You are on page 1of 14

1.0 PENGENALAN REKREASI MATEMATIK.

Kita semua maklum permainan matematik merupakan salah satu medium bagi memastikan
matematik diminati dan berada di hati setiap pelajar demi untuk membantu meningkatkan
pencapaian mereka. Bagi merealisasikannya para guru mesti berperanan sebagai agen
penggerak dan penggalak kepada minat pelajar terhadap matematik seterusnya membawa
kepada peningkatan pencapaian pelajar. Ianya amat penting sebagai salah satu cara yang
berkesan untuk menarik minat murid untuk mempelajari matematik.
Rekreasi Matematik merupakan suatu siri pembelajaran yang mana mementingkan aktiviti
semasa proses pelaksanaannya. Rekreasi Matematik juga mestilah menyeronokkan dan
masalah yang diberikan itu mestilah mudah difahami agar apa yang cuba disampaikan itu dapat
diselesaikan dengan baik oleh pelajar. Sekiranya soalan yang dikemukakan itu agak sukar dan
susah untuk dijawab oleh pengguna akan menyebabkan matematik bukannya menjadi
menyeronokkan malahan akan mengundang kesusahan dan akan menjadikan matematik itu
sesuatu yang serius. Ini bererti pembelajaran berkesan tidak dapat dijalankan dan hanya
merugikan banyak pihak yang terlibat.
!i samping itu pula rekreasi matematik merupakan suatu bentuk permainan matematik yang
menyiasat matematik di mana murid perlu menggunakan pelbagai bahan untuk menyelesaikan
masalah yang diberi. "ktiviti dapat membuka minda murid memberi suatu idea baru dan
menyedarkan mereka bahawa penyelesaian matematik tidak hanya bergantung kepada formula
matematik semata#mata tetapi masalah matematik boleh juga diselesaikan dalam pelbagai cara
dan keadaan termasuklah semasa beriadah berorentasikan matematik.
$ugasan bagi %K%&''( iaitu "sas Mengenal )ombor *ntuk +uru %emulihan ini memerlukan
saya mencipta satu bentuk aktiviti rekreasi nombor yang sesuai dilaksanakan dalam bilik darjah
mengikut topik yang ada dalam ,uraian Sukatan %elajaran Matematik Sekolah Rendah.
1
2.0 DEFINISI REKREASI MATEMATIK ATAU PERMAINAN MATEMATIK
Rekreasi sebenarnya adalah sub#set kepada leisure. -eisure adalah konsep utama yang
memayung istilah rekreasi dan aktiviti masa lapang. Mengikut dari kamus dewan rekreasi
adalah satu aktiviti yang dirancang bagi memenuhi masa lapang bukan untuk tujuan
pertandingan tetapi untuk keseronokan ketenangan minda dan merehatkan badan. Manakala
matematik pula ialah satu pembelajaran . kajian mengenai corakstruktur perubahan dan ruang
atau dengan kata lain kajian mengenai nombor dan gambar rajah.
/leh itu rekreasi matematik adalah istilah untuk memberi erti permainan dalam matematik
permainan kesenangan sendiri dan bukan untuk matematik yang memerlukan pengiraan yang
sukar. $anpa disedari banyak aktiviti permainan yang dimainkan oleh kanak#kanak adalah
saling berkait rapat dengan aktiviti matematik. !i dalam aktiviti permainan terdapat dua unsur
yang utama iaitu sekumpulan benda seperti buah catur daun terup dadu congkak dan
sebagainya serta peraturan#peraturan permainan. !i dalam aktiviti matematik ia pula meliputi
dua unsur utama iaitu sekumpulan simbol matematik seperti nombor titik bentuk geometri dan
sebagainya serta hukum teorem dan prinsip matematik yang digunakan untuk menjalankan
operasinya.
!i dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran matematik rekreasi banyak digunakan dalam
aktiviti pengayaan kerja projek dan permainan serta aktiviti kumpulan. Matematik rekreasi
memainkan peranan yang penting dalam melatih murid berfikir secara logik dan sistematik
disamping dapat menimbulkan minat murid untuk belajar matematik dapat memperkukuhkan
lagi konsep dan kemahiran matematik serta dapat meningkatkan daya pemikiran murid ke
tahap yang lebih tinggi.
2
3.0 IMPAK DAN KEPENTINGAN REKREASI MATEMATIK
Rekreasi matematik dapat memberi kepentingan kepada pengguna dan orang yang
disasarkannya. 0ika digunakan didalam pengajaran dan pembelajaran ianya dapat memberi
impak yang besar kepada murid# murid. "ntaranya ialah kita dapat mengetahui lebih jelas
tentang tujuan kaedah atau teknik permainan dipilih dalam proses pengajaran dan
pembelajaran matematik adalah untuk menimbulkan keseronokan dan hiburan di samping
merangsang murid mempelajari sesuatu kemahiran matematik dengan cara yang aktif dan
dalam keadaan yang tidak formal. Kesan keseronokan bermain dapat mempercepatkan lagi
proses pembelajaran murid di mana maklum balas yang diberi oleh guru secara serta merta
tentang betul atau salah bagi mengukuhkan lagi pembentukan satu#satu konsep.
!isamping itu permainan matematik ini dapat mengubah pandangan murid terhadap
matematik. Sekiranya sebelum ini murid menganggap matematik adalah mata pelajaran yang
membosankan menyusahkan memerlukan penghafalan memerlukan tumpuan yang serius
dan pelbagai lagi tanggapan negatif lain maka dengan menggunakan permainan matematik
dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik serta melibatkan murid secara langsung
dalam permainan matematik murid dapat mempelajari sesuatu konsep secara tidak langsung.
*nsur#unsur hiburan dan keseronokan yang dimasukkan dalam permainan ini juga akan
merangsang murid untuk menyelesaikan masalah yang diberi tanpa menyedari bahawa mereka
perlu mengaplikasikan konsep#konsep atau kemahiran#kemahiran yang telah dipelajarinya
terlebih dahulu.
Selain itu rekreasi matematik dapat mempercepatkan lagi proses pembelajaran murid di mana
maklum balas yang diberi oleh guru secara serta merta tentang betul atau salah bagi
mengukuhkan lagi pembentukan satu#satu konsep. Setiap permainan yang dimainkan dipantau
oleh guru dan murid dinilai tahap pemahamannya ketika itu juga.
Selain daripada itu permainan matematik boleh dijadikan pilihan dalam kaedah atau teknik
pengajaran guru. "da masanya mata pelajaran matematik dianggap suatu pelajaran yang sukar
dan membosankan oleh murid. Keadaan ini wujud apabila guru gagal memilih kaedah atau
teknik pengajaran yang menarik dan tidak dapat menarik minat murid belajar dan memahami
sesuatu konsep dan kemahiran matematik yang hendak diajar. $eknik pengajaran boleh
dipelbagaikan melalui pelbagai kaedah termasuklah dengan kaedah permainan matematik.
3
Selain dapat menimbulkan keseronokan di samping membina konsep rekreasi atau permainan
matematik dapat mewujudkan persaingan. 1alaubagaimanapun apa
bentuk permainan matematik pun asas permainan matematik adalah bertujuan untuk
meningkatkan motivasi dan menarik minat murid dalam mata pelajaran matematik itu sendiri.
Kenyataan ini disokong oleh 0onassen 2'3345 yang menyatakan murid mempunyai motivasi
yang tinggi untuk belajar apabila mereka dilibatkan dengan permainan matematik.
!isamping itu permainan matematik merupakan salah satu bahan bantu yang dapat
merangsang perkembangan kognitif dan meningkatkan pemahaman murid dalam pembelajaran
mereka. 0usteru itu permainan matematik dilihat mampu membina daya kreativiti yang tinggi
dalam kalangan murid memandangkan dalam permainan matematik yang dibina memerlukan
murid berfikir bagi menyelesaikan sebarang masalah yang timbul. Malah bukan itu sahaja
menurut "rsmah dan rakan#rakan 267785 menyatakan bahawa permainan matematik juga
dapat menangani sikap dan persepsi negatif murid terhadap mata pelajaran matematik.
4.0 SKOP KEMAHIRAN YANG DIPILIH
$ugasan %K% &''( ini memerlukan saya mereka cipta satu bahan untuk rekreasi atau
permainan dalam matematik. Bahan yang dicipta hendaklah menggunakan kreativiti sendiri.
Bahan yang dicipta ini berbentuk permainan. Ianya dinamakan 9%using dan $arik:. $ujuan
bahan ini dimainkan adalah bagi memantapkan pemahaman mengira fakta asas tambah secara
congak.

/perasi tambah merupakan asas untuk menumbuh dan mencambahkan minat murid terhadap
mata pelajaran matematik. %engalaman kejayaan dan kegagalan yang mereka alami semasa
peringkat awal menguasai kemahiran ini memberi pengaruh yang besar terhadap penguasaan
kemahiran lain yang lebih mencabar pada peringkat seterusnya. Sebelum operasi tambah ini
diperkenalkan murid#murid hendaklah menguasai kemahiran#kemahiran seperti membilang
hingga '7 menyusun kumpulan benda sehingga '7 membaca dan menulis angka '#'7
memadankan angka daripada '#'7 dengan perkataan nombor mengenal simbol :7: dan
perkataan nombor :sifar: dan memahami maknanya serta mengabadikan nombor.
%enambahan pula ialah operasi yang mencantumkan dua nombor untuk menghasilkan nombor
ketiga yang dinamakan jumlah atau hasil tambah.
4
;ontoh<
& = 6 > 8

0u?uk tambah ,asil tambah
!alam satu pengajaran dan pembelajaran terdapat dua kaedah yang biasa digunakan oleh guru
untuk menjelaskan konsep penambahan iaitu penyatuan set dan pengukuran pada garis
nombor. %enyatuan set ialah penambahan nombor bulat yang dikaitkan dengan suatu set
kumpulan objek dengan satu set objek yang lain yang tidak mengandungi unsur#unsur yang
sama untuk menjadikan suatu set objek yang disatukan. Manakala %engukuran pada garis
nombor ialah satu garis nombor yang merupakan model geometri dengan setiap jarak di antara
titik pada garis bernilai '.

@akta asas tambah merupakan kombinasi penambahan 2termasuk songsangannya5 yang setiap
sebutan 2ju?uknya5 ialah nombor ' digit. Menguasai fakta asas tambah sangat penting kerana
fakta asas ini merupakan asas kepada pengendalian algoritma penambahan dengan cekap dan
tepat. Kepelbagaian aktiviti akan membantu murid dalam menguasai pembentukan konsep
fakta asas tambah dengan lebih berkesan di samping latihan untuk peneguhan. /perasi
tambah secara konkrit perlu didedahkan terlebih dahulu untuk mengembangkan kefahaman
murid tentang penambahan. Kemudian strategi yang berkesan 2strategi berfikir5 diperkenalkan
berdasarkan prinsip#prinsip tertentu. "khirnya murid dikehendaki mengingat dan menghafal
semua fakta asas tambah. Murid akan mampu menyatakan semua fakta asas tambah dengan
cepat dan tepat sekiranya diajar dengan cara yang berkesan. Seseorang guru mestilah
memastikan muridnya telah mempunyai konsep penambahan yang mantap 2termasuk simbol
yang terlibat5 sebelum meminta mereka mengingati fakta asas tambah.

Seseorang murid boleh didedahkan dengan operasi penambahan sebaik sahaja mereka telah
menguasai nombor bulat nilai tempat serta fakta asas tambah. Murid akan didedahkan dengan
kemahiran menambah nombor 6 digit dengan nombor ' digit dan menambah nombor 6 digit
5
dengan nombor 6 digit. Murid juga akan dibiasakan dengan kemahiran menulis ayat matematik
dan penyelesaian masalah matematik dalam bentuk la?im. /perasi tambah ini akan didedahkan
secara berperingkat iaitu operasi tambah dalam lingkungan '7 operasi tambah dalam
lingkungan '( tanpa atau dengan mengumpul semula operasi tambah dalam lingkungan 87
tanpa atau dengan mengumpul semula dan operasi tambah dalam lingkungan '77 tanpa atau
dengan mengumpul semula. !isamping itu murid akan didedahkan dengan menambah
sehingga tiga nombor contohnya 8 = & = A >'6.
5.0 PENULISAN ANALITIKAL
5.1 Nama : 9pusing dan tarik:
6
5.2 Obj!"#$ :
Mengira fakta asas tambah dengan betul dan cepat.
Memahirkan diri dengan fakta asas tambah
Menghafal fakta asas tambah.
Menjadikan individu yang cekap cepat dan tepat dalam pengiraan
tambah
Menambah sehingga tiga nombor secara berturut#turut.
5.3 %a&a' (a') *#)+'a!a' :
Blok nombor
$ali
+am
7
5.4 ,a-a b-ma#' <
La')!a& 1
Memasukkan 6 atau & blok nombor yang mengandungi
nombor dalam tali yang disediakan dan mengikat tali
tersebut
La')!a& 2
Memegang hujung tali seperti gambar di bawah
La')!a& 3
Memusingkan tali yang mengandungi blok nombor
kemudian tarik
8
La')!a& 4
"pabila blok berhenti berpusing nombor yang terpapar di
hadapan akan ditambah.
La')!a& 5
"ktiviti diulang sehingga mahir
5.5 Sa.a-a' :
Murid %rasekolah
Murid $ahun ' hingga $ahun 4
9
Murid %emulihan Khas
Murid yang mengalami masalah pembelajaran.
Individu dewasa.
5./ K!+a"a' :
Mudah dibawa kemana#mana sahaja.
Ringan dan mudah dikendalikan
Mesra pengguna kerana pelbagai peringkat umur boleh bermain
Senang untuk dihasilkan kerana menggunakan bahan yang mudah
didapati.
Boleh dimain pada bila#bila masa sahaja dan dimana#mana sahaja.
Sangat praktikal bagi murid yang mula belajar tambah dan murid
%emulihan Khas
5.0 !1ma&a' :
Bahan hanya boleh digunakan untuk fakta asas tambah sahaja.
Memerlukan individu lain untuk menyemak hasil jawapan.
5.2 P1+a') :
Memberi peluang kepada murid mengingati fakta asas tambah
Mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah
Melatih kordinasi murid iaitu penggunaan motor halus dan kasar.
5.3 A'4ama' :
$iada
/.0 REFLEKSI
10
"lhamdulillah syukur kehadrat ilahi akhirnya tugasan %K% &''( ini dapat disiapkan dengan
jayanya. $ugasan ini memerlukan saya mencipta bahan rekreasi matematik hasil dari kreativiti
sendiri. %ada mulanya saya menghadapi masalah dalam memikirkan permainan yang sesuai
untuk dicipta. "pabila membuat rujukan dilaman sesawang dan juga buku rekreasi matematik
saya dapati semua orang menggunakan rekreasi yang serupa sahaja.
Saya memulakan tugasan ini dengan memikirkan apa kemahiran yang ingin diuji untuk
permainan ini. "khirnya saya mengambil keputusan untuk membuat tajuk penambahan.
%enambahan ini melibatkan dua hingga tiga nombor. Saya juga masih berkira#kira dan
kebingungan untuk memikirkan aktiviti yang sesuai sehinggalah pada suatu hari saya terfikir
tentang sesuatu iaitu membuat permainan melibatkan penambahan.
!alam pemikiran saya sudah tergambar permainan yang hendak dicipta tetapi bahan apa yang
perlu digunakan harus saya cari. Saya memerlukan satu bentuk kiub atau kuboid. Saya mula
mencari bentuk tersebut di kedai#kedai permainan. "khirnya saya terjumpa bentuk segitiga di
kedai RM6. Bentuk tersebut perlu saya gam untuk dijadikan bentuk kuboid. "pabila sampai
dirumah saya seakan teruja untuk membina permainan tersebut. Setelah siap dibina saya
menamakan permainan tersebut 9pusing dan tarik: ini adalah kerana cara permainan amatlah
mudah sekali iaitu pusing dan tarik. )ombor yang terhenti akan ditambah.
Saya membawa bahan tersebut kesekolah untuk murid#murid saya bermain dengan bahan
tersebut. Memandangkan saya mengajar kelas %emulihan Khas disekolah saya menyuruh
murid pemulihan $ahun & bermain dengan permainan tersebut. Saya dapati murid suka
melakukan dan bermain dengan permainan itu. $etapi saya merasa sangat terkilan kerana
semasa saya menyuruh murid tersebut melakukan permainan 9pusing dan tarik: ini saya terlupa
untuk membuat sebarang rakaman.
Saya amat berpuashati dengan bahan yang dicipta kerana bahan tersebut boleh dimainkan
juga pada masa lapang. Murid saya juga ingin membina bahan tersebut dirumah kerana ingin
bermain bersama adiknya. Saya telah membimbing murid itu cara membinanya.
1alaubagaimanapun bentuk kiub lagi amat sesuai untuk digunakan.
$ugasan ini memberikan saya satu pengalaman baru tentang penghasilan bahan rekreasi.
Ianya juga mencabar kreativiti saya dalam menghasilkan bahan yang belum pernah dilakukan
oleh individu lain sebelum ini. Saya juga berharap saya dapat membina bahan#bahan yang lain
11
sebagai satu aktiviti rekreasi matematik untuk murid pemulihan saya. $ugasan ini juga
menyedarkan saya tentang keperluan aktiviti rekreasi dan permainan dalam matematik.
!isediakan oleh<
)/RB":I B$ B"KIR
%%+ %BM*-I,") '.0*) 67''
R*0*K")
%+!+ #1m#a&
12
/mar Bin "hmad C ,amat. '338. Koleksi '8' Rekreasi Matematik.
M.".RR$ %ublishing2M5 Sdn. Bhd.
"min Senin 2'33&5. Memahami Matematik prasekolah dan sekolah rendah. Kuala
-umpur< %ercetakan !ewan Bahasa dan %ustaka.
Bahagian %endidikan +uru Kementerian %endidikan Malaysia 2'33(5. Pengajaran
dan pembelajaran matematik: nombor bulat untuk sekolah rendah. Selangor<
%ercetakan !ewan Bahasa dan %ustaka.
Brian 1.Boughton %eter 0. Ballard 2'33&5. Matematik binaan jilid I. Kuala -umpur<
%ercetakan !ewan Bahasa dan %ustaka.
,.D.Eap S.%.-ee ,.+.)g 2677F5. Kaedah aritmetik mental secara abacus dan
kiraan jari jilid II. Selangor< ;rescent )ews 2K-5 Sdn. Bhd.
Khairuddin Mohamad 267''5.Literasi Bahasa Melayu. Shah "lam </Gford @ajar
Sdn.Bhd.
Kementerian %endidikan Khas. 2677&5. Buku panduan pelaksanaan program
pemulihan khas. Kuala -umpur< 0abatan %endidikan Khas.
)oraini Idris Maimunah ,j !aud 2'33A5. Pengajaran dan pembelajaran Matematik
13
kurikulum bersepadu sekolah rendah buku 4. Kuala -umpur< %ercetakan
!ewan Bahasa dan %ustaka.
5URNAL
)ur Sha?lina binti Eussoff 267735. Kaedah pengajaran operasi penambahan dalam
mata pelajaran matematik dalam kalangan murid slow learner. Masalah
operasi penambahan dalam kalangan murid slow learner642'5 muka surat '#(.
Ra @iona "nak Raban267'65. Penggunaan garis nombor dalam membantu murid
tahun 2 memahami tambah dalam lingkungan !" Masalah penambahan dalam
lingkungan '7 '&2'5 muka surat '#''.
14

You might also like