You are on page 1of 7

1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

Encik Azerai Bin Azmi/Cik Tan Mun Wai,


Mentor 5 PISMP Sains,
IPGM Kampus Pendidikan Teknik,
71760 Bandar Enstek,
Negeri Sembilan.


Dr. Muhammad Bin Abdul Rahman
Pengarah,
IPGM Kampus Pendidikan Teknik,
71760 Bandar Enstek,
Negeri Sembilan 21 JANUARI 2014

Tuan,

Memohon Kelulusan Pelaksanaan Program Bina Insan Guru Siri-5

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Program Bina Insan Guru adalah program wajib bagi setiap semester. Satu
lawatan penanda aras akan dijalankan seperti berikut:

Tarikh : 11 Februari 2014
Masa : 8.00 pagi 1:00 tengahari
Tempat : SK Puteri, Seremban

3. Beserta surat ini dilampirkan satu kertas kerja Program BIG Siri-5 agar mendapat
kelulusan daripada pihak tuan. Segala kerjasama, sokongan dan perhatian daripada
pihak tuan amat dihargai dan diucapkan terima kasih.


Sekian.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Yang Menjalankan Tugas,



(Encik Azerai Bin Azmi) (Cik Tan Mun Wai)
Mentor 5 PISMP SN 1 Mentor 5 PISMP SN 2






















PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK
BANDAR ENSTEK

KERTAS KERJA
Program BIG Siri-5

TEMPAT
Sekolah Kebangsaan Puteri
Seremban
Negeri Sembilan Darul Khusus

TARIKH
11 Februari 2014

ANJURAN
5 PISMP Sains 1 & 5 PISMP Sains 2










1.0 PENDAHULUAN

Pembangunan Modal Insan berkualiti tinggi merupakan suatu keperluan dalam usaha
melahirkan rakyat yang berilmu, berkemahiran tinggi serta memiliki kekuatan spiritual
dan sahsiah yang unggul. Bagi menjayakan wawasan dan matlamat pendidikan ini,
guru-guru di Malaysia perlu memiliki dan menguasai kekuatan ilmu dan intelek yang
tinggi, penguasaan kemahiran profesional yang mantap serta kekuatan peribadi dan
sahsiah yang terpuji selaras dengan aspirasi dan hasrat negara.

Seorang guru yang mahu menjadi pendidik yang baik perlu mempunyai sikap
kepimpinan dan kemahiran pentadbir (House & Howell, 2008). Maka, sebagai guru
pelatih, adalah penting untuk kami benar-benar memahami dan mempelajari signifikan
kemahiran mentadbir sekolah secara pengalaman dan praktikal, bukan sekadar teori
dan pembentangan tayangan slaid.

Seorang guru juga perlu mempunyai sikap sentiasa ingin memperbaiki dirinya
sendiri, dan terbuka dalam menerima ilmu-ilmu baharu. Pendedahan kepada
perubahan luaran yang sentiasa mempengaruhi keinsanan seorang manusia
(Quraisyiy, 1996) haruslah dihadapi dengan sebaiknya, bukan dinafikan dan ditolak
mentah-mentah. Kemahiran mentadbir selaras dengan keperluan semasa sekolah dan
masyarakat oleh itu, penting untuk dimiliki oleh kami, bakal pendidik.

Penanda aras adalah suatu yang dijadikan sebagai tanda untuk mengukur atau
menilai prestasi dan seterusnya memperbaiki prestasi tersebut (Eliseus, 2011).
Bersamaan dengan kefahaman itu, kami bercadang untuk menjalankan aktiviti penanda
aras untuk melihat prestasi pengelolaan dan pentadbiran sebuah Sekolah Berprestasi
Tinggi (SBT) agar kami boleh mempelajari sesuatu yang berguna untuk kami andai
kami terlibat dalam sistem pentadbiran sekolah semasa bekerja kelak.

Aktiviti yang ingin dilaksanakan untuk memenuhi keperluan semester lima, 5
PIMSP Sains Ambilan 01/2012 bagi Bina Insan Guru (BIG) adalah kegiatan penanda
aras ke salah-satu sekolah rendah berprestasi tinggi (SBT) di Negeri Sembilan. Kami
secara bersepakat, melalui beberapa sidang mesyuarat, telah memutuskan untuk
memilih Sekolah Kebangsaan Puteri, Seremban, Negeri Sembilan kerana faktor
prestasi tinggi, jarak yang rasional serta ciri berprestasi tinggi sekolah terbabit yang
padan dengan sekolah yang disyaratkan.


2.0 TUJUAN

Kertas kerja ini dikemukakan bagi mendapat kelulusan daripada Pengarah IPG KPT
dan memohon peruntukkan kewangan bagi menjayakan Lawatan Penanda Aras ke SK
Puteri Seremban pada 11 Februari 2014. Program ini merupakan sebahagian daripada
keperluan kurikulum pelajar PISMP Semester 5.


3.0 OBJEKTIF

Memerhati situasi persekolahan Sekolah Berprestasi Tinggi.
Mempelajari metodologi pentadbiran sekolah rendah cemerlang
Mendedahkan guru pelatih kepada suasana pengelolaan sebenar.
Memberikan guru pelatih peluang mengendalikan aktiviti luar kendiri.
Mengasah kemahiran pengelolaan aktiviti luar berdikari.
Merapatkan perhubungan antara guru pelatih.


4.0 KUMPULAN SASARAN

Semua guru pelatih 5 PISMP Sains


5.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA LAWATAN PENANDA ARAS

Penaung : Dr. Muhammad Bin Abdul Rahman
Ketua Penasihat : Encik Azerai Bin Azmi
Cik Tan Mun Wai
Pengarah Projek : Razvi Bin Musily
Naib Pengarah Projek : Atiqa Binti Amir
Setiausaha : Farahida Ibrahim
Penolong Setiausaha : Mohd Yassin Bin Mohd Yunus
Bendahari : So Shan Ying

Jawatankuasa Nama Ahli Bidang Tugas Ahli
Perhubungan
luar
Nadiah Binti Lamri
Nur Arif Bin Zainudin
Muhammad Izzuddin
Muhamad Yusop
Menghubungi pihak PPD untuk
memohon kerjasama membuat lawatan
benchmarking.
Membuat pengesahan lawatan pada
sekolah yang dipilih

Pengangkutan
dan
Keselamatan
dan
kebersihan
Nadzirah Binti Razak
Mengisi borang menempah bas IPG
untuk lawatan penanda aras.
Ardie Bin Cakke
Menjaga kebersihan dalam bas supaya
tiada sampah.
Menyediakan plastik sampah di dalam
bas.
Menyediakan peti kecemasan

Cenderahati
Chu Seat Lee
Nurul Syahirah Binti Abas

Menyediakan cenderahati untuk
sekolah yang dilawati.

Makanan Ting Ji Er Merancang makanan yang ingin
Elly Wong ditempah.
Membantu guru pembimbing
menempah makanan.

Dokumentasi,
Fotografi dan
Catatan
Perjalanan
Vaisnavi Sri
Shivsankaree

Menyediakan rekod dari segi visual
lawatan.
Mencatat dan mendokumentasikan
lawatan.
Natasya Nurain Bin
Khasim
Menangkap gambar untuk
dokumentasi.

Nurul Fathin Alyanie Binti
Ahmad Nadzri

Mencatat setiap maklumat yang
didapati dari kilang yang dilawati.
Buku Program
Muhammad Zulfadhli Bin
Kamarudin
Irene Tiong
Menyediakan buku program sepanjang
aktiviti dijalankan
Mengedarkan buku program kepada
semua yang terlibat.
Aktiviti
Ooi Der Chiau
Hetty Sarinah Binti Sukar
Maiyhuri A/P
Gunasekaran
Punggodi Maniam A/P
Maniam
Wan Nurathirah Binti
Wan Omar
Ngu Sze Ying
Merancang segala aktiviti yang akan
dijalankan sepanjang tempoh
perlaksanaan BIG Siri-5
Memastikan kelancaran aktiviti.



6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bahan yang diperlukan untuk lawatan akan dimohon daripada stor pusat ialah
cenderahati berupa plak sebanyak 1 buah. Bas yang akan digunakan untuk lawatan
akan dimohon daripada pihak IPG. Makanan bagi guru pelatih 5 PISMP Sains ambilan
Januari 2012 seramai 27 orang dan 4 orang pensyarah pengiring (rujuk Jadual 1).

Jadual 1

Lawatan Penanda Aras Ke Sk Puteri,Seremban

MAKANAN BILANGAN HARGA MAKANAN
Nasi lemak dan ayam
goreng
27 pelajar +
2 pensyarah pengiring
RM 6.00 X 29 orang
= RM 174.00
Jumlah RM 174
7.0 TENTATIF PROGRAM

7:30 pagi : Bertolak dari IPG.
8:00 pagi : Tiba di SK Puteri,Seremban
9:00 pagi : Program penanda aras
Taklimat
Temu bual
Pemerhatian perjalanan kegiatan sekolah
Pemerhatian pengurusan sekolah
Pemerhatian kemudahan sekolah
12:00 tengahari : Makan tengahari
1:00 tengahari : Pemberian cenderahati kepada pihak sekolah.
1:30 tengahari : Bertolak pulang ke IPG.
2:00 petang : Tiba di IPG.


8.0 PENUTUP

Aktiviti yang dirancang adalah selaras dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia
dalam melahirkan guru-guru yang berdisiplin dan cemerlang, tabah menghadapi
cabaran serta beriltizam dalam apa jua bidang. Diharap agar permohonan ini diluluskan
dengan segera supaya aktiviti-aktiviti yang dirancang dapat dijalankan.



Disediakan oleh,

(FARAHIDA BINTI IBRAHIM)
Setiausaha BIG 5 PISMP Sains Ambilan Januari 2012.
IPG Kampus Pendidikan Teknik


Disemak oleh,


(ENCIK AZERAI BIN AZMI)
Mentor 5 PISMP Sains 1,
IPG Kampus Pendidikan Teknik











(CIK TAN MUN WAI)
Mentor 5 PISMP Sains 2
IPG Kampus Pendidikan Teknik


PENGESAHAN

Ulasan Ketua Jabatan/Unit :
_______________________ . .................................................
_______________________ ( )
_______________________

Ulasan Unit Kewangan :
_______________________ ...................................................
_______________________ ( )
_______________________


Ulasan Pengarah/Timbalan Pengarah:
________________________ ................................................
________________________ ( )
________________________

You might also like