You are on page 1of 11

PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN

PENGGUNAAN MEDIA BARU DALAM PEMBELAJARAN


BAHASA ARAB

FAWWAZ FATHANAH BINTI MADZLAN
D20101039056
PENSYARAH:
PROF. DATO DR. HASSAN BASRI BIN AWANG MAT DAHAN

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI KUNDANG
48020 RAWANG,
SELANGOR DARUL EHSAN.


BAB 1
PENGENALAN
1.0 Pendahuluan
Penguasaan bahasa Arab sebagai pembelajaran bahasa asing telah menjadi isu sejak
sekian lama. Masalah yang berlaku bukan hanya di sekolah, malah kajian yang
dilakukan di universiti juga mendapati pelajar tidak dapat menguasai bahasa Arab
dengan baik terutama kemahiran mendengar (Rahimi, 2003).
Persepsi dalam kalangan murid berhubung dengan mata pelajaran bahasa Arab
adalah persepsi yang negatif. Mereka menganggap bahasa Arab sebagai satu mata
pelajaran yang susah dan membebankan. Selain itu sikap murid terhadap mata
pelajaran bahasa Arab sebagai waktu pengajaran dan pembelajaran yang sungguh
membosankan. Stevens (1990) merumuskan bahawa masalah pembelajaran bahasa
antaranya ialah disebabkan ketiadaan atau kekurangan minat untuk belajar.
Mempelajari bahasa Arab masih lagi dianggap sukar oleh kebanyakan pelajar.
Hal ini mungkin disebabkan kerumitan bahasa itu sendiri untuk dikuasai atau kerana
metode pengajaran dan pembelajaran yang kurang efektif (Prof. Dato Dr. Mohamed
Asin 2007). Bahasa Arab merupakan bahasa asing yang merangkumi empat proses
pembelajaran kemahiran iaitu kemahiran membaca, menulis, mendengar dan bertutur.
Bahasa Arab yang bukan merupakan bahasa komunikasi mereka dan ini menjadikan
sesi pembelajaran bahasa arab menjadi susah dan mereka menjadi kurang berminat
dan tidak dapat memahami keseluruhan pembelajaran tersebut.
Kerumitan masalah yang dihadapi dalam pengajaran bahasa Arab sebagai
bahasa kedua jelas dapat dilihat daripada dapatan-dapatan kajian yang telah
dijalankan dalam program bahasa Arab di Fakulti Pengajian Islam, Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 1993 ( Haji Ismail, A.R. 1993). Kajian
tersebut menunjukkan bahawa terdapat pertentangan yang jelas antara setiap
kompenan kurikulum bahasa Arab dengan matlamat yang digariskan. Masalah yang
dihadapi dalam Pengajaran Bahasa Arab Sebagai Bahasa Kedua jelasnya adalah rumit
dan merentasi semua aspek yang berkaitan dalam pengajaran dan pembelajaran
bahasa.
Antara punca atau permasalahan yang dihadapi ialah pengajaran bahasa arab
ini tidak mengikuti arus perkembangan semasa. Pengajaran dan pembelajaran bahasa
Arab kelihatan sentiasa meminggir dan memencilkan diri daripada arus
perkembangan dan kemajuan dalam pencapaian penyelidikan dan kajian arena
pengajaran dan pembelajaran bahasa sebagai bahasa kedua. Ini seolah-olah tidak
memberi sebarang pengaruh atau sumbangan terhadap pembelajaran bahasa Arab (
Abdul Rahim 1994:123).
Penguasaan bahasa Arab bukanlah sesuatu yang mustahil dilaksanakan.
Dengan mengetahui strategi dan pendekatan yang efektif adalah langkah yang paling
bijak. Di dalam kertas kerja yang ringkas ini, penulis cuba meninjau pendekatan
terkini untuk mempelajari bahasa Arab dengan menggunakan media terkini. Terdapat
pelbagai cara bagi meningkatkan tahap penguasaan bahasa Arab di kalangan pelajar
antaranya adalah dengan menggunakan media baru seperti internet. Justeru, apa yang
diharapkan melalui perancangan kajian ini supaya dapat memaksimumkan maklumat
dan dapat mempertingkatkan kefahaman serta minat pelajar dalam mempelajari
bahasa arab dengan menggunakan media baru sebagai bantuan pengajaran.

1.1 Masalah / Fokus Kajian
Pelajar sering menghadapi masalah untuk memahami pembelajaran bahasa Arab di
dalam kelas. Mereka juga kurang berminat dalam mempelajari bahasa arab kerana
bahasa arab merupakan bahasa asing dan susah untuk difahami. Kajian ini
memfokuskan kepada permasalahan pelajar terutamanya dalam menunjukkan minat
dan menambahkan kefahaman kepada mereka.
Teknik pengajaran mempunyai hubungan yang signifikan dengan penguasaan
sesuatu pengetahuan dan kemahiran dalam kalangan pelajar ( Jamaludin & Zaidatun,
2003). Justeru guru perlu memilih teknik pengajaran yang baik dan sesuai untuk
menyampai isi pengetahuan atau melatih kemahiran, kerana teknik yang baik dan
sesuai boleh menjadi pemangkin kepada penguasaan ilmu dan kemahiran dalam
kalangan pelajar.

Dengan mengadakan aktiviti interaktif menggunakan media baru seperti
internet, facebook, blog, youtube dan lain-lain, saya berharap dapat meningkatkan
tahap penguasaan kemahiran dan menambahkan keyakinan serta meningkatkan minat
murid terhadap pelajaran mereka.

1.2 Rasional Kajian
Rasional kajian ini dijalankan kerana pelajar kurang berminat serta kurang memahami
pembelajaran dalam bahasa Arab semasa sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P).

1.4 Objektif Kajian/ Tujuan Kajian
i. Objektif Am
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan kemahiran-kemahiran asas
bahasa Arab dengan menggunakan persembahan media yang mudah, ringkas dan
menarik dan untuk meningkatkan penbendaharaan kata, serta dapat menguasai
kemahiran menyebut, menulis, mendengar dan membaca perkataan di dalam bahasa
Arab di kalangan pelajar. Oleh itu,murid akan dapat memahami dengan lebih baik
penggunaan kaedah tersebut dan lebih berminat untuk belajar.

ii. Objektif Khusus
Objektif khusus kajian ini adalah supaya :
Mengenal pasti tahap penguasaan asas bahasa Arab
Murid dapat memahami dengan mudah .
Minat untuk mempelajari bahasa Arab.
Meningkatkan tahap murid dalam kemahiran menggunakan media.
Mempelbagaikan kaedah pengajaran guru dan pembelajaran murid.

1.5 Soalan Kajian
Secara khusus, kajian ini diharapkan dapat menjawab soalan-soalan kajian tersebut :
1. Apakah tahap penggunaan media baru dalam pengajaran Bahasa Arab di
sekolah?
2. Bagaimanakah tahap pelajar dalam meminati kaedah pembelajaran
menggunakan media baru.
3. Apakah tahap pencapaian kemahiran 4P dengan menggunakan kaedah media
baru dalam pembelajaran bahasa Arab?
4. Adakah wujud perbezaan pencapaian antara kumpulan yang menggunakan
media baru dengan kumpulan yang tidak menggunakannya dalam
pembelajaran?

1.6 Signifikan Kajian
Kajian ini sangat penting khususnya kepada para guru bahasa arab dan para pelajar
yang mengambil matapelajaran bahasa arab. Secara khususnya, kajian ini bertujuan
membantu para guru dan pelajar di semua peringkat pengajian termasuklah sekolah
rendah, sekolah menengah dan universiti.
Kajian ini menyediakan para guru dengan teknik dan kaedah yang lebih kreatif
untuk memastikan tahap pencapaian pelajar dalam mempelajari bahasa arab dengan
lebih menarik dan tidak membosankan serta menambah penguasaan pelajar terhadap
kemahiran asas bahasa arab supaya menjadi lebih baik. Selain itu, kajian ini dapat
memberikan penambaikan dalam kaedah pengajaran guru khususnya, selain
mendedahkan pelajar dengan kaedah penggunaan media baru yang betul.
Kajian ini juga bertujuan menarik perhatian para guru khususnya menitikberat
akan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih efektif untuk menarik pelajar
belajar bahasa arab dengan mudah dan tidak membosankan. Penulis beranggapan
bahawa dengan meningkatnya pengusaan para pelajar dalam kemahiran 4P melalui
media baru ini akan turut meningkatkan penguasaan para pelajar dalam penambahan
pembendaharaan kata juga memastikan mereka dapat bertutur dengan lebih baik dan
yakin.
BAB 2

2.0 KAJIAN LITERATUR
Kejayaan program pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab tidak terhenti pada
kecekapan para guru dan kemantapan kurikulum semata-mata, tetapi sikap dan
kepedulian pelajar terhadap bahasa yang dipelajari memainkan peranan yang paling
penting (Ab. Halim & Wan Mohamad, 2006). Pelajar yang mempunyai sikap yang
positif terhadap bahasa sasar atau yang bersikap negatif terhadap semua itu, sedikit
sebanyak akan mempengaruhi hasil pembelajaran dan kecekapan berbahasa. Ini
bertepatan dengan pandangan Mansoer Pateda (1990) yang menyatakan bahawa sikap
merupakan aplikasi daripada minat seseorang terhadap sesuatu. Ia juga merupakan
faktor dalaman yang mempengaruhi pelajar dalam proses pembelajaran bahasa.
Kemahiran membaca merupakan proses yang dinamik tetapi kompleks. Ia
meliputi keupayaan membaca dengan pantas, memahami fakta, kebolehan mengingati
fakta serta membuat interpretasi secara bijak dan analisis. Ketika seseorang itu
membaca, ia sebenarnya sedang berkomunikasi secara langsung dan sedar dengan
bahan bacaannya. Dia mencuba menyelami pemikiran dan idea yang cuba
disampaikan oleh pengarang. Seseorang yang berjaya menguasai kemahiran membaca
bermakna dia telah berjaya merobohkan sebuah tembok pemisah yang maha besar
antara dirinya dengan lautan ilmu yang wujud dalam pelbagai bentuk karya (Zulkifley
Hamid, 1994).
Abdul Ghani (1996) menegaskan faktor bahan memberi kesan dalam
meningkatkan minat pelajar untuk terus menguasai sesuatu kemahiran berbahasa dan
berinteraksi dengan lebih berkesan. Oleh itu, guru perlu menggunakan pelbagai bahan
media yang sesuai dan menarik supaya boleh menukar suasana pembelajaran yang
kaku kepada pembelajaran yang melibatkan pelajar. Aplikasi dan manipulasi
pengajaran bahasa melalui media elektronik, pengisian komputer, grafik dan
sebagainya dapat mengekalkan minat dan tumpuan pelajar terhadap pengajaran dan
pembelajaran bahasa. Guru perlu kreatif dan inovatif serta menguasai kemahiran
teknologi maklumat seiring dengan arus perkembangan pendidikan semasa. Kejayaan
guru memilih bahan dan media sesuai dengan dapatan kajian Nadzeri (1985).
Menurut Omardin (1999), sumber dan bahan pengajaran yang digunakan oleh
guru perlu menarik, dapat mengekalkan minat pelajar, mengembangkan minat pelajar
terhadap pelajaran dan menjadikan pembelajaran lebih menarik. Melalui bantuan
media baru akan dapat membentuk daya pemikiran, kreatif dan memperkukuhkan
persepsi pelajar.
Sini et al. (1983) menyarankan kepada guru-guru bahasa Arab yang
menggunakan buku al-Arabiyyah li-na-shi-n sebagai buku teks untuk pengajaran dan
pembelajaran bahasa Arab sebagai bahasa kedua, supaya menggunakan ABM untuk
memperdengarkan teks-teks petikan dialog. Ini kerana penggunaan ABM, antaranya
media internet, pita rakaman audio atau makmal bahasa, dapat meningkat minat
pelajar untuk mendengar teks petikan, berbanding penggunaan suara guru. Secara
tidak langsung, penggunaan ABM akan meningkatkan kefahaman pelajar apabila
mendengar teks petikan. Jamaludin dan Zaidaton (2003) mendapati penggunaan ICT
multimedia, termasuk teknologi pendidikan, termasuk pita rakaman audio, dapat
merangsang indera pendengaran pelajar.












BAB 3

3.0 METODOLOGI KAJIAN
Bagi mendapatkan data, kajian ini menggunakan beberapa instrumen seperti tinjauan,
temu bual dan borang soal selidik. Tinjauan digunakan bagi melihat laman web yang
boleh diguna pakai untuk tujuan pembelajaran bahasa Arab . Carian dilakukan ke
dalam pelbagai laman web bahasa Arab melalui internet bagi melihat web-web yang
sesuai untuk dijadikan bahan pengajaran.
Temu bual turut dijalankan kepada tenaga pengajar dan pelajar bahasa Arab
bagi mengetahui web yang mereka layari dalam bidang tersebut dan mendapatkan
pandangan dan maklum balas berhubung bidang ini. Borang soal selidik juga turut
diedarkan kepada responden yang terdiri daripada guru-guru dan pelajar bahasa Arab
bagi melihat kekerapan penggunaan bahan dalam bidang ini dan sejauh manakah ia
dapat membantu mereka. Turut diperolehi melalui borang ini pandangan dan ulasan
mereka terhadap bahan-bahan melalui internet.
Melalui penggunaan instrumen di atas data dapat diperolehi bagi menjawab
persoalan yang dikemuka. Melalui kajian ini diharapkan banyak dapat membantu
pelajar-pelajar untuk lebih mudah memahami apa yang dipelajari dan lebih berminat
untuk mempelajari bahasa Arab serta membantu pelajar untuk menambahkan
penbendaharaan kata dan meningkatkan keyakinan mereka dalam berkomunikasi,
membaca dan menulis kerana telah dapat mengatasi masalah yang dihadapi.

3.1 Instrumen Kajian.
Instrumen yang digunakan selain dari temubual dan tinjauan untuk kajian ini adalah
berbentuk soal selidik. Kelebihan menggunakan kaedah ini adalah responden tidak
memerlukan masa yang banyak untuk menjawab soal selidik dan mengganggu
responden yang mempunyai tugas-tugas tertentu. Selain daripada itu kaedah ini
menjimatkan masa, kos, lebih senang mendapat kerjasama responden dan dapat
menghasilkan item-item yang konsistan serta boleh dipercayai. Soal selidik ini
dibahagikan kepada tiga bahagian utama iaitu :
Bahagian A
Soalan-soalan mengenai maklumat latar belakang guru dan murid dimuatkan dalam
ruangan ini. Soalan yang dikemukakan adalah berkaitan dengan jantina, umur,
pengalaman mengajar, kelulusan, jumlah waktu mengajar, tingkatan yang diajar dan
kursus komputer yang dihadiri.
Bahagian B
Bahagian B, memuatkan soalan yang direka bentuk bagi mendapatkan maklumat dari
responden mengenai penggunaan komputer dan internet serta masalah-masalah dalam
penggunaan komputer dan internet dalam membantu proses pengajaran.
Bahagian C
Soalan yang dikemukakan adalah berkaitan dengan jenis-jenis perisian komputer yang
digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

3.2 Kumpulan Sasaran/ Batasan Kajian
Kumpulan sasaran ialah pelajar dan guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sri
Kundang dalam pengkhususan bahasa Arab. Pengkaji menggunakan soal selidik,
tinjauan dan temubual untuk memungut data. Aspek yang dikaji oleh pengkaji adalah
tertumpu kepada beberapa pembolehubah tertentu seperti kesediaan belajar,
kemahiran bertutur, membaca dan menulis bertujuan mendapat gambaran tentang
penguasaan asas bahasa Arab responden.

3.3 Kaedah Kajian
a) Pemerhatian
Daripada pemerhatian didapati pelajar sering bermasalah untuk memahami dan
kurang berminat untuk mempelajari serta mempunyai penbendaharaan kata yang
terhad semasa berinteraksi dengan guru di dalam kelas.

b) Tindakbalas Dalam Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran
Pelajar sering kali menghadapi kesukaran untuk menyebut perkataan dan
menghadapi masalah membuat ayat pertuturan serta tidak menunjukkan minat
dan semangat untuk mempelajari bahasa Arab.
c) Ujian Pencapaian
Di dalam ujian oral yang dijalankan pelajar tidak dapat menyebut perkataan dan
berinteraksi dengan baik semasa sesi soal jawab dijalankan.
d) Perancangan

Bagi mengatasi masalah ini satu perancangan khusus telah dibuat dengan
menggunakan keadah video hiwar dari youtube.

e) Tindakan
Pelajar disediakan video kanak-kanak melakukan perbualan hiwar dalam bahasa
Arab. Setiap pelajar diberi kertas dialog dan diminta untuk membaca dan
menyebut bersama-sama guru. Guru akan membahagikan kumpulan pelajar
kepada 2 orang setiap kumpulan. Pelajar-pelajar tersebut akan melakonkan watak
tersebut dengan bantuan watak lain dan guru bagi melatih penggunaan bahasa.
f) Pemerhatian
Daripada pemerhatian, para pelajar kelihatan lebih semangat, berminat dan
memberi respon yang memberangsangkan di dalam bilik darjah. Ini kerana
mereka secara sukarela dan bersedia menyertai aktiviti tersebut.
g) Refleksi

Kaedah ini diharapkan dapat membantu pelajar-pelajar untuk lebih mudah
memahami apa yang dipelajari dan lebih berminat untuk mempelajari bahasa
Arab serta membantu pelajar untuk menambahkan penbendaharaan kata dan
meningkatkan keyakinan mereka dalam berkomunikasi, membaca dan menulis
kerana telah dapat mengatasi masalah yang dihadapi.

3.4 Jadual Cadangan Pelaksanaan Kajian







RUJUKAN
Ab. Halim Mohamad & Wan Mohamad Wan Sulong. 2006. Antara Minat Dan Sikap Pelajar
Terhadap Bahasa Arab: Satu Kajian Ke Atas Pelajar Bacelor Bahasa Arab di IPTA
Malaysia. Prosiding Wacana Pendidikan Islam (siri 5). Bangi: Pusat Penerbitan dan
Percetakan, Universiti Kebangsaan Malaysia.


Asma Abdul Rahman dan Maimun Aqsha Lubis. 2009. Kaedah Pengajaran Bahasa Arab
untuk Kanak-kanak Pintar. Nilai: Penerbit USIM.

Haji Ismail, A.R. 1993. The Teaching of Arabic in the Faculty of Islamic Studies: The
Problem of Compatibility. Kertas Kerja Seminar Bulanan Fakulti Pendidikan Bangi:
UKM.

Jamaludin Harun dan Zaidatun Tasir. 2003. Multimedia dalam Pendidikan. Bentong: PTS
Publications and Distributors Sdn. Bhd.

Mat Nor Hussin dan Ab. Rahman Ab. Rashid. 1987. Alat Bantu Mengajar dalam Pengajaran
Bahasa. Pulau Pinang: Pusat Teknologi Pendidikan dan Media, Universiti Sains
Malaysia.
Mohd Rosdi Ismail dan Mat Taib Pa. 2006. Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab di
Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Rahimi Said. 2003. Penggunaan Internet untuk pengajaran dan pembelajaran kemahiran
membaca dan menulis bahasa Arab disebuah Universiti. Kuala Lumpur: Projek
Sarjana yang tidak diterbitkan. Fakulti Pendidikan, UM.

Rosni Samah. 2009. Isu Pembelajaran Bahasa Arab di Malaysia. Nilai: Penerbit USIM.
Wan Azura Wan Ahmad [et al.]. 2007. Pendekatan dan Strategi Efektif dalam Penguasaan
Bahasa Arab. Nilai : Penerbit USIM.
BIL. CADANGAN AKTIVITI TEMPOH
1. Mengenal pasti dan mengumpul data awal 1 minggu
2. Merancang tindakan individu 1 minggu
3. Melaksanakan tindakan aktiviti 2 minggu
4. Mengenal pasti masalah yang timbul dalam aktiviti 1 minggu
5. Melaksanakan tindakan aktiviti 1minggu
6. Refleksi kajian 1 hari
7. Menulis laporan kajian 1 hari
8. Pembentangan dapatan kajian 1 hari

You might also like