You are on page 1of 7

Pengurusan Bilik darjah

(pelan perancangan---kelas)
Disediakan oleh:
Gan Jia Huan
Lee Yik Ming
Tan Ai Lung
Pengurusan Bilik darjah
Sebelum memulakan proses pengajaran dan
pembelajaran, guru hendaklah merancang secara
terliti tentang perkara-perkara seperti berikut:
Peraturan kelas
Rutin kelas
Persekitaran kelas
Strategi P&P
Hasil pembelajaran

Peraturan kelas
Berikut merupakan contoh peraturan kelas:
Setiap murid bertanggungjawab terhadap diri sendiri
Mesti menjaga kawasan sendiri.
Tiada sampah di bawah meja atau kawasan sekeliling.
Tidak membuat bising semasa guru tiada.
Berada tepat di dalam kelas sewaktu sesi pembelajaran.
Beratur di luar kelas sebelum ke makmal atau bengkel.
Menyiapkan kerja / tugasan yang diarahkan.
Tidak melawan kata guru.

Rutin kelas
Rutin kelas boleh dimaksudkan dengan
peraturan dan prosedur semasa berada bilik
darjah yang bertujuan mewujudkan proses
P&P yang berkesan.
Peraturan dan prosedur bertindak sebagai
agen pencegahan tingkahlaku yang negatif
dalam bilik darjah. Prosedur adalah untuk
melatih pelajar untuk melaksanakan tugasan
rutin dalam bilik darjah (Bianco, 2002).
Persekitaran kelas
Pengurusan Bilik Darjah Yang Dinamik:
Dpt mencapai objektif ke arah pembinaan modal insan yang
menjurus kepada pembinaan jasmani, emosi, rohani, dan intelek.

Penyusunan Bilik Darjah:
Bilik darjah perlu mempunyai peralatan asas-papan putih, papan
kenyataan, ruang yang selesa, meja kerusi dll.
Papan kenyataan perlu ada jadual waktu, jadual bertugas, carta
organisasi, pelan keselamatan, sudut mata pelajaran, sudut
bacaan, kata-kata motivasi dll.

Strategi P&P
Strategi pengajaran secara terus / langsung
melibatkan kaedah-kaedah berikut:
Demonstrasi
Penyoalan didaktik
Latih tubi
Pengajaran eksplisit
Kuliah masteri
Panduan dan bimbingan bacaan, mendengar
dan pemerhatian
Gambaran keseluruhan berstruktur

Hasil Pembelajaran
Maksud Hasil Pembelajaran
Hasil pembelajaran ialah apa yang boleh ditunjukkan oleh pelajar tentang
pengetahuan dan kebolehan membuat sesuatu selepas sesuatu perkara
diajar.
Contoh hasil pembelajaran ialah:
Menamakan ibu kota bagi setiap negeri di Malaysia
Mengenal pasti kata nama dan kata kerja dalam satu ayat
Menambah sebarang dua nombor tidak lebih daripada 1000
Membanding dan membezakan haiwan dan tumbuhan
Memberi sebab-sebab mengapa kerajaan awal wujud di pesisiran pantai
Menerangkan kepentingan kebersihan
Melukis seekor kucing
Mengetam sekeping papan
Memukul bole hoki yang bergolek
Membuang sampah ke dalam tong sampah

You might also like