You are on page 1of 16

PKP3110

KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK



1


TAJUK 1


PENGENALAN KEPADA MATEMATIK

SINOPSIS

Menguasai kemahiran asas matematik merupakan satu aspek yang sangat
penting bagi seseorang murid. Hal ini kerana matematik merupakan sebahagian
daripada kehidupan. Banyak masalah dalam kehidupan hari ini yang perlu
diselesaikan menggunakan kemahiran matematik contohnya dalam menentukan
masa/waktu untuk melakukan sesuatu, menentukan bilangan barang yang ingin
digunakan, urusan jual beli di kedai dan kantin, tambang bas dan sebagainya.
Oleh itu adalah sangat penting bagi seseorang individu itu didedahkan dengan
kemahiran-kemahiran asas ini agar mereka boleh menjalankan kehidupan
dengan lebih terancang dan selesa.


HASIL PEMBELAJARAN

1. Menjelaskan konsep asas matematik pra nombor, komponen matematik
dan matematik dalam kehidupan seharian.
2. Mengenal pasti Teori Pembelajaran yang sesuai untuk pengajaran
pemulihan matematik.
3. Menyenaraikan prinsip am pengajaran matematik.








PKP3110
KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

2

KERANGKA TAJUK


Rajah 1.1 Gambaran Keseluruhan Isi kandungan


KANDUNGAN ISI

1.1 Konsep Asas Matematik (Pra Nombor)

Kemahiran pra nombor merupakan kemahiran yang paling awal perlu
diperkenalkan kepada murid sebelum memperkenalkan konsep nombor.
Kemahiran pra nombor ni melibatkan pengelasan, turutan/seriasi, perbandingan
kuantiti dan konservasi.

1.1.1 Pengelasan (Klasifikasi)
Warna
Mengenal warna
Menamakan warna
Mencantumkan kad warna
Mengasingkan warna
Mengasingkan warna dengan objek
Mewarna mengikut arahan yang diberi
Pengenalan Kepada
Matematik
Konsep Asas
Pra Nombor
Komponen
Matematik
Matematik Dalam
Kehidupan
Seharian
Teori-teori
Pembelajaran
Pemulihan
Matematik
PKP3110
KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

3

Saiz
Membandingkan saiz objek konkrit yang ditunjukkan.
Mengenal saiz kecil/besar, tinggi/rendah, panjang/pendek
Menamakan saiz
Mengasingkan objek semi konkrit mengikut saiz
Memadankan saiz yang sama
Mewarnakan saiz yang sama.

Bentuk
Mengasingkan objek mengikut bentuk
Menamakan bentuk
Memadankan bentuk yang sama dengan objek konkrit
Mewarnakan bentuk-bentuk yang sama.

Jenis
Menamakan benda mengikut jenis
Mengumpul objek mengikut jenis (Semi maujud)
Mengkelaskan objek mengikut jenis (piktorial)
Mewarnakan/melukis objek mengikut jenis

Kemahiran ini akan membantu murid mengenal nombor dan secara tidak
langsung membezakan nombor dan simbol-simbol matematik yang akan mereka
pelajari dalam pelajaran selanjutnya.

1.1.2 Seriasi /Turutan

Seriasi/turutan pula merupakan faktor penting bagi kebolehan pengaturan
dalam matematik. Murid perlu didedahkan dengan kemahiran mengatur objek-
objek mengikut saiz kecil, besar, panjang, pendek, lebar, tebal, nipis dan
mengikut bilangan. Konsep turutan ini akan membolehkan murid mencari
pertalian antara satu objek dengan objek yang lain atau antara konsep
PKP3110
KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

4

matematik dengan yang lain. Hal ini akan menjadikan proses pembelajaran yang
mereka lalui lebih bermakna. Contohnya:
Mengatur objek mengikut jenis
Mengatur objek mengikut bentuk

1.1.3 Hubungan Satu Kepada Satu

Hubungan satu kepada satu adalah hubungan perkaitan satu dengan satu
antara objek yang sama atau berbeza. Proses memadan bermula daripada
konsep memadan objek dengan objek mengikut warna, saiz, bentuk, bilangan,
pasangan dan sebagainya, objek dengan nombor dan nombor dengan nombor.
Memadan bilangan objek dengan simbol juga adalah sebahagian daripada
konsep hubungan satu kepada satu. Contohnya,
Memadan benda yang berpasangan yang sama seperti kasut
Memadan benda yang berpasangan tetapi tidak sama seperti garpu
dengan sudu
Memadan bilangan yang sama
Memadan bilangan objek dengan simbol nombor

1.1.4 Keabadian/Konservasi

Mengikut Kamus Dewan, Edisi Ketiga (2002), konservasi bermaksud
pemeliharaan atau penjagaan sesuatu tersusun bagi mengatasi kemusnahan/
kerosakan dan lain-lain. Dalam konteks matematik khususnya aspek pra
nombor, konservasi dimaksudkan sebagai pemeliharaan ilmu asas dengan
pranombor dalam kalangan murid. Untuk memelihara atau memastikan ilmu
berkaitan pra nombor yang telah dikuasai oleh murid ini bersifat kekal, aktiviti
pengukuhan hendaklah dijalankan dari semasa ke semasa.

Ketekalan (consistency) merupakan satu aspek yang boleh dikaitkan
dengan jisim, isipadu, dan keluasan. Konsep keabadian diperkenalkan adalah
PKP3110
KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

5

untuk memastikan murid-murid memahami ketekalan jisim dan isipadu walaupun
diletakkan, disusun atau diatur di tempat atau dalam keadaan yang berbeza.


1.2 Pendahuluan dan Konsep

1.2.1 Komponen Matematik

Komponen matematik boleh dibahagikan kepada matematik asas dan
matematik sosial. Matematik asas merangkumi mengenal, membilang, menulis
dan melakukan operasi nombor manakala matematik sosial merupakan
kemahiran berkaitan dengan pengiraan yang diaplikasikan dalam kehidupan
seharian seperti masa dan waktu, ukuran dan timbangan.

1.2.1.1 Matematik Asas

Nombor merupakan asas yang penting dalam mata pelajaran matematik
kerana nombor digunakan dalam operasi asas matematik dan juga dalam tajuk-
tajuk matematik yang lain. Seseorang murid tidak akan dapat mempelajari
matematik selanjutnya jika dia tidak menguasai kemahiran menulis nombor,
membilang serta menulis nilai sesuatu nombor. Pada peringkat awal
pembelajaran, murid didapati boleh membilang serta menulis tetapi sering
menghadapi masalah menentukan nilai tempat dan membundarkan nombor.

1.2.1.2 Matematik Sosial (Matematik Dalam Kehidupan Harian)

Menurut Kamus Dewan, Matematik bermaksud ilmu hisab. Dengan kata
lain matematik bermaksud ilmu berkaitan dengan pengiraan. Perkataan sosial
pula ditafsirkan sebagai segala yang berkaitan dengan masyarakat, perihal
masyarakat, kemasyarakatan, berkaitan dengan persahabatan, pergaulan dan
PKP3110
KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

6

aktiviti masa lapang, suka bergaul dan bermesra dan berkenaan hal-hal
kemasyarakatan.

Berdasarkan kedua-dua definisi ini, matematik sosial dapatlah ditafsirkan
sebagai ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan pengiraan yang diaplikasikan
dalam kehidupan seharian sesebuah masyarakat.

Matematik sosial mempunyai fungsi yang sangat besar dalam kehidupan
bermasyarakat. Antaranya ialah:

Membolehkan sesebuah masyarakat menjalankan proses jual beli
secara lebih terancang.
Membolehkan manusia mengurus kehidupan dengan lebih baik
apabila mempunyai pengetahuan berkaitan dengan masa dan waktu.
Membolehkan manusia mengira umur, hari, bulan dan tahun.
Membolehkan manusia menentukan jangka masa untuk melakukan
sesuatu .


1.3 Teori Pembelajaran Matematik

Teori pembelajaran selalu bertitik tolak dari sudut pandangan psikologi
pendidikan tertentu. Dengan wujudnya ilmu pengetahuan tentang pendidikan,
maka psikologi dalam pendidikan turut berkembang dengan pesat. Terdapat
beberapa teori pembelajaran dalam psikologi pendidikan. Sejak beberapa tahun
yang lalu, teori behavioris yang dipelopori B.F. Skinner begitu dominan dalam
dunia pendidikan. Kini wujud beberapa teori baharu yang telah dibangunkan
seiring dengan teori behavioris bagi memenuhi keperluan dan kefahaman
pengajaran dan pembelajaran (P & P) Matematik, termasuklah Teori
Konstruktivisme, Teori Pembelajaran Sosial dan Teori Perkembangan Kognitif.

PKP3110
KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

7

1.3.1 Teori Konstruktivisme

Teori Pembelajaran Konstruktivisme ialah falsafah pendididkan yang
berpegang teguh pada pendapat bahawa setiap murid akan membentuk atau
membina pengetahuan dan pengalaman bergantung pada konteks dan bersifat
unik serta tidak lazim diakses oleh individu lain. Pembelajaran konstruktivisme
ialah proses penglibatan atau penyertaan murid dalam aktiviti penyelesaian
masalah dan pemikiran kritikal yang sesuai dalam pembelajaran. Murid
membentuk atau membina pengetahuan sendiri melalui penjanaan idea dan
pendekatan berasaskan pengetahuan dan pengalaman lalu. Di samping itu,
murid mengaplikasikan pengetahuan ini dalam situasi baharu dan
mengintegrasikan pengetahuan baharu yang diperoleh dengan pengetahuan dan
pengalaman sedia ada.

Prinsip prinsip dalam pembelajaran konstruktivisme adalah seperti:

i. Pengertian diusahakan oleh murid sendiri baik secara individu
mahupun kumpulan;
ii. Pengetahuan tidak dapat dipindahkan daripada guru kepada murid,
kecuali jika murid itu sendiri aktif untuk belajar;
iii. Murid aktif membina kefahaman secara terus menerus sehingga
berlakunya perubahan konsep ke arah yang lebih terperinci, lengkap
serta sesuai dengan konsep ilmiah;
iv. Guru sekadar membantu menyediakan saranan dan situasi agar
proses pembinaan kefahaman murid berjalan lancar sesuai dengan
kemampuan murid.

Ciri-ciri pembelajaran matematik secara konstruktivisme adalah seperti :

i. Murid terlibat secara aktif dalam pembelajarannya,
ii. Murid belajar konsep matematik secara bermakna,
PKP3110
KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

8

iii. Murid belajar bagaimana cara belajar,
iv. Maklumat baru harus dikaitkan dengan maklumat sebelumnya
sehingga bersatu dengan skemata yang dimiliki oleh murid,
v. Orientasi pembelajaran adalah inkuiri dan penemuan,
vi. Berorientasi pada pemecahan masalah

Belajar matematik tidak sekadar learning to know, sebaliknya harus
ditingkatkan menjadi learning to do, learning to be, sehingga learning to live
together. Falsafah pengajaran matematik perlu dibaharui secara asas menjadi
paradigma dalam proses pembelajaran matematik iaitu:

i. Dari berpusatkan guru (teacher centered) menjadi berpusatkan murid
(student centered),
ii. Dari berpusatkan pengajaran (teaching centered) menjadi berpusatkan
pembelajaran (learning centered),
iii. Dari berasaskan kandungan (content based) menjadi berasaskan
kecekapan (competency based),
iv. Dari hasil pembelajaran (product of learning) menjadi proses
pembelajaran (process of learning),
v. Dari penilaian sumatif (summative evaluation) menjadi penilaian
formatif (formative evaluation).

Konstruktisvisme merupakan satu teori pembelajaran berkaitan
pengetahuan dan pembelajaran yang menarik minat, memotivasikan serta
memudahkan pemahaman murid. Di samping itu, konstruktivisme menyarankan
murid-murid membina pengetahuan secara aktif berdasarkan pengetahuan sedia
ada murid-murid tersebut. Maka dunia pengalaman bukanlah kesimpulan
berdasarkan data-data empirikal sahaja tetapi suatu bentuk epistimologi yang
sesuai ( Akbar Suta -Wijaya, 2002).

PKP3110
KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

9

Pembinaan pengetahuan tersebut boleh dihasilkan melalui permainan dan
eksperimen di samping pembelajaran koperatif. Apabila murid-murid
bekerjasama, mereka berkongsi dalam proses pembinaan idea. Secara tidak
langsung, murid-murid dapat membina pengetahuan baharu hasil daripada
pembelajaran secara kendiri. Piaget, salah seorang tokoh konstruktivisme
mengemukakan bahawa perkembangan kognitif bukanlah merupakan
pengumpulan dari kepingan maklumat yang terpisah, tetapi lebih merupakan
pembinaan suatu kerangka mental oleh murid untuk memahami persekitaran
mereka, sehingga mereka bebas membangunkan pemahamannya sendiri
(Asikin, 2003).

Dalam pendekatan konstruktivisme ini, persekitaran pembelajaran
berpusatkan murid-murid menjadi asas yang penting dan guru bertindak sebagai
fasilitator. Murid-murid juga didorong untuk mengemukakan idea bagi
menyelesaikan masalah. Dalam pendidikan matematik, murid-murid biasanya
akan diajar dengan menggunakan benda-benda konkrit supaya mereka
memperoleh pengalaman yang boleh dikaitkan dengan pembelajaran matematik
yang dipelajari pada masa akan datang.

Secara kesimpulannya, murid-murid belajar matematik melalui
pengalaman dan pengamatan sesuatu perkara. Selain itu, murid-murid juga
dapat meningkatkan pemikiran dengan menghasilkan konsep baharu. Ini
bermakna pengetahuan boleh dianggap sebagai koleksi konsep-konsep dan
tindakan-tindakan berguna berpandukan kepada keadaan dan masa yang
diperlukan.






PKP3110
KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

10

1.3.2 Teori Tingkahlaku dan Pembelajaran Sosial

1.3.2.1 Teori Tingkahlaku(Behaviorisme)

Teori-teori pembelajaran behavioris dikemukakan oleh para ahli psikologi
behavioris seperti Thorndike, Ivan Pavlov dan B.F Skinner. Behaviorisme ialah
teori yang memfokuskan pemerhatian tingkah laku dan cara untuk meningkatkan
tingkah laku positif dan mengurangkan tingkah laku negatif (Kennedy et al.
2008). Teori pembelajaran mereka kebanyakannya dihasilkan daripada ujian dan
juga pemerhatian yang dilakukan ke atas haiwan seperti anjing, tikus, kucing dan
burung di dalam makmal.

Teori ini menjelaskan bahawa pembelajaran berlaku apabila ada ikatan
atau hubungan yang diwujudkan antara rangsangan dan gerak balas. Mereka
berpendapat bahawa tingkah laku murid dipengaruhi oleh ganjaran (reward) atau
pengukuhan (reinforcement) dari persekitaran sama ada baik atau sebaliknya.
Teori ini juga menjelaskan bahawa tingkah laku murid boleh diperhatikan,
dikawal dan diramal. Teori ini mempunyai sejarah yang panjang dalam P & P
Matematik. Guru-guru yang mengaplikasikan teori ini menggunakan rangsangan
dan gerak balas bagi pelaksanaan aktiviti latih tubi dan latihan berterusan yang
berulang-ulang dalam P & P Matematik.

1.3.2.2 Teori Pembelajaran Sosial

Teori pembelajaran sosial yang dipelopori oleh Albert Bandura pada tahun
1986 atau disebut juga teori pembelajaran pemerhatian merupakan peluasan
dari teori pembelajaran behavioris yang tradisional. Berbeza dengan penganut
behavioris, Bandura memandang perilaku individu tidak semata-mata refleks
secara automatik berdasarkan Rangsangan-Gerak Balas (R-G) atau dipengaruhi
persekitaran, malah tingkah laku itu berubah akibat reaksi hasil interaksi antara
persekitaran dengan skema kognitif individu itu sendiri. Contohnya seorang
PKP3110
KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

11

murid mungkin telah belajar bagaimana memudahkan kemahiran pecahan dalam
Matematik tetapi tidak dapat melakukannya dengan baik dalam ujian kerana
kemungkinan murid itu risau, sakit atau tidak membaca sesuatu soalan itu
dengan teliti.

Teori ini juga dikenali sebagai teori kognitif sosial kerana melibatkan
kedua-dua faktor luaran dan dalaman mewujudkan interaksi bersama dalam
proses pembelajaran yang dikenali sebagai interaction of forces reciprocal
determinism oleh Bandura (Woolfolk, 1998):

i. Persekitaran sumber/bahan, kesan tindakan dan setting fizikal
ii. Faktor peribadi kepercayaan, harapan (expectation), sikap dan
pengetahuan
iii. Tingkah laku tindakan individu, pilihan dan pernyataan lisan

Bandura juga memberi penekanan dua jenis pembelajaran yang terdapat
dalam teori ini:

i. Enactive learning - pembelajaran melalui perlakuan (doing) dan
mendapat pengalaman daripada kesan atau akibat tindakan yang telah
dilakukan. Dalam enactive learning, kesan atau akibat dikatakan
sebagai pemberi maklumat tentang tindakan yang sesuai, mencipta
harapan dan mempengaruhi motivasi (Schunk, 1996)
ii. Vicarious learning - pembelajaran melalui pemerhatian apa individu
lain lakukan

Prinsip asas pembelajaran menurut teori ini ialah tingkah laku yang
dipelajari individu terjadi melalui peniruan (imitation) dan contoh perilaku
(modeling). Terdapat beberapa syarat keperluan bagi modeling dan peniruan
yang efektif seperti berikut:

PKP3110
KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

12

i. Tumpuan Murid-murid hendaklah memberi tumpuan untuk belajar
melalui pemerhatian. Murid-murid lazimnya memberi tumpuan kepada
individu yang menarik, cekap dan disanjungi.
ii. Pengekalan Murid-murid hendaklah berusaha mengingat perkara
yang telah diperhatikan agar dapat meniru tingkah laku model yang
diperhatikan. Pengekalan boleh ditingkatkan melalui mental rehearsal
(imaging imitating the behavior) dan amalan sebenar di samping
mengingat urutan langkah sesuatu proses.
iii. Hasil walaupun murid dapat mengingat urutan langkah tetapi
mungkin tidak dapat melaksanakannya dengan lancar. Oleh itu,
individu itu perlu lebih banyak latihan, maklum balas dan amalan
supaya lebih cekap
iv. Motivasi dan Pengukuhan - teori ini juga masih memandang
pentingnya pelaziman. Melalui pemberian ganjaran dan hukuman,
seseorang individu akan berfikir dan memutuskan perilaku sosial mana
yang mana perlu dilakukan.

1.3.3 Teori Perkembangan Kognitif

Teori ini diperkenalkan oleh Jean Piaget, dari Switzerland, seorang ahli
psikologi yang banyak menyumbang kepada pemahaman bagaimana kanak-
kanak belajar. Daripada kajian dan pemerhatiannya, Piaget mendapati bahawa
perkembangan kognitif kanak-kanak berbeza dan berubah melalui empat
peringkat:

i. Peringkat deria motor (02 tahun),
ii. Pra-operasi (27 tahun),
iii. Operasi konkrit (711 tahun) dan
iv. Operasi formal (11 tahun ke dewasa).

PKP3110
KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

13

Walau bagaimanapun, usia tidak tetap kerana ia mengikut kemampuan
murid itu sendiri. Menurut Jere Confrey (1999) Piagetian theory kindled my
intense enjoyment of children and deep respect for their capabilities. Sebagai
seorang guru matematik sekolah rendah, guru harus memberi tumpuan terhadap
perkembangan murid-murid pada peringkat operasi konkrit. Pada usia sebegini
murid-murid hanya boleh memahami konsep matematik melalui pengalaman
konkrit. Oleh itu, bahan bantu mengajar dapat membantu murid-murid
memahami konsep matematik. Piaget berpendapat bahawa asas pada semua
pembelajaran ialah aktiviti murid-murid itu sendiri. Beliau juga menegaskan
bahawa interaksi idea-idea antara murid-murid tersebut dengan kawan-kawan
sebaya penting untuk perkembangan mental.

Di samping itu, murid-murid secara aktif membina pengetahuan dengan
cara berinteraksi dengan alam sekitarnya. Berdasarkan hasil interaksinya, murid
mengembangkan Scheme(skema), bentuk tunggalnya Schema (ada pula yang
menyebutnya Schema dan Schemata). Skema merupakan memori atau
gambaran tentang sesuatu. Misalnya, seorang anak yang bermain basikal diberi
penjelasan oleh bapanya bahawa itu adalah basikal, maka anak tersebut akan
memiliki skema tentang basikal di dalam otaknya.

Selain skema, Piaget juga menunjukkan pentingnya Adaptasi dalam
pembelajaran. Adaptasi merupakan proses menyesuaikan skema yang
dimilikinya dengan situasi baharu di persekitarannya. Misalnya, setiap kali anak
menghadapi situasi atau hal baharu ia akan melakukan adaptasi. Adaptasi
dilakukan melalui dua cara iaitu Asimilasi dan Akomodasi. Asimilasi merupakan
proses menggabungkan maklumat baharu dengan skema yang telah dimiliki.
Melalui proses tersebut pengetahuan manusia selalu bertambah.

Menurut Piaget, murid-murid juga belajar melewati tahap Disequilibrium
(Ketidakseimbangan) menuju Equilibrium (Keseimbangan). Disequilibrium
merupakan situasi yang penuh dengan tanda tanya dan rasa ingin tahu murid-
PKP3110
KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

14

murid kerana fenomena yang dihadapi tidak sesuai dengan skema yang dia
miliki. Jika pertanyaan tersebut terjawab, maka murid-murid kembali ke situasi
equilibrium, iaitu suatu keadaan murid akan berasa puas untuk seketika dengan
jawapan atas pertanyaan dalam fikirannya.



























PKP3110
KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

15




Melayari laman web berikut untuk mengumpul maklumat tentang konsep pra
nombor. Sediakan satu rumusan kefahaman anda tentang pra nombor dan
menulis refleksi.
http://www.basicconcepts.co.za/systematic.htm
http://www.col.org/stamp/UpMath4.pdf
http://s22318.tsbvi.edu/mathproject/ch1.asp



Latihan

1. Bincang dan bentangkan aktiviti Matematik yang sesuai untuk mengajar
konsep:
klasifikasi
seriasi / turutan
hubungan satu kepada satu
pengekalan dalam pengajaran pemulihan Matematik

2. Bentangkan maklumat berkaitan dengan teori pembelajaran Matematik
dalam bentuk peta minda.


Berfikir (1 jam)




Melayari Internet (1 jam)
Bagaimanakah kamu melakukan hasil tambah, hasil tolak dan hasil
darab terhadap nombor-nombor angka bererti? Rujuk kaedah
matematik untuk melakukan operasi ini.
PKP3110
KAEDAH PEMULIHAN MATEMATIK

16


Perbincangan ( 1 jam)

Bincangkan alat-alat pengukur yang sesuai bagi mengukur kuantiti-kuantiti
fizik berikut; panjang tali, ketebalan satu keping kertas, ketebalan cermin
tingkap, ketebalan sebuah buku dan lebar meja.




Rujukan

http://www.bipm.org/en/si/
http://en.wikipedia.org/wiki/SI
(Sistem International)

You might also like