You are on page 1of 2

HBEF3103 - Prinsip Teknologi Pengajaran SOALAN 1 1.0 PENGENALAN.

Seperti yang kita sedia


maklum, visual sememangnya memainkan peranan yang penting dalam reka bentuk bahan
pengajaran dan pembelajaran (P&P) berbantukan komputer. Untuk membina bahan P&P
berbantukan komputer ini, beberapa kriteria perlu dipatuhi agar bahan yang dibina dapat memberi
manfaat kepada pihak yang terlibat. Antaranya, dari aspek penglihatan, aspek warna dan kecerahan,
cahaya latar belakang, bunyi dan pendengaran, pertimbangan reka bentuk, dan susun atur
maklumat pada paparan. Pendekatan P&P dengan Bantuan Komputer (PPBK) telah menjadi perkara
penting dalam sistem pendidikan masa kini untuk menghasilkan pembelajaran yang berkesan, efektif
dan bermutu. Maka itu sebagai seorang pendidik anjakan paradigma haruslah dilakukan bukan
sahaja dari segi sikap, tetapi dari segi penyampaian bahan pembelajaran dalam bilik darjah ini
kerana visual merupakan alat komunikasi yang mampu menyampaikan mesej yang lebih berkesan
daripada penggunaan lisan atau pernyataan bertulis. Namun demikian, keberkesanan penggunaan
sesuatu visual itu adalah tergantung kepada kualiti yang ada pada visual tersebut.

Rajah Menunjukkan Pendekatan P&P dengan Bantuan Komputer

Mengikut teori pembelajaran Behaviourisme apabila rangsangan diberi pengguna akan memberi
respon. Berdasarkan teori behavioris ini. Ia adalah untuk memberi latihan dan pengulangan yang
bersifat peneguhan terhadap sesuatu konsep yang telah dipelajari.
1

You might also like