terhadap kerakyatan
yang diberikan. Ini dikuatkan lagi dengan fahaman komunis yang menular dalam masyarakat Cina.
Dianggarkan pada peristiwa ini, seramai 196 mati, 449 cedera, 39 hilang dan 9143 ditahan. Ini
membawa kepada cabaran kepada perpaduan dan integrasi pada masa itu.
Pada zaman Perdana Menteri pertama Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni
Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah, masalah perkauman semakin parah apabila Singapura
memasuki Malaysia yang ingin membawa konsep Malaysian Malaysia yang mahukan tiada kaum
yang boleh mengaku asli daripada kaum lain. Ini menyebabkan orang Cina dan Melayu semakin
renggang. Pada masa Tun Dr Mahathir Mohammad pula sejarah perpaduan rakyat menyaksikan
peristiwa di mana UMNO dianggap sebagai pemerintah tidak sah disebabkan segelintir ahli UMNO yang
tidak berpuas hati pada tahun 1988. Pada masa itu, Tun Abdullah Badawi membentu Semangat 46
bagi kembalikan kegelimangan UMNO. Peristiwa sebegini mengwujudkan jurang perpaduan dan
integrasi nasional rakyat Malaysia.

Maklumat diperoleh dari Malaysia Kita (Cetakan Kelima: 1999) m/s 260 Konsep Perpaduan





http://melayumaya.blogspot.com/2012/09/tiga-cabaran-perpaduan-dan-integrasi.html#.U6_Jw-
IWFHk.facebook











at Tuesday, September 11, 2012
integrasi nasional, perpaduan

You might also like