You are on page 1of 3

TAJUK 2 : PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN PRANATAL

Bercirikan kepada proses-proses biokimia, biofizikal, struktur dan fungsi yang


bersepadu, kompleks dan tepat. Jangka masa pranatal, pada puratanya adalah 9
bulan atau 40 minggu.
1 Peringkat pertumbuhan pranatal
Terdiri daripada tiga peringkat yang nyata iaitu:
(i) Persenyawaan ovum (zigot)
- Merangkumi 2 minggu selepas persenyawaan
- Tempoh pembahagian sel yang pesat
- Semasa sel-sel membahagi, satu gumpalan sel yang berbentuk buah beri terhasil
dan ini dikenali sebagai morula.
- Semasa minggu kedua, selepas persenyawaan, blastosit akan menempel di
dinding uterus dan beberapa lapisan sel kelihatan dengan jelas. Lapisan yang paling
penting akan membentuk embrio manakala lapisan lain adalah berfungsi untuk
pemakanan embrio yang sedang membesar, pembentukan plasenta dan tali pusat.

(ii) Embrio
- Tempoh bermula dengan pembentukan embrio dan terdiri daripada minggu kedua
ke minggu kelapan.
- Tempoh ini adalah masa di mana pertumbuhan dan pembahagian sel yang pesat
berlaku.
- Pada peringkat ini, pembahagian sel-sel akan membentuk tisu, organ dan sistem.
(iii) Fetus
- Tempoh bermula dari minggu kesembilan sehingga minggu keempat puluh.
- Peringkat ini merangkumi pertumbuhan saiz dan jisim yang pesat, perubahan
bentuk dan perkembangan fungsi-fungsi di dalam tisu, organ dan sistem.

2 Pertumbuhan janin/fetus
Bercirikan kepada pertumbuhan dan penambahan saiz badan, kadar pertumbuhan
dan komposisi badan.
Saiz badan
- Keluk pertumbuhan janin adalah berbentuk S atau sigmoid iaitu keluk yang
menggambarkan perubahan berat badan.
Kadar pertumbuhan
- Pada usia 2 bulan, janin lazimnya mempunyai kepala yang lebih besar berbanding
saiz badan keseluruhannya, dan mempunyai anggota badan yang kecil dan pendek.
- Apabila mencapai peringkat pertengahan kehamilan, janin masih mempunyai
kepala yang besar tetapi pertumbuhan yang pesat telah berlaku di bahagian
pinggang dan anggota-anggota badan yang lain.
- Perubahan ini akan berterusan sehinggalah kepala janin, badan dan anggota-
anggota lain berkembang mengikut kadar pertumbuhan yang sepatutnya.

Komposisi badan
- Walaupun berat dan panjang badan adalah petunjuk utama di dalam pertumbuhan
janin, berat badan adalah lebih diutamakan.
- Kadar kandungan air di dalam badan akan berkurangan apabila berat janin
semakin bertambah.
- Kadar kandungan lemak akan meningkat apabila berat janin meningkat kepada
1500g.
- Kepekatan nitrogen akan meningkat selaras dengan berat janin, begitu juga
dengan kepekatan kalsium (pembentukan tisu tulang) dan fosforus (disebarkan di
antara tisu lembut dan keras).
3 Aktiviti motor janin
Denyutan jantung boleh dikesan dalam tempoh 4 minggu selepas persenyawaan.
Dalam tempoh 5 6 minggu, pergerakan di bahagian atas tulang belakang boleh
dikesan dengan alat ultrabunyi.
Pergerakan lengan dan kaki boleh dikesan dalam tempoh 8 9 minggu.
Perubahan otot-saraf adalah berbeza mengikut umur.
Janin yang dilahirkan selepas 28 minggu akan mempunyai otot-saraf yang berbeza
berbanding janin yang dilahirkan selepas 25 26 minggu.
Pantulan asas, tonus otot, tindak balas, dan tingkah laku deria motor akan berubah
secara ketara kerana tempoh kelahiran yang berbeza.
4 Faktor-faktor yang mempengaruhi berat janin
Jenis baka (genotaip)
Jantina
Status sosioekonomi (tempat tinggal, persekitaran)
Berat semasa ibu mengandung
Bentuk badan ibu
Berat badan yang diperolehi semasa hamil
Status pemakanan
Tabiat merokok atau meminum alkohol
Tabiat senaman
Lelaki pada lazimnya lebih berat daripada perempuan. Bayi pertama yang dilahirkan
pada lazimnya lebih ringan berbanding kelahiran seterusnya. Bayi sulung dikenali
sebagai primaparous manakala yang seterusnya dikenali sebagai multiparous.

You might also like