You are on page 1of 20

1 WAJ 3112

3.0 PENGENALAN
Lari pecut bererti berlari dengan pantas dan memerlukan koordinasi bahagian-bahagian
anggota badan, iaitu ayunan tangan dan kaki. Lari pecut ialah acara olahraga jarak
dekat ( 100m, 200m, dan 400m ) yang memerlukan tenaga tinggi seperti tenaga
anaerobik untuk membuat larian sepantas mungkin. Dalam pelajaran Pendidikan
Jasmani, guru hendaklah menerangkan tentang cara pergerakan yang betul kepada
pelajar mereka.
Prinsip-prinsip asas acara lari pecut adalah seperti yang pertama, berlari di atas
hujung kaki, bukan di atas tapak kaki. Kedua, kaki belakang diluruskan setiap kali
mengakhiri tolakan yang dibuat oleh kaki tersebut. Ketiga, tangan digerakkkan dengan
pantas. Yang terakhir, leher dan bahu hendaklah dalam keadaan selesa (tidak
ditegangkan).
Selain daripada itu, bagi seorang atlet, teknik dan gaya larian merupakan faktor
utama untuk menempa kejayaan. Lari pecut dalam sukan olahraga adalah larian
terpantas dibandingkan dengan acara-acara lain. Larian pantas ini bergantung pula
kepada beberapa faktor seperti jarak, kelajuan angin, permukaan balapan, jenis
kejohanan dan taraf pelari yang mengambil bahagian dan mungkin juga insentif yang
ditawarkan. Berlari merupakan aktiviti yang sihat dan menyeronokkan. Amat sukar bagi
seseorang untuk berlari dengan pantas sekiranya tidak mempunyai ciri-ciri yang
membolehkan dia bertindak sedemikian.
Oleh itu, untuk berlari dengan pantas seseorang perlu kemahiran yang tinggi,
fikiran dan kebolehan, dan sebaik-baiknya adalah kebolehan semulajadi. Latihan yang
teratur dan berjadual akan membolehkan seseorang menjadi pelari yang baik menerusi
potensi yang sedia ada dalam diri seseorang. Ada dua faktor yang boleh dikuasai oleh
pelari-pelari pecut iaitu faktor kelajuan dan jarak langkah semasa berlari. Untuk
menguasai kelajuan kaki, pelari haruslah mempunyai kordinasi, kelenturan yang tinggi
dan keupayaan merehatkan diri atau badan semasa berlari. Bagi faktor jarak langkah
pula ianya bergantung kepada panjang kaki, kekuatan dan mobiliti semasa bergerak.


2 WAJ 3112
4.0 SEJARAH LARI PECUT
Lari pecut merupakan salah satu acara terawal dalam pertandingan olahraga yang
pernah dicatatkan. Pada zaman moden, antara rujukan terawal ialah perandingan di
kalangan pekerja serta orang suruhan bangsawan. Pada abad ke-19, lari pecut menjadi
semakin popular. Acara Stade adalah antara acara yang mula-mula dipertandingkan
dan melibatkan jarak 192 meter. Jarak ini juga merupakan panjang stadium yang
digunakan. Selepas itu, acara ulang alik yang dinamakan dialos berjarak 384 (192
meter x 2 ) juga diadakan.
Pada zaman olimpik kuno, larian bermula dengan blok permulaan yang dibina
melintang keluasan stadium berkenaan. Blok permulaan diperbuat daripada ketulan
batu marmar. Blok permulaan disediakan dengan lubang saiz tapak kaki. Semua atlet
menggunakan blok yang tetap walaupun saiz kaki mereka berbeza. Pagar permulaan
yang dinamakan husplex digunakan untuk memulakan perlumbaan. Perkembangan lari
pecut pada abad 19 terbatas kerana tiada undang-undang dan peraturan-peraturan,
prosedur permulaan dan penjagaan masa yang tepat. Perlbagai cara permulaan
digunakan, sehingga menjadi masalah mengenai cara mana yang patut digunakan oleh
seorang pelari pecut.
Walaubagaimanapun persetujuan dibuat untuk menjadikan cara permulaan
berdiri sebagai cara permulaan yang paling baik dan diterima oleh semua pihak. Pada
tahun 1880-an ramai jurulatih membuat percubaan cara memulakan sesuatu larian.
Antara permulaan awal ialah pencil start, di mana para atlet berlari 20 meter pertama
dengan memegang pensil. Permulaan dimulakan dengan persetujuan dan tembakan.
Kemudian wujudlah gaya dekam pada tahun 1884. Di Australia gaya ini dikenali
sebagai kangaroo start.
Sebelum tahun 1921 kebanyakkan pertandingan hanya untuk lelaki sahaja,
pertandingan pertama untuk wanita telah diperkenalkan pada tahun 1921 di Monte
Carlo. Dalam acara 100 meter, rekod rasmi lelaki yang pertama dilakukan oleh Harald
Andersson dari Switzerland pada tahun 1890 dengan catatan 11.0, Marlies Gohr dari

3 WAJ 3112
Jerman pula adalah pemegang rekod pertama dengan 10.88 saat yang dibuat pada
Sukan Olimpik tahun 1928.
Seterusnya, dalam acara 200 meter, rekod larian sebelum olimpik moden
dibayangi oleh larian yang dibuat pada jarak lurus tanpa selekoh. Charles Wood
merupakan orang pertama yang mencatat 22 saat. Bagi wanita acara 200 meter
diperkenalkan dalam Sukan Olimpik 1948, Wilma Rudolph dari Amerika Syarikat
adalah pemegang rekod pada tahun tersebut dengan masa 22.9. Dalam acara 400
meter, Maxie Long adalah orang pertama yang berjaya mencatat masa 47.8 saat dan
dipecahkan oleh Lee Evans pada tahun 1968 dengan masa 43.86 saat. Marlene
Mathews dari Australia telah mencatat masa 57.0 saat bagi wanita dan masa ini telah
diperbaharui iaitu di bawah 50 saat oleh Irena Szewinska dari Poland dengan catatan
masa 49.9 saat pada tahun 1974. Marita Koch dari Jerman pula telah berjaya
mencatat masa 48.94 saat pada tahun 1978.
Oleh itu, acara lari pecut ini semakin berkembang sehingga ke hari ini dan
semakin ramai jugalah atlet lari pecut yang hebat tidak kira lelaki mahupun perempuan.











4 WAJ 3112
5.0 KEMAHIRAN ASAS LARI PECUT
Acara-acara lari pecut yang dipertandingkan di sekolah rendah ialah 100 meter, 200
meter, 4 X 100 meter dan 4 X 200 meter. Manakala di sekolah menengah pula, acara
lari pecut yang dipertandingkan ialah 100 meter, 200 meter, 400 meter, 4X100 meter
dan 4 X 400 meter. Terdapat tujuh kemahiran asas untuk lari pecut. Antaranya ialah
permulaan, ke garisan, sedia, mula berlari, hayunan tangan, pertengahan larian, dan
tamat larian.
1) Permulaan

Teknik permulaan - permulaan berdekam ( "crouch start" )
Pengukuran untuk permulaan blok hadapan ialah dengan berpandukan kepada tapak
kaki dari garisan permulaan. Condongan muka blok hadapan adalah antara 50 hingga
60 darjah. Condongan muka blok belakang pula ialah 80 darjah. Jarak antara blok
hadapan dan blok belakang ialah antara 1 hingga 1 1/2 tapak kaki bergantung pada
panjangnya kaki dan keselesaan pelari.
2) Ke Garisan

5 WAJ 3112

Keadaan badan agak relaks. Tangan diletakkan di belakang garisan permulaan.
Kedudukan tangan adalah mendepa seluas bahu. Sementara itu, ibu jari dan jari
telunjuk dibuka dan jari-jari yang lain dirapatkan.
3) 'Sedia

Berat badan dipindahkan ke hadapan supaya terletak di atas kedua- kedua belah
tangan. Bahu lebih ke hadapan sedikit daripada kedua-dua belah tangan. Punggung
diangkat sehingga lutut kaki hadapan adalah 90 darjah dan kedudukan punggung
lebih tinggi sedikit daripada bahu.

4) Mula Berlari

6 WAJ 3112
Tolak dari kaki hadapan sambil mengangkat tangan. Pada masa yang sama, bawa kaki
belakang ke hadapan dari blok belakang. Lutut kanan hendaklah diluruskan dan
pinggang untuk langkah pertama semasa permulaan larian. Badan dicondongkan
sedikit ke hadapan semasa awal larian. Langkah pertama semasa mula berlari ialah
kaki belakang iaitu kaki kiri mendarat terlebih dahulu. Kaki tolakan diangkat dan dibawa
ke hadapan. Badan diangkat sedikit demi sedikit iaitu dengan mengurangkan
condongan badan.
5) Hayunan Tangan

Kedua-dua tangan bengkok - sudut lebih kurang 90 darjah. Jari-jari tangan dalam
keadaan separuh genggam atau terbuka - agak relaks, bukan genggam secara tegang
dan hayunan tangan kenalah pantas.

6) Pertengahan Larian

o Badan tegak.

7 WAJ 3112
o Lutut diangkat tinggi.
o Tolakan dengan bebola/hujung kaki.




7) Tamat Larian

i. Apabila sampai ke garisan penamat, lakukan "dip" kepala ditunduk sedikit dan
bahagian atas badan ( "torso" ) dicondong sedikit ke hadapan atau 'mendada' garisan
penamat dengan keadaan kepala sedikit mendongak.
ii. Lari dengan pantas sehingga melepasi garisan penamat, bukan mengurangkan
kepantasan beberapa langkah sebelum garisan penamat.




8 WAJ 3112






6.0 GAYA LARI PECUT
Lari pecut ialah acara olahraga jarak dekat (100m, 200m, dan 400m) yang memerlukan
tenaga tinggi seperti tenaga anerobik untuk membuat larian sepantas mungkin. Dua
faktor asas mempengaruhi kepantasan seorang pelari iaitu panjang langkah dan
kekerapan langkah. Untuk semua acara 400 meter dan termasuk 400 meter, arahan
untuk memulakan perlumbaan adalah ke garisan, sedia, bang .
Terdapat dua teknik mula lari pecut iaitu gaya berdiri dan daya dekam. Untuk
pertandingan masa kini, gaya dekam digunakan dan semua pelari dikehendaki
menggunakan blok permulaan. Manakala, gaya berdiri biasanya dipraktikkan oleh para
pelajar sekolah dalam kelas pendidikan jasmani atau dalam gerak kerja kokurikulum.
Gaya ini paling digemari di sekolah rendah kerana ia merupakan gaya yang paling
berkesan. Walau bagaimanapun ia tidak digunakan untuk acara ini dalam pertandingan
rasmi.


9 WAJ 3112
Pertama, persediaan untuk gaya berdiri. Peserta hendaklah bersedia beberapa
meter di belakang garisan mula sebelum arahan ke garisan diberi. Selepas itu, arahan
ke garisan diberikan. Pelari bergerak ke hadapan dengan meletak hujung kaki
hadapan rapat kepada garisan mula tanpa menyentuhnya manakala kaki belakang
sedikit ke belakang , kira-kira 30-40 cm dan mengimbangkan badan.
o Bengkokkan kaki hadapan dan berat badan lebih pada kaki hadapan.
o Condongkan badan ke hadapan.
o Kedua-dua belah tangan bersedia di sisi dengan tangan bertentangan dengan
kaki hadapan. Jika kaki kiri di hadapan maka tangan kanan mesti diletakkan di
hadapan.
Selain itu, untuk Sedia
o Condongkan badan ditambah ke hadapan dan mata pandang ke hadapan.
o Bengkokkan lutut kaki hadapan.
o Kaki belakang tolak ke tanah.
o Badan tidak bergerak dan tumpu perhatian kepada tembakan pistol ataupun
tiupan wisel.
Selepas bang atau mula di hidupkan, Pelari mula bergerak bila dengar
tembakan dengan menolak kuat kaki hadapan.


Gaya kedua pula ialah gaya dekam. Sejak Sukan Olimpik Moden pada 1896,
teknik lari pecut tidak berubah pada prinsipnya. Pemenang acara 100m, Thomas
Burke dari Amerika Syarikat menggunakan gaya dekam yang serupa dengan gaya
peluru pada masa ini. Gaya ini sangat rumit tetapi boleh diajar kepada pelari baru. Gaya

10 WAJ 3112
ini boleh dibahagikan kepada tiga iaitu gaya pendek atau peluru, gaya sederhana dan
gaya panjang.


Bukan semua atlet adalah sama dari segi teknik permulaan. Walaupun terdapat
banyak variasi, pada amnya terdapat tiga cara iaitu:
1. Gaya Peluru (Bullet/Bunch/ Kangaroo Start)
2. Gaya sederhana (Medium Start)
3. Gaya Panjang (Elongated Start)


Memulakan Larian Tanpa Blok Permulaan
1. Gaya peluru
a) Berdiri rapat kepada garisan dan kira 2 atau 1 tapak.
b) Hujung tapak kaki belakang segaris dengan hujung tapak kaki hadapan.
2. Gaya sederhana
a) Berdiri rapat kepada garisan dan kira 2 atau setengah tapak kaki.
b) Lutut tapak kaki belakang segaris dengan hujung tapak kaki hadapan.
c) Ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk.
3. Gaya panjang
a) Berdiri rapat kepada garisan dan kira 2 atau l tapak.
b) Lutut tapak kaki belakang segaris dengan hujung tumit kaki hadapan.
c) Ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk.

Memulakan Larian Dengan Blok
Blok permulaan membantu pelari untuk memulakan larian dengan cepat.Terdapat
banyak variasi yang dicadangkan oleh ramai jurulatih tetapi kita akan melihat gaya,
yang dicadangkan oleh Mach seorang atlet dan jurulatih yang berwibawa (dalam
Payne, 1985).
1) Gaya peluru

11 WAJ 3112
Dalam gaya ini blok permulaan adalah rapat dengan garis permulaan. Blok
hadapan diletak dua tapak dari garis permulaan dan blok belakang setapak dari
bahagian hadapan blok hadapan.
2) Gaya sederhana
Gaya ini meletakkan blok pertama dua tapak dari garis permulaan dan blok
belakang dua tapak dari bahagian hadapan blok hadapan.
3) Gaya panjang
Blok hadapan diletak dua tapak dari garis permulaan dan blok belakang tiga
tapak dari bahagian hadapan blok hadapan.


7.0 LATIHAN ANSUR MAJU
Terdapat tiga jenis latihan ansur maju untuk lari pecut. Antaranya ialah latihan
mendorong, latihan larian teknik pecut dan latihan kekuatan kaki dan latihan pecutan.
Latihan mendorong
1. Berlari dalam kawasan terhad dan menyentuh objek yang dimaklumkan.
2. Berlari mengutip pundi saga / kacang secara berganti-ganti dalam kumpulan.
3. Larian bayang-bayang secara berpasangan, seorang mengejar dan seorang lagi
berlari untuk mengelakkan diri disentuh.
4. Lari berganti-ganti ulang-alik : larian 20 meter berkumpulan .

Larian teknik pecut
1. Berlari dengan melangkah panjang.
2. Berjalan dengan lutut tinggi, berlari dalam kumpulan, mengangkat lutut.
3. Berjalan dengan lutut tinggi dan diikuti dengan bahagian bawah kaki diluruskan.

12 WAJ 3112
4. Berlari skip dengan bahagian bawah kaki diluruskan.
5. Berlari dengan lutut tinggi dan diikuti dengan bahagian bawah kaki diluruskan.
6. Berlari menyepak ke belakang.
7. Berlari dengan lutut tinggi dan memecut.
8. Latihan pergerakan tangan secara berkumpulan berlatih menggerakkan tangan 90
darjah di siku dan bergerak dari pinggul ke paras hidung.


Latihan kekuatan kaki dan latihan pecutan.
1. Melonjak untuk jarak.
2. Melangkah panjang ( bounding).
3. Melonjak dan melangkah melepasi halangan.
4. Melompat, memusing, mendekam dan memecut.
5. Berpasangan : berlari dengan halangan oleh tarikan rakan.

Selain daripada itu, aktiviti berikut perlu dilakukan setiap kali mengadakan latihan
lari pecut:
o Jalan menendang kaki ke belakang
i. Jalan seperti biasa.
ii. Gerakkan tangan seperti gerakan tangan semasa berlari - bengkok pada siku dan
digerakkan ke hadapan dan ke belakang bertentangan dengan kaki di hadapan.
iii. Setiap kali mengangkat kaki - tumit kaki ditendang ke belakang dan ke atas seolah-
olah ingin menendang punggung sendiri.

13 WAJ 3112
iv. Lakukan aktiviti secara berulang-ulang sejauh 5 hingga 8 meter - pusing, patah balik
dengan pelakuan yang sama.
v. Ulangi aktiviti ini sebanyak 5 atau 6 kali.

o Jalan mendaratkan bebola kaki dahulu
i. Jalan seperti biasa - gerakkan tangan seperti gerakan tangan semasa berlari.
ii. Semasa kaki mendarat di hadapan mendaratkan bebola kaki dahulu dengan
keadaan
lutut bengkok, diikuti oleh tumit kaki.
iii. Lakukan peri'daratan kaki cara- ini secara berulang-ulang sejauh 5 hingga 8 meter.
Pusing dan patah balik dengan pelakuan yang sama.
iv. Ulangi aktiviti ini sebanyak 5 atau 6 kali.
o Jalan dengan lutut diangkat tinggi
i. Jalan seperti biasa - tinggikan hayunan tangan.
ii. Semasa kaki dibawa ke hadapan, lutut diangkat seberapa tinggi yang boleh.
iii. Lakukan aktiviti mengangkat lutut tinggi secara beruang-ulang sejauh 5 hingga 8
meter. Pusing dan patah balik dengan pelakuan yang sama.
iv. Ulangi aktiviti ini sebanyak 5 atau 6 kali.

o Jalan dengan kaki lurus ke hadapan
i. Jalan seperti biasa - hayunkan tangan seperti semasa berlari.
ii. Apabila mengangkat lutut tinggi ke hadapan, luruskan kaki ke hadapan dahulu
sebelum
mendaratkan kaki.
iii. Lakukan aktiviti secara berulang-ulang sejauh 5 hingga 8 meter.
iv. Pusing dan patah balik dengan pelakuan yang sama.
v. Ulangi aktiviti sebanyak 5 atau 6 kali.

14 WAJ 3112
o Gabungan kesemua 4 cara berjalan
i. Aplikasikan kesemua 4 cara berjalan seperti yang diterangkan di atas.
ii. Gabungan dilakukan seeara berterusan, iaitu tanpa berhenti.
iii. Tidak perlu ikut turutan tertentu. Boleh tukar bila-bila masa secara rawak. Jarak
untuk
melakukan sesuatu cara jalan serta jarak keseluruhan pelakuan terpulang kepada
keperluan dan kemampuan atlet berkenaan.
iv. Latihan dilakukan seeara pantas - hayunan tangan pun pantas seperti aksi larian.
v. Dicadangkan latihan diadakan seeara berulang-alik di atas trek 100 meter atau
keliling
trek larian.

8.0 PERALATAN LARI PECUT
Dalam sukan olahraga, terutamanya acara-acara larian, terdapat beberapa peralatan
yang diperlukan. Antaranya:
o Kasut atau spike
Kasut atau spikes merupakan peralatan penting para
olahragawan bukan sahaja mereka yang mengambil bahagian dalam acara lari
pecut , tetapi juga untuk kegunaan dalam acara lain, termasuk acara padang.
Walau bagaimanapun, penggunaan kasut ini amat penting malah dimestikan
bagi acara olahraga masa kini, terutama untuk acara lari pecut. Jenis kasut
bergantung kepada keselesaan atlet secara individu. Bagaimanapun biarlah
daripada jenis yang ringan.


15 WAJ 3112
o Blok Permulaan
Blok permulaan merupakan sejenis alat yang
digunakan untuk membantu para pelari pecut membuat lonjakan yang pantas
semasa memulakan larian. Biasanya para pelari tidak diwajibkan rnenggunakan
blok permulaan ini, tetapi begi kebanyakan pelari blok, Ini amat diperlukan,
termasuk dalam perlumbaan di peringkat sekolah. Pelari boleh meminta nasihat
guru pengawas atau jurulatih tentang pemilihan jenis blok permulaan yang
sesuai.

o Trek larian atau balapan

o Pakaian Sukan
Seperti acara sukan lainnya, para olahragawan juga
perlu menggunakan pakaian yang sesuai untuk setiap acara yang mereka sertai.
Dalam kebanyakan perjumpaan sukan terbesar dunia, para olahragawan akan

16 WAJ 3112
memakai singlet yang terdapat nombor peserta, negara atau pasukan yang
mereka wakili serta nama penaja yang menganjurkan perjumpaan
itu.bagaimanapun, setiap peserta di boIehkan memakai pakaian yang mereka
gemari asalkan dipersetujui oleh negara dan pasukan mereka. Contohnya dalam
Sukan OIimpik yang dapat kita tontoni menerusi kaca televisyen, pelbagai jenis
dan bentuk pakaian yang dipakai oleh peserta lelaki dan wanita asalkan pakaian
itu selesa dan tidak mengganggu pergerakan dan Iarian mereka.

o Peralatan Sampingan
Tuala.
Peralatan kecemasan yang ringan, seperti minyak urut, plaster, aspirin, botol
minuman, dan sebagainya.
Seluar pendek dan singlet ( sebaik-baiknya dua pasang )
Kasut jogging dan kasut berlari.
Jam randik atau pita pengukur.
Barangan lain yang difikirkan perlu.
9.0 RUMUSAN
Kesimpulannya, olahraga merupakan satu bahagian daripada aktiviti bersukan. Ibu
bapa dan pihak sekolah harus memainkan peranan yang penting supaya murid sekolah
bergiat cergas dalam aktiviti bersukan. Mereka seharusnya memberi sokongan moral
dan juga menggalakkan mereka terlibat dalam olahraga bertanding di persada dunia
dan mengharumkan nama baik negara. Hal ini demikian kerana aktiviti ini dapat
melahirkan murid yang berminda cerdas dan berbadan cergas. Oleh itu, semua murid
dikehendaki menyertai dalam olahraga supaya dapat menghasilkan pelajar yang
inovatif, berdaya saing, berketerampilan dan kreatif.




17 WAJ 3112











10.0 REFLEKSI
Joseph Conrad berkata bahawa Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang
dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang
penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha
hingga ke akhir hayat. Mutiara kata yang dikatakan oleh beliau ini merupakan satu
pembakar semangat kepada saya dalam melaksanakan tugasan ini. Walau seberat dan
sepayah manapun masalah yang dihadapi, saya tetap yakin dengan usaha dan doa
apa yang kita hajati akan tertunai dan terlaksana. Syukur kepada Tuhan pencipta
manusia kerana memberi ruang dan peluang kepada diri ini untuk menyiapkan tugasan
WAJ 3112 Gerko Olahraga.
Kursus Kokurikulum Olahraga (WAJ 3112) merupakan satu subjek yang wajib
bagi pelajar-pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Semester 5.
Subjek ini merupakan salah satu komponen penting dalam Program Ijazah Sarjana
Muda Perguruan (PISMP). Bagi memenuhi keperluan Sukatan Pelajaran Kursus

18 WAJ 3112
Olahraga (WAJ 3112), saya telah menerima tugasan untuk menyediakan satu tugasan
berasaskan kemahiran-kemahiran asas dan latihan ansur maju bagi acara lari pecut.
Semasa proses menyiapkan tugasan ini, terdapat beberapa masalah yang saya
hadapi di samping banyak pengalaman dan juga ilmu pengetahuan baru yang dapat
saya perolehi yang mana ianya bermanfaat kepada saya. Antara masalah yang saya
hadapi sepanjang melakukan tugasan kerja kursus ini ialah kekurangan buku rujukan.
Saya hanya mempunyai sebuah buku sahaja yang berkaitan dengan olahraga
memandangkan opsyen saya bukanlah yang berkaitan dengan sukan. Jadi, saya telah
pergi ke perpustakaan Datuk Lokman Musa untuk mencari buku yang boleh digunakan
untuk tugasan ini. Walau bagaimanapun, tidak banyak buku yang berkaitan dengan
tugasan yang boleh dijadikan sebagai rujukan.
Selain itu, saya juga tidak mempunyai ilmu yang mencukupi dalam bidang
olahraga yang mana pengetahuan saya hanyalah berdasarkan pengalaman semasa di
sekolah dan institut serta melalui media massa dan cetak seperti televisyen dan surat
khabar. Oleh itu, saya berasa sukar untuk menyiapkan tugasan ini memandangkan
saya kekurangan ilmu yang dapat membantu saya untuk menyiapkan tugasan kerja
kursus ini dengan baik. Walaupun mengalami beberapa masalah semasa dalam proses
menyiapkan tugasan ini, saya dapat banyak pengetahuan baru yang sangat berguna
sebagai seorang guru kelak. Selain itu, tunjuk ajar daripada Pensyarah Penasihat juga
banyak membantu dalam saya menyiapkan tugasan ini.
Selain itu, sebelum menghasilkan tugasan ini, kami pelajar PISMP sem 5 telah
menjadi ahli jawatankuasa sukan tahunan di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa
Melayu. Pengalaman daripada menjadi ahli jawatankuasa juga banyak membantu
dalam menghasilkan tugasan ini. Saya menjadi pegawai hakim penamat. Oleh itu,
sedikit banyak ilmu yang diperolehi itu dapat saya aplikasikan dalam tugasan ini.
Tuntasnya, Segala pengalaman dan pengetahuan yang saya perolehi sepanjang
melaksanakan tugasan ini membuatkan saya merasa diri saya bertuah dan beruntung
kerana mempelajari banyak perkara yang sebelum ini saya tidak ketahui. Sebagai
seorang guru pelatih, saya berasa bertuah kerana mempunyai banyak kemahiran.

19 WAJ 3112
Bukan kemahiran dalam mata pelajaran tetapi kemahiran dari segi komunikasi semasa
berkolaborasi dengan rakan-rakan dan pensyarah. Sebagai seorang guru, kita mestilah
fleksibel dan serba boleh dalam melakukan apa juga perkara tidak kira dalam bilik
darjah mahupun luar bilik darjah.
Dengan itu, saya berpegang teguh dengan kata-kata peransang dalam hidup ini
adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk
bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai
setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai
kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu derita untuk mengenal
erti bahagia sesekali kita perlu kecewa untuk kita kenal erti kejayaan sesekali kita perlu
menangis untuk kita syukuri nikmat yang diberi sesekali kita perlu terhiris untuk kita
kenal diri sendiri. Sekian.




11.0 BIBLIOGRAFI
Aris Fazil Bin Haji Ujang. (2003). Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan
Tingkatan 5. BHS Book Printing Sdn.Bhd.
Michael J.Atler.1998.Sport Stretch.United. State of America Human Kinetics
Nadia Rahman. (2012). Nota Olahraga. Dilayari pada 25 April 2014, di laman web:
http://www.scribd.com/doc/98954764/NOTA-OLAHRAGA#download
Sylvia S.Mader. (2001). Understanding Human Anatomy and Fisiology,4
th
edition. Mc
Graw Hill Companies.New York,USA.
Teng Boon Tong. (2001). Panduan Pengajaran Olahraga. Kuala Lumpur: Pearson
Education Malaysia Sdn. Bhd.
Wee Eng Hoe. (2003). Panduan pengajaran Olahraga: Kepegawaiandan kejurulatihan.

20 WAJ 3112
Shah Alam: Karisma Publication Sdn. Bhd.
Zati Denan. (2011). Nota-nota Pismp Pendidikan Jasmani. Dilayari pada 28 April 2014,
di laman web: http://nota-notapismppj.blogspot.com/2012/06/lari pecut.html.

You might also like