You are on page 1of 1

SYARAT-SYARAT KEAHLIAN

(1) Keahlian terbuka kepada semua warganegara Malaysia tanpa mengira


jantina yang telah mencapai umur 18 tahun ke atas dan yang berumur kurang
dari 18 tahun (10 tahun ke atas) mestilah mendapat kebenaran bertulis dari
ibu bapa atau penjaga.
Terdapat 2 kategori keahlian:
1.1. Ahli Biasa
Ahli Biasa ialah mereka yang tergolong dalam golongan kurang usaha sama
ada pengemis, lembab pembelajaran, atau lain-lain yang layak dikategorikan
kurang usaha.
1.2. Ahli Bersekutu
Ahli Bersekutu ialah mereka yang menjadi ahli bersekutu iaitu sahabat yang
menyokong persatuan.
(2) Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong
oleh dua orang ahli dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki
mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada
Jawatankuasa untuk diluluskan. Jawatankuasa boleh mengikut budibicaranya
menolak sebarang pemohonan tanpa memberi sebab-sebabnya.

You might also like