You are on page 1of 40

1.

0 PENDAHULUAN
1.1 Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran Lalu
Sejak saya mula mengajar di sekolah ini iaitu pada minggu kedua
praktikum fasa tiga, saya sering berhadapan dengan masalah di mana murid-
murid sering mengandu tidak pandai untuk menyiapkan kerja semasa slot
kreativiti dan estetika.
Apabila saya baru sahaja mengagihkan gambar lukisan untuk mewarna
terus ada beberapa murid-murid akan mengadu tidak pandai mewarna, tidak
tahu mewarna, malas untuk mewarna. Ayat klise yang sentiasa diulang oleh
murid-murid adalah Cikgu, kite dok reti warna. Jika seorang murid mengadu,
beberapa orang murid akan turut mengandu perkara yang sama. Hal ini
menyebabkan keadaan kelas bising dan suasana agak tidak terkawal. Sedikit
sebanyak emosi saya terus diganggu apabila mengajar mewarna semasa slot
kreativiti dan estetika. Mengapa masalah ini berlaku? Adakan saya telah gagal
untuk mewujudkan kesediaan murid-murid semasa set induksi? Saya berasa
sedikit geram dan kecewa kerana sikap murid-murid yang suka mengadu dan
berfikiran negative ketika sesi pengajaran dan pembelajaran baru bermula.
Semasa menyiapkan aktiviti mewarna gambar lukisan yang diberi, saya
dapati murid-murid telah mewarna keluar dari garisan lukisan dan menyebabkan
hasil lukisan tersebut kurang memuaskan. Selain itu, saya juga menyedari
bahawa di peringkat awal ini, saya sepatutnya menjadi pembimbing yang baik
dan bukannya terus memarahi murid-murid setiap kali mereka melakukan
kesalahan.
Menurut Abdullah Hassan & Ainon Mohd (2005), setiap kanak-kanak
memiliki kemampuan kreativiti. Beliau menyarankan agar guru memerhatikan
bagaimana murid-murid bermain sama ada sendiri ataupun dalam kumpulan dan
guru akan dapat menyaksikan sendiri daya kreativiti semula jadi kanak-kanak.
Dengan itu, saya telah memikirkan satu kaedah yang sesuai untuk dilaksanakan
ke atas murid-murid prasekolah ini agar mereka dapat mengatasi masalah
mewarna keluar garisan lukisan.


2.0 FOKUS KAJIAN
Dalam kajian ini, saya memfokuskan kepada masalah mewarna keluar dari
garisan dalam aktiviti mewarna. Didapati dengan adanya Frame Art Mini telah
mampu meningkatkan minat dan mengatasi masalah mewarna keluar dari
garisan lukisan.

2.1 Tinjauan Masalah
Menurut Sternberg (2004), minda manusia mempunyai tiga potensi utama
iaitu kepintaran, kreativiti dan kebijaksanaan. Ketiga-tiga ini mesti dipupuk dan
dirangsang agar manusia dapat menggunakan mindanya secara optimum.
Sekiranya perkara ini belarutan, tentulah matlamat untuk melahirkan modal
insan yang inovatif dan seimbang sukar untuk dicapai.
Bagi saya, sekiranya sesuatu slot pengajaran tersebut tidak penting dan
dianggap remeh jika dibandingkan dengan slot lain, slot kreativiti dan estetika
tidak akan dimasukkan dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
(KSPK). Menurut Halliza Hamzah (2008), pada peringkat awal murid-murid, otot-
otot kasar sudah berkembang tetapi otot-otot halus belum berkembang dengan
sempurna. Jadi, dengan merangka aktiviti yang melibatkan motor halus seperti
mewarna, diharapkan perkembangan fizikal murid-murid akan berkembang
secara optimum. Oleh itu, sebagai seorang guru prasekolah, adalah menjadi
tanggungjawab saya dalam membimbing murid-murid dan memperkembangkan
kebolehan murid-murid seawal umur lima dan enam tahun agar dapat
membantu mereka di prasekolah sebagai persediaan ke sekolah rendah,
sekolah menengah serta peringkat yang seterusnya.
Melalui aktiviti mewarna ini, banyak impak positif yang akan dikuasai oleh
murid-murid prasekolah seperti menambah penguasaan dari segi kemahiran
motor halus iaitu cara memegang pensel warna dengan cara yang betul. Dari
segi kognitif pula, murid-murid juga dapat meningkatkan pemahaman mereka
dalam membanding atau membezakan hasil kerja yang bermutu, cantik dan
kemas.
Semasa aktiviti mewarna, saya hanya memberi arahan yang ringkas dan
tidak menunjukkan cara yang tepat untuk mewarna lukisan. Impaknya, saya
telah berhadapan dengan sikap negatif dan sikap suka mengadu bahawa
mereka tidak pandai atau malas untuk menyiapkannya. Menurut Sharifah
Alawiyah Alsagoff (1986) yang telah mengatakan bahawa kaedah mengajar
ialah peredaram ke arah satu tujuan pengajaran yang telah dirancangkan
dengan teratur. Dengan itu, saya berpendapat bahawa menggunakan Frame
Art Mini dengan kaedah demonstrasi untuk mengatasi masalah aktiviti mewarna
keluar garisan lukisan serta meningkatkan minat murid-murid kepada aktiviti
mewarna.

2.2 Analisis Tinjauan Masalah
Kefahaman tentang sesuatu konsep dan minat adalah penting dalam
sesuatu pembelajaran. Menurut Howard Gardner (1983), ketidakserasian
antara kaedah mengajar mengajar dengan profil kecerdasan pelajar boleh
menyebabkan seseorang murid itu gagal atau hilang minat terhadap sesuatu
mata pelajaran. Pada pendapat saya, kaedah dan bahan bantu mengajar yang
sesuai boleh diaplikasikan untuk menarik minat murid-murid semasa aktiviti
mewarna dalam slot kreativiti dan estetika.
Kaedah yang ingin digunakan oleh saya ialah demonstrasi. Kaedah
demonstrasi ini akan membolehkan saya melihat kepada keupayaan murid-
murid untuk mengingat adalah lebih baik jika mereka membuat sesuatu sendiri
berbanding dengan apa yang mereka lihat. Hal ini disebabkan menurut Hasan
Langgulung (1981), mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud
jalan untuk mencapai tujuan. Jadi, apa-apa sahaja cara yang dilakukan oleh
guru adalah untuk memberi kefahaman kepada pelajar bagi mencapai objektif
pengajaran, maka itu adalah kaedah. Saya berharap dengan kaedah ini, murid-
murid akan berminat untuk mewarna, meningkatkan prestasi mereka serta
tahap kreativiti mereka juga akan bertambah. Melalui pemerhatian saya
semasa menjalankan praktikum di sekolah, saya mendapati bahawa kaedah
demonstrasi adalah kaedah yang paling digemari oleh guru bagi tujuan
pengajaran dan pembelajaran.
Bahan bantu mengajar yang ingin digunakan untuk mengatasi masalah
mewarna keluar dari garisan lukisan ialah bingkai. Bingkai ini telah dinamakan
dengan Frame Art Mini. Frame Art Mini ini adalah digunakan sebagai satu
alat untuk membantu murid-murid dalam aktivti mewarna supaya mereka tidak
mewarna keluar dari garisan lukisan. Di sini, saya juga berharap Frame Art
Mini ini akan dapat membantu murid-murid meningkatkan minat, pemahaman
dan penguasaan murid terhadap slot kreativiti dan estetika khususnya semasa
aktiviti mewarna.


3.0 OBJEKTIF KAJIAN
3.1 Objektif Umum
Kajian ini bertujuan untuk melihat penggunaan Frame Art Mini dengan
kaedah demonstrasi akan dapat mengatasi masalah mewarna keluar dari
garisan lukisan dalam aktivti mewarna.
3.2 Objektif Khusus
i. Mengenalpasti minat murid dalam aktiviti mewarna kesan daripada
penggunaan Frame Art Mini.
ii. Mengenalpasti tahap penguasaan motor halus murid dalam aktiviti
mewarna dengan penggunaan Frame Art Mini.
iii. Mengenalpasti tahap pemahaman murid tentang tidak keluar dari
garisan dalam aktivti mewarna dengan penggunaan Frame Art Mini
3.3 Soalan Kajian
i. Bagaimana penggunaan Frame Art Mini dapat menarik minat murid
dalam aktiviti mewarna?
ii. Sejauh manakah penggunaan Frame Art Mini dapat meningkatkan
tahap penguasaan murid dalam aktiviti mewarna?
iii. Sejauh manakah penggunaan Frame Art Mini dapat meningkatkan
tahap pemahaman murid dalam aktiviti mewarna?

4.0 KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran untuk kajian berkaitan menyelesaikan masalah mewarna
keluar dari garisan lukisan dengan menggunakan Frame Art Mini bagi murid-
murid Prasekolah Bestari SK Tembila ini adalah seramai 2 orang. Pemilihan
hasil kerja dijalankan secara bertujuan. Hasil kerja yang dipilih adalah dari
kalangan yang bermasalah dari segi minat, pemahaman dan penguasaan dalam
aktiviti mewarna. Murid-murid yang dipilih telah menunjukkan ciri-ciri mereka
bosan untuk terlibat aktif dalam aktiviti mewarna. Hasil kerja yang dipilih adalah
menghadapi masalah dalam aktiviti mewarna kerana kurang berminat dan
kurang tumpuan.


5.0 TINDAKAN YANG DICADANGKAN
5.1 Perancangan Tindakan
5.1.1 Reka Bentuk

Rajah 1: Model Kemmis & Mc Taggart

5.1.2 Perancangan Langkah-Langkah Tindakan
Langkah 1: Mereflek
Saya akan membuat refleksi dengan mengimbas
kembali sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah
dilangsung. Saya akan melihat pada kelemahan dan
kekuatan yang terdapat pada setiap sesi. Antara isu
yang diperhatikan oleh saya adalah sama ada murid
tidak faham atau tidak tahu tentang apa yang ingin
diterangkan oleh saya. Dari refleksi yang dilakukan,
saya telah berhadapan dengan masalah murid yang
kurang berminat, kurang pemahaman dan kurang
Merancang
Bertindak
Memerhati
Mereflek
penguasaan dalam bidang menggambar aktiviti
mewarna semasa Slot Kreativiti dan Estetika.



Langkah 2: Merancang
Saya akan merancang satu keadah tindakan yang
paling sesuai untuk menyelesaikan masalah yang
dihadapi oleh murid-murid. Tindakan ini difikirkan paling
sesuai dan berkesan untuk menyelesaikan masalah dari
segi minat, pemahaman dan penguasaan yang
dikenalpasti oleh murid-murid. Saya menggunakan
kaedah demonstrasi dan satu bahan bantu mengajar
Frame Art Mini untuk menyelesaikan masalah ini.

Langkah 3: Bertindak
Saya akan menggunakan Frame Art Mini dengan
kaedah demonstrasi untuk mengatasi masalah ini.
Sebelum menggunakan Frame Art Mini, saya akan
memberitahu kepada murid-murid tentang konsep tidak
keluar dari garisan lukisan dalam aktiviti mewarna
supaya mereka dapat meningkatkan tahap pemahaman
mereka terhadap aktiviti mewarna melalui software
komputer.
Saya akan menggunakan Frame Art Mini ini
untuk membuat demonstrasi supaya murid-murid dapat
tahu cara untuk menggunakan frame tersebut. Saya
juga akan menerangkan bahawa untuk menghasilkan
satu lukisan melalui aktiviti mewarna perlu mewarna
dengan kemas dan tidak boleh ada ruang putih dan
lukisan tersebut.
Untuk memudahkan pemahaman dan ingatan
murid, saya akan menunjukkan dua hasil kerja yang
berbeza di mana hasil kerja pertama diwarna dengan
kemas dan tidak keluar dari garisan lukisan dan hasil
kerja kedua diwarna dengan comot dan tidak cantik.
Selain itu, saya juga akan menggunakan 3 jenis
saiz dan 4 jenis bentuk bingkai untuk mengatasi
masalah ini. Hal ini disebabkan lukisan tidak mempunyai
saiz dan bentuk yang sama. Oleh itu, saya perlu
menyediakan bingkai dalam pelbagai bentuk dan saiz.

Langkah 4: Memerhati
Saya akan mengumpul dan menganalisis data bagi
menilai keberkesanan tindakan. Saya memilih untuk
menjalankan pemerhatian terhadap tiga objektif utama
kajian iaitu berkaitan dengan minat, penguasaan dan
pemahaman murid-murid. Pemerhatian yang dijalankan
telah direkodkan untuk dianalisis bagi mendapatkan
kesimpulan.

5.2 Perancangan Cara Mengumpulkan Data
Saya menggunakan empat instrument dalam kajian ini iaitu pemerhatian,
soal selidik dan analisis dokumen.
5.2.1 Soal Selidik
Borang soal selidik yang digunakan untuk mengukur minat,
pemahaman dan penguasaan setiap murid. Sebelum soal
selidik diedarkan, setiap murid diberikan penerangan ringkas.

5.2.2 Pemerhatian
Saya menggunakan rakaman video, gambar dan borang
pemerhatian yang telah disediakan lebih awal. Pemerhatian
dijalankan pada peringkat awal pengajaran dan pembelajaran,
semasa aktiviti yang dijalankan dan selepas aktiviti dijalankan.
Semasa peringkat awal pengajaran dan pembelajaran, saya
akan melihat bagaimana demonstrasi dan Frame Art Mini
meningkatkan minat murid-murid. Semasa pengajaran dan
pembelajaran, pemahaman murid-murid dicatatkan dalam
borang pemerhatian dan seterusnya saya akan memerhatikan
penguasaan murid-murid dalam penghasilan karya.



5.2.3 Analisis Dokumen
Analisis dokumen ini dijalankan terhadap hasil kerja murid-murid
sebelum menggunakan Frame Art Mini dan selepas
penggunaan Frame Art Mini semasa aktiviti mewarna.

5.3 Perancangan Cara Menganalisis Data
Melalui perancangan mengumpul data yang telah dicadangkan, saya
menggunakan kaedah kualitatif untuk menilai data-data yang diperolehi
daripada pemerhatian, soal selidik dan analisis dokumen.
5.3.1 Analisis Data Soal Selidik
Analisis soal selidik dilakukan melalui jawapan yang dipilih oleh
murid dalam borang soal selidik.

5.3.2 Analisis Data Pemerhatian
Data pemerhatian akan direkod pada peringkat awal, semasa
dan selepas aktiviti dijalankan dengan menggunakan gambar,
rakaman video dan borang pemerhatian.

5.3.3 Analisis Dokumen
Hasil kerja dalam dokumen akan dianalisis mengikut aspek dari
segi kekemasan lukisan yang dihasilkan oleh murid-murid
selepas aktiviti mewarna.










5.4 Perancangan Pelaksanaan Tindakan
5.4.1 Jadual Pelaksanaan
BIL AKTIVITI
MINGGU / BULAN
JAN FEB
M1 M2 M3 M4 M1 M2 M3 M4
1 Pengenalan
kepada Kaedah
Penyelidikan
dalam Pendidikan

a. Mempelajari
tentang prosedur
penyelidikan

b. Mengenal pasti
isu keperihatian
dan fokus kajian
(tajuk)

2 Praktikum (murid-
murid mewarna
semasa Slot
kreativiti dan
Estetika)

3 Penyataan
Masalah
4 MenulisProposal

a. Refleksi P&P
yang lalu
b. Fokus Kajian
c. Objektif dan
Persoalan kajian

d. Kumpulan
Sasaran
e. Tinjauan
Literatur
f. Perancangan

g. Jadual
Pelaksanaan
h. Kos Kajian

i. Rujukan

M= Minggu


5.4.2 Kos Kajian
Bahan Kualiti Kos
Mounting Board 4 Keping RM 12.00
Kertas Putih 1 Rim RM 10.00
Pisau 1 Batang RM 3.50
Ink Hitam 1 Botol RM 15.00
Jumlah RM 21.00

6.0 TINJAUAN LITERATUR
Aktiviti mewarna bagi slot Kreativiti dan Estetika mungkin nampak remeh,
namun guru masih perlu memastikan kaedah dan bahan bantu mengajar yang
dipilih adalah berkesan dan bermanfaat bagi murid-murid mereka. Menurut
Sternberg (2004), minda manusia mempunyai tiga potensi utama iaitu
kepintaran, kreativiti dan kebijaksanaan. Ketiga-tiga ini mesti dipupuk dan
dirangsang agar manusia dapat menggunakan mindanya secara optimum.
Sekiranya perkara ini belarutan, tentulah matlamat untuk melahirkan modal
insan yang inovatif dan seimbang sukar untuk dicapai.
Menurut Sharifah Alawiyah Alsagoff (1986) telah mengatakan bahawa
kaedah mengajar ialah peredaram ke arah satu tujuan pengajaran yang telah
dirancangkan dengan teratur. Hasan Langgulung (1981) pula mengatakan
bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan. Jadi,
apa-apa sahaja cara yang dilakukan oleh guru adalah untuk memberi
kefahaman kepada pelajar bagi mencapai objektif pengajaran, maka itu adalah
kaedah. Menurut Howard Gardner (1983) pula, ketidakserasian antara kaedah
mengajar mengajar dengan profil kecerdasan pelajar boleh menyebabkan
seseorang murid itu gagal atau hilang minat terhadap sesuatu mata pelajaran.
Menurut Wan Nooraini Binti Wan Muhammad (2009), antara ciri penting
dalam kaedah demontrasi adalah ia memberi peluang kepada murid untuk
benar-benar memahami apa yang hendak dipelajari setelah melalui prosedur
yang ditunjukkan. Ia juga akan membuat murid-murid menguasai konsep dan
prinsip dengan mudah serta meningkatkan ingatan murid-murid terhadap
langkah-langkah pelaksanaan sesuatu aktiviti. Guru yang menunjukkan
demonstrasi juga akan meningkatkan keyakinan murid-murid untuk menjalankan
sesuatu aktiviti. Seterusnya, melalui kaedah demonstrasi, murid-murid akan
dapat mencontohi sesuatu perlakuan dengan lebih mudah. Antara kelebihan
demonstrasi ini ialah memperkenalkan bahan pembelajaran baru kepada murid-
murid melalui penglihatan dan pendengaran.
Menurut Abdullah Hassan & Ainon Mohd (2005), setiap kanak-kanak
memiliki kemampuan kreativiti. Beliau menyarankan agar guru memerhatikan
bagaimana murid-murid bermain sama ada sendiri ataupun dalam kumpulan dan
guru akan dapat menyaksikan sendiri daya kreativiti semula jadi kanak-kanak.
Sayangnya adalah semasa murid-murid membesar, kreativiti mereka telah
ditekan melalui asakan dan latihan atas nama mengembangkan keupayaan lain.
Terdapat beberapa kepentingan dari aktiviti mewarna yang dapat
dikenalpasti adalah memantapkan kemahiran motor halus murid-murid. Menurut
Dokumen Standard Prasekolah yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan
Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia, beberapa kemahiran motor halus
yang perlu dikuasai oleh murid-murid prasekolah adalah mengoyak bebas,
menggunakan tangan untuk merenyuk serta menggunting menghasilkan satu
bentuk. Menurut Foster & Heasley (1966), guru boleh membantu murid-murid
mencapai kesejahteraan fizikal dengan membantu mereka membina kawalan
motor halus dan motor kasar.
Menurut Halliza Hamzah (2008), pada peringkat awal murid-murid, otot-
otot kasar sudah berkembang tetapi otot-otot halus belum berkembang dengan
sempurna. Jadi, dengan merangka aktiviti yang melibatkan motor halus seperti
mewarna, diharapkan perkembangan fizikal murid-murid akan berkembang
secara optimum.
Selain itu, terdapat beberapa kajian yang telah menunjukkan
keberkesanan teknik demonstrasi dalam pengajaran dan pembelajaran.
Antaranya ialah kajian oleh Azizi (2007) yang menyatakan keputusan dari hail
kajiannya mendapati bahawa murid-murid di tiga buah sekolah menengah teknik
di Negeri Sembilan lebih cenderung untuk mempelajari mata pelajaran
Pengajian Kejuruteraan Awam melalui kaedah pengajaran demonstrasi. Juteru
itu, Azizi (2007) turut menyarankan agar guru harus memperbanyakkan lagi
menggunakan kaedah ini semasa proses pengajaran dan pembelajaran kerana
didapati murid lebih berminat belajar melalui kaedah ini. Peralatan dan
kelengkapan untuk menjalankan kaedah ini haruslah mencukupi bagi
memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran.
Seterusnya, Jennifer (2005) juga menyatakan bahawa demontrasi ini
akan meningkatkan minat dan pemahaman dalam perkembangan kanak-kanak.
Menurutnya, minat murid-murid akan diraih dari pemerhatian terhadap tingkah
laku guru di dalam kelas semasa mengajar. Penilaian terhadap demonstrasi
yang ditunjukkan oleh guru akan membantu dalam pemerolehan dalam aspek
kognitif murid-murid.
Penggunaan demonstrasi dalam pengajaran dan pembelajaran berupaya
meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran. Daripada
dapatan Rief (1993), seorang psikologi kognitif telah menyatakan bahawa
seseorang murid akan ingat 10% daripada apa yang dibaca, 20% daripada apa
yang didengar, 30% daripada apa yang dilihat, 50% daripada apa yang didengar
dan dilihat, 70% daripada apa yang disuarakan sendiri dan 90% daripada apa
yang dilakukan sendiri. Dapatan tersebut juga memberi implikasi bahawa
pembelajaran yang berkesan boleh tercapai sekiranya murid terlibat aktif dalam
pembelajaran. Murid perlu melihat, mendengar dan melakukan sesuatu aktiviti.
Menurut Amir Hasan (2002), dalam sebuah bilik darjah, setiap individu
mempunyai psikologi dan kebolehan intelek yang berbeza antara satu sama lain.
Lantaran itu pengajaran yang dirancang perlu sesuai, disusun, mengikut tahap
pelajar dan disokong dengan kaedah pengajaran bagi merangsang
perkembangan potensi individu ke tahap yang maksimum. Menurutnya lagi, para
guru haruslah bijak dan kreatif dalam pengajarannya dengan mempelbagaikan
kaedah pengajaran dalam pengajaran mereka. Kaedah pengajaran adalah
penting dalam pengajaran dan pendidikan kerana ianya dapat merangsang
minat yang tinggi kepada murid untuk belajar.
Selain daripada itu, menurut Shahabuddin dan Rohizani (2003), apabila
seseorang pelajar sudah mempunyai minat, ia akan mendorong pelajar tersebut
untuk berusaha sehinggan Berjaya. Faktor minat ini menjadi pendorong utama
pelajar melakukan sesuatu. Apabila guru berjaya merangsang minat pelajar
terhadap pelajarannya dengan sendirinya, pelajar akan bermotivasi dan boleh
belajar tanpa dipaksa.
Menurut T. Sarina (2006) pula, kaedah tunjuk cara atau demonstrasi
adalah satu kaedah yang paling sesuai untuk membawa pelajar kepada hidup
berealiti. Menurutnya lagi, kaedah demonstrasi akan membolehkan pengkaji
melihat kepada keupayaan murid-murid untuk mengingat adalah lebih baik jika
mereka membuat sesuatu sendiri. Di samping itu, menurut (Abd. Ghafar 2003)
dalam (Mohd 2010), semasa demonstrasi dijalankan, guru memperlihatkan
kemahirannya kepada pelajar. Ini bermakna guru akan memberi penerangan
atau penjelasan semasa aktiviti ditunjukkan. Dengan cara ini, pelajar akan
mudah memahami apa yang dijelaskan oleh guru.
Menurut Ng Ying Shya (2004) yang menyatakan, pencaindera
penglihatan berupaya memproses 4300000 maklumat manakala pancaindera
pendengaran berupaya menerima 50000 maklumat. Selain itu, beliau juga
menyatakan bahawa kaedah demonstrasi adalah sangat penting kerana murid
dapat belajar menerusi pengalaman dan boleh digunakan dalam kehidupan
seharian. Dengan itu, guru hendaklah sentiasa peka terhadap perkembangan
semasa kaedah mengajar dan kesannya ke atas proses pembelajaran murid.
Guru juga perlu sentiasa berusaha ke arah pengajaran yang dapat memberikan
kesan positif kepada murid. Ini bukan sahaja dapat meningkatkan mutu
pengajaran dan pembelajaran di sekolah, malahan dapat melahirkan murid yang
dapat menyumbang tenaga kepada pembangunan negara.











7.0 ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA
Kajian saya ini adalah tentang menyelesaikan masalah mewarna keluar
dari garisan lukisan dengan menggunakan Frame Art Mini. Setiap dapatan
kajian akan dilihat dan dianalisis untuk mendapatkan hasil bagi setiap dapatan.
Analisis ini dibahagikan kepada analisis jadual pemerhatian, soal selidik dan
analisis dokumen.
7.1 Pemerhatian
Instrumen pemerhatian dibuat oleh saya adalah bagi melihat aspek
penting yang dikaji dalam kajian tindakan ini. Minat kedua-dua murid
diperhatikan pada peringkat awal pengajaran dan pembelajaran. Aspek
pemahaman dilihat semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung
iaitu semasa aktiviti mewarna dilakukan. Aspek penguasaan murid dalam
aktiviti mewarna ini juga diperhatikan selepas murid menyiapkan aktiviti
mewarna. Semua item yang diperhatikan ditandakan dalam borang
pemerhatian yang dibuat dalam bentuk soalan. Jadual pemerhatian ini
membandingkan antara pemerhatian aktiviti mewarna tanpa menggunaka
Frame Art Mini serta pemerhatian aktiviti mewarna yang menggunakan
Frame Art Mini.
Pemerhatian pertama menunjukkan perbandingan pemerhatian minat
antara dua murid iaitu Murid A dan Murid B sebelum menggunakan
Frame Art Mini dan selepas menggunakan Frame Art Mini pada
peringkat awal pengajaran dan pembelajaran. Pemerhatian ini akan
menunjukkan bahawa pengguanaan Frame Art Mini benar-benar
membantu meningkatkan minat murid kerana mereka telah tahu cara-cara
untuk mewarna bagi tidak keluar dari garisan dan menghasilkan lukisan
yang cantik serta berminat untuk mewarna.





Pemerhatian kepada Murid A:
MURID A: faris
Soalan Ya Tidak
1
Adakah murid menunjukkan kesungguhan dalam aktiviti
mewarna?
/
2
Adakah murid bermain sesama sendiri semasa guru
memperkenalkan gambar lukisan?
/
3
Adakah murid memberi respon pada guru ketika
demonstrasi dilakukan dengan penggunaan Frame Art
Mini?
/
Jadual 7.1.1: Pemerhatian terhadap minat pada peringkat awal
pengajaran dan pembelajaran sebelum menggunakan Frame Art Mini

Soalan Ya Tidak
1
Adakah murid menunjukkan kesungguhan dalam aktiviti
mewarna?
/
2
Adakah murid bermain sesama sendiri semasa guru
memperkenalkan gambar lukisan?
/
3
Adakah murid memberi respon pada guru ketika
demonstrasi dilakukan dengan penggunaan Frame Art
Mini?
/
Jadual 7.1.2: Pemerhatian terhadap minat pada peringkat awal
pengajaran dan pembelajaran selepas menggunakan Frame Art Mini
Analisis pemerhatian peringkat awal pengajaran dan pembelajaran
Soalan 1: Adakah murid menunjukkan kesungguhan dalam aktiviti mewarna?
Sebelum menggunakan Frame Art Mini, murid ini tidak menyiapkan lukisan
walaupun masa yang ada untuk melakukan aktiviti mewarna masih banyak. Tetapi,
setelah penggunaan Frame Art Mini ditunjukkan, murid ini telah bersungguh-
sungguh untuk menyiapkan aktiviti mewarna untuk menghasilkan lukisan yang
cantik.
Soalan 2: Adakah murid bermain sesama sendiri semasa guru
memperkenalkan gambar lukisan?
Murid ini tidak memberi perhatian kepada guru semasa memperkenalkan gambar
lukisan sebelum dan selepas menggunakan Frame Art Mini. Hal ini disebabkan dia
tidak suka mendengar penjelasan yang diberikan oleh guru. Murid ini asyik-asyik
harap boleh cepat dapat gambar lukisan tanpa penjelasan guru kerana dia ingin
mewarna. Hal ini disebabkan dia berminat dalam aktiviti mewarna.
Soalan 3: Adakah murid memberi respon pada guru ketika demonstrasi
dilakukan dengan penggunaan Frame Art Mini?
Soalan ini diperhatikan selepas penggunaan Frame Art Mini. Setelah pemerhatian
dibuat, murid ini dapat memberi respon pada guru. Respon seperti menganggukkan
kepala dilihat sebagai murid ini memahami dan berminat pada sesi aktiviti mewarna
dengan pengguanaan Frame Art Mini jika dibandingkan dengan murid yang tidak
memberikan sebarang respon kepada guru.












Pemerhatian kepada Murid B
MURID B: fitri
Soalan Ya Tidak
1
Adakah murid menunjukkan kesungguhan dalam aktiviti
mewarna?
/
2
Adakah murid bermain sesama sendiri semasa guru
memperkenalkan gambar lukisan?
/
3
Adakah murid memberi respon pada guru ketika
demonstrasi dilakukan dengan penggunaan Frame Art
Mini?
/
Jadual 7.1.3: Pemerhatian terhadap minat pada peringkat awal
pengajaran dan pembelajaran sebelum menggunakan Frame Art Mini

Soalan Ya Tidak
1
Adakah murid menunjukkan kesungguhan dalam aktiviti
mewarna?
/
2
Adakah murid bermain sesama sendiri semasa guru
memperkenalkan gambar lukisan?
/
3
Adakah murid memberi respon pada guru ketika
demonstrasi dilakukan dengan penggunaan Frame Art
Mini?
/
Jadual 7.1.4: Pemerhatian terhadap minat pada peringkat awal
pengajaran dan pembelajaran selepas menggunakan Frame Art Mini
Analisis pemerhatian peringkat awal pengajaran dan pembelajaran
Soalan 1: Adakah murid menunjukkan kesungguhan dalam aktiviti mewarna?
Sebelum menggunakan Frame Art Mini murid ini menyiapkan lukisan dengan
bersungguh-sungguh walau tidak kemas dan apabila nampak kawannya sudah siap
mewarna, dia pun mula mewarna lukisan dengan bersiar-siar walaupun masa untuk
aktiviti mewarna masih banyak. Tetapi, setelah penggunaan Frame Art Mini
ditunjukkan, murid ini bersungguh-sungguh untuk menyiapkan aktiviti mewarna
untuk menghasilkan lukisan yang kemas walaupun kawan lain sudah siap mewarna.
Soalan 2: Adakah murid bermain sesama sendiri semasa guru
memperkenalkan gambar lukisan?
Murid ini memberi perhatian kepada guru semasa memperkenalkan gambar lukisan
tanpa menggunakan Frame Art Mini. Selepas penggunaan Frame Art Mini, murid
ini lagi memberi tumpuan kepada guru semasa memperkenalkan gambar lukisan
semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
Soalan 3: Adakah murid memberi respon pada guru ketika demonstrasi
dilakukan dengan penggunaan Frame Art Mini?
Soalan ini diperhatikan selepas penggunaan Frame Art Mini. Setelah pemerhatian
dibuat, murid dapat memberi respon pada guru. Respon melalui percakapan seperti
Cikgu, saya faham dilihat sebagai murid ini memahami dan berminat pada sesi
aktiviti mewarna dengan pengguanaan Frame Art Mini jika dibandingkan dengan
murid yang tidak memberikan sebarang respon kepada guru.












Pemerhatian kedua menunjukkan perbandingan pemerhatian pemahaman antara
dua murid iaitu Murid A dan Murid B sebelum menggunakan Frame Art Mini dan
selepas menggunakan Frame Art Mini pada peringkat awal pengajaran dan
pembelajaran.
Pemerhatian kepada Murid A:
MURID A: faris
Soalan Ya Tidak
1
Adakah murid dapat membezakan lukisan yang cantik
atau tidak cantik?
/
2
Adakah murid faham bahawa maksud mewarna tidak
keluar dari garisan dalam aktiviti mewarna?
/
3
Adakah murid boleh menyatakan kesan jika mewarna
keluar dari garisan lukisan boleh menjejaskan
kekemasan hasilan lukisan?
/
Jadual 7.1.5: Pemerhatian terhadap pemahaman pada peringkat awal
pengajaran dan pembelajaran sebelum menggunakan Frame Art Mini

Soalan Ya Tidak
1
Adakah murid dapat membezakan lukisan yang cantik
atau tidak cantik?
/
2
Adakah murid faham bahawa maksud mewarna tidak
keluar dari garisan dalam aktiviti mewarna?
/
3
Adakah murid boleh menyatakan kesan jika mewarna
keluar dari garisan lukisan boleh menjejaskan
kekemasan hasilan lukisan?
/
Jadual 7.1.6: Pemerhatian terhadap pemahaman pada peringkat awal
pengajaran dan pembelajaran selepas menggunakan Frame Art Mini



Analisis pemerhatian peringkat awal pengajaran dan pembelajaran
Soalan 1: Adakah murid dapat membezakan lukisan yang cantik atau tidak
cantik?
Sebelum dan selepas penggunaan Frame Art Mini, murid A sudah dapat
membezakan lukisan yang cantik dan tidak cantik. Tetapi murid A ini orang yang
malas dan suka membuat kerja siar-siar serta menyebabkan hasil lukisan dia
menjadi tidak cantik dan kemas.
Soalan 2: Adakah murid faham bahawa maksud mewarna tidak keluar dari
garisan dalam aktiviti mewarna?
Murid A memahami maksud mewarna tidak keluar dari garisan lukisan tetapi dia
malas mewarna dan selalu mewarna keluar dari garisan. Selepas penggunaan
Frame Art Mini, murid A ini dapat mewarna mengikut tepi garisan dan tidak keluar
dari garisan. Hal ini disebabkan Frame Art Mini ini telah berkesan kepada dia.
Soalan 3: Adakah murid boleh menyatakan kesan jika mewarna keluar dari
garisan lukisan boleh menjejaskan kekemasan hasilan lukisan?
Murid A tidak boleh jawap soalan ini kerana dia mementingkan hasilan lukisan.
Maksud lukisan tersebut cantik atau tidak cantik dia tidak peduli sebab dia ingin nak
main dengan kawan dan malas untuk mewarna. Tetapi selepas penggunaan Frame
Art Mini, murid A ini telah berubah dan boleh menjawab soalan ini. Hal ini
disebabkan dia tahu cara untuk mewarna supaya lukisan tersebut nampak kemas
dan cantik serta dapat pujian daripada guru.








Pemerhatian kepada Murid B:
MURID B: fitri
Soalan Ya Tidak
1
Adakah murid dapat membezakan lukisan yang cantik
atau tidak cantik?
/
2
Adakah murid faham bahawa maksud mewarna tidak
keluar dari garisan dalam aktiviti mewarna?
/
3
Adakah murid boleh menyatakan kesan jika mewarna
keluar dari garisan lukisan boleh menjejaskan
kekemasan hasilan lukisan?
/
Jadual 7.1.7: Pemerhatian terhadap pemahaman pada peringkat awal
pengajaran dan pembelajaran sebelum menggunakan Frame Art Mini

Soalan Ya Tidak
1
Adakah murid dapat membezakan lukisan yang cantik
atau tidak cantik?
/
2
Adakah murid faham bahawa maksud mewarna tidak
keluar dari garisan dalam aktiviti mewarna?
/
3
Adakah murid boleh menyatakan kesan jika mewarna
keluar dari garisan lukisan boleh menjejaskan
kekemasan hasilan lukisan?
/
Jadual 7.1.8: Pemerhatian terhadap pemahaman pada peringkat awal
pengajaran dan pembelajaran selepas menggunakan Frame Art Mini
Analisis pemerhatian peringkat awal pengajaran dan pembelajaran
Soalan 1: Adakah murid dapat membezakan lukisan yang cantik atau tidak
cantik?
Walaupun sebelum penggunaan Frame Art Mini, murid B sudah tahu membezakan
hasilan lukisan yang cantik atau tidak cantik. Ini bermaksud walaupun dia belum
menguasai cara yang betul untuk menghasilkan lukisan yang cantik tetapi dia boleh
membezakan kecantikkan sesuatu lukisan. Selepas penggunaan Frame Art Mini,
murid B ini telah boleh membeza dan menghasilkan lukisan yang cantik dan kemas
seperti apa yang dia ingin.
Soalan 2: Adakah murid faham bahawa maksud mewarna tidak keluar dari
garisan dalam aktiviti mewarna?
Murid B memahami maksud mewarna tidak keluar dari garisan lukisan tetapi dia
tidak dapat mengawal sendiri semasa mewarna. Masalah murid B ini telah diatasi
dengan penggunaan Frame Art Mini. Hal ini disebabkan Frame Art Mini ini dapat
membantu murid B memahami cara mewarna dalam satu ruang supaya tidak keluar
dari garisan ruang tersebut.
Soalan 3: Adakah murid boleh menyatakan kesan jika mewarna keluar dari
garisan lukisan boleh menjejaskan kekemasan hasilan lukisan?
Murid B boleh menjawab soalan ini tetapi jawapannya berbeza dengan sebelum dan
selepas penggunaaan Frame Art Mini. Sebelum penggunaan Frame Art Mini,
jawapan murid B adalah lukisan tidak cantik dan comot serta keluar dari garisan
lukisan. Manakala selepas penggunaan Frame Art Mini, murid B boleh memberi
jawapan yang tepat iaitu jika mewarna keluar dari garisan lukisan, lukisan tersebut
akan menjadi tidak kemas kerana bukan mewarna satu arah selain tidak cantik.














Pemerhatian ketiga menunjukkan perbandingan pemerhatian penguasaan antara
dua murid iaitu Murid A dan Murid B sebelum menggunakan Frame Art Mini dan
selepas menggunakan Frame Art Mini pada peringkat awal pengajaran dan
pembelajaran.
Pemerhatian kepada Murid A:
MURID A: faris
Soalan Ya Tidak
1
Adakah murid dapat menghasilkan lukisan yang kemas
dengan penggunaan Frame Art Mini?
/
2
Adakah murid dapat mewarna mengikut tepi garisan
semasa aktiviti mewarna?
/
3
Adakah murid dapat mewarna lukisan dengan baik dan
cantik iaitu warna tidak keluar dari garisan lukisan?
/
Jadual 7.1.9: Pemerhatian terhadap penguasaan pada peringkat awal
pengajaran dan pembelajaran sebelum menggunakan Frame Art Mini

Soalan Ya Tidak
1
Adakah murid dapat menghasilkan lukisan yang kemas
dengan penggunaan Frame Art Mini?
/
2
Adakah murid dapat mewarna mengikut tepi garisan
semasa aktiviti mewarna?
/
3
Adakah murid dapat mewarna lukisan dengan baik dan
cantik iaitu warna tidak keluar dari garisan lukisan?
/
Jadual 7.1.10: Pemerhatian terhadap penguasaan pada peringkat awal
pengajaran dan pembelajaran selepas menggunakan Frame Art Mini




Analisis pemerhatian peringkat awal pengajaran dan pembelajaran
Soalan 1: Adakah murid dapat menghasilkan lukisan yang kemas dengan
penggunaan Frame Art Mini?
Murid A tidak dapat menghasilkan lukisan yang kemas sebelum penggunaan Frame
Art Mini Hal ini disebabkan dia mewarna ke pelbagai arah dan menyebabkan
lukisan itu Nampak comot dan tidak kemas. Tetapi masalah ini telah diatasi dengan
penggunaan Frame Art Mini kerana dia sudah tahu cara mewarna yang betul.
Soalan 2: Adakah murid dapat mewarna mengikut tepi garisan semasa aktiviti
mewarna?
Tidak. Ini disebabkan dia tidak biasa mewarna mengikut tepi garisan lukisan.
Selepas penggunaan Frame Art Mini murid A telah belajar melukis garisan
mengikut garisan lukisan sebelum mewarna. Ini disebabkan untuk mengingat dia
sendiri supaya tidak mewarna keluar dari garisan lukisan.
Soalan 3: Adakah murid dapat mewarna lukisan dengan baik dan cantik iaitu
warna tidak keluar dari garisan lukisan?
Melalui pemerhatian saya, murid A tidak dapat mewarna lukisan dengan baik dan
cantik sebelum penggunaan Frame Art Mini. Masalah ini telah diatasi selepas
penggunaan Frame Art Mini. Hal ini disebabkan murid A telah banyak kali
melakukan latih tubi dengan menggunakan Frame Art Mini semasa aktiviti
mewarna.







Pemerhatian kepada Murid B:
MURID B: fitri
Soalan Ya Tidak
1
Adakah murid dapat menghasilkan lukisan yang kemas
dengan penggunaan Frame Art Mini?
/
2
Adakah murid dapat mewarna mengikut tepi garisan
semasa aktiviti mewarna?
/
3
Adakah murid dapat mewarna lukisan dengan baik dan
cantik iaitu warna tidak keluar dari garisan lukisan?
/
Jadual 7.1.11: Pemerhatian terhadap penguasaan pada peringkat awal
pengajaran dan pembelajaran sebelum menggunakan Frame Art Mini

Soalan Ya Tidak
1
Adakah murid dapat menghasilkan lukisan yang kemas
dengan penggunaan Frame Art Mini?
/
2
Adakah murid dapat mewarna mengikut tepi garisan
semasa aktiviti mewarna?
/
3
Adakah murid dapat mewarna lukisan dengan baik dan
cantik iaitu warna tidak keluar dari garisan lukisan?
/
Jadual 7.1.12: Pemerhatian terhadap penguasaan pada peringkat awal
pengajaran dan pembelajaran selepas menggunakan Frame Art Mini
Analisis pemerhatian peringkat awal pengajaran dan pembelajaran
Soalan 1: Adakah murid dapat menghasilkan lukisan yang kemas dengan
penggunaan Frame Art Mini?
Sebelum penggunaan Frame Art Mini, murid B tidak dapat menghasilkan lukisan
yang kemas. Hal ini disebabkan dia ssuka mewarna tidak ikut satu arah dan tidak
penuhkan ruang lukisan. Tetapi selepas pengunaan Frame Art Mini, murid B telah
menunjukkan peningkatan dari segi mewarna lukisan dengan kemas dan penuh.

Soalan 2: Adakah murid dapat mewarna mengikut tepi garisan semasa aktiviti
mewarna?
Murid B kadang-kadang mewarna mengikut tepi garian semasa mewarna walaupun
dia masih mewarna keluar dari garisan lukisan melalui pemerhatian saya. Tetapi
selepas penggunaan Frame Art Mini, Murid B telah mengubah amalan dia semasa
mewarna iaitu mewarna mengikut tepi garisan untuk mengelakkan mewarna kelaur
dari garisan lukisan.
Soalan 3: Adakah murid dapat mewarna lukisan dengan baik dan cantik iaitu
warna tidak keluar dari garisan lukisan?
Dengan memerhatikan hasil lukisan yang dihasilkan oleh murid B, didapati sebelum
penggunaan Frame Art Mini, dia tidak dapat mewarna lukisan dengan baik dan
cantik serta tidak kemas. Selepas penggunaan Frame Art Mini hasil lukisan murid
B telah memuaskan hati saya. Hal ini disebabkan murid B sudah dapat
menghasilkan lukisan yang baik, cantik serta kemas berbanding dengan sebelum ini.















7.2 Soal Selidik
Dalam kajian ini, instrument soal selidik digunakan. Instrumen ini
digunakan untuk membuktikan bahawa penggunaan Frame Art Mini
yang dibuat oleh saya benar-benar dapat meningkatkan tiga aspek yang
dikaji iaitu dari segi aspek minat, pemahaman dan penguasaan kedua-dua
murid. Soalan kaji selidik ini diedarkan selepas penggunaan Frame Art
Mini.
Analisis Soal Selidik Minat Murid A:
Soalan Ya Tidak
1
Adakah anda berminat untuk melakukan aktiviti semasa
Slot Kreativiti dan Estetika?
/
2
Adakah belajar Slot Kreativiti dan Estetika
menyeronokkan?
/
3
Adakah anda ingin melakukan aktiviti mewarna pada
masa depan?
/
Jadual 7.2.1: Analisis minat murid A
Analisis Soal Selidik Minat Murid B:
Soalan Ya Tidak
1
Adakah anda berminat untuk melakukan aktiviti semasa
Slot Kreativiti dan Estetika?
/
2
Adakah belajar Slot Kreativiti dan Estetika
menyeronokkan?
/
3
Adakah anda ingin melakukan aktiviti mewarna pada
masa depan?
/
Jadual 7.2.2: Analisis minat murid B
Dari jadual analisis minat murid di atas, didapati kedua-dua murid
menjawab ya bagi semua soalan soal selidik dari segi aspek minat. Dari soalan
pertama iaitu adakah mereka berminat untuk melakukan aktiviti semasa Slot
Kreativiti dan Estetika, mereka menjawab ya. Ini membuktikan masalah murid yang
tidak berminat untuk melakukan aktiviti dapat diatasi.
Soalan kedua soal selidik turut mendapati bahawa kedua-dua murid
bersetuju bahawa belajar semasa Slot Kreativiti dan Estetika adalah
menyeronokkan. Ini adalah perkembangan yang baik kerana meransang kedua-dua
murid yang dulunya pasif menjadi lebih bersemangat untuk belajar kerana mereka
seronok tanpa melakukan aktiviti mewarna dengan paksaan dan perasaan tidak rela.
Soalan ketiga di dalam borang soal selidik ialah adakah mereka ingin
melakukan aktiviti mewarna pada masa depan. Kedua-dua murid menjawab ya. Hal
ini menunjukkan murid A dan murid B telah berminat dalam bidang seni dan suka
melakukan aktiviti mewarna.
Kesimpulannya, dari jadual di atas yang telah menguji minat murid
mendapati penggunaan Frame Art Mini dapat membantu meningkatkan minat
kedua-dua murid dalam bidang seni. Masalah murid yang tidak berminat pada aktiviti
mewarna semasa Slot kreativiti Estetika sebelum ini dapat diatasi.













Analisis Soal Selidik Pemahaman Murid A:
Soalan Ya Tidak
1
Adakah anda tahu membezakan hasil lukisan yang
cantik dan tidak cantik?
/
2
Adakah anda tahu membezakan hasil lukisan yang
kemas dan tidak kemas?
/
3
Adakah anda dapat menjawab soalan yang ditanya oleh
guru?
/
Jadual 7.2.3: Analisis pemahaman murid A
Analisis Soal Selidik Pemahaman Murid B:
Soalan Ya Tidak
1
Adakah anda tahu membezakan hasil lukisan yang
cantik dan tidak cantik?
/
2
Adakah anda tahu membezakan hasil lukisan yang
kemas dan tidak kemas?
/
3
Adakah anda dapat menjawab soalan yang ditanya oleh
guru?
/
Jadual 7.2.4: Analisis pemahaman murid B
Bagi soalan pertama, kedua-dua murid menunjukkan peningkatan dalam
aspek pemahaman. Mereka telah dapat membezakan lukisan yang baik dan tidak
baik. Ini menunjukkan murid telah faham kriteria mewarna satu lukisan yang baik
dan cantik.
Bagi soalan kedua pula, kedua-dua murid juga boleh membezakan hasil
lukisan yang kemas dan tidak kemas. Hal ini menunjukkan peningkatan pemahaman
kedua-dua murid semasa melakukan aktiviti mewarna. Hal ini juga disebabkan
kedua-kedua murid tersebut telah tahu cara mewarna dengan kemas tanpa keluar
dari garisan lukisan.
Seterusnya, soalan soal selidik yang ketiga dalam aspek pemahaman
iaitu murid dapat menjawab soalan yang ditanya oleh guru. Kedua-dua murid dapat
menjawab soalan guru dengan baik dan yakin sebab mereka sudah memahami.
Kesimpulannya, dari jadual analisis pemahaman kedua-dua murid,
didapati bahawa pemahaman murid A dan murid B telah meningkat dan ini
membuktikan penggunaan Frame Art Mini yang dibuat oleh saya dapat membantu
membantu kedua-dua murid dalam memahami isi pelajaran dalam Slot Kreativiti dan
Estetika ini.



















Analisis Soal Selidik Penguasaan Murid A:
Soalan Ya Tidak
1
Adakah anda dapat mewarna tanpa mengguna Frame
Art Mini?
/
2
Adakah anda dapat mewarna mengikut tepi garisan
lukisan tanpa keluar dari garisan?
/
Jadual 7.2.3: Analisis penguasaan murid A
Analisis Soal Selidik Penguasaan Murid B:
Soalan Ya Tidak
1
Adakah anda dapat mewarna tanpa mengguna Frame
Art Mini?
/
2
Adakah anda dapat mewarna mengikut tepi garisan
lukisan tanpa keluar dari garisan?
/
Jadual 7.2.4: Analisis penguasaan murid B
Jadual di atas menunjukkan bukti penguasaan murid A dan murid B.
Penguasaan kedua-dua murid dalam aspek ini akan dapat menunjukkan bahawa
penggunaan Frame Art Mini yang dibuat oleh saya benar-benar dapat membantu
meningkatkan penguasaan murid-murid dalam melakukan aktiviti mewarna.
Soalan pertama dalam soal selidik aspek penguasaan adalah sama ada
murid dapat mewarna tanpa mengguna Frame Art Mini. Sebelum ini, murid boleh
mewarna tetapi selalu mewarna keluar dari garisan lukisan. Tetapi, setelah
penggunaan Frame Art Mini, murid mampu mewarna dengan baik dan cantik tanpa
menggunakan Frame Art Mini.
Bagi soalan kedua pula, saya mahu memastikan sama ada kedua-dua
murid dapat mewarna mengikut tepi garisan lukisan tanpa keluar dari garisan
ataupun tidak. Aspek penguasaan ini amat penting kerana ia menjejaskan
kekemasan hasil akhir lukissan. kedua-dua murid dapat menguasai cara mewarna
dengan baik dan juga menghasilkan lukisan dengan kemas tanpa menggunakan
Frame Art Mini.
Kesimpulannya, setelah saya menunjukkan cara penggunaan Frame Art
Mini sebelum murid melakukan aktiviti mewarna masing-masing, dibuktikan bahawa
tahap penguasaan kedua-dua murid dapat ditingkatkan. Hal ini disebabkan mereka
telah banyak kali buat latihan mewarna dengan penggunaan Frame Art Mini.
Aktiviti mewarna yang dilakukan dijalankan dengan baik, cantik dan kemas. Menurut
Rief (1993), seseorang


















7.3 Analisis Dokumen
Hasil kerja kedua-dua murid dianalisis dan diberikan penilaian.
Pemarkahan yang diberikan adalah berpandukan rubrik pemarkahan kerja
kursus Pendidikan Seni Visual. Walaubagaimanapun, saya telah
mengubahsuai rubrik ini mengikut pertimbangan yang wajar atas sebab
rubrik ini perlu dipermudahkan kerana murid-murid dalam kajian tindakan
ini adalah dalam kalangan murid-murid prasekolah. Analisis dokumen ini
hanya memfokuskan pada penguasaan murid kerana analisis dokumen
dijalankan terhadap hasil kerja akhir lukisan murid. Hasil kerja murid-murid
akan dinilai semasa dan selepas pengunaan Frame Art Mini.
Aspek yang diperhatikan terhadap hasil kerja murid-murid adalah dari
segi kekemasan. Aspek ini adalah amat penting dalam satu lukisan. Aspek
kekemasan ini ditentukan dengan cara mewarna iaitu mewarna tidak
keluar dari garisan lukisan dan mewarna kepada satu arah sahaja supaya
lukisan nampak kemas dan cantik. Hal ini disebabkan jika murid tidak
dapat menguasai cara mewarna, hasil lukisan tersebut akan menjadi
comot, tidak cantik dan kemas. Selepas cara penggunaan Frame Art
Mini ditunjukkan, perbezaan hasil kerja murid A dan murid B dapat
dikesan dengan lebih jelas berbanding dengan sebelum penggunaan
Frame Art Mini.
Kesimpulannya, tahap penguasaan kedua-dua murid dapat
ditingkatkan dengan adanya penggunaan Frame Art Mini. Kedua-dua
murid ini telah menunjukkan peningkatan tahap penguasaan dari D
(kurang mencapai tahap) kepada B (baik) dan kadang-kadang (sangat
baik). Dengan ini, jelaslah penggunaan Frame Art Mini ini akan dapat
membantu guru memudahkan proses penguasaan murid-murid terutama
dalam bidang mewarna seperti kajian ini.







8.0 DAPATAN
8.1 Pendahuluan
Dakam bab ini, saya akan membincangkan hasil dapatan yang diperolehi
dari bab sebelumnya. Perbincangan ini adalah tentang hasil dapatan
kajian yang berkaitan dengan menyelesaikan masalah mewarna keluar
dari garisan dengan penggunaan Frame Art Mini bagi murid Prasekolah
Bestari, SK Tembila.

8.2 Ringkasan Kajian
Murid yang dipilih oleh saya adalah terdiri daripada murid-murid
Prasekolah Bestari, SK Tembila, Kuala Terengganu. Kedua-dua murid ini
terdiri daripada murid yang bermasalah mewarna keluar dari garisan
dalam aspek minat, pemahaman dan penguasaan bagi Slot Kreativiti dan
Estetika. Kedua-dua murid ini adalah budak lelaki dan berbangsa Melayu.
Untuk mendapatkan hasil dapatan yang sahih, saya telah menggunakan
tiga instrument. Instrument tersebut adalah borang pemerhatian dan soal
selidik digunakan untuk menentukan peningkatan dari segi minat,
pemahaman dan penguasaan kedua-dua murid. Satu lagi instrument
adalah analisis dokumen. Analisis dokumen ini menumpukan pada aspek
penguasaan kedua-dua murid dalam penghasilan lukisan.

8.3 Minat Murid
Saya memilih untuk melihat aspek minat dalam kajian ini adalah
disebabkan tanpa minat, apapun aktiviti yang dirancang oleh saya tidak
akan dapat sambutan sebagaimana yang diharapkan. Menurut Amir
Hasan (2002), dalam sebuah bilik darjah, setiap individu mempunyai
psikologi dan kebolehan intelek yang berbeza antara satu sama lain.
Lantaran itu pengajaran yang dirancang perlu sesuai, disusun, mengikut
tahap pelajar dan disokong dengan kaedah pengajaran bagi merangsang
perkembangan potensi individu ke tahap yang maksimum. Menurutnya
lagi, para guru haruslah bijak dan kreatif dalam pengajarannya dengan
mempelbagaikan kaedah pengajaran dalam pengajaran mereka. Kaedah
pengajaran adalah penting dalam pengajaran dan pendidikan kerana
ianya dapat merangsang minat yang tinggi kepada murid untuk belajar.
Perbincangan mengenai minat murid akan dihuraikan dari borang
pemerhatian dan borang soal selidik yang telah digunakan terhadap
kedua-dua murid. Dalam pemerhatian saya, setelah saya menunjukkan
cara penggunaan Frame Art Mini, minat murid bertambah iaitu murid
menunjukkan kesungguhan untuk menyiapkan aktiviti mewarna.
Kemudian, saya juga dapat perhatikan bahawa murid tidak bermain
sesame sendiri semasa guru memperkenalkan lukisan sebelum mewarna.
Akhir sekali, saya juga mendapati bahawa murid dapat memerhatikan
cara-cara untuk mewarna dan berhati-hati semasa mewarna supaya tidak
mewarna keluar dari garisan lukisan. Hal ini adalah selari dengan
pendapat Jennifer (2005) yang menyatakan demonstrasi akan
meningkatkan minat dan pemahaman dalam perkembangan kanak-kanak.
Menurutnya, minat kanak-kanak akan diraih dari pemerhatian terhadap
tingkahlaku guru di dalam kelas semasa mengajar. Penilaian terhadap
demonstrasi yang ditunjukkan oleh guru akan membantu dalam
pemerolehan dalam aspek kognitif kanak-kanak.
Bagi instrument kedua pula, saya memilih menggunakan borang soal
selidik untuk mengenalpasti peningkatan minat murid. Dapatan dari soal
selidik menunjukkan bahawa minat murid telah bertambah. Didapati
bahawa murid berminat untuk melakukan aktiviti mewarna semasa Slot
Kreativiti dan Estetika. Murid juga bersetuju bahawa belajar Slot Kreativiti
dan Estetika adalah menyeronokkan dan murid juga ingin melakukan
aktiviti mewarna lagi di masa depan. Menurut Shahabuddin dan Rohizani
(2003), apabila seseorang pelajar sudah mempunyai minat, ia akan
mendorong pelajar tersebut untuk berusaha sehinggan Berjaya. Faktor
minat ini menjadi pendorong utama pelajar melakukan sesuatu. Apabila
guru berjaya merangsang minat pelajar terhadap pelajarannya dengan
sendirinya, pelajar akan bermotivasi dan boleh belajar tanpa dipaksa.
Kesimpulannya, saya berpendapat penggunaan Frame Art Mini telah
dapat meningkatkan minat kedua-dua murid yang dikaji. Seperti yang
telah diketahui, minat adalah aspek penting yang harus dimiliki oleh murid
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Ng Ying Shya
(2004), kaedah demonstrasi adalah sangat penting kerana pelajar dapat
belajar menerusi pengalaman dan boleh digunakan dalam kehidupan
seharian. Dengan itu, para guru hendaklah sentiasa peka terhadap
perkembangan semasa tentang kaedah mengajar dan kesannya ke atas
proses pembelajaran pelajar. Guru juga perlu sentiasa berusaha ke arah
pengajaran yang dapat memberikan kesan positif kepada pelajarannya. Ini
bukan sahaja dapat meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di
sekolah, malahan dapat melahirkan pelajar yang dapat menyumbang
tenaga kepada pembangunan negara.

8.4 Pemahaman Murid
Dari segi pemahaman murid, saya menggunakan instrument borang
pemerhatian dan soal selidik. Dari item pemerhatian yang dibina, saya
ingin membuktikan bahawa dengan adanya penggunaan Frame Art Mini,
pemahaman murid akan meningkat. Ia adalah kerana murid dapat belajar
cara untuk mewarna supaya menghasilkan lukisan yang cantik dan
kemas. Selain itu, murid juga boleh menerangkan kesan mewarna keluar
dari garisan boleh menjejaskan kekemasan hasilan lukisan. Menurut (Abd.
Ghafar 2003) dalam (Mohd 2010), semasa demonstrasi dijalankan, guru
memperlihatkan kemahirannya kepada pelajar. Ini bermakna guru akan
memberi penerangan atau penjelasan semasa aktiviti ditunjukkan. Dengan
cara ini, pelajar akan mudah memahami apa yang dijelaskan oleh guru.
Instrumen kedua untuk membuktikan peningkatan tahap pemahaman
murid adalah soal selidik. Keputusan dari soal selidik yang diberikan
kepada murid menunjukkan pemahaman kedua-dua murid telah
meningkat dan ini membuktikan kaedah demonstrasi penggunaan Frame
Art Mini oleh saya dapat membantu murid dalam memahami isi pelajaran
dalam Slot Kreativiti dan Estetika. Menurut T. Sarina (2006), kaedah
tunjuk cara atau demonstrasi adalah satu kaedah yang paling sesuai
untuk membawa pelajar kepada hidup berealiti. Menurutnya lagi, kaedah
demonstrasi akan membolehkan pengkaji melihat kepada keupayaan
murid-murid untuk mengingat adalah lebih baik jika mereka membuat
sesuatu sendiri.
Murid telah dapat membezakan lukisan yang kemas dan tidak kemas,
cantik dan tidak cantik serta dapat menjawab soalan yang ditanya oleh
guru. Hal ini adalah selari dengan kajian oleh Azizi (2007) yang
menyatakan keputusan dari hasil kajiannya mendapati bahawa pelajar-
pelajar di tiga buah sekolah menengah teknik di Negeri Sembilan lebih
cenderung untuk belajar melalui kaedah pengajaran demonstrasi. Justeru
itu, Azizi (2007) juga turut menyarankan agar guru harus perbanyakkan
lagi menggunakan kaedah ini semasa proses pengajaran dan
pembelajaran kerana didapati pelajar lebih berminat belajar melalui
kaedah ini. Peralatan dan kelengkapan untuk menjalankan kaedah ini
haruslah mencukupi bagi memudahkan proses pengajaran dan
pembelajaran.
Selain itu, W. Nooraini (2009) menyatakan bahawa dengan adanya
demonstrasi, guru akan memberi peluang kepada pelajar untuk benar-
benar memahami apa yang hendak dipelajari setelah melalui prosedur
yang ditunjukkan dan membuat pelajar menguasai konsep dan prinsip
dengan mudah. Di samping itu, demonstari juga akan meningkatkan
ingatan murid terhadap langkah-langkah pelaksanaan sesuatu
eksperimen, meningkatkan keyakinan murid untuk menjalankan sesuatu
aktiviti seterusnya membolehkan murid mencontohi sesuati perlakuan
dengan lebih mudah.

8.5 Penguasaan Murid
Seterusnya, perbincangan adalah menjurus kepada penguasaan murid
terhadap pengajaran dan pembelajaran selepas demontrasi penggunaan
Frame Art Mini yang ditunjukkan kepada murid. Untuk menentukan
peningkatan dalam aspek ini, saya menggunakan instrument borang
pemerhatian, soal selidik dan analisis dokumen.
Bagi instrument pemerhatian terhadap penguasaan, terdapat
peningkatan yang jelas antara hasil kerja sebelum demonstrasi
penggunaan Frame Art Mini dan hasil kerja selepas penggunaan Frame
Art Mini. Sebelum demonstrasi penggunaan Frame Art Mini, murid tidak
dapat menghasilkan lukisan yang cantik dan kemas. Hal ini disebabkan
mereka masih tidak tahu cara mewarna yang betul dan selalu mewarna
keluar dari garisan lukisan. Tetapi, selepas penggunaan Frame Art Mini
murid telah dapat menghasilkan lukisan yang kemas dan cantik tanpa
penggunaan Frame Art Mini. Mereka telah dapat mewarna mengikut tepi
garisan lukisan dan mewarna satu arah supaya menghasilkan lukisan
yang kemas dan cantik. Hal ini disebabkan menurut Foster & Heasley
(1966), guru boleh membantu murid-murid mencapai kesejahteraan fizikal
dengan membantu mereka membina kawalan motor halus dan motor
kasar.
Instrumen kedua untuk menentukan penguasaan murid adalah
dapatan dari soal selidik. Penguasaan kedua-dua murid dalam aspek ini
menunjukkan bahawa demonstrasi penggunaan Frame Art Mini yang
digunakan oleh saya benar-benar dapat membantu meningkatkan
penguasaan murid-murid dalam melakukan aktiviti mewarna.
Soalan pertama soal selidik aspek penguasaan adalah sama ada
murid dapat mewarna tanpa menggunakan Frame Art Mini. Sebelum ini,
murid tidak dapat mewarna dengan baik dan selalu mewarna keluar dari
garisan lukisan. Tetapi, setelah penggunaan Frame Art Mini, murid
mampu mewarna dengan kemas dan cantik walaupun tanpa penggunaan
Frame Art Mini.
Bagi soalan kedua soal selidik, saya mahu memastikan sama ada
murid dapat mewarna mengikut tepi garisan lukisan tanpa keluar dari
garisan ataupun tidak. Aspek penguasaan ini amat penting kerana kalau
mewarna keluar dari garisan lukisan akan menjejaskan kekemasan dan
kecantikkan satu hasil lukisan. Kedua-dua murid dapat menguasai cara
mewarna yang betul selepas penggunaan Frame Art Mini. Peningkatan
dari aspek penguasaan ini adalah kesan dari penggunaan Frame Art
Mini yang dilakukan oleh murid pada setiap hari. Penguasaan yang
meningkat dari pemerhatian terhadap proses penggunaan Frame Art
Mini dibuktikan melalui kajian yang dijalankan oleh ahli-ahli psikologi
seperti Ng Ying Shya (2004) yang menyatakan, pencaindera penglihatan
berupaya memproses 4300000 maklumat manakala pancaindera
pendengaran berupaya menerima 50000 maklumat.
Instrumen terakhir yang mengukur penguasaan murid adalah analisis
dokumen terhadap hasil kerja murid. Aspek yang diperhatikan adalah dari
segi aspek kekemasan yang ditentukan dengan cara mewarna iaitu
mewarna ke satu arah yang sama dan tidak mewarna keluar dari garisan.
Murid telah sedar bahawa jika mewarna keluar dari garisan lukisan dan
tidak mewarna ke satu arah yang sama, hasil lukisan tersebut akan
menjadi comot dan tidak kemas. Selepas penggunaan Frame Art Mini,
perbezaan hasil kerja murid dapat dikesan dengan lebih jelas berbanding
ketika tidak menggunakan Frame Art Mini. Menurut Rief (2003), seorang
psikologi kognitif telah menyatakan bahawa seseorang murid akan ingat
10% daripada apa yang dibaca, 20% daripada apa yang didengar, 30%
daripada apa yang dilihat, 50% daripada apa yang didengar dan dilihat,
70% daripada apa yang disuarakan sendiri dan 90% daripada apa yang
dilakukan sendiri. Dapatan tersebut juga memberi implikasi bahawa
pembelajaran yang berkesan boleh tercapai sekiranya murid terlibat aktif
dalam pembelajaran. Murid perlu melihat, mendengar dan melakukan
sesuatu aktiviti. Selain daripada itu, murid juga perlu berkomunikasi
dengan guru serta berkomunikasi di antara satu sama lain. Dalam bab
prosedur kajian, saya juga sentiasa memberi penerangan dan
berkomunikasi dengan murid-murid semasa mereka penggunaan Frame
Art Mini dalam aktiviti mewarna.



















9.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

You might also like